CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: idx

Cari Keturunan Mandailing

[Copy link]
Post time 26-4-2011 02:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by tongku at 26-4-2011 14:37

Reply 118# fiq

Sekadar masukan saja dari saya :

Sutan Naposo bukan berarti Sutan Puasa. Dalam bahasa Mandailing Na artinya Yang, Poso artinya Muda, jadi Sutan Naposo artinya Sutan yang muda.

Source anda pun sedikit agar beda jalan ceritanya dengan yang ada di Indonesia terutama cerita rakyat disini.

Kalau dari yang kami tahu pesisir barat Sumatera sudah ada Islam sebelum abad 8, bisa diketahui dari makam yang ditemui di Barus. Islam dibawa oleh pedagang Gujarat dan Persia. Islam yang masuk ini kebanyakan beraliran Syiah. Sampai sekarang pun penganut Syiah masih banyak di sekitar Pariaman.

Zaman perang Padri ini jauh setelah itu yaitu sekitar abad 18.
Daerah Minang secara tradisinal diperintah oleh keturunan Adityawarman dari Pagaruyung mulai dari zaman Hindu sampai zaman Islam.
Ada 3 orang dari Tanah Minang yang belajar di Mesir sekitar abad 18. Nama nya Haji Miskin, Haji Piobang, dan Haji Sumanik. Karena Mesir ada dibawah kuasa Ottoman pada waktu itu mereka pun dijadikan tentara janiser berpangkat colonel . Mereka sangat berpengalaman berpengalaman dalam perang bersama empire ottoman. Setelah perang mereda, mereka ditugaskan untuk kembali ke Tanah Minang dengan tugas memperbaiki akidah di di Sumatera dari Syiah menjadi Sunni.
Mereka bertiga lah yang memulai perang Padri. Perang padri di tanah Minang untuk mengambil kuasa dari para Sultan dan Bangsawan yang bekerja sama dengan Belanda, Para bangsawan ini biasa disebut tokoh adat, pasukan Padri disebut tokoh agama. hukumnya pun berbeda yaitu hukum adat dan hukum agama. Pasukan Padri juga menyerang daerah Mandailing sampai ke pinggir danau Toba, penyerangan ini dipimpin oleh Tuanku Rao. Tuanku Rao ini sendiri adalah keturunan dari raja Batak yang terusir. Mengapa Mandailing sampai ke pinggir danau toba bisa diislamkan dengan mudah? satu. karena mereka sendiri sudah islam tapi alirannya syiah. dua. karena mereka sendiri menganggap tuanko Rao bukan menyerang karena berasal dari kalangan mereka sendiri. Pasukan Padri ini sendiri akhirnya diserang oleh Belanda yang berkuasa didampingi oleh para tokoh adat. salah satu pimpinan Pasukan Padri yang terakhir adalah Tuanku Tambusai yang berkuasa di Dalu-Dalu (Riau, kebanyakan gubernur Riau berasal dari daerah ini) akhirnya melarikan diri ke Semenanjung Malaya melalui Sungai ke Selat Malaka. Tapi perang padri tdk berhenti sampai disini, masih ada beberapa kali serang balik dilakukan oleh pasukan Padri yang mengumpulkan kekuatan di Semenanjung Malaya walaupun tdk berhasil mengalahkan Belanda.
tokoh-tokoh perang Padri :
Tuanku Imam Bonjol
Tuanku Rao
Tuanku Tambusai
pengertian dari nama2 ini adalah:
Tuanku itu artinya orang yang di tua kan, tokoh masyarakat yang kuat pegangan Islam nya dari keturunan mana saja.
Bonjol itu sendiri adalah nama tempat di Tanah Minang, kalau anda berjalan dari Padang ke arah Mandailing pasti lewat kota ini, hanya kota kecil saja.
Rao itu sendiri adalah nama satu tempat di Mandailing dekat perbatasan ke Sumatera Barat. Banyak tokoh Indonesia berasal dari kampung kecil ini seperti Gen Abdul Harris Nasution.
Tambusai sendiri adalah nama kampung kecil di Riau (daerah Dalu-dalu).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 02:35 PM | Show all posts
Reply 119# fiq

