CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matlampir

Bujang Bertanya...yg dah kawin sila la jawab

[Copy link]
Post time 13-7-2011 03:59 PM | Show all posts
ai nak tanya juge..

1.adakah lelaki2 yg dah kawen bersedia untuk jd bapak?
2. apekah persediaan mereka utk jd bapak?
3. adakah mereka berpikiran bhw anak2 100% bawah mak budak itu?
kire ala2 lepas tgn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2011 04:16 PM | Show all posts
ai nak tanya juge..

1.adakah lelaki2 yg dah kawen bersedia untuk jd bapak?
2. apekah persediaan  ...
silica_SiO2 Post at 13-7-2011 15:59



1.adakah lelaki2 yg dah kawen bersedia untuk jd bapak? - kalau kawen mcm umur sy YES...(sy kawen umur 36)
2. apekah persediaan mereka utk jd bapak? - reffer pada kawan2 yg dh kawen...sy byk amik contoh abg sy sendiri.


soalan no 3 sy tak faham?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 04:34 PM | Show all posts
nape ye laki bile da kawen tak layan isteri mcm seorg perempuan?
kalo awek ke penat ke ape.. caring ...
limauais Post at 9-7-2011 16:06



    saya rasa segala2nya sbb komunikasi yg tidak berkesan... dulu waktu ber'couple' selalunya saling berkongsi apa sahaja... kalau penat si awek selalu ckp "syg, I penat sgt kerja tadi, banyak tul bende nak kena buat. Nasib baik ader u, bleh gak I lepaskan lelah" so si pakwe pon tunjuklah tanda simpati... tapi bila dah kawin, si isteri selalunya cakap "Ish, penat betullah, keje lagi, anak lagi, rumah lagi... ader laki pon mcm takde laki"... jadi si suami pon naik angin or angkat kaki (malas nak dengar isteri membebel)... jadi komunikasi yg berbeza dan salah menjadikan rumahtangga tidak harmoni malah pasangan saling tidak memahami... saya tak kata pompuan salah dan lelaki betul, begitu juga sebaliknya... tetapi kedua2 pasangan sepatutnya berusaha mewujudkan suasana yang bahagia.

Xtually, pandangan bahawa lelaki mudah berubah selepas kahwin adalah padangan sinikal yg menjadi template kepada pemahaman masyarakat terhadap dunia perkahwinan. Sesungguhnya perkahwinan itu indah jika kedua2 pasangan saling memahami, berkomunikasi dan saling berkongsi.

Nota kaki: Alhamdulillah, dikurniakan isteri yg begitu memahami...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 05:30 PM | Show all posts
Reply 122# zulka

tengkiu.
nombo 3 tuu..kalo laa katakan dah jadi bapak...adakah urusan anak itu diserahkan 100% ke atas mak budak itu?
bapak skdr tgk aje..ye laa..die kan KING lam umahtangga..

cemana persediaan sbg bapak? tgk abg2 je? cemana kalo abg2 pon tak semegah aje..
erk...cemana plk persediaaan $$$? adekah skdr "mengharpkan rezki anak je"?
takde ke somi2 yg gegile study bab parenting n didik anak dari awal etc?
sbb kan..saya tgk..anak2 skrg canggih betol...so edukesen dorng pon harus setanding ngn keadaan semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 05:36 PM | Show all posts
Reply 123# zul_yie
"Ish, penat betullah, keje lagi, anak lagi, rumah lagi... ader laki pon mcm takde laki"... jadi si suami pon naik angin or angkat kaki (malas nak dengar isteri membebel)... jadi komunikasi yg berbeza dan salah menjadikan rumahtangga tidak harmoni malah pasangan saling tidak memahami..


rase cam betol jek..
bile daa penat urusan keje n umah..ckp pon main lepas aje laa..bahasa pon a bit RUDE.
tapi kalo saya la..penat2 bese saya tak buat apa2 dah kat umah..tido jek..
somi pon paham...dan kite pon harus phm la..pada suatu hari die pon ade angin penat..jgn laa dikacau n diganggugugat lg.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 08:51 PM | Show all posts
emm sebagai seorang somi apa perkara/perbuatan isteri yg bole membuat sang somi terharu/ingat atu me ...
zaiha Post at 28-6-2011 12:14



    apabila bini memukul ular tedung berbisa yg masuk rumah atau apabila bini berjalan kaki sejauh 5km di waktu malam meredah kubur dan hutan utk balik rumah

mungkin juga bini yg menyara/menguruskan laki depa yg oku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2011 09:17 PM | Show all posts
ai nak tanya juge..

