CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Malaysia Yang Kotor : Latest - Tandas Awas Terus Menangis -

[Copy link]
Post time 18-5-2008 05:29 AM | Show all posts
Serumah dengan ulat
HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: “Kami dua beranak seakan-akan berkongsi rumah dengan ratusan ulat sampah sejak tiga bulan lalu,” kata seorang penduduk yang tinggal bersebelahan tempat buangan sampah di Blok C, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini.

Fauziah Malik, 43, berkata masalah ulat mula timbul sejak dia sekeluarga menduduki kawasan perumahan itu lima tahun lalu, namun semakin parah sehinggakan kehidupan harian mereka terpaksa dikongsi bersama ratusan ulat.

Katanya, situasi itu menyebabkan dia bersama ibu yang kurang upaya (OKU) tinggal dalam keadaan tidak selesa ditambah pula dengan bau busuk sampah bersebelahan rumahnya.

Menurutnya, masalah itu berpunca kegagalan pihak berwajib mengutip sampah mengikut jadual ditetapkan termasuk ada ketikanya sampah diangkat selepas dua minggu.

“Saya pernah mengajukan aduan mengenai masalah itu kepada pemaju perumahan, namun tiada tindakan susulan sehinggakan ibu dan adik sering mengadu sakit kepala akibat menghidu bau busuk.

“ Dakwa mereka (pemaju), segala urusan berkenaan sudah diserahkan sepenuhnya kepada sebuah syarikat konsesi, namun apa yang dikesali kini ialah syarikat terbabit bersikap sambil lewa.

“Sampah terbiar terlalu lama terbiar ini mengakibatkan ulat sampah masuk ke rumah sehinggakan menjalar penuh di ruang dapur terutama pada waktu pagi dan selepas hujan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, petang semalam.

Adiknya, Noraini Malik, 29, berkata keadaan menjijikkan ini mengundang kerisauan dia sekeluarga kerana pada awal Jun nanti, dia bakal mengadakan kenduri perkahwinannya di sini.

Menurutnya, kenduri yang bakal berlangsung nanti pasti tidak meriah dan menjadi buah mulut saudara-maranya berikutan keadaan rumahnya yang dipenuhi ulat dan berbau busuk.

“Malu kami sekeluarga sekiranya berterusan begini selepas beberapa aduan dibuat tempoh hari, malah pemaju berjanji akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

“Setiap hari saya terpaksa mencuci dapur rumah dengan menggunakan air garam untuk menghalang makhluk jijik itu terus bermaharajalela,” katanya.

Noraini yang mempersoalkan pembinaan tempat buangan sampah tidak sampai 10 meter dari rumahnya, berkata pada Januari lalu sampah yang tidak diangkat selama lebih seminggu, melimpah sehingga memenuhi ruang belakang rumahnya.

Katanya, dia musykil dengan pelan pembinaan bangunan yang mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana lokasi membuang sampah itu tidak bersesuaian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2008 07:32 AM | Show all posts
Untuk yang berdemo/komplen/ x puas hati pasal hal sampah ni...
aku nasihatkan korang sebelum buang sampah tu pikir la betul2...
buat kitar semula.. yang kertas dgn yang kertas... plastik dengan plastik...
jangan la senang2 je buang. Kang nanti satu dunia ni dah penuh sampah baru komplen bau busuk la..apa la..
sedangkan benda2 mcm ni boleh nak kurangkan...
Orang sekarang ni komplen je pandai. Lepas tu salahkan pihak lain. Diri sindri tamau nak ubah. Ceh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 07:51 AM | Show all posts
masalahnya kat tempat aku tong sampah kitar semula pun tak nampak..
patut buat mcm kat uk..
setiap selang dua minggu ada lori yg angkut recycle punya stuffs cam plastik, paper dll..
kalo kat ireland lagi best.. nak buang sisa makanan/ non-recycle stuffs kena pakai black bag.. and pihak berkuasa jual black bag tu agak mahal jugak to encourage rakyat dia recycle barang..
utk plastic bag takleh recycle tu, charge je.. barulah org reti nak recycle plastic and bawa plastic sendiri bila pergi shopping..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 09:06 AM | Show all posts
Aku harap semua rakyat Malaysia akan ada kesedaran utk menjaga kebersihan dan alam sekitar...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 04:54 AM | Show all posts
60 tan metrik sampah sehari
Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Nadi sungai adalah air tetapi jika ia dicemari dengan sampah-sarap dan bahan buangan berasid, apa akan terjadi?


