CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

6 Zulhijjah - [U]

  [Copy link]
Post time 17-11-2011 07:58 PM | Show all posts
ai pun suka nad ngan rain......
musykil gak... jasmin ni ngan sapa ek???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2011 11:14 PM | Show all posts
antara Rain dan Rusdhi sape yg dapat tempat di hati Nad....kita tunggu smiley habiskan cite ni...hheheh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 08:53 AM | Show all posts
lah ...sikitnya....lagi la......{:4_189:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 08:28 AM | Show all posts
salam...nak n3...............
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 02:53 PM | Show all posts
Salam.

Auntie suka Rain dijodohkan dgn Nadia drp Rushdi. Drp penceritaan ini, Rain tu nampak lebi ...
auntieagony Post at 17-11-2011 15:51


samala... macam best je baca citer2 pasal rain and perangai dia... Rushdi tu macam so predictable gitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 03:44 PM | Show all posts
masih tak ada sambungan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2011 01:34 PM | Show all posts
rain dah single balik.....nad tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 02:20 PM | Show all posts
rain dah single balik.....nad tak selamat
tudung_bawal Post at 21-11-2011 13:34



    along kan sokong nad dgn rain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2011 02:26 PM | Show all posts
along kan sokong nad dgn rain
adalia Post at 21-11-2011 14:20



    sokong kalau rain tekel nad bila dia dah jd janda...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 02:44 PM | Show all posts
akak smiley...sambungla lagiii....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 01:55 AM | Show all posts
nak n3 huhuhhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 09:16 AM | Show all posts
ingatkan dah ada n3....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 10:46 AM | Show all posts
soriii lambat , banyak kerja

...........................................................................................................
“ Mana lah Mak Su ni? Takkan dia lupa.’ keluh Nadia. Sudah hampir sejam dia keluar dari ruang bagasi dan imigresen. Matanya tak henti henti melingas sekeliling ruang ketibaan. Tadi dia cuba mengelak bertembung dengan keluarga Rain hingga sanggup berlegar di ruang bagasi. Entah entah Mak Su dah datang dan balik sebab tak jumpa aku. Oh, tidakkkk! Cik Zurina,where are you? Jangan tinggal anak buah mu ini....
Nadia mencongak wang dalam dompet. Ada not USD50 dan RM50. Cukuplah untuk naik teksi pulang ke rumah tapi macam mana kalau Mak Su tak ada di rumah? Aku bukannya ada kunci rumah... adehh! Dia terkial kial seorang diri. Jasmin sudah di jemput abangnya dan keluarga Rain pun sudah pulang. Tadi Nadia memandang dari jauh sepasang suami isteri yang segak bergaya dan seorang gadis muda yang bertudung bersalaman dengan Rain dan ibubapanya sebelum mereka semua menaiki kereta Alphard. Mesti pasangan itu kakak dan abang iparnya dan gadis muda itu Murni. Haa... gasak kau Rain! Sampai sampai saja dah terus kena ambush.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengisi perut di Burger King. Lama tak pekena black pepper burger. Kalau Mak Su tak datang juga lepas aku habis makan, aku terpaksa pulang sendiri. Sayu rasa hati. Aku pulang dari jauh dengan ijazah tapi tak ada orang menyambut.  Inilah nasib anak yatim piatu... huhuhu! Tapi Mak Su selalunya begitu prihatin. Tak pernah dia lupakan hari jadi aku meskipun aku jauh beribu batu. Lagipun sudah berkali kali dia bertanya tarikh kepulangan aku. It is so unlike her to forget. Naluri Nadia kuat berkata ada sesuatu yang tak enak berlaku pada Mak Su.
Telefon bimbitnya berbunyi. Nadia menelan makanan sebelum menjawab. Abang Rushdi!
“ Assalamualaikum. Nad dah sampai rumah?”
Sebak pula. Walaupun jauh, ada juga yang sudi mengambil tahu keadaan aku.” Belum. Nad ada kat airport lagi. Mak Su belum datang”
“ Eh, mak dan bapa abang yang sepatutnya datang jemput Nad, bukan Mak Su. Entah entah mereka tengah cari Nad”
“ Apasal pula Auntie Aida dengan Uncle Zaquan yang datang? Mana Mak Su?” Nadia mula cuak. Mak Su tak cakap pun yang dia tak dapat jemput aku.
“ Mak Su tak sihat. Biar abang telefon Mummy dan Daddy. Mereka dah sampai KLIA rasanya. Nad ada kat mana sekarang?”
Laa... buang masa saja aku bergundah gulana. Nasib baik Abang Rushdi telefon. Kalau tak aku dah pulang dengan teksi. RM100 terbang.
“ Nad ada kat Burger King”
“ Okay , tunggu situ.”
Lebih kurang 5 minit kemudian ibubapa Rushdi terkocoh kocoh sampai. Nadia memincing mata. Huh.. kalau aku nampak pun mungkin aku tak kenal. Imej mereka sudah berubah 180 darjah. Rambut warna cokelat kemerahan Auntie Aida sudah di baluti tudung bawal membuat wajahnya nampak lembut dan keibuan. Rambut Uncle Zaquan lebih banyak uban dari yang hitam dan muka kedua mereka nampak bersih.Tentu Rushdi gembira dengan perubahan mereka. Dulu Rushdi pernah menyuarakan rasa kurang senang dengan tabiat ibubapanya yang moderen. Maklumlah dah lama tingga di luar negara dan bercampur dengan pelbagai bangsa. Walaupun mereka sendiri tidak minum arak, tapi tak kekok menjamu minuman haram pada tetamu bukan Islam. Kalau ada majlis di rumah , tidak sah kalau tak ada muzik yang melalaikan dan sesi karaoke. Nasib baik lah Rushdi dan adik adiknya tak ikut cara  mak bapak ketam yang jalan senget.
“ Sayang,  we are so sorry. Kami sampai lambat sebab kereta rosak di tengah jalan.” Aida terus memeluknya erat. Kakak sulung ibunya ini memang suka “ bersayang- sayang” dengan semua orang, dari ahli keluarga hinggalah penjual di kedai. Hakikatnya dia seorang yang pelupa dan memanggil “ sayang” lebih mudah dari mengingati nama orang. Tapi kenalah tengok tempat dan orangnya juga, katanya. Protokol kena jaga.
“ Tak apa, Auntie, Uncle. Terimakasih sebab susah payah datang jemput Nad. Kalau Nad tahu Mak Su tak sihat, Nad boleh naik teksi balik rumah.”
“ No, no, sayang. Mana boleh? Naik teksi sekarang pun bukan selamat. Especially for pretty young girls like you. ” Aida berdecit sambil mengusap rambut Nadia yang di ikat ekor kuda. Suaminya sudah menolak troli Nadia yang sarat dengan beg ke arah lif untuk ke tempat letak kereta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 10:48 AM | Show all posts
Kereta Mercedes E320 putih membelah lebuhraya ke arah Kuala Lumpur. Nadia makin mengantuk namun di gagahi juga untuk berbual dan menjawab soalan soalan ibubapa saudaranya.  Aida memang suka berceloteh dan mudah mesra, satu kelebihan bagi isteri pegawai diplomatik. Dia boleh membuat kenalan baru rasa selesa.

