CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Bungkus Kaw Kaw ,Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Mr. Dakgalbi bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.Anda terpedaya?

[Copy link]
Post time 4-9-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai_kiu replied at 4-9-2024 08:12 AM
Adohai ko punya analogi bikin acik porem panas la..
Kembang tekak aku membayangkan ayam kena gele ...

Tu memang mitos ke lagenda ke taktau ler. Orang kata kalau yang tak halal ni dia bunuh mass murder gitu. Terus campak aje dalam air panas. Sebab tu diorang tak suka halal. Sebab halal nak kena potong satu2, nak kena cari urat merikh bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 10:41 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 4-9-2024 07:50 AM
Blek canyon ni amender?

dia punya menu lebih kurang mcm johnny's gak.cuma black canyon xde steamboat
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fattymah at 4-9-2024 10:48 AM

Johnys tu punyala lama dari anak aku kecik
Ke ada benda lain dia buh
Ramai kata sedap..
anak aku pun kata sedap dok melantak manatang ke apa benda kat kedai korea
Sekali tanya brooth tulang oink2
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 4-9-2024 05:37 AM
Akak tak rasalah tukang masak jepun dan korea nak apply kerja kat malaysia sissy. Eeeew downgrade  ...

hahaha xdela cari ore korea sissy. cari ore malaysia la
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 4-9-2024 09:21 AM
Halal-halal pun, ujung-ujung rasuah tak tinggal, bank riba tak tinggal, munafiq jah

Ya...epf tu dah tukar ke skim syariah compliance?. Yang itu lagi penting sbb bila pencen nanti income dr epf yang digunakan untuk kelangsungan hidup acik2 F
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 12:54 PM | Show all posts
org melayu, asal kedai pekerja melayu je kita ni husnuzon la msk mkn. betui x?
din tai fung tu.. sukiya tu sume.. sama je 2x5 seploh. ada ke sijil halal deknon..
ramai je panjang je que.. tepuk dada tnya iman. rs yakin mkn, rs syubhah, jgn cekik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2024 01:04 PM | Show all posts
Pembekal kami ada sijil halal - Johnny’s, Black Canyon
Diterbitkan:  Sep 4, 2024 11:45 AM



Johnny’s Restaurants dan Black Canyon mengakui tidak mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Pada masa ini Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia belum lagi 'disahkan halal' oleh Jakim,” kata dua restoran itu dalam kenyataan bersama hari ini.

Bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal.

"Salinan sijil-sijil ini dapat dirujuk di semua restoran kami, jika perlu," kata syarikat itu.

Jakim semalam mengesahkan suratnya yang tular bahawa premis Johnny's Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Namun premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best pula mempunyai empat outlet yang mempunyai SPHM yang masih sah, kata agensi kerajaan pusat itu.

Ayam Penyet Best mempunyai 15 kedai di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sementara itu, Johnny’s Restaurant dan Black Canyon juga berkata tiada penggunaan sebarang alkohol atau wain dalam pemprosesan atau penyediaan makanan dan minuman yang dihidangkan oleh mereka.

"Kedua-dua syarikat tersebut memahami kepentingan pensijilan halal kepada pelanggan dan sedang berusaha untuk mendapat pensijilan halal daripada JAKIM untuk dapur berpusat dan pensijilan individu untuk semua cawangan mereka.

"Pihak Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia juga berharap bahawa penjelasan yang dikemukakan akan menangani rasa bimbang semua pelanggan.

"Seperti biasa, pengutamaan diberi kepada perhidangan makanan Thai yang lazat, selamat dan asli bagi semua rakyat Malaysia dan pelanggan yang memberi kepercayaan kepada Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia," kata kenyataan itu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 4-9-2024 10:21 AM
Tu memang mitos ke lagenda ke taktau ler. Orang kata kalau yang tak halal ni dia bunuh mass murder ...

Tu kategori legend bhaiii hahahaaha
Lg la dulu2 masa kecik kita slalu kena momok part halal tak halal ni camne binatang2 yg xsembelih ni dimasak & dimakan
Muntah ijo.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai_kiu replied at 4-9-2024 01:17 PM
Tu kategori legend bhaiii hahahaaha
Lg la dulu2 masa kecik kita slalu kena momok part halal tak ha ...

Rasa memang betul. Kalau pergi tengok kedai itik yang itik tergantung tu, siap ada lubang kat tekak. Dia tembak ke haper taktau. Seram. Yang ayam pun cemana nak bunuh kalau tak bunuh satu2. Tikam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 03:06 PM | Show all posts
x pernah makan di kedai sebagaimana yang disebutkan tetapi selalu dengar masakan kari di Johnny sangat sedap
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 03:42 PM | Show all posts
hahaha kosong la jonis dan BK alamanda yg sentiasa penuh dgn acik2 gomens
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
anakencana replied at 4-9-2024 09:45 AM
Ada kuliah Maghrib sorang ustaz dok ceramah cakap ..org bukan Islam berlumba2 masuk bisnes kedai mak ...

Kenapa ayat email tu berbelit belit? Kat tempat i penang chendul certified halal jakim. Ada kat website halal portal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
iolss replied at 4-9-2024 12:54 PM
org melayu, asal kedai pekerja melayu je kita ni husnuzon la msk mkn. betui x?
din tai fung tu.. suk ...

Orang kita ni kisah bila disebut je. Kalau tak sebut, deyols melantak selagi boleh. Bukan tak tau, dah berapa kali isu johnys black canyon tu naik kat socmed. Sendiri yang tak cakna lepas tu acah2 tersakiti macam kena tipu dengan restoran tu letak sijil tipu, padahal sendiri bengap tak cek sebelum makan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 10:39 AM | Show all posts
rxz4727 replied at 5-9-2024 02:20 AM
Orang kita ni kisah bila disebut je. Kalau tak sebut, deyols melantak selagi boleh. Bukan tak tau, ...

exactly... bunyik kejab, sunyi kedai tu kejab. lm2 esok penuh blk. melayu mudah lupa aaa gitu laa
hahahahaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.087230 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list