CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

ZULAIKHA [U] Last updated was on 7/7/2013

[Copy link]
 Author| Post time 5-6-2012 10:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 6-6-2012 00:29

Dalam pada waktu yang sama juga, Zulaikha yang ketika itu sedang mengayuh basikal baru, beriringan dengan Amir, sedang mencuba deringan loceng basikalnya sambil ketawa.
       
             “Aiskrim! Aiskrim! Hahaha.” Zulaikha kelihatan sungguh riang ketika bersama Amir.

Amir melayan keletah Zulaikha itu. Dia hanya tersengih melihat Zulaikha yang kelihatan cukup girang. Bukan selalu baginya dapat melihat senyuman apatah lagi gelak ketawa dari budak perempuan yang selalu memakai seluar panjang di balik kainnya itu.

        “Ehh?!” Mata Zulaikha membulat terpandang sesuatu.
        “Apa Ika?!”
        “Emmhh…” Zulaikha masih belum dapat memastikan apa yang dilihat tidak jauh di hadapannya.

        “Apa mende nya?” Amir kehairanan dengan perilaku Zulaikha.

        “Hmm…takde apa-apalah” Zulaikha membatalkan hasrat untuk mengambil tahu dengan lebih lanjut, malah dia  juga tidak ingin memberitahu Amir apa yang dilihat.

Dia terus mengayuh basikal melintasi sebuah kereta Iswara merah yang sedang parkir di tepi jalan sambil menjeling ke ruang dalam kereta itu.. Jelas terlihat olehnya pipi Shaqirah sedang dicium oleh seorang lelaki. Amir tidak perasan akan perkara itu, manakala Zulaikha hanya berdiam sahaja buat-buat seperti tidak tahu.

Shaqirah yang menolak Azim ketika dicium juga terpandang akan Zulaikha yang menjeling mata melihat dirinya diperlakukan sebegitu rupa. Dia terpaku.

        “Eeeeehh! Celaka betul! Ko lah punya pasal nih!” bentak Shaqirah geram.
Shaqirah menampar pipi Azim. Dia menampar lelaki itu bukan sahaja kerana lelaki gatal itu cuba melakukan perbuatan melampau tadi, malah juga kerana merasa geram dan risau kalau-kalau apa yang dilihat oleh Zulaikha sampai ke telinga ibubapanya.

Cepat-cepat dia membuka pintu kereta langsung keluar meninggalkan Azim dan kereta itu.

        “Shaq! Shaq! Sorry sayang!” Azim kelam-kabut terjerit-jerit dari dalam kereta cuba memujuk Shaqirah.       

Shaqirah mempercepatkan langkahnya menuju ke rumah. Dia tidak menghiraukan soal Azim lagi pada detik ini. Dia cuma mahu segera sampai di rumah secepat yang boleh. Dia benar-benar kelihatan risau dan gelisah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2012 05:52 PM | Show all posts
tahu takut...

next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 02:20 AM | Show all posts
Reply 124# sarizu


    thank you surizu...coz sudi membaca karangan yang merepek meraban nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 02:50 AM | Show all posts
Sementara itu dirumah, Datin Suraya sedang tercari-cari sesuatu di dalam beg tangannya.

        “Chhhk! Haishhh….mana pulak perginya..tadi tengahari ada dalam beg ni.” Ngomel Datin Suraya sendirian di kamar tidurnya.

Beg tangannya masih dipegang kemas. Dia duduk di birai katil dan memandang ke sisi, cuba mengingatkan sesuatu. Setelah beberapa minit berfikir dia masih mengerutkan dahinya.

        “Huhhhhhh….memang aku letak dalam handbag nilah tadinya…mana pulak pergi?”

Datin Suraya menghempas begnya ke peha sambil merungut-rungut sendirian. Dia bingkas bangun dan keluar dari kamar tidur terus menuju ke ruang tamu di tingkat bawah. Sesampainya di ruang tamu, terus ditegurnya Nadia yang duduk di sofa sedang leka menonton televisyen.

        “Nadia..”
        “Yes mama?” mulut Nadia menjawab namun matanya masih melekat memandang skrin televisyen.

        “Ada nampak tak duit mama dua ratus ringgit terjatuh kat mana-mana dalam rumah? Duit tu lima puluh ringgit sekeping-sekeping.” Tanya Datin Suraya sambil berharap.

        “Mama letak kat mana tadi?” Nadia menjawab pertanyaan ibunya dengan soalan lain pula.

        “Letak dalam handbag ni…seingat mama tengahari tadi ada. Ni petang bila mama nak amik duit nak bayar duit Tupperware Makcik Ani tu…tau-tau dah takde pulak. Chhhk!” jelas Datin Suraya sambil mengeluh.

