CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

All About ULAR [merged:Bzzst/amazed/Syd]

[Copy link]
Post time 28-4-2009 07:08 AM | Show all posts
Penunggu reban akhirnya ditangkap



ANGGOTA JPAM menunjukkan ular sawa batik yang ditangkap
selepas kenyang menelan ayam di Taman Paya Rumput Permai,
Melaka kelmarin.


BERJAYA. Kebimbangan penduduk Taman Paya Rumput Permai, Melaka mengenai satu demi satu kes kehilangan ayam mereka sejak kebelakangan ini akhirnya terjawab dengan tertangkapnya seekor ular sawa batik kelmarin.


Semuanya bermula apabila seorang penduduk terserempak dengan ular sepanjang 4.5 meter itu yang berlingkar dalam reban ayam miliknya pada 7.45 malam kelmarin.

Panik melihat ular sebesar itu, dia terus mendapatkan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghantar empat anggota diketuai Leftenan Rais Abdul Aziz.

Rais mengakui tugas menangkap ular seberat 30 kilogram itu mencabar kerana reptilia itu cuba melawan.

"Ular itu telah membaham dua ekor ayam dan cuba menelan seekor lagi ayam sebelum kami berjaya menangkapnya dalam masa lima minit," ceritanya dengan menambah, reptilia itu mungkin dilepaskan kembali ke habitat asalnya yang jauh dari kediaman manusia tidak lama lagi.


**************************************************************************************
whoaaaa  4.5 m  hampir 15 feet punya ular.... bukan selalu jumpa ular sawa besar2 ni
cantik lak tu....
tapi... ishhh takut saya tengok.....
suka ular... memang suka
tapi tak suka ular.... takut.. --

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2009 02:06 PM | Show all posts
NEGARA

Ular sawa disangka kucing

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
[email protected]



PENDUDUK kampung memegang ular sawa yang menggigit Che Minah di rumahnya di Kampung Perial, Kuala Krai kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------



[img] [/img]
CHE MINAH menunjukkan betisnya yang berbalut kerana cedera digigit ular sawa.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA KRAI - Seorang warga emas terkejut besar apabila geselan lembut pada kaki kirinya yang disangka kucing peliharaannya rupa-rupanya seekor ular sawa sepanjang tiga meter.

Kejadian berlaku pada Ahad baru-baru ini ketika Che Minah Deris, 60, berada di dapur rumahnya di Kampung Perial di sini pada pukul 2 pagi.

"Ketika itu mak cik hendak ke bilik air. Tiba-tiba mak cik rasa macam ada benda yang bergesel-gesel manja pada kaki mak cik.

"Mak cik ingatkan kucing di rumah ni tetapi alangkah terperanjatnya mak cik rupa-rupanya yang bergesel-gesel itu seekor ular sawa yang panjang," katanya yang tinggal berdua dengan cucunya, Sarimah Mat Ayub di rumah tersebut.

Menurut Che Minah lagi, ular itu bagaikan terperanjat lantas menggigit serta cuba membelit betisnya.

Bagaimanapun, ular sawa itu melepaskan belitannya dan cuba bersembunyi di dapur.

"Saya menjerit sebaik sahaja kaki saya digigit. Sarimah terkejut daripada tidur dan bergegas ke arah saya. Ketika lampu dapur dibuka, kami nampak ular sawa itu cuba bersembunyi di bawah beranda dapur," ujarnya.

Che Minah terus meminta Sarimah meminta pertolongan jiran-jiran untuk menghalau ular sawa tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 11:23 AM | Show all posts
Menumpas ular berbisa

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
[email protected]



ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berusaha menangkap seekor ular sawa batik yang ditemui di kawasan semak di Labu, baru-baru ini. - UTUSAN/ ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 6 Mei - Apa perasaan anda apabila berhadapan dengan ular sawa mahupun ular tedung? Paling tidak, tentu sekali anda akan melarikan diri.

Namun bagi anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), tiada istilah 'cabut lari' apabila berhadapan reptilia ini kerana ia adalah sebahagian tugas mereka untuk memastikan keselamatan orang awam tidak terancam.

Berdasarkan hakikat ini, anggota JPAM ini sememangnya telah dilatih untuk tidak pernah gagal dalam misi menawan sang ular dalam apa juga keadaan.

Melalui pengalaman dan pengamatan Utusan Malaysia yang bersama-sama menyertai operasi menangkap reptilia ini, ternyata anggota JPAM memang tergolong dalam pasukan pakar penangkap ular tanpa mencederakan sesiapa.

Seorang anggota penyelamat JPAM yang mahir dan berpengalaman dalam menangkap ular, Mohd. Arfahzal Musa, 25 berkata, sebanyak 60 ekor ular pelbagai jenis dan spesies berjaya ditawan selama tiga tahun beliau berkhidmat.

Katanya, di negara ini terdapat 136 spesies ular habitat di air dan juga darat, manakala hanya 37 spesies daripada jumlah berkenaan tergolong dalam kategori berbisa.

''Daripada 136 spesies itu, 104 jenis tidak berbisa dan selebihnya mempunyai taring dan berbisa," jelasnya ketika ditanya mengenai tugasnya sebagai anggota JPAM dan 'penangkap' ular.