SUNGAI Kelang, adalah antara sungai yang paling teruk terjejas
dengan kutipan sampah antara 50 hingga 60 metrik tan setiap hari.



LEMBANGAN Sungai Kelang atau lebih terkenal dengan Lembah Kelang merupakan kawasan perbandaran dan penempatan di lembangan sungai terbesar di Malaysia. Di sinilah, terletaknya ibu kota negara iaitu Kuala Lumpur dengan dikelilingi banda-bandar utama seperti Bangsar, Ampang, Hulu Kelang, Gombak, Setapak, Subang Jaya, Petaling Jaya, Sungai Besi, Shah Alam, bandar Klang dan sebagainya.


Lembangan Sungai Kelang merupakan kawasan yang paling maju dengan populasi penduduk yang mencecah empat juta. Peningkatannya adalah dalam kadar 3.5 hingga lima peratus setahun.

Kawasan tarikan pelancong yang melibatkan air pula adalah seperti Tasik Titiwangsa, Mines Wonderland, Taman Tema Air di Suria KLCC, Sunway Lagoon, Taman Tasik Shah Alam dan banyak lagi.

Berikutan dengan kepesatan peningkatan penduduk, maka wujud keperluan yang tinggi terhadap bekalan air yang bersih. Kajian menunjukkan permintaan bekalan air pada tahun 2000 hingga 2005 bertambah sebanyak 10 peratus berbanding dengan hanya 989 juta gelen sehari. Perkiraan ini berdasarkan kepada unjuran penduduk negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun tersebut.


SUNGAI yang tercemar dan ditimbuni kelodak boleh
menyebabkan ancaman banjir kilat.


Sumber bekalan air di Lembah Klang berpunca dari lima sungai utama iaitu Sungai Kelang, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Sungai Batu dan Sungai Selangor dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2,289 juta liter padu sehari. Sungai Kelang sahaja menyediakan bekalan air sebanyak 345 liter padu sehari.

Namun, ramai yang menyedari bahawa Sungai Kelang adalah antara sungai yang paling teruk terjejas dengan kutipan sampah antara 50 hingga 60 metrik tan setiap hari.


Masalah pencemaran sungai sebenarnya mencapai kadar yang serius dan membimbangkan.

Walaupun pelbagai program dan kempen telah diadakan seperti Cintailah Sungai Kita, tahap kesedaran masih lagi rendah dalam kalangan penduduk sekitar.




JABATAN Pengairan dan Saliran dan pihak berkuasa tempatan telah
memasang 70 perangkap sampah di sepanjang Sungai Kelang
.

Di negara kita sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 5,000 batang sungai dengan panjang mencapai 32,000 kilometer. Akan tetapi, sebanyak 16 daripadanya telah dikategori dalam kumpulan tercemar. Rakyat yang mempunyai sikap sivik yang rendah termasuk golongan pengusaha dan industri, menyebabkan kebanyakan sungai dicemari sisa organik, ammoniakal nitrogen, sisa terampai dan sisa pepejal.


WAJAH kota raya Kuala Lumpur dengan latar belakang Masjid Jamek
dipertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak yang telah dibersihkan.



Penerokaan hutan dan penggondolan kawasan bukit-bukau turut menyumbang kepada pemendapan kelodak, lumpur serta pencemaran biologi yang melibatkan najis haiwan ternakan sehingga menghasilkan bakteria seperti E Coli, cacing dan mikrob lain yang berbahaya.

Pada tahun 2006, hampir 4,000 industri dikenal pasti menjadi dalang kepada masalah ini dan ia melibatkan industri pembersihan dan kerja logam, penyelenggaraan automobil, pemprosesan filem, elektronik dan semi konduktor, kilang dan barangan getah dan kelapa sawit.