        “Sorrylah mama, Nadia tak nampak pun.” Nadia bersimpati namun matanya masih melekat menghadap skrin televisyen semenjak tadi tidak berpaling sedikit pun.

        “Hishh! Kalau tengok citer kartun tu tak berkelip! Pandang mama pun tak. Esok kalau mama mati pun Nadia ralit tengok tivi je.” Rajuk Datin Suraya.

Cepat-cepat Nadia memalingkan muka memandang wajah ibunya sambil tersenyum.

        “Mama ni….sikit-sikit cakap mati…sikit-sikit cakap mati. Kalau mama mati, Nadia nak ikut sekali lah!” Balas Nadia sambil memegang tangan ibunya dan tersengih-sengih.

        “Tak payah….jaga je diri Nadia tu elok-elok. Tolong jaga papa, abang Harris..Ika dengan Kak Shaq tu.”

        “Suruh papa lah yang jaga! Nadia kecik lagi….” Nadia menempelak sambil kedua-dua belah tapak tangannya memegang pipi membuat muka manja bagaikan anak kucing.

        “Elleehhh….kecik lagi konon. Ika yang baru UPSR tu pun dah rajin tolong Tok Mah tu masak…Nadia yang dah form one lebih besar pulak malas nak turun dapur….” Datin Suraya menepuk betis Nadia.

Nadia hanya membalas kenyataan ibunya itu dengan tersengih-sengih sahaja. Sedang mereka bergurau-gurau, Tengku Sulaiman pun pulang dari pejabatnya.

*****************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 03:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 6-6-2012 03:25

Dalam pada itu, Zulaikha dan Amir tiba di pintu masuk perkarangan rumah. Mereka berhenti seketika. Mereka berborak sebentar tanpa menyedari kehadiran Harris yang baru pulang berjalan kaki dari bermain bola sepak.

        “Hoih! Dari mana tadi nih?” tanya Harris sambil menggosok-gosok rambutnya yang berpeluh.

        “Mana ko pergi tadi Amir? Patutlah takde kat padang! Merayap jer! Hah hah hah!” Harris bertanya dan ketawa seperti biasa gayanya itulah sambil menumbuk perlahan bahu Amir membuatkan remaja lelaki itu hampir terjatuh dari basikal.

Harris turut memandang Zulaikha atas dan bawah serta ke kiri dan ke kanan melihat pula basikal Zulaikha yang baru dibeli tadi.

        “Dah pakai skirt labuh pakai suar trek kat dalam lagih! Pesen apaaaa ah!” jerkah Harris sambil jari telunjuknya ditudingkan ke arah kaki seluar trek Zulaikha.

        “Sibuk apasal?! Helleh!” Zulaikha memberontak dan memasamkan mukanya. Matanya pula menjeling tajam ke muka Harris.

        “Helleh…helleh!” Harris mengajuk Zulaikha.

        “Eh..takpelah Harris..Ika.. balik dulu la eh?” Amir mencelah ingin beredar pulang.

        “Okay…balik lah…esok ko tak turun padang..siap!” Harris memberi amaran.

        “Yer…aku turun lah esok…kalau aku senang.” Jawab Amir acuh tak acuh sambil mula mengayuh basikalnya.

        “Hotak kau! Turun tu esok! Wajib! Orang nak wat team main liga nanti woi!” Harris menjerit.

Zulaikha mengheret basikalnya masuk ke dalam perkarangan halaman rumah yang luas itu. Harris membontoti.

        “Bila mama belikan basikal ni Ika?” nada suara Harris kini lembut.

        “Beli sendiri.” Jawab Zulaikha ala kadar.

        “Beli sendiri?! Banyak pulak duit?” Harris bertanya kehairanan.

        “Duit curi lah!” jawab Zulaikha sengaja malas hendak melayan Harris berbual.

        “Duit curi?! Aku kerat tangan tu karang..hah hah hah!”

Harris sudahi perbualan itu dengan ketawanya sambil sempat memegang kemas pergelangan tangan kiri Zulaikha sepintas lalu dan terus berlari memasuki ke rumah meninggalkan Zulaikha yang masih membelek-belek basikal barunya itu. Zulaikha secepat itu juga menarik kembali tangannya dan menggosok-gosok kesan dipegang Harris tadi.

        “Tangan beruk tu peluh-peluh pegang orang!” Zulaikha mengomel.
Dia meletakkan basikalnya di tepi rumah. Tiba-tiba bahunya ditolak dari belakang. Badannya tertolak sedikit ke hadapan.

