CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

/Presidential Suite 3/SHAHIR Lambert FC/Johor&Singapore minggu ni/

   Close [Copy link]
Post time 19-5-2010 12:25 PM | Show all posts
4 1s trial---->
meh makan nasik...makan tgh hari...
penat i masak....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 12:26 PM | Show all posts
yea!!!!
tQ shira.....i lap u..
jadi i tepek gak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:27 PM | Show all posts


Uploaded with ImageShack.us


Uploaded with ImageShack.us

aku saje je tepek ni...suka2..tak de apa hokey..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:27 PM | Show all posts
4 1s trial---->
meh makan nasik...makan tgh hari...
penat i masak....
enot_sibudak Post at 19-5-2010 12:25



    wahh sodap tuuuuuuuuu leleh ayor liur
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:30 PM | Show all posts
Cair hoi hoi hoi
Assalamualaikum sume
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:32 PM | Show all posts
Cair hoi hoi hoi
Assalamualaikum sume
Rorine Post at 19-5-2010 12:30



    waalaikumsalam..hoi hoi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2010 12:33 PM | Show all posts
4 1s trial---->
meh makan nasik...makan tgh hari...
penat i masak....
enot_sibudak Post at 19-5-2010 12:25




hallu enot......
cam sedap je


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:33 PM | Show all posts
kalau korang perasan... org start kutuk shahir lepas dia di afmasuk, pastu bila si norman slalu duk puji shahir pastu siap bg statement ' shahir layak jadi juara af8'. lepas tu semua dok kata juara dah dirancang, mmg plan nak jadikan shahir jd juara.
aku sbnarnya bengang ngan norman. apasal dia bg statement mcm gitu. mmg tak patut.
aku sedih bila mcm2 org ngata shahir..
pasal afmasuk..diorg x leh nak salahkan shahir..bukan shahir yg buat keputusan. produksi af yg buat afmasuk. kita as fans shahir..bila dah da afmasuk..mmg vote habis-habisan la kan.. sbb antara yg terkeluar..shahir yg paling layak masuk balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 12:33 PM | Show all posts
aritu rasa mcm x secocok jek shahir ngn heliza...tp la ni aku rasa mcm secocok jerk...

afundi shahir
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:34 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:35 PM | Show all posts
AFundi Shahir !!! Hoi hoi hoi.....Good Afternoon kawan2...
cloudnine_mm Post at 19-5-2010 12:21



hallu cm ...... camat tgariiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:35 PM | Show all posts
aritu rasa mcm x secocok jek shahir ngn heliza...tp la ni aku rasa mcm secocok jerk...

afundi s ...
ariellin Post at 19-5-2010 12:33


tu ar..aku terjumpa gambar heliza pakai spek tu.. cam sama lak muka meka tu..hahahahaha.....apa2 pun .. undi shahir...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:36 PM | Show all posts
waalaikumsalam..hoi hoi
molley444 Post at 19-5-2010 12:32



hallu molley....... dh lunch
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:37 PM | Show all posts
hallu molley....... dh lunch
Rorine Post at 19-5-2010 12:36



    dah..kenyang ...iihihhiihihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:39 PM | Show all posts
dah..kenyang ...iihihhiihihihihihi
molley444 Post at 19-5-2010 12:37






Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by molley444 at 19-5-2010 12:47

Lagu Siapa Bakal Popular?
Hi Hi uols

B-bot sekarang ni dah jadi milik orang. So, cakap kena sopan la sikit kan. Sopan dan berilmiah gitu. Hehe. Jadi hari ini B-Bot nak berkongsi lirik lagu semua calon juara AF8

amik lagu shahir je la ek....
KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN - SHAHIR

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 12:45 PM | Show all posts
lg 15 minit baru leh lunch. yg lain mkn dulu ye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:48 PM | Show all posts
semua lagu diorg ciptaaan kru
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:54 PM | Show all posts
Shahir Sudah Diramal Jadi Juara AF8?
Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2010 : Dengan penyingkiran penyingkiran Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23, pada malam Ahad lalu bererti persaingan yang wujud menerusi konsert mingguan dan debaran konsert Akademi Fantasia Musim 8 (AF8) sudah pun tamat.

