Kisah 11: Misteri di sebaliktugas sebagai tukang urut.
Pergh,tajuk panjang giler kali ni. Rupa-rupanya dah bersawang tahap kronik thread ni.Entah kenapa, sehari dua ni asyik teringat kat thread ni. Ada janji yang perlu ditunaikan. Masih ada beberapa kisah yang perlu dikongsi. Tapi TT try sehabis baik la ye, sebab sekarang ni TT kerja sambil Masters, dulu masa TT buka thread ni TT sekadar student degree je. Okay la, enough bebelan macam mak nenek. Heee~
Kisah kali ni TT nak bawa anda way back to the past.Kisah ni taklah seram, lebih kepada misteri sebenarnya.Arwah moyang TT ni, orang kampung, biasa-biasa je. Duduk kampung bela ayam,itik, angsa bagai. Tapi arwah pandai mengurut orang. Kiranya kalau ada sakit-sakit badan, terseliuh sana sini, datanglah jumpa arwah. InsyaAllah lepas berurut, eloklah. Mak TT cerita, sebagai upah mengurut, arwah moyang minta kain putih beberapa meter (TT lupa dah berapa panjang sebab dah lama mak TT ceritakan kisah ni). Tapi untuk orang yang berada, bukan beberapa meter mereka bagi, tapi sekayu kain putih. TT tak sure la sekayu zaman dulu sama ke tidak banyaknya dengan sekayu zaman kita ni.
Tak salah TT, selain upah wajib ni, ada la juga mereka hulur benda-benda lain sebagai upah kepada arwah moyang, cuma tu optional la bagi tak apa, tak bagi pun tak apa. TT ada tanya mak, kenapa dalam banyak-banyak benda, arwah moyang minta beberapa meter kain putih? Mak kata tu syarat orang mengurut. Kira nak bagi lepas sakit yang si tukang urut ni dah sembuhkan kat pesakit daripada melekat kat si tukang urut, maka kena bayar dengan kain putih. Sejauh mana kesahihannya, TT tak pasti.
Cuma sampailah satu masa, orang terakhir yang arwah moyang urut ni, dia tak bayar dengan kain putih yang diminta moyang. Selepas tu, arwah mula sakit-sakit. Lama juga moyang TT tanggung ermm nak kata apa ya, badi ke, kenan ke? Yang dia dapat lepas urutkan orang terakhir ni. Mak kata, arwah moyang sakit sebab orang tu tak bagi kain putih. Berapa lama arwah moyang tanggung sakit sebelum meninggal tidaklah TT pasti. TT pun tak berani nak korek cerita lama tu kat mak takut nanti buat mak sedih ingatkan orang yang dah tak ada.
Kisah mini:
Kisah ni berkait rapat dengan kisah arwah moyang cuma ia berlaku kepada roommate TT dulu. Sesiapa yang baca dari page 1 mesti dah kenal dengan watak Nori, salah seorang roommate TT masa degree dulu. Pagi tadi TT teringat 1 peristiwa yang ada hubung kait antara kebolehan arwah moyang mengurut dengan Nori.
Begini ceritanya. Walaupun TT dah lama sebilik dengan Nori, TT tak pernah tau Nori pandai mengurut. Nori ni jenis berahsia dengan kami yang lain. Kira ala-ala misteri gak le budaknya. Dalam diam, ada salah seorang coursemate kami minta Nori urutkan. Kita panggil si coursemate ni Ayu. Ayu dengan Nori ni kira bestfriend la. Sebab tu Ayu tak segan minta Nori tolong urutkan.
Tapi apa yang jadi pada Nori, langsung Nori tak kongsi dengan kami roommates yang lain. Hinggalah pada suatu hari, Ayu datang ke bilik dan minta Nori urut lagi. TT ada masa tu, jadi TT dengar perbualan mereka. Nori kata dia dah tak boleh urut Ayu lagi. Sebabnya nanti dia yang tanggung sakit yang Ayu hadapi. Lepas Ayu balik, TT tanya Nori, betul ke apa yang TT dengar tadi. Nori mengiyakan,katanya sebab dia urutkan Ayu dulu, badan dia sakit-sakit. Sebab tu dia dah serik nak urutkan sesiapa saja, bukan Ayu sorang.
Jadi kat sini, TT yang blur bab macam ni nak tanya, apa sebenarnya misteri disebalik mengurut orang ni? Kalau macam kes arwah moyang, TT masih kecil dan masa moyang sakit pun sebelum TT lahir, jadi TT tak nampak effect mengurut ni kepada arwah. Tapi bila TT tengok dan dengar dari mulut Nori, TT rasa kerja sebagai tukang urut ni bukan takat ambil minyak, sapu dan urut kat badan orang yang sakit. Seolah-olah sakit yang si pesakit tu hadapi di’transfer’ ke tukangurut.
Ada sesiapa nak share atau bagi pendapat? Kot-kot ada pengalaman sendiri ke, atau dari cerita tok nenek sendiri tentang hal mengurut ni. Sorry ye episode kali ni tak seram, lebih kepada misteri semata-mata. Last edited by lavender_aqua on 30-10-2014 12:41 PM
|