        “Hey Cina!” Shaqirah yang tiba-tiba muncul itu bersuara perlahan tapi dengan nada yang keras.

Zulaikha memusingkan badannya menghadap Shaqirah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 06:44 AM | Show all posts
Reply  sarizu


    thank you surizu...coz sudi membaca karangan yang merepek meraban nih...{:ml ...
kambeng_masam Post at 6-6-2012 02:20


x de nya merepek meraban, best cite ni...antara cite yg slalu d tunggu2...

so, next!

habisla budak cina tu kn marah leps ni...
dh la dia tsebut duit curi! cr nahas je
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2012 10:41 AM | Show all posts
x de nya merepek meraban, best cite ni...antara cite yg slalu d tunggu2...

so, next!

habis ...
sarizu Post at 6-6-2012 06:44



    tq again...coz setia membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 02:27 PM | Show all posts
Woh...

Si Shaq ni bekeng sokmo....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2012 06:54 AM | Show all posts
Belum sempat apa-apa lagi Shaqirah terus mencekak kolar t-shirt Zulaikha dan jari telunjuknya menonjol-nonjol dahi gadis sunti itu sambil memberi amaran.

        “Don’t you ever dare nak cakap apa-apa kat mama ehh. No……MAK AKU!”

        “Kau paham tak?!”sambung Shaqirah lagi memastikan.

Serentak dengan itu Shaqirah menjegilkan matanya. Zulaikha hanya diam namun matanya tajam melawan jegilan mata Shaqirah. Zulaikha kini benar-benar berasa marah dan geram kerana dia tidak membuat apa-apa kesalahan pun.

        “I just don’t care what were you doing.” Balas Zulaikha perlahan menahan geram.
Zulaikha menarik tangan Shaqirah melepaskan cekakan di leher bajunya dan segera berlalu dari situ membelakangi Shaqirah. Dengan bernafas kencang menahan marah dia menuju ke pintu masuk ke rumah. Namun dengan segera pula Shaqirah mencapai bahagian belakang kolar baju Zulaikha dan menarik menyentap ke belakang menyebabkan Zulaikha seakan tercekik dengan sentakan itu.

        “Aakk!” Zulaikha yang tercekik itu menjerit kecil.

Shaqirah menarik rambut Zulaikha membuatkan Zulaikha terdongak ke atas.

        “Kau jangan nak kurang hajar dengan aku yer! Nanti kau dapat lagi sakit!” Kali ini amaran Shaqirah bersertakan ancaman.

Shaqirah menolak semula Zulaikha ke hadapan melepaskan gadis sunti itu. Tanpa menjawab apa-apa Zulaikha cepat-cepat melangkah masuk ke dalam rumah. Shaqirah mengikutinya dari belakang memastikan Zulaikha mengikuti arahannya.

Zulaikha berjalan laju melintasi ruang tamu memberi salam namun tidak berhenti di situ. Terus sahaja dia berjalan laju menuju ke biliknya di tingkat atas. Datin Suraya yang masih duduk di sofa ruang tamu hanya menjawab salam dan hanya melihat perilaku Zulaikha itu. Kini Shaqirah pula muncul dari balik daun pintu rumah.

        “Assalamualaikum” Shaqirah bersuara.

        “Waalaikumussalam. Hai….lambat hari ni balik kelas tambahan?” tanya Datin Suraya.

        “Hemm…kelas abes lewat sikit tadi mama.” Shaqirah menjawab acuh tak acuh sambil berjalan laju menuju ke pintu biliknya di sebelah ruang tamu.

        “Shaq!..Sini kejap mama nak tanya.” Datin Suraya bersuara menahan Shaqirah dari terus melangkah.

        “Apa dia ma?” Shaqirah berpatah semula.

        “Tengahari tadi sebelum pergi sekolah ada tak nampak duit mama tercicir kat mana-mana dalam rumah..dua ratus ringgit. Duit lima puluh sekeping-sekeping?” Datin Suraya bertanya sambil berharap.

Bebola mata Shaqirah memandang ke siling kononnya cuba mengingati. Dadanya berdebar-debar.

        “Takde la ma. Tak perasan pulak.” Jawab Shaqirah meyakinkan.

Datin Suraya berasa sugul dan hampa. Shaqirah pula terus memasuki biliknya. Sebaik sahaja menutup pintu, dia terus bersandar pada daun pintu itu. Dia kelihatan resah dan menggigit-gigit bibirnya seolah sedang memikirkan sesuatu. Selang beberapa minit dia membuka pintu dan keluar dari bilik. Dia menjenguk ke dapur dan terlihat Zulaikha sedang berbual dengan ibunya. Telahannya mungkin ibunya bertanyakan pula kepada Zulaikha akan kehilangan duit yang bukan sedikit itu. Dengan segera dia melangkah menuju tangga ke tingkat atas.

