|
tulip bkt larut
BUNGA tulip dipercayai berasal dari Turki dan hanya dibawa masuk ke Belanda pada kurun ke-17 dan sejak itu, bunga berkenaan diangkat menjadi bunga rasmi negara itu.
Di Malaysia, bunga tulip yang banyak ditanam di Belanda hidup subur dan berbunga di atas puncak Bukit Larut, Perak pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut.
Harus diingat, keadaan cuaca di negara ini yang agak panas tidak mengizinkan bunga itu hidup subur. Namun, penggemar bunga tulip boleh cuba-cuba menanam jika dapat memastikan ia ditanam di tempat redup, di bawah teduhan dan rajin menyiram.
Cara Menanam & Menjaga
- Ditanam dalam campuran 30 peratus tanah pasir dan hitam pada suhu 8 hingga 9 darjah Celcius sehingga akarnya tumbuh.
- Apabila akar tumbuh dan berusia empat minggu, ia akan dikeluarkan sebelum diletakkan di rak kayu.
- Pada usia ini, pokok bawang ini boleh membesar hingga 10 sentimeter manakala suhu rumah hijau ditetapkan pada 20 darjah Celcius bagi memastikan ia hidup subur.
- Pokok bawang ini kemudiannya dialihkan ke dalam pasu-pasu kecil dan rak kotak. Bagi setiap pasu, kita menanam tiga biji bawang manakala bagi rak kotak pula, antara 10 dan 15 biji bawang ditanam bergantung kepada saiz kotak.
- Pokok bunga tulip tidak memerlukan siraman air yang kerap. Sekadar dua kali seminggu, bergantung kepada cuaca. Kalau musim kemarau, siraman air mungkin terpaksa ditambah.
- Pokok bunga tulip boleh mengeluarkan kudupnya selepas 15 hingga 17 minggu ditanam dan sebelum dipasarkan, batangnya perlu dicantas manakala kudup pula dibalut dengan kain net.
- Apabila kembang, bunga ini mempunyai enam kelopak yang mampu bertahan selama seminggu jika diletakkan di dalam pasu bunga yang berisi air.
FAKTA
Nama: Bunga Tulip
Nama Asal: Tulipa (Perkataan Arab bermaksud serban)
Famili: Kumpulan Magnoliophyta
Jenis popular: Golden Melody (kuning), Leen Var De Mark (merah),Monte Carlo (kuning), Orange Wonder (orange),Rossario (merah jambu), Inzell (putih) dan Nagrita (ungu). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #114 pakupayung21's post
|
|
|
|
|
|
|
PP...try tanam dalam opis...kat aircond sejuk gila ni...hahaha mana tahu hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #126 Sunor's post
ahahahah...bole dicuba tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pakupayung21 at 25-9-2008 12:58 PM
ahahahah...bole dicuba tuh
kalo ada dapat benihnyer...kita buat percubaan nak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #131 Sunor's post
hik..hik..boleee..saya akan usahakan utk membawa pulang benih nya dr scotland |
|
|
|
|
|
|
|
Geramnyer..... |
|
|
|
|
|
|
|
paul scherer tulip
cummins tulip
[ Last edited by pakupayung21 at 18-10-2008 12:39 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bunga ni kalau tanam kat msia, bole survive tak? teringin nak tanam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #134 pakupayung21's post
cantik sangat.......bunga fav imma ni........sekali ja pernah tgk real punya kat cold storage tu pun dah nak layu...hubby imma pernah jugak nak bagi masa birthday imma tapi masa dia p tanya kat kedai bunga amoy tu cakap tak dak.....susah nak dapat kata amoy tu......florist tu bg tau kalau nak ada pun maybe masa valentine tu pun very the mahal harga dia.....itu pun ikut nasib jugak.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #137 Syd's post
kak syd,
nanti kalu adik akak balik..suh dia bwk blek sket benih lily tu bole..? |
|
|
|
|
|
|
|
ylah
ku try kasik tau dia
kalau takde hal menghalang
tulun laa bawak benih2 pokok ni smua
|
|
|
|
|
|
|
| |
|