“ Nad tidurlah. Nanti bila sampai kita kejutkan. Nad mesti penat. Bukan selesa tidur dalam plane” usul Zaquan setelah melihat Nadia berkali kali menguap. Nadia terus melentok di kerusi belakang. Dia cuma sedar bila  Aida menepuk bahunya. Mereka sudah berada di depan sebuah rumah banglo. Begnya sudah di punggah dari kereta dan di angkat oleh pembantu rumah. Pelik! Matanya terkebil kebil.

“ Eh, kenapa balik rumah Auntie? Kenapa tak hantar Nad balik rumah Mak Su?”

“ Masuklah sayang. Jangan segan segan. Buat macam rumah sendiri. Mak Su ada di dalam.”
Nadia melangkah pantas. Tak sabar nak jumpa Mak Su. Kali ini dia tidak akan pergi jauh meninggalkan Mak Su lagi. Ruang tamu yang tidak berpenghuni menyambutnya. Aikkk... mana semua orang?

“ Mana Mak Su?” Dadanya sempit, seolah ada sesuatu yang tak kena.

“ Mak Su tengah rehat dalam bilik.” Aida memimpin tangan Nadia ke bilik tamu di sebelah ruang makan. Pintu di kuak.

“ Mak Su!” suara Nadia tersekat sekat. Dia meluru ke katil. Sekujur tubuh yang tak bermaya di peluk. Mak Su! Apa dah jadi?!

“ Nad.. sihat? How was your flight?” Suara Zurina tak bermaya. Selalunya bicara nya lantang.  Wajah Zurina pucat dan cengkung.  Nadia mengusap rambut ibu saudaranya. Mak Su bukan sakit demam biasa, itu dia pasti.  Mak Su aku cantik dan  kelihatan lebih muda dari usianya. Tapi sekarang Mak Su nampak lagi tua dari Auntie Aida. Airmata Nadia yang hampir tumpah di seka dengan jari.

