CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adi_kelana

Adi Kelana....Merentas Tabir Alam....

  [Copy link]
Post time 6-6-2011 08:46 PM | Show all posts
Reply 100# adi_kelana


   Salam..TT...
ilah sebenarnya tak berapa faham bahasa jawa..nie...kalau ada  pun ilah akan minta tolong dengan pacit halimi atau wak jue buat tafsiran dlm bahasa yg ilah faham...iaitu BM

dan buat TT terima kasih sebab dah buat sekali tafsiran dlm bahasa melayu.....senang hati ilah nak menyambung membaca.

terima yek TT sebab sudi berkongsi kat MPS nie....dan banyak juga bahasa jawa yg ilah pelajari hari....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2011 10:01 PM | Show all posts
“wa’alaikumusalam…..”

“nak, ucaplah kalimah syahadah dan berselawatlah keatas nabi junjungan, nabi sekalian umat, nabi Muhammad saw.. “

“mbah, maaf saya nak bertanya. Kenapa mbah bawak saya ke sini lagi?”

Banyak lagi persoalan yang nak diajukan tapi semua macam terkunci, kenapa dekat sini belum malam atau dah pagi, sebab dengan suasananya amat berbeza seperti matahari sentiasa ditutupi dengan barisan awan yang nipis, berkabus dan amat dingin. Sampai aku tak dapat bezakan pagi, tengahari atau petang.

Bunyi unggas-unggasnya pun sangat berbeza seperti dengan bunyik yang aku selalu dengar disekeliling rumah, di dalam kebun atau hutan..

Semuanya seakan-akan teratur dan berirama. Bila aku cuba amati dan melihat-lihat dari mana bunyi tersebut, rasanya ia semakin jauh dari aku tapi bila aku cuba buat-buat tak peduli, rasa seperti bunyi tersebut berlegar-legar disekeliling aku. Dua tiga kali aku terdengar bunyi seperti haiwan bersayap yang sedang terbang, seakan bunyi kumbang dan sesekali diiringi bunyi rengekan kuda.

“nak..jangan cepat terpesona, semua tu pun mahkluk Allah, bernyawa dan semuanya bersyukur dan taat menyembah Yang Maha Esa. Cahaya, awan, kabus…bahkan matahari itu pun mahkluk Allah, waktu disebelah sana dan disebelah sini amat berbeza..maaf nak, tadi mbah arahkan supaya cucu mbah mengambil semula ‘persalinan’ anak..barang yang disini tidak layak untuk hamba Allah di sana kecuali pada yang berhak..InsyaAllah.. mari mbah bawa kamu ziarah kerumah mbah..”

Aku terpaku, cuba memahami dan menurut segala arahan beliau. Aku cuba bangun tapi kedua belah kaki ku terasa longlai tak bermaya..dunia dan pandangan aku berpusing-pusing, loya, mual, tanah yang aku pijak menjadi sangat lembik macam beralun-alun.

“nak… ada sepalit najis melekat dipakaian mu, tukar pakaian mu, ambil wudhuk di kolam tu..insyaAllah akan kembali segar”

Najis? O…tadi sebelum aku tidur aku ada masuk bilik air dan buang air kecil..lepas tu aku cuci apa yang wajib je, rasanya kain aku terkena percikan air kencing aku kot….memang terasa segar bila ambil wudhuk dengan air kolam ni, hilang rasa penat, ngantuk, pening, takut dan gabra..

Mbah Brahim menunggu aku di tepi pintu gerbang tu, aku berjalan walaupun agak sukar mengimbangi badan. Aku Nampak Mbah brahim meletakkan seliparnya (seakan diperbuat dari kulit haiwan atau upih pinang) diluar pintu gerbang tu, baru aku perasan aku tak pakai selipar atau alas kaki pun.