Sehubungan itu, usaha berterusan terpaksa dilakukan untuk menyedarkan orang ramai supaya menjaga sungai agar ia dapat dipulihkan seperti di Jepun dan Eropah. Bagi mengatasi masalah longgokan sisa pepejal, Jabatan Pengairan dan Saliran dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah memasang 70 perangkap sampah di sungai dan parit di sepanjang Sungai Kelang. Ada juga usaha pembersihan Sungai Kelang dilakukan sepanjang masa.


BEGINILAH keadaan Sungai Kelang yang kerap dikotori dan dicemari  bahan
buangan sekali gus mengundang masalah pencemaran dan ekologi yang kritikal.


Orang ramai juga harus memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam semula jadi. Jika bukan hari ini, apa lagi mampu kita lakukan untuk generasi akan datang. Jangan terlambat dan leka sepanjang zaman! Biarlah kita buat sesuatu yang baik dan berfaedah kepada diri dan semua pihak.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pencemaran dari segi poison pollution memang dah lama berlaku -- dari factories yang
banyak buang toxic dan barang chemical yang mengancam sungai2....  dari segi
human pollution - waste yang dibuang ke dalam longkang, clogged up, or even
garbage yang dilempar sewenang2nya ke sungai - not to mention pooping kat sungai
etc etc.. -- bukan tu aje - bila sungai2 di banked, dammed and straightened -- banyak
ubah suai dilakukan - dan ini semua juga boleh hurt the river kalau tak pantau dan ambil
initiative untuk kerja2 permbersihan sungai tu ---  di harap ramai forum members di sini
menjadi seorang yang bertanggungjawab dan menjaga kebersihan sungai... banyak
kegunaan sungai tu besides source for water, irrigation, fishing, dan juga sumber air
di rumah2..  not to mention empangan dan tempat2 recreation -


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 08:23 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Jiman at 18-5-2008 05:29 AM
Serumah dengan ulat
HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: 揔ami dua beranak seakan-akan berkongsi rumah dengan ratusan ulat sampah sejak tiga bulan lalu,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2008 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by csham at 18-5-2008 09:06 AM
Aku harap semua rakyat Malaysia akan ada kesedaran utk menjaga kebersihan dan alam sekitar...


sekarang masih tak sedar?

susah lah kalau takde disiplin.. mengharap orang lain aje yg buat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 29-5-2008 04:54 AM
60 tan metrik sampah sehari
Oleh SUBASHINI RAJANDRA



knp buang sampah dlm sungai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2008 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by redz85 at 29-5-2008 08:24 AM


sekarang masih tak sedar?

susah lah kalau takde disiplin.. mengharap orang lain aje yg buat...



of course mereka sedar... tapi tak ada motivasi nak bersih --
mana2 sama aje --- bukan semua orang yang nak buat sesuatu -
kalau ada part di singapore yang bersih - no doubt ada yang kotor juga
ada part kat malaysia yang tip top - macam kat kuching -
tapi.. ada part yang kotor macam kat sungai klang tu----
sama macam kat Rhine - di France sana -- tu develop country lagi
kotornya Rhine -- tuhan aje tahu - dan bukannya penduduk tak sedar -
tapi... sivik tu tak ada ... sedar memang sedar -- nampak dengan mata
sendiri  kotornya sungai2 ni... -----   
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 08:31 AM | Show all posts

Reply #129 redz85's post

bukan buang sampah aje --
poo poo pun ramai juga -

macam kat johor tu -- ada post
sebelum ni --- tak tahu lah
dah dibersihkan atau tidak -
hopefully -tindakan dapat diambil -
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 08:32 AM | Show all posts

Reply #130 dexa's post

sayang kan.. sedang kan kat sungai memacam activity boleh kita buat... wasted lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 05:41 AM | Show all posts
Kebersihan tandas awam tak memuaskan

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

SEREMBAN 12 Nov. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kecewa tahap kebersihan tandas awam terutamanya yang membabitkan restoran, kedai kopi, medan selera dan kawasan rekreasi masih tidak memuaskan.


Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengingatkan pemilik premis-premis berkenaan dan juga orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan tandas.