“ Nad sihat.  I miss you. Mak Su sakit apa? Kenapa tak bagi tahu Nad?” Cuma senyum tipis Zurina menjadi jawapan. Matanya makin kuyu.

“ Mak Su baru makan ubat tahan sakit sebab itu dia mengantuk. Biar lah dia tidur dulu. Jom, Auntie tunjuk bilik. Sayang mandi dan rehat lah dulu. Lepas itu kita makan sama sama”

“ Nad nak tidur dengan Mak Su”  Segannya nak tidur di rumah Auntie Aida. Anaknya semua lelaki. Abang Rushdi memanglah tak ada di sini tapi bagaimana dengan Raqim dan Rizal? Biarpun rumahnya besar tapi aku tetap tak selesa.

“Err.. bilik ni sempit. Baik Nad tidur di atas. Lagipun Bibik Karti temankan Mak Su tidur.”

“ Kenapa Mak Su tak balik rumah sendiri? Sekarang Nad dah ada sini, bolehlah Nad jaga dia” Nadia masih berteluku di sisi Zurina. Jemari Zurina yang sejuk di picit lembut.

“ Tinggallah di sini dua tiga hari lagi, Nad. Nad pun baru pulang, tentu letih dan jet lag. Biar Mak Su betul betul sembuh. Doktor dah nasihatkan dia supaya berehat secukupnya. Kalau balik apartmen , susah dia kena naik turun lif kalau apa apa jadi.”

“ Mak Su sakit apa sebenarnya, Auntie?” Keluhan  Aida membuat Nadia tambah sebak. Aida diam sejenak.

“Dia ada ketumbuhan dalam rahim. Besar juga, dalam 5 cm. Doktor tak tahu lagi sama ada malignant atau benign”

“ Ya Allah! Kenapa tak ada sesiapa bagi tahu Nad? Sampai hati” lirih suara Nadia. Airmata yang di tahan melimpah dari tubir mata. Kalau dia tidak duduk di birai katil pasti dia sudah terjelopok ke lantai. Jiwanya rapuh sekali. Kalau Mak Su tak ada, pada siapa aku nak bergantung?

“ Bukan kami tak nak bagi tahu tapi Mak Su sendiri pesan supaya jangan ganggu Nad sebab Nad nak ambil periksa tahun akhir. Mak Su nak Nad tenang di sana. Dia pun baru dapat tahu masa buat medical check up bulan lepas. Doktor suruh bedah secepat mungkin. Rahim dan ovarinya sudah di buang. Baru tiga hari lepas Mak Su keluar dari hospital dan Auntie suruh dia tinggal di sini sebab dia tak boleh banyak bergerak. Minta mintalah ketumbuhan itu bukan kanser dan tidak merebak.Kalau tak, Mak Su kena buat kemoterapi. Nadia kena kuat, kita kena doa banyak banyak. Doktor dah pesan, kita tak boleh tunjuk yang kita ni sedih depan Mak Su. Dia perlukan sokongan untuk menaikkan semangat dia.”
Sedu Nadia memecah hening. Kesian Mak Su. Aida mengusap bahu Nadia.

“Jangan risau Nad. Nad berehat dulu, kemudian kita bual panjang dengan Mak Su.”
Nadia diam tidak berkutik. Macam macam berlegar di kotak mindanya hingga dia buntu. Akhirnya dia  menurut kata  Aida. Beg nya sudah di letak di bilik paling hujung di tingkat atas.

“ Nad guna bilik tidur ini. Jangan risau, Rizal dan Raqim tak ada. Raqim bekerja di Sabah sekarang. Rizal pula di UUM. Rumah ini kosong saja.” Sebaik saja  Aida menutup pintu, Nadia melabuhkan tubuh di katil. Bilik bercat biru cair itu terasa nyaman dan tidur terus menyapanya.
.................................................................................................................................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 10:53 AM | Show all posts
“ Ina, kakak ingat baik kita nikahkan budak budak tu.” usul Aida. Dia dan adik nya sedang bersantai di gazebo depan rumah. Sudah menjadi rutin mereka setiap petang, jika Zurina rasa bertenaga. Zurina mengangguk. Sudah 20 tahun dia menjaga Nadia yang sebatang kara sejak kakak keduanya Normala dan suaminya Nadzarudin pergi menyambut pangillan Illahi. Dia lah ibu, dia juga  bapa Nadia. Pada Nadia lah segala kasih sayangnya tertumpah. Nadia penyeri hidupnya selama ini. Dia tidak mahu gadis itu terumbang ambing keseorangan jika apa apa berlaku pada dirinya. Dr Malik memberi prognosis yang positif tapi dia tidak boleh terlalu yakin. Ada sel kanser dalam ketumbuhan yang sudah di buang tapi belum merebak ke organ dan anggota lain.  Syukur Alhamdulillah. Tapi apapun ajal di tangan Tuhan.