Dengan iringan 'Bismillah'......Aku dan Mbah brahim melangkah masuk ke ‘kampung’ tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 10:07 PM | Show all posts
Reply 121# ilahkhatibrani


  wak jue....o! wak jue....hahaha....

tips: jangan bagi dia buka mulut sebab sekali dia buka mulut nanti x boleh nak berenti...sakit telinga menahan panahan beracun dia tu...jauh kan diri anda dari wak jue! haha..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 10:10 PM | Show all posts
Wahh dah update....besst ada lagie ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2011 12:00 AM | Show all posts
Deretan binaan rumah-rumah kayu kecil mengindahkan suasana kampong tersebut, seakan-akan ada di suatu set penggambaran. Suara gelak ketawa riang kanak-kanak memenuhi setiap ruangan, terdengar suara orang mengaji, berpantun seloka dan ada juga suara orang sedang memainkan jurus-jurus silat. Aku tak nampak pun budak-budak, orang dewasa baik lelaki atau pun perempuan. Semua pintu dan tingkap rumah tertutup rapat dan terdapat juga bunyi derapan kaki-kaki kuda..mana binatangnya.

Di suatu sudut terdapat sebuah wakaf, cantik terukir ayat-ayat suci al quran yang berkilauan dengan cahaya keemasan, ada 2-3 orang sedang duduk khusyuk seperti mendengar ceramah atau tazkirah dari ulama yang terkenal. Tapi mana ustaznya? Mana hadirin yang lain? Semua suara dan suara dan suara semata-mata.
Mbah brahim mengangkat tangan dan memberikan salam ke arah wakaf tesebut dan sahutan salam bergema dari wakaf tu, seperti ada 20-30 yang menjawab. Bila salah seorang dari hadirin tu *(note: 6/6/2011 jam 11.25pm, ada orang main baling2 batu…aku cuba cari batu tu tapi x jumpa. Sebelum dia baling pakai bata baik aku masuk rumah dulu) menoleh kearah aku..

Astagafirullahal’azim…putihnya muka hamba Allah tu..aku Nampak sepasang mata dia yang hitam merenung tajam kearah aku. Kemudian dia mengangkat tangan kanan beliau seperti menangkap atau mengambil sesuatu. Perlahan-lahan segumpal asap atau kabus menutupi kawasan wakaf tersebut. Sepanjang perjalanan tersebut, mbah brahim menjawab salam dan aku pun turut menjawab salam dan di tegur oleh mbah brahim.

“nak, tak mengapa sekira anak tidak turut menjawab salam..”

Lepas tu aku jawab dalam hati je sebab aku tak Nampak pun sapa yang bagi salam tu.
Sampai dihujung jalan tu, kami berhenti disebuah rumah yang agak kecil sedikit dari rumah-rumah yang lain. Kalau ikutkan bilik sewa aku kat KL tu pun lagi besar dari rumah-rumah yang ada kat sini.

“mari…cuci kaki mu dulu.”

Mbah brahim membuka pintu rumah tersebut dan dari luar aku mengintai ke dalam. Kecik betul rumah ni..macam cubicle kat opis! Bila masuk ke dalam, memang ruang rumah ni kecik cukup untuk letak katil bujang je..

Ruang yang kecik tu dihiasi dengan hamparan karpet sejadah ungu yang sangat empuk dan selesa. Atas bawah kiri kanan aku perhatikan,  3 anak tangga, 1 pintu masuk dan 2 tingkap..macam rumah-rumah yang kita selalu lukis masa kecik-kecik dulu..baik masa kelas lukisan atau conteng buku latihan kakak dan abang kita tu.

“ kecil tapi selesa nak…kami tak suka berlebih-lebihan, sekadar syarat untuk berlindung dari cuaca dan mala bahaya” sambil tersenyum orang tua tu menjawab.

“maaf mbah, sekali lagi saya bertanya..mbah ni sapa dan kenapa mbah bawa saya ke sini? Apa pertalian kita?”