Di tingkat atas ada empat bilik. Pintu bilik utama yang didiami Tengku Sulaiman dan isterinya bersetentangan dengan muka tangga. Di sebelahnya pula bilik Nadia yang menghadap sisi muka tangga. Di sebelah bilik Nadia pula ialah bilik tidur Zulaikha yang juga bersebelahan dengan bilik Harris yang berada di hujung sekali.

Shaqirah terus menuju ke bilik Zulaikha dan cepat-cepat membuka pintu bilik itu. Dalam masa yang sama, Nadia keluar dari biliknya. Tanpa disedari Shaqirah, Nadia ternampak kakaknya itu memasuki bilik Zulaikha. Nadia mengerutkan dahi apabila dia memikirkan tidak pernah pula selama ini kakaknya memasuki bilik itu semenjak sekian lama. Urusan apakah pula Shaqirah mencari Zulaikha.

Di dalam bilik Zulaikha, Shaqirah memerhatikan sekeliling kamar tidur itu. Dia seolah mencari-cari sesuatu. Sebaik terpandang bantal tidur di atas tilam, dia tersenyum.
Selang beberapa minit Shaqirah keluar dari bilik Zulaikha. Dia terus melangkah menuju ke tangga hendak turun ke bawah namun dia terperanjat apabila melihat Nadia seperti menunggunya dengan berdiri di hadapan pintu biliknya sendiri. Nadia memandang Shaqirah kehairanan.

        “Akak buat apa kat bilik Ika?” Nadia bertanya.

        “Takde pape…nak cari Ika tapi dia takde kat bilik pulak.” bersahaja Shaqira menjawab.

Nadia tidak bertanya lanjut. Shaqirah terus melangkah menuruni tangga dan berselisih pula dengan Zulaikha.

        “Haa..Ika…berapa harga beli basikal baru tu ya?” tanya Shaqirah dengan nada lembut sambil tersenyum.

        “Seratus…tiga puluh…” Zulaikha menjawab perlahan.
Matanya memandang Shaqira kehairanan

        “Perfect! Cantik yer basikal tu..” Shaqirah melebarkan lagi senyumannya.
Dia lantas turun ke bawah dan menghilang ke kamar tidurnya. Nadia hanya memerhatikan sahaja dari muka tangga aras atas.
                                                  
                                                                  ♦♦♦♦♦♦♦
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 07:04 AM | Show all posts
nasib baik ada saksi...

next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2012 05:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 12-6-2012 18:48

~ sorry. double post~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2012 05:18 AM | Show all posts
Sebaik sahaja selesai keluarga Tengku Sulaiman solat Maghrib berjemaah, ketua keluarga itu menghimpunkan anak-anak dan isterinya dan memberi tazkirah serta membacakan petikan hadis-hadis Rasululah SAW berkaitan dengan perihal mencuri.
Selesai sahaja tazkirah cepat-cepat Harris bangun. Belum sempat pun dia hendak berdiri, papanya bersuara.

        “Jap! Jap! Jap! Tunggu dulu. Duduk dulu semua.” Pinta Tengku Sulaiman.
Masing-masing kembali duduk semula di tempat asal mereka. Tengku Sulaiman mula bersuara.

        “Hari ni mama hilang duit dua ratus ringgit.”

        “Duit tu mama simpan dalam beg duit…tak letak merata-rata pun.” Sambung Tengku Sulaiman.

Tengku Sulaiman sudah dimaklumakan perihal kehilangan wang oleh isterinya petang tadi sebaik sahaja dia tiba dari pejabat. Ketua keluarga yang tegas itu percaya kehilangan itu bukan kerana tercicir di mana-mana, akan tetapi ada orang yang mengambilnya.

        “Kalau ada tercicir kat mana-mana pun cuma dalam rumah ni aje. Jadi nampaknya ada orang yang tangannya dah ‘panjang’ sangat ni.” Jelas Tengku Sulaiman lagi tatkala semuanya berdiam diri. Mukanya serius.

        “Anak-anak…semua duduk depan papa ni.” Dia mengarahkan.

Keempat-empat anaknya itu bergerak merapati dan ada yang mengensot mendekati Tengku Sulaiman. Mereka kini duduk menghadap bapa mereka itu. Masing-masing duduk diam dan menunduk ke lantai. Tengku Sulaiman merenung seorang demi seorang anak-anaknya. Semuanya hanya menunduk ke lantai. Datin Suraya juga merapati dan duduk disebelah suaminya itu.