1.adakah lelaki2 yg dah kawen bersedia untuk jd bapak?
2. apekah persediaan  ...
silica_SiO2 Post at 13/7/2011 15:59



   No. 1 : Ikut pada individu itu sendirik dan faktor umo...No. 2 : Tanya keliling jaa... ataupun menimba ilmu melalui pembacaan
No. 3: Ikut kitab.. anak2 byk didikan ibunya.. sbb itu ibunya 3x baru bapa... tp dah nama anak sendiri..takkan nak suwoh org lain bertanggungjawab kot... dosa sepa tetap bapak kena tanggung..nak ke taknak..kena pikul bersama..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 09:43 PM | Show all posts
saya rasa segala2nya sbb komunikasi yg tidak berkesan... dulu waktu ber'couple' selalunya  ...
zul_yie Post at 13-7-2011 16:34


mksdnye sbb lelaki rase dia tak diperlukan ke sbb tu rase tak perlu la nk tolong?
tp perkataan tu lahir sebab pompuan tak puas hati dan meluahkannya kat laki kerana dia tertekan dia kene buat semua mende.. dan laki tak tolong dia utk ringankan beban...kalo laki dia tolong mgkn perkataan tu tak kuar..
bagaimana pula jika laki tu tak peduli wife dia yg berbadan dua.nak pi check up pi sendiri. plak tu naik public transport.
bini boleh independent gi sorg..cume sebagai laki mane sikap dia yg prihatin dan tjawab? sdgkn dia sepatutnya menjaga isteri apetah lagi dlm keadaan berbadan dua.
kkdg kesian tgk... kalo gf tu leh je teman berhantar nak pegi interview..tp isteri ?
sdgkn isteri lebih berhak..tp nape ek laki mcm layan lebih teruk dari gf? taktau la laki anggap isteri ape...

sbb dari pemerhatian sy la kan.. mcm kwn sy da kawen jaga anak sorg2.. since dok berjauhan.. pastu nk ajak laki pi bercuti pon susah.. mgkn laki fikir tang duit... tp masa bersama keluarga adalah lebih berharga... duit boleh dicari...isteri pon bantu laki cari duit..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 09:16 AM | Show all posts
mksdnye sbb lelaki rase dia tak diperlukan ke sbb tu rase tak perlu la nk tolong?
tp perkataan  ...
limauais Post at 13-7-2011 21:43


Pertama, soal komunikasi. Cuba disingkap balik, bagaimana cara isteri memberitahu suami tentang kesibukannya dan kepenatannya menguruskan rumahtangga. Biasanya, isteri yg tidak dibantu oleh suami sering merungut di belakang bersama kawan2 (mengata suami sendiri) atau kalau cakap ngan suami pon dalam nada sinis. Wajar diketahui lelaki mempunyai ego yg tinggi (tidak dinafikan wanita juga), justeru suami akan lebih tidak berkompromi jika isteri byk memerli. Kan lebih baik dalam keadaan sedang bergembira, berseronok2 atau sedang sama2 happy, bincangkan isu ini dengan suami. Cakap elok2 "Syg ni penat ah bang, balik keje nak handle rumah. Syg risau nnt syg tak dapat nak bagi layanan yg terbaik utk abg... boleh tak kalau kita wat keje umah sama2.. syg masak, abg tolong jaga anak....bla bla bla" kan lebih baik daripada tak habis2 menghentam suami. Apa yg penting, komunikasi..

Kedua, suami tidak ambil endah isteri mengandung. Emmm, pada sy tuduhan tu agak berat dan tidak adil bagi kaum suami. Sepanjang bergelar suami, dan bergaul dengan golongan suami2, sy belum bertemu dengan suami yg tidak langsung mengendahkan si isteri yg sedang mengandung. Malah kami cuba memberi yg terbaik. Malah isteri sy sendiri agak rimas dengan sikap terlalu mengambil berat sy padanya. Ada rakan2 yg mabuk darah pon digagahi masuk ke dewan bersalin semata2 nak menemankan isteri. Berkaitan teman isteri ke klinik, sy lihat kebanyakkan kawan2 wanita sy dihantar ke klinik oleh suami masing2. Mungkin tidak diteman kerana suami agak segan berada di kalangan wanita2 mengandung. Malah wanita2 juga tidak selesa jika ada lelaki di kalangan mereka. Mungkin apa yg limauais utarakan tu ada terjadi, tapi bukanlah secara majoriti.