“nak..mbah ni sahabat moyang kamu dari sebelah ibu mu, kami sama-sama merantau dari tanah jawa mengembangkan nur  islam ke serata ceruk alam, cumanya mbah jumpa jalan dan kampong ini untuk terus mengabdikan diri ke pada Yang maha Esa dan meneruskan perjuangan kami”

“ini perkampungan yang ke2 mbah dan rakan-rakan buka setelah kami berpindah dari kampong yang pertama”

“kenapa saya tak nampak pun orang kat kampung ni, mbah? Mbah ni orang? jin atau bunian?”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 08:35 AM | Show all posts
mornin sumerrrr

best2.....dah hupdet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2011 08:47 AM | Show all posts
Reply 121# ilahkhatibrani


    bila ilah cite pasal wak jue..tetibe je mel mcm nak senyum lebar mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 11:11 AM | Show all posts
menarik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2011 12:49 PM | Show all posts
makin menarik citer ni.............
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 12:58 PM | Show all posts
TT....... nak tanya sikit
kalau mbah berahim kata pakaian tuh tak layak utk yg bukan penerima
kenapa dia letak atas katil masa TT tgh mencari cari baju melayu utk dipakai??
pas tu dia ilangkan pulak baju tu........

maksud aku....kenapa dia bagi pastu dia amik balik?
kenapa dr awal awal dia mmg tk letak atas katil tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 01:24 PM | Show all posts
2 org yang aku jumpa pernah masuk alam bunian ni....semua kata yang masjid dia cantik..betul ke..? Dulu aku pernah mimpi ....aku tiba kat satu buah rumah ni...kat depan ada sorang pakcik,..dia cakap kat aku....masuklah kalau nak tahu macamana rumah org bunian...terkejut gak aku. Aku masuklah. aku tengok rumah dia byk bilik kecik2...semua bilik budak lelaki dgn seluar sangkut kat dinding..sebab tu aku kata bilik budak lelaki. Lepas tu 2,3 kali gaklah aku mimpi masuk kampung bunian. Aku anggap ianya mimpi semata2. Tapi in real life....aku pernah dengar orang mengaji dan berzikir dlm rumah aku. masa aku nak masuk tidur sekali tu...aku dengar suara budak berzikir....pastu di ekor mata aku ...aku nampak sorang budak sedang berdiri..budak tu baya anak aku. Aku kan manusia biasa...rasa cuak gak lah...aku pon baca ayat kursi....dia boleh plak ikut aku baca sampai habis....hish.....last sekali aku cakap...jangan kacau aku...aku nak tidur...pastu tak de lah suara berzikir tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 01:30 PM | Show all posts
Reply 121# ilahkhatibrani


untie ilah ni pun macam bro mie juga....suka-suka je panggil2 gue dari jauh...
mel....jangan macam2! hahahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 01:39 PM | Show all posts
Reply 131# myseba2u


mcam kita dialam nyata ni, ada pelbagai ragam dan pelbagai adat istiadat..ada kampung, pekan, bandar dan ibukota metripolitan..jadi kalau kita ditunjukkan kampung, maka kita nampak kampung kalau ditunjukkan bandar kita nampak semua gah, besar2...wallahulam!
mcm kat kampung gue tu, siap ada landasan keretapi, kapal terbang...dewan2 besar.. dan disekitar rumah gue cuma kawasan perkampungan biasa-biasa je....


adi! ko jangan nak kutuk2 aku...ingat sket...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 01:59 PM | Show all posts
untie ilah ni pun macam bro mie juga....suka-suka je panggil2 gue dari jauh...
mel....jangan macam2! hahahahaha....

juragan_malam Post at 7-6-2011 13:30



    ape??mel cume ckp nak senyum lebar je..tu pun salah ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2011 05:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by adi_kelana at 7-6-2011 17:35

“nak, manusia atau jin atau bunian semuanya adalah mahkluk Allah semata-mata, yang di ukur bukan pada jasad atau rupa tapi pada amalannya”

“kami disini sangat berbeza dengan para khalifah pilihan Allah, jasad kami halus sehingga kamu tidak bisa melihat kami dengan mata kasarmu sedangkan kami selalu berjalan seiringan dan mampir (singgah) ke rumah-rumah kamu”

“mbah mampir ke rumah kami sebab apa?”