Ooooo...jelas lah sudah.
ternyata tulisan ini sumbernya dari pihak Barat.
Karena mereka tdk berhasil mengkristen kan Tanah Minang dan Mandailing, malah penyebaran islam jauh lebih cepat. Mereka menganggap penyebaran islam dilakukan dengan Pedang. Cerita seperti ini juga dipegang dengan sangat kuat oleh Kristian di Indonesia. Mereka hanya berhasil di sekitar danau Toba saja itu pun karena mereka asalnya Animisme.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:42 PM | Show all posts
cuma kat sini nak tanya.... siapa yang sekrang ni dia ada penjaga2 dari bunian...??? selalunya manda ...
eazzad Post at 1-1-2011 19:35



    ha ha ha...saya ada.....Pure punya dari darah Raja di Istana Papan....nak tau pantang larang saya..baca dalam thread Pantang Larang..nampaklah pantang larang saya....hu hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 11:30 PM | Show all posts
aku pon ada darah mandailing dr belah mak aku...datuk aku og mandailing dr Medan....marga Nasution....sedara mara aku ramai kat Medan sinun...kitorg slalu jupe...kdg2 aku turun Medan....kdg2 dorg turun M'sia....kitorg still in touch...x pernah putus....

tp kitorg da x ikut sgt dah pasal x leh kawin same marga ni...sbb kitorg x ikut dah...cousin aku ade kawin ngan marga Lubis...Rangkuti pon ade gak....aku ade gak tanye nenek aku pasal nih...dier ckp yg baik2 kite ikut asalkn x terpesong dr Islam.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 05:04 PM | Show all posts
Aku pun mandailing jugak. Nasution to be exact..

belah bapak aku : Nasution(atok), Harahap(nenek)
belah mak aku : Batubara(atok), Bugis(opah)

ke empat2 sudah meninggal..ada yg aku sempat jumpa ada yg tak sempat...nak tanya detail pun tak sempat...bila tnya pasal salasilah kat bapak aku,di just suruh tak pyh ambik tahu..just mengaku melayu je..kalau sesiapa yg tahu sejarah mandailing kt selangor ni,mesti korang tahu kenapa mandailing kat selangor, KL cukup berahsia pasal asal usul dorang..

aku ingat lagi dulu masa aku kecik2 bapak aku rajin gi balik sumatera..gi medan...bila tny mak aku, dia kata bapak aku gi jumpa sedara mara...and even sampai sekarang ni kalau bapak aku berbual dgn pak2 sedara dia, samada dlm bahasa mandailing atau pun dalam bahasa melayu yg pekat loghat minangnya(actually bhsa mandailing mmg bunyi mcm minang)..

Aku memang tak tahu sgt pasal salah silah/susur galur keturunan aku..paling bnyk yg aku tahu pun tak silap aku nama gelaran moyang prempuan aku Maharaji/Maharoji(maharaja perempuan dan beliau sudah naik haji)...beliau ada kaitan dgn sutan puasa..kepada sesiapa yg lebih arif tentang susur galur mintak tolong boleh bg tunjuk ajar la..aku berminat nak tahu tp takde tempat untuk aku refer to...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 12:10 PM | Show all posts
ayah saya ckp nenek dorang dl mmg dr mendailing,,, tp sume da lari ke sini sbb ape ntah...
tp keturunana ape xpasti lak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2011 07:05 PM | Show all posts
salam,
sy nak memperbetulkan sikit pasal pembukaan Kuala Lumpur.

sy bersetuju klu Sutan Puasa tu merupakan org pertama yg datang ke Kuala Lumpur. tp adakah Sutan Puasa tu yg membuka Kuala Lumpur sehingga menjadi spt skrg? kalu ikot LAMA, dia kate Sutan Puasa gagal membuka kawaasan perlombongan bijih timah kt Kuala Lumpur. then kawasan tersebut ditinggalkan. adakah itu dikatakan membuka Kuala Lumpur? Kalau nak claim, Sutan Puasa adalah org pertama yg menetap di Kuala Lumpur, insyallah diterima. tp nak kate buka, susah la.ke x?

misalnya, kerajaan Selangor. sebelum Raja Lumu dilantik sbg Sultan Salehuddin, Sultan Selangor pertama, kat sini dh diperintah dah oleh DAto' Ungku Klang, kerabat diraja Johor. then DAto' Ungku Klang melantik Arung Pasarai, kerabat diraja Bone sbg Yamtuan Selangor pada tahun 1700. tp kenapa kite kate Sultan SAlehuddin ni adalah pengasas kerajaan Selangor?sbb die berjaya membuka dan menyatupadukan daerah2 Selangor terdiri dr Sungai Bernam, Sungai Langat, Sungai Klang, Sungai Selangor. Bila zaman Sultan Ibrahim, daerah2 Selangor baru lebih luas, terdiri dr Sungai Bernam, SUngai Langat, SUngai Klang, Sungai Selangor, SUngai Lukut, Sungai Perak, SUngai Linggi. then bile zaman Sultan Muhammad, daerah Selangor jd kurang sbb peperangan di Sultan Ibrahim dengan Belanda terdiri dr Sungai Selangor, Sungai Bernam, SUngai Lukut, SUngai Langat dan SUngai Klang. begitu juga ngan Sultan Abdul Samad, tp lepas campur tgan British pd thn 1874, dan pd thn 1878, Sungai Lukut diserahkan kepada Sungai Ujong. then selangor masa skrg, terdiri dr Sungai Bernam, Sungai Langat, SUngai Selngor, Sungai Klang.