Ketiga, isteri jaga anak sorang2. Realitinya sy dan isteri tinggal jauh pada jarak 420KM. Susah senang hidup berjauhan ni, hya org2 yg melaluinya sajer yg tahu. Ramailah yg kata, kesian isteri ko jaga anak sorang2, ko senang2 jek tidur lena kat sini. Tapi diorg tak pernah fikir perasaan bapa yg saban malam duk terfikir anak sihatkah? dah makan ke belum? main apa hari ni? nangis ke dia? isteri sihat ke? dah makan ke dier? entah2 tak sempat makan sbb jaga anak? dan macam2 ah yg bermain di minda. Lebih2 lagi bila isteri call ckp anak demam. Tgh malam pon bergegas nk tgk anak. Kenapa tak bertukar? sudah berusaha dengan pelbagai cara, namun belum ada rezeki. Kenapa bapaknya tak jaga anak? Persoalannya, ada ke ibu yg sanggup serahkan anak dijaga bapa?...

Pada sy, limauais tidak berlaku adil kepada lelaki dengan melemparkan delima rumahtangga yg hanya berlaku disegelintir masyarakat. Dan contoh2 yg diberikan dari kalangan keluarga yg bermasalah. Titik tolaknya, masing2 perlu muhasabah diri dan menilai apa kelemahan yg wajar diperbaiki. Menyalahkan satu pihak atas kesusahan pihak yg lain hanya memburukkan keadaan.

Wallahualam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:20 AM | Show all posts
tak dinafikan mmg ada sesetengah lelaki yg tak ambil berat masa isteri  mengandung tapi tak ler semua, cuma segelintir jer...tapi mmg ada yg jenis camni, kdg isteri dh memboyot pun makan minum nak berhidang bagai malah lgsung taknak tolong....

ada yg cakap isteri mgnada2 dan wat2 jer mabuk dan tak bermaya padahal tuan punya badan jer yang menanggung sumer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 04:05 PM | Show all posts
Reply  zulka

tengkiu.
nombo 3 tuu..kalo laa katakan dah jadi bapak...adakah urusan anak itu dis ...
silica_SiO2 Post at 13-7-2011 17:30



   
Bagi keluarga aku.....terus terang aku kata....aku sebagai suami lebih byk memberikan perhatian pada hal2 rumahtangga...termasuk lah memasak/kemas rumah/didik anak2 dll.
cuma acara basuh kain je yg aku malas sket nak buat...(kadang2 buat juga). mungkin bini
aku agak bertuah sebab dpt laki mcm aku....(ini di akui sendiri oleh isteri dan mak mertua aku)
dari zaman bujang lagi..aku memang suka buat kerja2 rumah..memask la..basuh pinggan la..menyapu, mengemas...dll.
kalau rumah be'sepah....yg paling byk membebel aku la.. hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:49 AM | Show all posts
tak dinafikan mmg ada sesetengah lelaki yg tak ambil berat masa isteri  mengandung tapi tak ler semu ...
helena_dzam Post at 14-7-2011 11:20



    entahlah, agak sukar nak komen terhadap perangai segelintir lelaki yg pada sy, TAK SAYANG ISTERI...

just nak kongsi, masa my wife mengandung anak sulung kitorang, sy yg lebih2 morning sickness n mengidam mcam2... orang2 tua kata, TERLEBIH SAYANG BINI ... agak2 bleh tak dapat anugerah suami paling penyanyang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 12:59 PM | Show all posts
entahlah, agak sukar nak komen terhadap perangai segelintir lelaki yg pada sy, TAK SAYANG  ...
zul_yie Post at 15-7-2011 09:49



    Alahamdulillah ler sebab anda lelaki yang penyayang terhadap isteri...
    harap berkekalan la hendaknya....

    Memang ada suami yg jenis camtu, tak ambil kisah akan perasaan isteri..
    xtau ler apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran diaorg ni, gaknyer
    sebab status sebagai suami tu jadi perlu dibelai seperti seorang RAJA...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 02:59 PM | Show all posts
ai nak tanya juge..

1.adakah lelaki2 yg dah kawen bersedia untuk jd bapak?
2. apekah persediaan  ...
silica_SiO2 Post at 13-7-2011 15:59



    jawab mengikut pengalaman sendiri

1. Seawal perkahwinan sy dan isteri mmg dah 'merancang'. Merancang nak dapat anak cepat. Sehingga wife saya mula makan asid folik sebulan sebelum kami berkahwin (utk membantu pertumbuhan otak anak). Sy juga mmg nak sgt bergelar bapa seawal usia perkahwinan. Alhamdulillah, sebulan selepas berkahwin, isteri sy mengandung. Kata org tua, bunting pelamin (sgt tak setuju, mcm ah aku takde bilik). Kebanyakkan rakan2 juga mcm tu, semuanya nak anak secepat mungkin.

2. Persediaan yg saya buat, sebelum perkahwinan lagi sy dah bergaul dgn kawan2 kaum bapa dan ibu. Rasanya sy lebih bergaul ngan kaum ibu. Kebetulan di pejabat ada seorang kaunselor BF. Byk juga belajar tentang perangai baby, how to handle them, kelebihan BF, kenapa anak nangis dan macam2 ah. Pastu byk gak tya ngan kawan2 lelaki, pengalaman diorg nak handle baby n isteri ketika dalam pantang, mcmna nak cari pengasuh, pampers n barang2 murah kat mana and so on so on.