“ Kita tak boleh buat keputusan untuk mereka. Rushdi setuju ke? Takkan dia tak ada pilihan sendiri?”

“ Setahu kakak tak ada. Tak tahulah kalau baru baru ni dia ada jumpa seseorang. Rushdi tu kuat berahsia. Tapi Kakak rasa dia suka Nad. Setiap kali kakak berbual dengannya, mesti dia cerita pasal Nad. Tak pernahlah dia tak sebut nama anak engkau tu. Rasanya dia dah lama suka Nad tapi dia malu. Anak bujang kakak tu bukannya pandai mengorat perempuan.” kata Aida sambil menyisip teh o panas.

Zurina senyum sambil memerhati kanak kanak yang sedang bermain skateboard di jalan berhadapan rumah kakaknya. Sudah lama dia dan kakaknya berura ura untuk menjodohkan Nadia dengan Rushdi, sebelum dia sakit lagi.  Mudahnya kalau segala perancangan mereka berjalan lancar. Rushdi yang matang dan kuat agama dapat membimbing dan menjaga Nadia. Cuma dia bimbang penerimaan Nadia. Nadia masih muda dan belum bersedia menjadi isteri orang. Dia tahu Nadia bercita cita tinggi dan ingin berjaya dalam karier. Zurina sendiri menanam semangat juang dalam diri Nadia sedari kecil. Seperti dirinya, Nadia juga pandai berdikari. A woman can be successful without a man, itu pegangan hidupnya. Kemalangan yang meragut nyawa ibubapa Nadia turut membunuh suami yang baru setahun di kahwininya. Bukan tiada lelaki yang ingin menjadi pengganti tapi hati Zurina sudah tertutup. Suaminya Johan lelaki yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Dia lebih gembira dan redha menjadi ibu pada Nadia dan Nadia lah yang merawat hatinya yang sunyi selama ini.

“ Macam mana dengan Nad pula? Dia tak ada boyfriend lagi kah?” tanya Aida

“ Tak ada. I’m very sure because she tells me everything. Cuma Ina rasa dia mesti tak suka kita masuk campur hal jodoh dia. Dengan sepupu sendiri pula tu. I don’t think she has any feelings for him. Dia anggap Rushdi macam abang.”

Aida berdehem. “ Dia tahu tak pasal Rushdi?”

Zurina menggeleng. Biarlah rahsia kakaknya tertutup. “ Tak sampai hati pula nak cerita. Ina takut kalau Nadia terlepas cakap, kecil hati Rushdi nanti. Kita tak tahu sama ada dia boleh terima atau tak.”

“ Betul juga. Tapi kakak harap plan kita jadi lah. Kalau bukan sebab Ina sakit pun, kakak memang sayang kat Nad dan teringin sangat nak jadikan dia menantu kakak. Lagipun bila Rushdi kawin dengan Nad, Rushdi akan ada ikatan keluarga yang sah dengan kita. Mesti arwah Mala pun gembira kalau dia masih hidup.”

“ Rushdi balik bulan depan kan? Susah juga nak cakap dengan Nad. Kena pakai psychology kalau nak pujuk budak tu. Dia keras kepala , bukan boleh di paksa. Harap harap dia setuju lah. Ina takut kalau apa apa jadi kat Ina. Kesian Nadia tinggal sebatang kara sekali lagi.”
................................................................................................................................................
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 11:50 AM | Show all posts
best...best...sambung lg akak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 12:56 PM | Show all posts
terima kasih arjuna untuk entry ini

20% rahsia sudah terungkai
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 01:22 PM | Show all posts
mesti Nad x nak kalau dijodohkan dengan Rushdi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 03:45 PM | Show all posts
Hasil nukilan smiley mmg tak pernah mengecewakan tahniah Smiley menarik sgt cerita nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 04:11 PM | Show all posts
kalau jodoh Nad dgn Rushdi nak buat mcm mana....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054329 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list