Katanya, kerajaan sudah mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk kerja-kerja menyelenggara tandas awam.

''Jangan sampai kerajaan menggubal satu akta berkaitan itu semata-mata untuk memastikan kebersihan tandas terpelihara terutamanya membabitkan lokasi-lokasi berkenaan,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo dan Forum Tandas Kebangsaan (Natef) 2008 di Klana Resort di sini hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Robert Lau Hoi Chew dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif.

Kata Ka Chuan, buat masa ini, kerajaan sedang mempertimbangkan perkara itu bagi mewajibkan semua pengusaha kedai makan memastikan kebersihan tandas di tempat masing-masing.

''Kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen dan penerangan, tetapi nampaknya ia masih gagal menyedarkan pengusaha kedai makan mahupun restoran.


****************************************************************************************

tandas kat malaysia kebanyakkannya memang kotor.. baik kat restaurant maupun
kat tempat awam - maintenance tu bukan tak boleh buat - bukan tak boleh hire
cleaner; tapi tak ambil berat, tak check sokmo; yang cleaner pun buat acuh tak acuh
aje... cuci kadang2 or tak cuci langsung tandas2 tu -
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 05:44 AM | Show all posts
Kotor: 2,168 kedai makan ditutup

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Sehingga Ogos lepas sebanyak 2,168 atau 50.4 peratus kedai makan ditutup disebabkan tahap kebersihan yang kurang memuaskan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Beliau berkata, pemantauan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu melibatkan 52,784 premis makanan.

"Kementerian dan PBT sentiasa memantau tahap kebersihan premis makanan di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lepas sebuah akhbar melaporkan seorang pengguna membuat laporan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling Jaya kerana menemui najis ayam dalam nasi ayam yang dibelinya di sebuah restoran di Kelana Jaya.

Pengguna itu mendakwa menghubungi PKD Petaling Jaya untuk mendapat maklum balas mengenai laporannya sebelum ini, tetapi pegawai berkenaan berkata 'tidak pasti' sama ada laporan yang dibuat pengguna itu telah diambil maklum oleh pegawai sebelumnya dan diminta menghubungi PKD itu semula.

Dr. Ismail berkata, kementeriannya menerima aduan itu pada 6 November lepas.

Bagaimanapun, PKD berkenaan hanya mengambil tindakan pada 10 November kerana sedang menangani wabak Chikungunya dan produk makanan untuk tujuan pengimportan.

"Mengikut PKD Petaling, oleh kerana pengadu ingin mendapatkan hak beliau sebagai pengguna, beliau dinasihat membuat aduan kepada Tribunal Pengguna," katanya.

Dr. Ismail berkata, siasatan terhadap premis berkenaan mendapati tahap kebersihan premis adalah rendah, iaitu 45.5 peratus dan diarah ditutup serta-merta tidak melebihi dua minggu untuk tujuan pembersihan.

Mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, apabila pemilik premis disabitkan beliau boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya.

"Pendidikan kesihatan juga telah diberikan kepada pemilik premis dan pengendali makanan berkaitan cara-cara pengendalian makanan yang bersih dan selamat," kata Dr Ismail.

- Bernama


*****************************************************************************

padanlah bertambah2 penyakit menyerang rakyat.. kedai2 yang kotor ni baru sekarang
nak dipantau semua.. banyak  lagi kedai2 makan yang memang kotor, busuk...
check aje kat dapur depa or tandas depa... sampah pun buang kat longkang dan
merata asal boleh... so, sebagai pengguna kita ada hak adukan aje premis2 yang
tak ambil pot nak jaga kebersihan kedai depa - -
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 05:52 AM | Show all posts
org malaysia pengotor>>>di malaysia orang kelantan paling pengotor
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 06:27 AM | Show all posts

Reply #135 sekngucing's post

susah ar klu kutuk org negri sundrik... klu geng2 rempIT pasir tumboh tau nie, ada la kucing y bakal jadik janda nie
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 13-11-2008 05:52 AM
org malaysia pengotor>>>di malaysia orang kelantan paling pengotor



aikkk pehal worang kelantan lak paling pengotor...   memandai mandai ajer ler ko...  kat johor kg aku sana pun... ramai gak yg pengotor, wokeyyy...  pada aku  bukan worang kelantan, johor, kedah, jakun ker, siamang ker yg paling pengotor sumer ni.... tapi tu sumer atas individu gak....

