|
[Jenayah]
KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.
[Copy link]
|
|
maybe masa awal tak tau pasal status laki orang (ikut komen dalam socmed, laki ni PJJ)
lepas tau status laki orang mintak putus atau tau laki orang, dah asyik kena ayat, lama2 cair.
Maybe mintak putus, laki tak nak lepas. Jantan red flag. Kesian la kalau betul wife baru lepas bersalin, malang betul baby dapat bapak macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 16-7-2024 11:22 AM
masa dia hilang ritu ada la komen kata cari bf dia, jumpa la dia..
bukan main marah kawannya kata di ...
Masih bising lg kwn² dia.
Smpi suspek dh kna tgkap pn mati² soh jgn label tu bf.. Arwah xde bf katenyehh..
Nok.. Dizaman penyondol kna hencap kiri kanan, mau ka tuan bdn jaja kt kwn² bf dia laki org kecuali jenis muka tembok..
Apa²pn... Takziah.
Not the kind of ending yg kita harap.
Lately org hilang kna expect the worse lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 16-7-2024 11:40 AM
BERSABIT SLIM RIVER : 2540/24 PADA 15/07/2024 @ 1800HRS SAYA BERSAMA ANGGOTA KE TEMPAT KEJADIAN UNTU ...
Suspek bunuh lahir thn 98.
98 aku dh spm.
Mudanyaa dh bunuh² org.
Hapa tiada harga ka nyawa tu.
Allahurobbi |
|
|
|
|
|
|
|
First sekali kalau nak bercinta dengan orang yg kita memang x kenal asal usul please check la laki orang ke bukan. Pergi la buat imej search, cari2 kot2 ada 2-3 account media social. Kalau dia x kenalkan kita dengan cicle family/kawan dia, nampak sangat dia sorok sesuatu.
Secondly dah kenapa sampai nak bunuh2. Aku pon pernah kena curang, pernah kena tipu, pernah tetiba kena friendzone (awak terlalu baik untuk saya) tapi marah & sedih biasa2 je la. X pernah terfikir nak bunuh2
Last sekali, dah ada bini buat cara ada bini. Rasa isteri x sempurna, lepaskan cara baik. Jangan la main2 dengan perempuan lain kat belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 16-7-2024 01:27 PM
DAP tengok bende ni tepuk tangan je.
Cer mangsanya bernama teo nee chong..tepuk tangan ke idok?? |
|
|
|
|
|
|
|
ex kpn hamid bador dlu kan dh kabor
dlm pdrm ni wujud kartel2 besor. dia pun tk dpt bendung masalah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
MUTAKHIR
Berang diugut dedah hubungan sulit kepada isteri disyaki punca Nur Farah Kartini dibunuh
Oleh Wartawan HM
[email protected]
MAYAT Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan. FOTO IHSAN Polis
Kuala Lumpur: Berang kerana diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri menjadi punca kejadian bunuh membabitkan seorang wanita, Nur Farah Kartini Abdullah, 25.
Sumber berkata, konflik percintaan antara mereka berlarutan selepas mangsa mendesak suspek untuk berkahwin dengannya.
"Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.
"Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang juga penjawat awam adalah teman lelaki kepada mangsa.
"Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.
"Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.
Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.
Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Hussein dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.
Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Disiarkan pada: July 16, 2024 @ 12:57pm
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aki-punca-nur-farah |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 16-7-2024 01:37 PM
Suspek bunuh lahir thn 98.
98 aku dh spm.
Mudanyaa dh bunuh² org.
wah dh spm..i dh ada time tu tp tgh mnm susu |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 16-7-2024 01:37 PM
Suspek bunuh lahir thn 98.
98 aku dh spm.
Mudanyaa dh bunuh² org.
Heshe kena ugut dgn arwah...nk dedah pada isteri heshe ttg hubungan sulit deyoul...hujung2 kena bunuh...lenkali hadap lagi laki org .kn dh mendapat... |
|
|
|
|
|
|
|
kan.. tu pun masih nak denial..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nuralisa at 16-7-2024 02:07 PM
see.. dia mmg ada hubungan ...
dia tu x bgtau kawan2 sbb laki org...
sian kawan2 backup ... tertipu jer |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 16-7-2024 01:53 PM
wah dh spm..i dh ada time tu tp tgh mnm susu
Macik kertu baru² belajar mjoyah kt porom |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 16-7-2024 01:53 PM
wah dh spm..i dh ada time tu tp tgh mnm susu
muda lagi ko dik, akak dah masuk uni time tu, dah gi tengok wayang cite titanic.. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 16-7-2024 01:56 PM
Heshe kena ugut dgn arwah...nk dedah pada isteri heshe ttg hubungan sulit deyoul...hujung2 kena bu ...
So arwah aware ler bf laki org.
Org laki ni jgn ler buta² kasi ultimatum.. Consequences dia sgt la unpredictable.
Xpasal dh ilang nyawa.
Nauzubillah.
Haih. |
|
|
|
|
|
|
|
forex replied at 16-7-2024 09:51 AM
orang kata : anggota polis, sudah berkahwin dan bekeluarga, PJJ dgn bini.
Katanya bini die dr atau nurse. Keje sepital swasta. Betulke chuols? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya arwah dn fmily dia
Zmn sekramg org semakin kejam |
|
|
|
|
|
|
|
masing-masing denial sangat..
baik depan kita belum tentu baik dibelakang..
siap ada keluar pulak cerita ugut nak bagitau bini bla bla bla..
kita hmmm kan je la..
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai muka pun tahap skema dan tak hensem, boleh pulak mencurang, muda lagi dah gatal tak cukup 1, dasar tak sedar diri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|