        “Sekarang papa nak orang yang ambik duit mama tu mengaku. Kalau mengaku, papa takkan rotan. Papa nak anak-anak papa jujur dan tak menipu. Apatah lagi mencuri. Kalau mengaku sekarang…papa akan maafkan.”

Selang beberapa saat tanpa seorang pun yang mengaku, Tengku Sulaiman pun bersuara lagi. Tapi kali ini lebih keras bunyinya.

        “Tapi sebaliknya kalau takde sorang pun yang nak mengaku, semuanya akan kena rotan. Tak kira ambik ke tidak selagi takde orang yang mengaku papa akan rotan semuanya!”

Tiba-tiba Shaqirah bersuara perlahan-lahan dengan nada putus-putus.

        “Tak adil…papa wat camni.” Shaqirah protes. Pandangannya masih ke lantai.

        “Sebab apa tak adil? Takde orang mengaku…so semua kena! Paham?” Tengku Sulaiman mula meradang.

Datin Suraya yang hanya memerhatikan dari tadi memegang peha suaminya itu seakan memberi isyarat meminta suaminya itu bertenang dan sabar.

        “Papa buatlah spotcheck kat bilik-bilik kalau betul nak tau sapa yang ambik duit tu.” Shaqirah cuba memberi pendapatnya.

        “Shut up! Jangan nak memandai-mandai!” Tegas Tengku Sulaiman.
Datin Suraya merapatkan mulut ke telinga suaminya dan berbisik sesuatu. Setelah berfikir sejenak, Tengku Sulaiman bersuara.

        “Hmmm….Kamu semua tunggu kat sini…jangan nak bergerak walau seinci pun!”
Tengku Sulaiman berlalu dari situ setelah dinasihatkan isterinya agar memeriksa bilik anak-anak mereka kalau-kalau akan ada terjumpa apa-apa yang boleh dikaitkan dengan hal kehilangan wang itu..

Tengku Sulaiman memasuki bilik Nadia. Setelah lebih kurang sepuluh minit dia keluar semula lalu masuk ke bilik Zulaikha. Dia memerhatikan sekeliling. Di geledahnya laci almari. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Diperiksanya pula laci meja lampu tidur yang bersebelahan dengan katil. Juga tiada apa-apa. Diperhatikan sekelilingnya, semua tempat sudah digeledah namun tiada apa-apa. Dia bangkit dan hendak keluar menuju keluar.
Sebaik hendak menuju keluar langkahnya terhenti seketika. Dia berpaling dan bergerak ke dalam bilik semula dan terus diangkatnya pula bantal tidur. Alangkah terkejutnya Tengku Sulaiman apabila melihat ada sekeping not lima puluh ringgit di bawah bantal tersebut. Dibenaknya memikirkan, adakah Zulaikha yang mengambil duit itu? Masakan pula anak gadisnya yang masih mentah itu mempunyai duit sebanyak itu? Fikirnya liar. Dia seakan tidak percaya anak gadis sunti itu melakukan perkara sebegitu. Hati asalnya lebih berat mengatakan si Harris lah yang mengambil duit isterinya.

Datin Suraya masih meminta anak-anaknya mengaku sekiranya berbuat salah mengambil duitnya. Namun hampa. Seorang pun tidak memberi respon. Mereka semua memandang Tengku Sulaiman yang turun dari tangga. Di tangannya terdapat sebatang rotan kecil. Dan disebelah lagi terdapat sehelai duit kertas lima puluh ringgit.

Shaqirah sedikit tersenyum. Dia hampir tidak dapat menahan dari tersenyum lagi tanda sukses. Mindanya masih terbayang-bayang lagi ketika di bilik Zulaikha sebelum maghrib tadi, dia telah meletakkan duit not lima puluh itu dibawah bantal tidur Zulaikha. Ianya adalah baki daripada jumlah kesemua dua ratus ringgit yang diambil dari beg tangan ibunya tengahari tadi. Selepas disoal ibunya dan sebaik  sebaik sahaja masuk ke rumah lewat petang tadi, otaknya ligat mencari jalan untuk melepaskan diri yang tersepit. Fikirannya yang cerdas itu tiba-tiba terfikir sudah tentulah Zulaikha yang akan paling disyaki, apatahlagi gadis sunti itu kebetulan pula membeli basikal sendiri. Fikirnya, nasib benar-benar memihak kepadanya kali ini. Itu bukanlah pertama kali Shaqirah mengambil secara diam-diam akan duit ibunya. Cuma kali ini terlalu banyak yang diambil. Kebiasaannya cumalah dua tiga puluh ringgit sahaja dan nilai kecil sebegitu tidak pula akan ibunya perasan. Digunanya duit dua ratus ringgit itu untuk menyewa kereta dan berbelanja bersama kawan-kawannya siang tadi. Setelah kesemuanya itu, kini baki yang tinggal hanyalah lima puluh ringgit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 09:57 AM | Show all posts
sapa la yg akn kn ni...

