CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikikiko

Sape tunang Dia Fadila??? alhamdulillah, dah slamat bernikah (pg 5)

  [Copy link]
Post time 24-9-2010 04:49 PM | Show all posts
cantek trletak tgn lelaki ittew....
pinkeyz Post at 24-9-2010 16:27



    dan hang dok perati no................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2010 04:51 PM | Show all posts
dan hang dok perati no................
sweetsiti Post at 24-9-2010 16:49

da trnmpk nk wt cemane.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 05:15 PM | Show all posts
da trnmpk nk wt cemane.....
pinkeyz Post at 24-9-2010 16:51



    nmpk lagu org tua gatai..........
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:17 PM | Show all posts
Dia Fadila : Alhamdulilah,akhirnya selesai akad nikah tadi...semuanye berjalan dengan lancar...


DIA DAH KAWEN DAH. BOLEH LA TT TUKAR TAJUK THREAD NIH
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 03:37 PM | Show all posts
Published: Jumaat Oktober 1, 2010 MYT 1:00:00 PM
Updated: Jumaat Oktober 1, 2010 MYT 1:06:14 PM
Dia Fadila & Redza Sah Bergelar Suami Isteri

Oleh WAHIDUZZAMAN

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Nur Nadia Fadila Abu Bakar atau Dia Fadila, 26, sah bergelar isteri kepada Redza Hj Abdullah Sanusi, 33, dalam satu majlis pernikahan serba ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah masjid tersebut iaitu Al-Hafizan Ibrahim kira-kira pada pukul 9.45 pagi dengan disaksikan oleh ibu bapa, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.

Dia Fadila kelihatan anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna krim rekaan Bill Keith.

Pada majlis itu, Dia Fadila menerima mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran, sepasang telekung dan wang tunai sebanyak RM 2309.84 sebagai simbolik kepada tarikh hari lahir penyanyi itu.

Bagaimanapun, tiada pertukaran dulang hantaran dilakukan atas persetujuan kedua-dua belah keluarga pengantin yang lebih mengutamakan perkara-perkara wajib dalam majlis pernikahan sahaja.

Apabila ditanya tentang jumlah wang hantaran, ibu kepada penyanyi itu Azanah Abd Raof, 52, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar dan mengakui jumlah tersebut dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga.

Menurut Dia Fadila yang juga pensyarah vokal di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), majlis pernikahan ini cukup istimewa kerana ia diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-33.

"Majlis pernikahan ini istimewa buat saya kerana tarikh hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran suami yang ke-33 dan kami sengaja pilih tarikh ini supaya ia akan jadi satu kenangan yang manis buat kami.

"Redza menjadi pilihan saya kerana ciri-ciri dirinya yang sempurna dalam segala aspek. Sebagai isteri, saya yakin dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mampu untuk memimpin bahtera perkahwinan kami dengan baik, insya-Allah," katanya.

Dia Fadila yang mengakui gembira dan bersyukur kerana telah bergelar isteri, bagaimanapun masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu dalam masa terdekat.

"Selepas bertunang sejak Mac lalu, kami tidak mahu bercinta terlalu lama dan memutuskan untuk berkahwin secepat mungkin. Saya bersyukur dan gembira kerana tempoh perhubungan kami yang agak pendek ini berakhir dengan satu ikatan yang sah.

"Saya akan terus mengajar dan menyanyi selepas ini seperti biasa kerana suami tiada sebarang halangan. Tentang berbulan madu, memang kami ada pilih beberapa destinasi tapi yang pasti bukan dalam masa terdekat sebab kami sedang sibuk dengan komitmen tugas masing-masing," katanya yang merancang berbulan madu tahun depan.

Bermula sebagai kenalan biasa, pasangan ini menjadi semakin intim sejak November 2009. Atas keserasian itu, mereka memutuskan untuk bertunang Mac lalu dan hanya mengambil masa sekitar enam bulan sebelum melangkah ke jinjang perkahwinan, hari ini.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Dewan Siti Hasmah (Rumah Puspanita), Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur pada 3 Oktober pukul 8 malam. Selepas berkahwin, Dia Fadila dijangka akan berpindah mengikut suaminya ke Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

sos..mstar online...





tahniah..............
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 04:29 PM | Show all posts
"Apabila ditanya tentang jumlah wang hantaran, ibu kepada penyanyi itu Azanah Abd Raof, 52, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar dan mengakui jumlah tersebut dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga."

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2010 09:17 PM | Show all posts


maser akad nikah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 09:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2010 08:14 PM | Show all posts
tahniah!!!!!
semoga kekal hingga akhir hayat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 12:59 AM | Show all posts
selamat pengantin baru...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 09:31 AM | Show all posts
TT tukar lah tajuk thread ni coz Dia dah selamat bernikah pun{:1_134:}
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 10:02 AM | Show all posts
hubby dia ni anak arwah tan sri abdullah sanusi... bekas naib canselor UM.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 10:13 AM | Show all posts
Dah kawin ker si DF ni... penah jmpa dia tahun lepas...mase tu dia gi audition utk dapatkan scholarship dr Birmingham University...... Peramah gak minah ni mase tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:03 AM | Show all posts
Dah kawin ker si DF ni... penah jmpa dia tahun lepas...mase tu dia gi audition utk dapatkan scholars ...
sagilicious Post at 3-10-2010 10:13


ada ker org gi audition nak dapatkan scholarship?  musykil teman    setau teman gi interview kalo nak dpt scholarship
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:50 AM | Show all posts
maser akad nikah
Is@bell@ Post at 1-10-2010 21:17



    sempoi and simple... suka tengok! tak berlebih-lebihan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:50 AM | Show all posts
ada ker org gi audition nak dapatkan scholarship?  musykil teman    setau teman gi intervi ...
minahsaudi Post at 3-10-2010 11:03



    tersilap tu kak min.. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2010 06:18 PM | Show all posts
Reply 136# dynaz_zhalia

mungkin dia nak apply scholarship untuk melalak... jadi kenalah audition
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 06:47 PM | Show all posts
anyway tahniah la..semoga berbahagia ke anak cucu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2010 07:40 PM | Show all posts

RE: Sape tunang Dia Fadila???...alhamdulillah, dah selamat bernikah..

TT tukar lah tajuk thread ni coz Dia dah selamat bernikah pun
pu3_rania Post at 3-10-2010 09:31



    orait..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 09:37 PM | Show all posts
err..sekeri nye nengok muke laki tu

aniway..tahniah lah ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058460 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list