tak kira la ko saper.. vip ker, vvip ker, soltan ker; rakyat marhaen ker... bangsa apa ker.. kalu dah jenis pengotoq tak reti hygiene sumer... mmg pengotor ler kekdahnya....  tu sumer kesedaran diri sundrik nak jadik pembersih tuh!!  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 08:36 AM | Show all posts
hari tu aku pegi piza bukit raja.. naik la atas, bwah penuh..
dr setat aku duduk smp abih  makan.. byk giler meja tak berkemas..
tangga die pon dr aku naik.. smp aku trun.. salad2 yg bertepek kat situ..dok situ jugakkk...
dah la anto order aku lambat... bile aku komplen dorang kata level atas jarang bukakk. deiii.. aku kata kalo jarang bukak patut lebih bersih la kan??
bull# la nak kata tak cukup pekerja.. bodo2 pon kutip la sume pinggang mangkuk gelas bagai tuh dulu letak kat dapur.. dr bersepah atas meja gitu..

kekadang aku tgk kedai makan neh.. lg tak ramai org lagi die lengah mengemas
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 06:55 AM | Show all posts
Fasiliti kelas pertama, mentaliti di takuk lama - Tandas awam terus menangis
Oleh AMREE AHMAD dan RAIS YEOP JOHARI


TIDAK banyak premis awam di negara ini menitikberatkan aspek kebersihan
tandas sehingga menyebabkan penggunanya keberatan mengotorkan fasiliti tersebut. -



Terkenal dengan gelaran sebagai Jamban Girl, program wajib Geeta ini sering disertai beberapa wartawan akhbar berbahasa Cina. Tiada publisiti dan liputan meluas.

“Hakikatnya tandas awam di negeri ini masih macam itu dan agak memalukan kerana banyak premis tidak diselenggara baik khasnya di kawasan tumpuan pelancong asing,” ujarnya jujur.

Ia bukan rahsia lagi malah tidak hairanlah apabila ditegur sendiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini sehingga mendapat perhatian pihak MPPP.

Biarpun Pulau Pinang merintis Hari Tandas Sedunia pada 19 November sejak tahun 2001 dan diiktiraf Pertubuhan Tandas Antarabangsa, imej tandas di negeri itu kekal juga kotor.


“Keadaan ini lebih disebabkan mentaliti rakyat kita sendiri sejak dulu lagi yang menganggap tandas mesti kotor dan jika tidak kotor, itu bukan tandas namanya,” kata Jamiah Jaafar.


Setiausaha Agung Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM) itu menegaskan, fasiliti tandas di Malaysia menyamai negara maju malah lebih baik.

Bahkan tidak ramai tahu, Malaysia ialah negara pertama di dunia yang mempunyai standard tandas sendiri sejak tahun 2005 dan diiktiraf oleh Pertubuhan Standard Antarabangsa (ISO).

“Piawaian tandas kita menjadi rujukan negara maju dan dunia Islam kerana direka bentuk sesuai untuk semua pengguna termasuk golongan orang kurang upaya,” jelas beliau lagi.

Malangnya Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Harta Maintenance Sdn. Bhd. itu, firma kebersihan awam ternama ditubuhkan tiga dekad lalu; masih kecewa dengan isu tandas.

Punca utama ujarnya, ialah mentaliti masyarakat yang tidak menggunakan tandas mengikut cara sepatutnya biar canggih macam mana sekali pun reka bentuk unik bilik air tersebut.

“Mungkin sudah tiba masa digubal peraturan ketat untuk penggunaan tandas awam di negara kita atau tandas itu akan terus ‘menangis’ sampai bila-bila,” tegas Jamiah.