next!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 06:31 PM | Show all posts
Reply 134# kambeng_masam


    knapa post 2 kali??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2012 06:49 PM | Show all posts
Reply 136# qislea


    sorry..terdouble post..pagi2 tadi pc hang..ingat tak sent lagi....dah delete hat tuh. tq for reminder.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 08:53 PM | Show all posts
Beng... nak lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2012 05:14 AM | Show all posts
Keempat-empat remaja yang sedang duduk menghadap Datin Suraya itu hanya memerhatikan ayah mereka menghampiri dengan sebatang rotan di tangan kanannya dan sekeping not kertas lima puluh ringgit di tangan sebelah kiri..

Walaupun amat jarang sekali ianya dikeluarkan dari almari pakaian bilik utama, tetapi rotan itu paling kerap digunakan ke atas Harris kerana dialah yang paling nakal sekali antara kesemua anak-anak Tengku Sulaiman. Harris cukup kenal dengan rotan itu yang nampak sahaja halus tapi amat berbisa jikalau ia menyinggah deras ke kulit. Terasa peritnya bukan sahaja sampai ke isi daging tetapi terus sampai ke tulang, fikir Harris. Walaupun Harris merasakan dirinya sudah tentulah selamat kerana bukan dia yang mengambil duit itu akan tetapi, ayahnya sudah mengingatkan, jikalau tiada siapa yang mengaku kelak semuanya akan kena. Idea kakaknya mungkin boleh menyelamatkan diri, tetapi siapa pulak yang mencuri duit itu?

        “Zulaikha.” Tengku Sulaiman bersuara perlahan.

        “Ya uncle?” Zulaikha menjawab terpinga-pinga.

Shaqirah semakin tidak dapat menahan gembira apabila ayahnya memanggil nama Zulaikha. Sedikit tersenyum di bibirnya. Dibenaknya memikirkan, kenapalah selama ini dia tidak terfikir pula membuat rancangan yang bijak sebegini.

        “Ika ada ambik duit mama ke?” soal Tengku Sulaiman.

        “Haa? Ika tak ambik uncle!” jawab Zulaikha sambil menggelengkan kepala. Dia kelihatan resah kini.

Zulaikha daripada duduk dia sedikit terbangun dan melutut serta mendongak memandang ayah angkatnya itu. Wajah Tengku Sulaiman serius. Datin Suraya hanya melihat dan menanti.

Harris memandang Zulaikha. Matanya memandang ke lantai teringatkan sesuatu. “Ya! Ika ada cakap dia curi duit untuk beli basikal! Tapi….” fikiran Harris menayangkan kembali peristiwa petang tadi. Matanya kembali menatap wajah Zulaikha dari sisi. Dia cuba mengesan jikalau ada sebarang riak-riak berbohong pada otot-otot wajah Zulaikha.

        “Duit lima puluh ringgit ni papa jumpa bawah batal Ika tau? Kalau bukan duit mama, duit ni Ika ambik dari mana?” Suara Tengku Sulaiman mulai mengeras.

        “Ika takde letak duit bawah bantal uncle!” Zulaikha menafikan. Sambil menggeleng-gelengkan kepala, matanya menatap tepat ke mata ayah angkatnya itu berharap soalan itu hanyalah sekadar gurauan.

Zulaikha semakin bingung dan resah. Matanya masih terpaku memandang wajah ayah angkatnya yang sudah semakin menyinga. Sememangnya tidak dia tahu dari mana pula duit itu boleh berada di bawah bantalnya, sedangkan segala baki duit tabungnya sudah habis digunakan kesemuanya untuk membeli basikal petang tadi. Jikalau ada bakinya pun cuma beberapa puluh sen sahaja.

Datin Suraya terus bingkas berdiri memegang tangan suaminya. Meminta suaminya bertenang dan bersabar. Dia bimbang akan kadar kesihatan suaminya yang kurang memuaskan akhir-akhir ini. Apatah lagi setelah suaminya baru disahkan menghidapi penyakit lemah jantung oleh doktor beberapa minggu lepas.