klu tgk laporan John Anderson pd thn 1825, Sungai Lumpur ni di bawah pentadbiran Sultan Selangor. then SUngai Lumpur ni di bawah arus Sungai Klang. Sungai Klang plak panjang, meliputi hilir Klang (kuala) dan terbahagi kpd dua cabang besar iaitu ke Hulu Gombak dan Hulu Klang. sbb tu zaman skrg ni, klu kat Selangor, daerah2 PJ, KL, Gombak, Puchong, SHah Alam, Klang dipanggil sbg Lembah Klang. kan radio2 slalu sebot Lembah Klang.

menurut LAMA, Sutan Puasa dh tinggalkan dan saudagar Cina ambil alih. then, pd thn 1857, Raja ABdullah menerokai Sungai Klang ni. then smpi ke Sungai lumpur(berdekatan Masjid Jamek dan bangunan Sultan Abdul Samad skrg ni). then Raja Abdullah naik lg smpi ke Ampang. menurut LAMA, Raja Abdullah membeli lombong2 ni dr Saudagar Cina. ini ok. sy stuju. then bermula dr saat itu lah, nama Kuala Lumpur dikenali oleh semua pedagang bijih timah. terutamanya saudagar2 cina, eropah.

tp sy stuju dgn LAMA, tp kajian ini boleh dikaji dgn lebih teliti. sy di sini bukan nak banggakan sape yg buka sapa..just nk bgtau..kalu salah..tollong perbetolkan..hehe..hamba budak baru blaja..
thx.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 07:34 PM | Show all posts
Menurut LAMA, dorg kate semua2 keburukan tu berlaku ketika Sutan Puasa baru sampai ke Klang. tp tuh sebenarnya, catatan F. A. Swettenham pada tahun 1874. mmg benar Raja Kahar, Raja Yaakub, tp dorg ni adalah pembesar. bukankah peranan pembesar ni adalah memungut cukai? kalu kite amik zaman skrg, pungutan cukai masih berlaku tp dgn cara berbeza n nampak lebih lembut. ke x?kalu kite makan KFC, kite kene cukai kan?kalu kite g servis kete, kite kene cukai gak kan? benda ni sama je tp cara nye berbeza.

allah..kat eropah, zaman pungutan cukai pun berlaku. tp yg pelik, bila org eropah dtg sini, kate kite ni x bertamadun. heran juge. padahal dorg pun mengamalkan ssistem cukai, sistem perhambbaan. then benda ni berterusan bile British campur tgn dlm pentadbiran Selangor. ada wat cukai juga tp dgn care spt skrg ni.

so ini xbetol. kalu LAMA kate, Sutan Puasa tgk keadaan ni sbelum dtg ke KL (sebelum 1857). sbb zaman ni, Raja Kahar, n semua masih budak2 lg. Sultan Abdul Samad pun baru dilantik sbg Sultan Selangor ke-4 pada tahun 1857.

sbenarnya org Bugis adalah tak sperti yg dikatakan. semua ni andaian org2 eropah. menurut org Bugis, dorg ni bangsa pemberani dan mengamalkan prinsip 3 hujung. iaitu hujung keris, hujung lidah dan hujung anu. kelebihan org bugis paling utama ialah dorg ni bangsa pelayar. mahir dlm ilmu laut dan bintang. sampaikan kerajaan perancis melantik dua org bugis dr kerabat diraja Sulawesi Selatan untuk berperang di lautan eropah. kalu xsilap, dorg ni jd kapten armada.