*****************************************************************************************


bukan kat penang aje yang kotor..... overall satu malaysia ni
tandas awam yang berbau  tak bersih.... even masa festival holidays -
kalau kita stop kat R & R - ada yang sampai tak ada air... bau hanceng
dan busuk kat tandas..

teruk sangat dah orang malaysia ni kalau penggunaan tandas awam pun
nak kena diajar -- lebih teruk dari third world countries lagaknya -  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 07:03 AM | Show all posts

- kosmo -



Cara Jepun, Thai jaga tandas

JIKA anda pernah melawat ke Jepun khasnya ibu kota Tokyo, tentu anda biasa melihat bilik-bilik kecil seperti pondok telefon awam yang agak banyak didapati di setiap kawasan strategik.


Itulah tandas awam mereka yang begitu ringkas tetapi baik terurus sekali gus mendidik rakyatnya menghargai kebersihan tanpa perlu orang ramai menutup hidung atau muntah mual.

“Dulu kotor juga tetapi sekarang tidak lagi, ramai pelancong asing keliru salah faham menyangka itu ialah pondok telefon tepi jalan,” kata profesor kejuruteraan alam sekitar, Koo Ue San.

Pengasas dan pengerusi Persatuan Tandas Jepun (JTA) itu dan kini pensyarah warisan semula jadi dunia di Cyber University, Jepun berbangga usahanya sudah menunjukkan hasil.

JTA yang diasaskan pada 1985 lalu mulanya bekerja keras mendidik rakyat mencintai tandas termasuk menganjurkan pertandingan dan penganugerahan tandas terbersih tahunan.


JIKA masyarakat menghargai tandas awam, pihak berkuasa tidak perlu
menyediakan bajet besar untuk penyenggaraan fasiliti berkenaan


Bahkan Ue San, graduan geografi Universiti Waseda itu memanfaatkan pengalaman dalam bidang alam sekitar dengan mencipta tandas hijau tanpa perlu prasarana terlalu canggih.

Pengalaman sama dikongsi pegawai kanan teknikal kesihatan awam, Jabatan Kesihatan Thailand, Pariyada Chokewinyoo yang mempelopori konsep tandas gembira di negara itu.

“Sejak 2005 lalu, Thailand memperkenalkan standard kesihatan, akses dan selamat (HAS) menyaksikan sekarang cuma satu peratus isi rumah negara ini tiada tandas,” katanya.

Jangan terkejut, Thailand turut melantik duta tandas termasuk dari kalangan selebriti popular tempatan selain mewujudkan kelab tandas gembira di setiap sekolah kerajaan.

Bayangkan negara itu mewujudkan perisik tandas awam yang mengintip kebersihan bilik air tersebut malah insentif pengecualian cukai kepada premis yang menjaga tandas mereka.

“Hasilnya amat baik dan kawasan yang bersih mencatatkan kehadiran pelancong naik lebih 50 peratus bahkan banyak premis bisnes merekodkan keuntungan 20 peratus,” ujarnya.

Hakikatnya kejayaan Jepun dan Thailand dalam mendidik minda rakyatnya menghargai tandas awam wajar dijadikan pengajaran kepada masyarakat kita.


**************************************************************************************************

kalau tandas2 awam di Thailand boleh bersih sedemikian rupa -
ada 'tandas gembira' lagi... apa bezanya dengan malaysia ni -

kita boleh nak belanja BILLION RM -- nak beli eurocopter - tapi
untuk tandas awam - tak boleh nak spend ke? -- ada double
standard untuk kegunaan rakyat  -- sedangkan tandas tu kita guna
hari2... juga untuk economy negara juga -- kalau tandas awam nice
bersih semua - pelancong pun suka - dan akan attract lagi tourist -

kita patut ikut cara jepun dan thailand yang didik minta rakyat depa
untuk appreciate tandas awas dan jaga kebersihan sokmo -
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 07:27 AM | Show all posts
semalam, my friend, dia mexican...
dia kata dia ngan laki dia bercadang nak bercuti di malaysia..
laki dia canadian.. dia kata dia tenguk kat TV pasal msia..
siap puji toilet bagai, macam tak percayalah pulak..
tapi mungkin utk series khas pasal msia tu,
krew rancangan tu cuma masuk toilet bersih...
bolej jadi, jadi me kata, sure pegilah melawat..
cuma pasal toilet tu.. yg berharap sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.176533 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list