Kini, fokus penggemar AF8 hanya tertumpu kepada 5 pelajar yang masih kekal iaitu Shahir, Maulana, Adira, Daus dan Iwan. Inilah juga barisan pelajar yang layak melangkahkan kaki mereka ke konsert final AF8 yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil nanti pada 22 Mei nanti.

Sungguhpun kelima-lima pelajar ini mempunyai bakat dan kebolehan diri masing-masing, namun hanya akan ada seorang sahaja yang layak untuk merangkul gelaran Juara AF8, pada malam itu nanti.

Persoalannya siapakah pelajar yang layak merangkul gelaran itu nanti? Adakah ia sekali lagi akan menjadi milik pelajar lelaki? Atau kali ini ia akan dirampas semula oleh pelajar perempuan? Semuanya akan diketahui pada malam yang penuh mendebarkan itu nanti.

Apa yang pasti, hanya Adira saja satu-satunya pelajar tunggal wanita yang layak ke final AF8. Seandainya Adira menang, dia bukan saja dilihat berjaya mengembalikan semula maruah Mila dan Stacy sebagai pelajar wanita yang sebelum ini pernah diangkat sebagai juara AF5 dan AF6 tetapi menjadi pelajar Sabah kedua yang mengulang semula kejayaan itu selepas Stacy.

Penyingkiran Ain juga dilihat mampu memberikan kelebihan buat Adira untuk memenangi gelaran juara AF8 ini keranadia tidak perlu berkongsi undian daripada penyokong di tempat mereka sendiri.

Hal yang sama juga dapat dilihat andai Maulana dan Daus yang menjadi pemenangnya. Juara AF3 pernah disandang oleh anak kelahiran Johor bernama Mawi, manakala juara AF7 pula pernah dilakar oleh Hafiz daripada Sarawak Adakah Maulana dan Daus akan mengikut jejak langkah yang sama sepertimana kedua-dua seniornya? Apatah lagi mereka berdua berasal dari negeri yang sama seperti mana kedua-dua senior mereka itu?

Atau, mungkinkah gelaran juara AF8 kali ini akan menjadi milik Iwan pula? Andai benar, Iwan secara tidak langsung telah melakar sejarah dalam penganmjuran AF selama 8 tahun berturut-turut apabila menjadi anak kelahiran Negeri Sembilan yang pertama yang memenangi gelaran tersebut.

Namun, antara nama yang paling disebut-sebut bakal meraih gelaran ini tidak lain tidak bukan adalah Shahir iaitu pelajar kelahiran Perak yang pernah disingkirkan dan kemudian diserapkan semula menerudi AFMasuk.

Sejak kemasukan semula Shahir dalam konsert minggu ke-8, pelajar yang memiliki vokal maskulin ini tiba-tiba saja dilihat memiliki penyokong yang cukup ramai daripada peminat serta penggemar program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular ini.

Malah, undiannya juga tiba-tiba mencanak naik. Buktinya, Shahir kini tberada di tangga teratas berbanding 4 finalis AF8 lain pada ketika ini. Malah peratus undian juga sudah jauh meninggalkan keempat-empat finalis AF8 saingannya tersebut.

Kelebihan Shahir mungkin terletak pada pakej lengkap yang dimilikinya. Selain mempunyai paras rupa yang baik, Shahir juga mempunyia tone suara yang sedap serta boleh menyanyi dengan baik.

Namun, kalau melihat dari sudut persembahan paling konsisten setiap minggu pula, pastinya nama Maulana dan Adira yang jadi tumpuan. Hal ini dapat dilihat menerusi komen positif yang diterima oleh kedua-dua pelajar ini daripada barisan juri pengkritik.