Pandangan org terhadap Sultan Abdul Samad lg teruk, dorg kate pemalas la, x buat kerja la, isap candu je. tp yg sebenarnya itu tidak benar. Sultan Abdul Samad (1857-1898) seorang Sultan Selangor yg berpandangan jauh dan boleh dianggap sbg Bapa pemodenan Selangor. selepas british campur tgn dlm pentadbiran Selangor, baru dorg tahu betapa bijaksana nye SUltan Abdul Samad, betapa rajinnye baginda, betapa disukai oleh penduduk tempatan di sini. Sultan abdul Samad sukakan kedamaian. Pasal isap candu pun, dianggap salah, sebenarnya Sultan Abdul Samad bukannya ketagih candu yg tegar tp biasa2 je. then Sultan Abdul Samad mahu rakyat di Selangor berpandukan ajaran agama Islam. SUltan Abdul Samad selalu berkebun. time2 puasa pun berkebun. Sultan Abdul Samad merupakan Sultan yg pertama berumur tua iaitu umur die time tu dalam 52 dan benda ni ada masuk dalam rekod2 dunia di Malaysia. cume bile zaman pentadbiran British, 1874-1898, Sultan Abdul Samad dh tua sgt dh. misalnya, pada tahun 1874, umur Sultan Abdul Samad dh 69 thn dh. mase Durbar 1897, Sultan Abdul Samad gi Kuala Kangsar. British puji semangat Sultan Abdul Smad. time tu umur Sultan Abdul Samad dh 92 thn dh. then time tu Sultan Abdul Samad dh sakit2 tp sbb semangat dan sayangkan negeri Selangor, baginda g Majlis Durbar 1897.

pandangan Raja Muda Musa pun sama gak, padahal Raja Muda Musa lah putera SUltan Abdul Samad yg paling baik perwatakannya. sorg yg beragama Islam yg kuat. suke berkebun juge. sukakan kedamaian. tp syg, Raja Muda Musa xsempat jadi Sultan Selangor ke-5, sbb die kene penyakit dan mangkat pd thn 1884. yg sedihnya, Raja Muda Musa xbgtau sape2 pasal penyakit die kt keluarga dan kwn2 beliau.

Sy xpasti bile Sutan Puasa dan Mandailing dtg ke sini. tp ape yg sy tahu, dorg dtg ke sini sbb Perang Padri, 1803-1838. sy stuju dgn pandangan Tongku tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 07:38 PM | Show all posts
sebenarnya, ada juga org2 mandailing dan org2 bugis sama2 suka berkawan.  

misalnya, Raja Berayun, beliau ni dilantik sbg Panglima Perang Sultan Abdul Samad. Selain itu, Tunku Panglima Raja Berkat juhga merupakan Panglima Perang Sultan Abdul Samad. Raja Berayun bersama-sama Tunku Panglima Raja Berkat (sepupu Sultan Abdul Samad) menjaga dan memelihara kedaulatan Sultan Abdul Samad.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 07:38 PM | Show all posts
sorry kalu ade info yg salah.
kalu ade, sile perbetolkan.

ni just pandangan, bukannya ada ape2 maksud.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:10 AM | Show all posts
sorry kalu ade info yg salah.
kalu ade, sile perbetolkan.

ni just pandangan, bukannya ada ape2  ...
manuskrip_lama Post at 16-6-2011 07:38 PM



siapa yg ko maksudkan dengan "LAMA" tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:38 AM | Show all posts
owh.

LAMA - lembaga adat mandailing malaysia.

sory2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:21 PM | Show all posts
Reply 132# manuskrip_lama

baru ku tahu..... selama ni tak tau pun madailing ade lembaga sendiri kat mesia nih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:45 PM | Show all posts
lembaga ni ada kt perak, selangor, pulau pinang dan KL.
lokasi lembaga2 ni tau sbb tgk kt website die.
hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:27 AM | Show all posts
saya mandailing. sebelah ayah, atok lubis nenek nasution. so, saya lubis la kan sebab ikut ayah? sayang saya tak kenal famili sangat. cakap mandailing pun tak reti
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 08:26 PM | Show all posts
aku pon mandailing gak.....suku nasution.....nak ckp mandailing mmg x pndai tp paham laa.....sepupu sepapat mmg ramai kat Medan.....kalo ade kelapangan mmg aku akan blk Medan laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 02:37 PM | Show all posts
byk betul suku  mandailing..mcm orang cina jugak..ada suku hakka,suku teowchiew,suku kantonis
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 11:50 PM | Show all posts
Reply 1# idx


   aku ni.. maternally mandailing + minang... tu je la... aku pun tk reti gak mendiling2 ni... sbb mak aku tk suka cakap pasal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 11:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by xhaqimix at 12-6-2012 12:11

Saya pun keturunan mandailing gak.. tp xtau marga aper. Just tau kampung abah kat area slim river.. lebih tepat sungai bil...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 01:07 AM | Show all posts
Reply 139# xhaqimix

Balun jer marga apa pun. Yang penting dalam IC tulis Melayu...he he he....sekarang orang dah tak kira sangat Marga-marga nie....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053442 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list