“kiranya kamu mengadakan majlis-majlis keagamaan yang memuji kebesaran illahi..kami selalu menumpang mendengar dan turut mengimarahkan majlis-majlis tersebut tetapi andainya majlis itu dicemari dengan kejahilan dan kekufuran kami terasa amat sedih dan berduka kerana tidak berdaya berbuat apa, andainya terdapat kematian dan saat kelahiran kami akan bersama-sama kamu menginsafi dan mendoakan supaya kamu semua dirahmati Allah..kami bukan seperti kamu nak, golongan kami amat jarang untuk beranak pinak..kami amat rindukan suara tangisan anak-anak kecil, bau anak-anak yang baru lahir itu seharum bau bunga-bunga ditaman syurga..suci tanpa sepalit dosa”
Tak tau kenapa aku tetiba terasa sedih…sangat sedih!

“nak sudah sampai waktu subuh, mari kita solat bersama”

Aku dok melilau mencari paip air atau bekas-bekas air nak amik wudhuk. Jangankan kepala paip…kolah pun aku x Nampak!

“kan masih sempurna wudhuk mu…mari”

Bila aku melangkah keluar dari rumah Mbah Brahim, suasananya masih sama, masih dalam samar-samar cahaya..isk! takkan la matahari tak bergerak-gerak..macam kat Alaska la pulak…malam pun rasa macam siang lagi (long daylight hours).

Masa aku turun tangga tu aku tersandung anak tangga ke 3 dan aku hamper terjatuh. Bila aku angkat kepala dan pandang kedepan, aku Nampak sebuah masjid yang sangat besar dan indah, kalah masjid Kristal kat ganu tu..macam diperbuat dari kaca atau Kristal tapi memantulkan spectrum cahaya  yang sangat indah…

“mari ikut mbah…kita amik saf yang tepi tu, sebab nanti akan berasak-asak..”

Melangkah masuk kedalam dewan solat, telinga aku jadi berdengung…suara orang mengaji bergema disana sini dan suara2 yang aku tak paham membingitkan telinga aku.

“nak, mari rapat” sambil mbah menarik lengan aku supaya berdiri rapat sebelah dia, beliau mengusap-usap telinga aku dengan tangannya…lembut betul tangan orang tua ni?
Terasa ada bunyi letupan dalam telinga aku tapi lepas tu aku dapat mendengar jelas bunyi qamat sedang dilaungkan, tak de lagi bunyi berdesing atau buzzing sound.
Selesai solat, selepas memberi salam yang kedua tu….bila aku toleh ke kiri…

"ASTAGAFIRULLAH!!” sikit lagi aku melompat sebab hamba Allah yang kat sebelah aku tu…punya la tinggi menjulang sampai kepala dia hamper cecah bumbung masjid tu! Nasib baik Mbah Brahim cepat-cepat memegang bahu aku! Kalau tak kompom aku lari keluar punya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 08:16 AM | Show all posts
ermmm...terhibur !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 10:30 AM | Show all posts
ermmm...terhibur !!
wardah75 Post at 8-6-2011 08:16



    betulll...sentiasa menanti TT update
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:30 AM | Show all posts
best!!terkekeh2 aku kt sini..ada yg klakar ..hahaha..sambung.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 01:26 PM | Show all posts
Reply 130# seeri_7843


   dia tak hilangkan tapi dia simpan, kenapa dia simpan? mcm entry pass, takkan nak letak sepah2...lepas pakai mesti letak kat pondok jaga...melainkan kita nak buat jahat, masuk sesuka hati..mesti kita cilok pass tu, kan?
cth seeri nak pergi kenduri kat kampung2 atau outstation and sewa homestay. then terlupa pulak bawak shawl...masa duk sibuk punggah beg baju tu tetiba lak nampak 1 shawl cantik terlipat atas katil....dan bukan milik kita. maybe seeri pernah nampak shawl tu makcik seeri yang pakai 3-4tahun dulu..org tu pun dan xde...nak amik pakai x? kompom seeri cepat2 keluar dari bilik tu kan?

gitulah adanya...kalau barang bukan milik kita, kita tak kan suka-suki amik and pakai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 01:28 PM | Show all posts
haaa.................belum ada sambungan lagi ye.....malam kang InsyaAllah sambung....sabar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.146135 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list