Lebih-lebih lagi Adira yang sentiasa menampilkan persembahan yang 'meletup' pada setiap minggu.

Daus pula, walaupun gagal menyerlah dari segi vokal, namun dia ternyata cukup menyerlah dari segi persembahannya dan mampu menguasai pentas dengan cukup baik. Manakala, Iwan pula digemari kerana vokal seraknya itu.

Persoalannya, adakah benar Shahir bakal menjadi juara AF8 sepertimana yang diramalkan ini? Atau, mungkinkah kemenangan akan berpihak Adira yang turut menjadi favourite peminat serta penggemar AF8? Atau mungkinkah akan berlaku kejutan yang tidak dijangka di dalam konsert final AF8 ini nanti.

Jari menjadi pengundi. Segala-galanya ditentukan anda sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 12:57 PM | Show all posts
Norman - Persaingan Sengit Adira, Shahir

Assalamualaikum W.B.

Finalis AF8 kini sudah diketahui umum dan kehangatan AF8 semakin terasa. Siapakah diantara 5 bintang baru AF8 bakal menjadi juara?

Tepuk dada, tanya selera. Saya pasti pengAFUNDI semua mempunyai pilihan berdasarkan penilaian mereka tersendiri. Selaku Pengetua AF8, saya berbangga dengan senarai finalis yang saya anggap bakal melihat persaingan sengit di antara Shahir dan Adira. Walaubaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan penangan Iwan, Daus dan Maulana yang pastinya tidak akan mempersia-siakan sokongan pengAFUNDI mereka selama ini.

Merenung sejenak ketika saya mula mengambil tanggungjawab sebagai Pengetua AF8, saya amat berpuas hati dengan sokongan krew produksi, tenaga pengajar serta prestasi para pelajar. Sememangnya ada pasang surut prestasi pelajar tetapi inilah Akademi Fantasia.

Sekiranya mereka sudah mahir sebagai penyanyi serta penghibur, mereka tidak perlu masuk AF. Proses pembelajaran memerlukan masa malah setelah tamat pengajian anak-anak buah saya di AF, mereka akan pastinya terus belajar untuk memperbaiki prestasi mereka dari masa ke semasa.

Saya bersyukur kesemua yang dirancang menjadi realiti dan ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan AF8. Segala sokongan dan kritikan banyak membantu saya di dalam memimpin AF8 ke tahap yang boleh dibanggakan.

Walaupun tugas saya sebagai Pengetua akan tamat pada hari Sabtu ini (22 Mei 2010), tanggungjawab saya untuk membantu anak-anak buah saya mencapai impian mereka untuk menjadi penghibur akan berterusan sehingga akhir tahun ini.

Album kompilasi AF8 (hasil kerjasama Astro Entertainment dan KRU Studios) yang mengandungi 12 buah lagu baru yang dirakamkan oleh kesemua bintang AF8 akan mula dijual pada 22 Mei di Stadium Putra Bukit Jalil dan seluruh negara pada 23 Mei 2010. Sekaligus album ini akan menjadi kunci kepada bintang-bintang AF8 untuk masuk ke dalam industri hiburan tanahair.

Astro Entertainment dan KRU Studios juga telah bekerjasama menghasilkan 7 buah video muzik yang bakal disiarkan di saluran-saluran Astro. Saya berharap video muzik ini juga akan terus membantu bintang-bintang AF8 mencapai apa yang mereka impikan.

Catatan ini adalah yang terakhir dari saya sebagai Pengetua AF8 dan saya ingin menyusun sepuluh jari sekiranya apa yang saya katakan atau lakukan sepanjang masa yang memikul tanggung-jawab sebagai Pengetua AF8 telah menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Sesungguhnya saya hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak buah saya iaitu kesemua 12 Bintang AF8 iaitu Shahir, Adira, Iwan, Daus, Maulana, Ain, Farina, Nad, Alif, Anum, Ema dan Shah. Selamat berhibur dan menonton peringkat akhir AF8 pada hari Sabtu ini.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.081205 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list