3. Mmg baby byk diuruskan oleh isteri, tapi bukanlah 100%. Ketika dalam pantang, sy yg mandikan dan siapkan baby. Nak susu kan tak bleh ah. Jaga anak siang malam (maklum isteri dlm keadaan tak stabil). Maybe seminggu jek dapat jaga sepenuhnya baby n anak. Memandangkan sy weekend husband jadi isteri yg jaga anak (atas permintaan isteri). Bila hujung minggu sy akan mengambil t/jawab jaga anak sepenuhnya. Bukannya apa, nak lepaskan rindu pada anak.

So , harap pengalaman sy ni dapat menjawab soalan. K. wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 06:37 PM | Show all posts
Reply 133# helena_dzam


    ye betul... slalu lelaki merasakan diorg raja dan ingin dilayan seperti raja...
    suke mengarah itu ini
    bile diorg lapar, mengharapkan makanan tersedia..
    nak sume disediakan... sedangkn keperluan bini dia jarang2 amik peduli...
    dan suke guna kuasa veto dan ego.. jarang dgr pendapat, nasihat org...
    nape ek laki kalo dah kawen rasa mcm dialah berkuasa dan suke2 je mengarah dan ikut pale sendiri?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 06:45 PM | Show all posts
Reply 132# zul_yie


    waaa.. bertuah bini u dpt laki yg penyayang...
     mana nak cari laki yg penyayang nie? kkdg rase mcm dah pupus da laki yg camni..
     kalo ade pun laki org.. ahaks
     kkdg smpi pompuan terfikir laki ni syg aku ke tak? apesal slalu wat pekara menyakitkan hati, menyiksa emosi?
     tak tau la adakah laki tu ego tak nak tunjuk syg kat bini takut bini pijak pale
    atau mmg tak reti nk menunjukkan rasa syg ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2011 09:00 AM | Show all posts
Reply  helena_dzam


    ye betul... slalu lelaki merasakan diorg raja dan ingin dilayan seperti ...
apple_honey Post at 15-7-2011 18:37



    kebanyakan ler memang mcm tu...jarang2 sekali jumpa lelaki
    yg boleh tolong isteri uruskan keperluan rumahtangga, ada tu
    siap mengungkit walaupun tolong isteri putarkan baju dlm
    washing machine pun, belum masuk bab lain lagi..

    macamana la para isteri tak membebel, naik angin kalau kita
    tak pernah berkira dlm sumer perkara tapi bila para suami ni
    buat paper asyik ungkit cam dh banyak sgt yg diaorg buat....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 10:29 AM | Show all posts
Reply  zul_yie


    waaa.. bertuah bini u dpt laki yg penyayang...
     mana nak cari laki yg  ...
apple_honey Post at 15-7-2011 18:45



    setiap lelaki pasti ada kelebihan dan kekurangannya, yg penting perlu difahami dengan sebaiknya... jgn harap suami/kekasih anda sama dengan suami/kekasih org lain, maybe dia kurang dlm satu2 perkara tp dier lebih pula dlm perkara yg lain. Mana ada manusia yg sempurna...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 03:54 PM | Show all posts
nak tanya lagi..1. kenapa lelaki yg dah kawen, ssh sgt nak buat keje2 ruma, mcm buat kerja paip, bertukang sikit, baiki apa2,
sdgkan die tau.lg die rajin n teruja nak OT n keje dr tolong buat keje rumah.

die tau buat...tp die tak mau n kalo buat pon, lambat2 jek, mcm bg die, itu tak berapa penting jike dibandingkan dgn keje die kat opis or tmpt keje.   

mcmjgk mengecat umah ke...die  tanak carik masa or cuti  purposely utk siapkan  rumah die tuh..

kenapa...kenapa..kenapa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 11:50 AM | Show all posts
nak tanya lagi..1. kenapa lelaki yg dah kawen, ssh sgt nak buat keje2 ruma, mcm buat kerja paip, ber ...
silica_SiO2 Post at 18-7-2011 15:54



    xtually sy bukanlah suami yg sesuai nak jwb persoalan ni, sbb sy mmg tak pandai wat keje2 tu, cat umah pon bersememeh.

tp klu dibandingkan keje pejabat ngan keje baiki umah, kan keje pejabat lagi penting, keje yg bagi rezeki kat umah... klu dah dpt duit gaji yg melimpah ruah, kan bleh bayar org jek wat keje2 yg memerlukan kepakaran itu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.093805 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list