        “Kalau Ika mengaku sekarang, papa takkan rotan. Tapi ada denda lain yang papa akan kasi!” Tengku Sulaiman melonggarkan sedikit kemarahannya.

Tengku Sulaiman juga tidak sama sekali menyangka Zulaikha yang berbuat perkara sebegitu.  Cukup sukar baginya untuk mempercayai. Apatah lagi apabila Zulaikha yang dianggap bagai anaknya sendiri itu kelihatan tidak bersalah ketika beria menafikan soalannya tadi. Namun begitu, semuanya bergantung ke atas bagaimana Zulaikha boleh membuktikan duit itu bukanlah diambil dari beg tangan isterinya. Dia berharap agar Zulaikha terus mengaku salah dan dikenakan hukuman yang lebih ringan. Tidak mahu dia merotan anak gadis itu, namun dia adalah seorang lelaki yang tinggi egonya dan tegas. Mana mungkin kata janjinya dimungkiri sendiri.

        “Ika tak ambik duit tu uncle…” suara Zulaikha sedikit goyah.

Dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya terus menafikan. Dia berani menafikan kerana dia benar. Ayah angkatnya itu juga yang kerap kali mengajar mereka akan maksud peribahasa “Berani kerana benar”.

Shaqirah mulai bosan menantikan drama yang bergerak perlahan itu. Dia benar-benar ingin melihat secara langsung, Zulaikha dirotan oleh bapanya bagaikan itu adalah pembalasan dendam terulung untuk dirinya.

        “Tadi kan papa, Ika beli basikal baru! Dia cakap, dia beli basikal tu harga seratus lima puluh! Mestilah dia yang amik pastu pakai duit tu beli kan?!” Shaqirah tiba-tiba bersuara menuduh cuba menambahkan lagi  keraguan ke atas  Zulaikha.

        “Seratus riga puluh lah!” Zulaikha membetulkan berpaling memandang Shaqirah dengan perasaan geram.

        “Yelah seratus tiga puluh! Pastu dia pergi jalan-jalan dengan Amir, entah beli apa lagi tu yang tinggal duit lima puluh je!” Shaqirah anak kesayangan Tengku Sulaiman itu membalas sambil memandang ayahnya cuba memastikan rancangan jahatnya berjaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 05:21 AM | Show all posts

tidak

Post Last Edit by kambeng_masam at 18-6-2012 02:28

“Tak! Ika tak ambik duit mama!” Zulaikha menafikan dengan suara yang lebih lantang.

Datin Suraya mengerutkan dahinya. Zulaikha memang rapat dengan dirinya sebagai tempat menumpang kasih ibu. Namun ada sebahagian di dalam diri anak gadis itu yang kurang difahaminya. Fikirnya, adakah dengan kasih sayang yang dicurahkannya itu masih tidak mampu membentuk sikap baik di dalam diri gadis sunti itu? Adakah benar mungkin Zulaikha yang mengambil duit itu? Ini bukan soal duit baginya. Ini adalah soal adakah Zulaikha cuba memberontak dengan mengambil duitnya setelah kasih sayangnya dicurah bagaikan lebih dari anak-anaknya sendiri. Adakah dia terlalu memanjakan Zulaikha? Fikirannya jauh melayang.

Nadia hanya diam memerhatikan. Dia juga kurang percaya Zulaikha yang mengambil duit itu. Fikirnya mungkin ini adalah salah faham dan Zulaikha itu pula jenis lurus bendul orangnya. Dia memandang kepada kakaknya; Shaqirah. Dia mengesyaki sesuatu. Namun tidak dapat dipastikan pula. Dia terus mendiamkan diri.

        “Ika…bangun. Berdiri. Pusing ke tepi” Tengku Sulaiman mengarahkan.

Zulaikha bangun perlahan-lahan. Dan setelah dia berdiri, dia memusingkan sedikit badannya. Dia tahu, betisnya sudah pastilah akan dijamah oleh rotan itu.

        “Nak mengaku ambik ke tak?!” Tengku Sulaiman bertanya ingin memastikan kalau-kalau anaknya itu ingin membuat rayuan terakhir agar jangan dirotan.

Zulaikha hanya menggeleng perlahan bagaikan pasrah. Dia tetap dengan pendiriannya. Dia tidak peduli jika ayah angkatnya itu masih mahu merotannya sedangkan dia tidak bersalah.

Harris berasa runsing melihat kedegilan Zulaikha. Baginya, Zulaikha sudah cukup beruntung diberi pilihan untuk memilih hukuman yang lebih ringan daripada bapanya. Tidak seperti dirinya yang kalau buat silap sahaja, tahu-tahu terus menerima padah libasan rotan yang memeritkan tanpa dakwa-dakwi sebelum ini. Tidak faham dia mengapa Zulaikha harus berdegil sebegitu. Mengaku salah atau tidak adalah perkara kedua, yang pentingnya tidak dirotan. Janji selamat tubuh badan.