Mohd. Arfahzal berkata, sepanjang pengalaman bertugas dia pernah dibelit ular sawa pada bahagian badan dan disembur bisa ular tedung sebanyak lapan kali di bahagian muka.

''Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan ketika operasi dijalankan. Ular merupakan spesies reptilia yang sukar diduga tindakan agresifnya,'' tegasnya.

Sementara itu seorang lagi anggota JPAM, Muhammad Hanif Abd. Karim, 23, berkata, tugas tersebut seakan menjadi rutin dan perasaan takut serta geli tidak pernah wujud ketika mengendalikan reptilia berkenaan.

''Pelbagai jenis ular sudah saya temui dan tangkap. Paling berbahaya ialah ular Tedung Selar.

''Ular jenis tersebut sangat berbisa kerana sekali ia mematuk, racunnya boleh mengakibatkan kematian terhadap mangsa yang dipatuk dalam masa beberapa saat sahaja," kata beliau.

Muhammad Hanif berkata, sepanjang bertugas, pengalaman yang tidak dapat dilupakan beliau adalah ketika bertarung untuk menangkap seekor ular Tedung Selar sepanjang empat meter yang mampu berdiri setinggi sebuah van.

''Tipu kalau perasaan takut tidak ada pada diri saya ketika itu, taringnya sepanjang dua inci sudah cukup menggerunkan saya selain kemampuannya berdiri setinggi van dan mengembangkan kepalanya yang kelihatan seperti sebuah pinggan," katanya.

Bagaimanapun, ujarnya 'segarang-garang' ular tersebut, ia berjaya ditangkap dengan kecekapan anggota JPAM terlatih dengan menggunakan penjerut khas.

Seorang lagi anggota, Nor Safiah Majeran, 20, memberitahu, anggota wanita juga tidak terlepas untuk memikul tugas menangkap ular.

Beliau yang mengakui agak jijik dengan fizikal ular berkata, sudah menjadi sebahagian tugasnya untuk menyertai operasi menangkap ular.

''Penjerut khas digunakan bagi menangkap reptilia tersebut dan ia hendaklah digunakan di bahagian kepala agar ia lemah dan mudah ditawan," jelas Safiah.

Dalam pada itu, JPAM menasihati agar orang ramai supaya bertenang ketika terserempak dengan reptilia itu dan tidak mencederakannya kerana ia tetap dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 05:39 AM | Show all posts
Agresif selepas baham 9 ekor ayam



INILAH dia ular sawa sepanjang enam meter yang berjaya
ditangkap di Kampung Gadek Hilir, Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 01:43 PM | Show all posts
ishh ada org buat pet ular ni..huhu
exotic pets..
kat AL ni ada tak yg bela ular?
meh laa share...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 01:45 PM | Show all posts

Reply #107 amazed's post

haha cis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2009 07:48 PM | Show all posts
Fly tak de bela ulaq .... tapi kalau dapat nak bela ball python...

ni ada pic python masa reptile show



Green python



Yellow Python... yang ni tak nampak kepala dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2009 02:22 AM | Show all posts

U sawa

Aku tak tau kat mana nak post gambar nih...
Dari pengamatan, nilah yang paling besar pernah di fotokan.

Gambar ambil oleh Hiu Luang PengAku amik dari akhbar the Star...

Dilemanya kalau tangkap hidup- hidup bolehkan...
Pastu serah kat zoo negara...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 02:41 AM | Show all posts
Apsal aku tak nampak gambar???
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 03:02 AM | Show all posts
a a.. mana gambarnya??..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 06:39 AM | Show all posts
tak nampak apa pun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 07:08 AM | Show all posts
gamba tak kuarle...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 08:23 AM | Show all posts
x ada pun gambar
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 10:44 AM | Show all posts
bro gambar mane bro...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 12:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 12:42 PM | Show all posts
http://thumbnails.thestar.com.my/thumbnail_dir/2009/08/28/hiu.jpg
Syd Post at 10-9-2009 12:17


mak oi...awat kecik sgt...ade full story x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 03:23 PM | Show all posts
takde.
ada link je.
ni mcm gambar bertuah la
http://thumbnails.thestar.com.my/view.asp?id=5166
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2009 06:13 PM | Show all posts
Thank you mod....

Patutlah masa aku kecik dulu, bapak aku naikkan aku atas tunggul balak apabila dia mendengar dengusan babi hutan lari...
Tak berapa lama kemudian kedengaran pulak bunyi babi hutan tu berkiak kesakitan...

Aku mendengar dari cerita bapakku dan rakan- rakan sepemburunya dan setelah mengalami peristiwa tersebut, aku percaya dan tambah caya lagi bila nengok gambar nih...

Sejak peristiwa tuh, aku ada cakap ular sawa boleh kejar babi hutan dan dapat tangkap babi tuh.Mereka yang mendengar hanya mencebek mulut....
Tak per....tak per...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:39 AM | Show all posts
agak cam nih ler ulor sawe yg sepupu aku jumpe.. ermm orang kampung aku pon pernah jumpe....
sepupu aku cakap memang mengerikan ler....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 06:34 AM | Show all posts
besar nyee.. memang ngeri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.676110 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list