Nadia pula masih keliru. Ini adalah pertama kali dia melihat Zulaikha dirotan. Antara mereka adik-beradik hanyalah Harris sahaja yang pernah dirotan bukan sekali malah banyak kali juga.

        “Angkat sikit kain kaftan tu sampai atas betis!” jerkah Tengku Sulaiman mengejutkan semua orang.

        “WOOOOSH!”       
        “PIAP!!!!”

Bunyi hayunan dan diikuti bunyi libasan rotan ke atas kulit betis nan gebu milik Zulaikha jelas kedengaran.

Zulaikha mengancingkan giginya menahan perit. Matanya mulai berair. Namun dia cuba menahan keperitan dan mengelak daripada menangis.

        “Mengaku tak?” Tengku Sulaiman bertanya cuba memastikan kalau-kalau Zulaikha ingin mengubah pengakuan kepada bersalah agar tidak terus dirotan.
Zulaikha hanya menggelengkan kepala perlahan.

        “WOOOOSH!”
        “PIAP!”

Haris yang melihat sahaja sudah terasa bagai rotan itu dilibas ke atas betisnya. Shaqirah hanya tersenyum. Senang hatinya melihat betis Zulaikha itu sudah kemerahan berbirat dirotan bapanya.

Selama ini kaki Zulaikha yang sempurna, putih gebu dan bersih serta tiada sebarang parut itu menjadi kebanggaan dirinya, namun pada malam itu ianya telah dinodai oleh calaran akibat libasan-libasan rotan yang meninggalkan kesan berbirat nan kemerahan.
Sudah lima kali betis kakinya dirotan, Tengku Sulaiman bertanya lagi ingin memastikan pengakuan dari Zulaikha. Namun gadis sunti yang terus-menerus tidak mengaku bersalah itu hanya menggelengkan kepalanya. Sekuat mana ditahan, airmatanya tetap menitis. Matanya berkaca lalu berderai berjuraian airmata melintasi pipi. Namun tidak pula dia teresak. Giginya dikertap kemas bersedia untuk menerima libasan demi libasan rotan di kedua-dua betisnya. Kulit putih yang melitupi segala urat dan daging kakinya itu kini berbirat secara bersilang-silang akibat libasan-libasan rotan yang tidak seragam tempatnya. Kali ini dia bersedia menerima libasan yang ke tujuh. Kelihatan ada satu biratan sudah mulai menjadi luka akibat dilibas tempat yang sama berulang kali. Muka Zulaikha mulai kemerahan menahan perit dan pedih. Tangannya digenggam kemas disisi. Apabila keperitannya semakin dirasai, dia menggenggam sisi seluarnya pula.

Melihatkan itu, Tengku Sulaiman juga kelihatan tidak sampai hati untuk meneruskan lagi. Namun dalam masa yang sama dia berasa cukup marah dan geram akan kedegilan Zulaikha. Dia faham kedegilan  Zulaikha itu adalah kerana ‘Berani kerana benar’ dan kini dia yakin anak angkatnya itu benar-benar tidak bersalah. Yang lebih menggeramkan hatinya lagi ialah, tentu ada dikalangan anak kandungnya yang bersalah dan entah bagaimana pula Zulaikha yang dirasakan tidak bersalah itu dijadikan sebagai ‘kambing hitam’.

Datin Suraya kelihatan hendak menangis tatkala melihat airmata Zulaikha mengalir deras tanpa sebarang bunyi. Anak gadis itu sedikit pun tidak mengaduh atau bergerak walaupun libasan-libasan rotan itu amat menyakitkan. Cuma setiap kali rotan halus itu menjamah permukaan kulit, jelas di wajah Zulaikha dirinya sedang menahan sakit. Harris lebih faham akan keperitan libasan rotan itu. Namun dia hanya duduk memerhatikan Zulaikha yang jauh lebih tabah darinya menahan diri dari menangis dan meronta akibat dirotan tidak seperti dirinya dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 08:26 AM | Show all posts


saya x pnh kn rotan spnjg hdup ni...tp ngilunya...

ada saksi pun x jadi! :@ Amir sila datang!

next!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 08:31 AM | Show all posts
Suka pada Zulaikha.

Mungkin pengalaman hidup dia masa kecik menjadikan dia seorang yang tabah walaupun baru nak meningkat remaja.

Kena rotan memang sakit!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.079514 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list