CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 2-7-2013 02:27 AM | Show all posts
sambung lagiiiiii hihihih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 12:15 PM | Show all posts
Nak lagiiii...pleaseeee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 02:00 PM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 2-7-2013 02:27 AM
sambung lagiiiiii hihihih

baikk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 02:01 PM | Show all posts
cegitu posted on 2-7-2013 12:15 PM
Nak lagiiii...pleaseeee....

nanti kan nya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 02:24 PM | Show all posts
Mereka pun melangkah masuk ke dalam hotel. Tersenyum girang hati Auna Auliadan Adura mengenangkan makanan yang ada di hotel itu sedap-sedap belaka.Terutama coklat kek dia aduh... kecur air liur Auna Aulia.

“Kau ni aper sal Yaya…semacam je akutengok, kau sihat ke tidak ni?“ Tanya Adura.

“Ntah lah Adura...tiba2 aku rasa lainmacam je pening....macam di awang-awangan“jawab Auna sambil mengesat peluhdingin yang mengalir di dahi. Dah lama dia tak rasa macam ni.

“La...ye ke...baik kita duduk dulu katsofa tu dulu. Kau rehatlah“ kata Adura lagi menunjuk kearah sofa yangdiletakkan diruang legar untuk keselesaan pengungjung hotel itu.

“Eh...tak per lah...jom kita naik cepat sikit jerk ni glukos dalam darah rendah jerk nie lepas makan karang okey lah balik. Aku dah tak sabar nak pergi ke Melting Pot tu...no worries okey, aku kantak sarapan tadi pagi. Mungkin sebab lapar sangat lah jadi macam ni.kejap lagilepas tengok makanan yang sedap2 kat atas nanti...okey lah sakit aku ni...“jawab Auna cuba menenangkan Adura yang kelihatan risau tentang dirinya.

Bukan senang nak dapat makan dengan abang. Abang-abangnya asyik sibukmemanjang. Lagipun free.free pulak tu. Boleh jimat duit untuk menabung dia dahberangan lama dah grad nanti dia nak beli motor Ducati idaman hatinya. Sambilmenarik tangan Adura, Auna berjalan laju menuju ke lift...tiba-tiba dia rasamacam nak tumbang dan cepat-cepat Auna berpaut pada Adura..

“Eh..Yaya..ngapa ni“ Adura sudah panik.Kerana tiba-tiba Auna Aulia berpaut padanya seperti nak tumbang dan kebetulan jugakpintu lift terbuka dan Khaleel berjalan keluar ke arah mereka.

“Abang Khal..... Ohh Thanks God! Tolongsaya cepat...Yaya ni nak pitam” jerit Adura.

Khaleel terus berlarike arah mereka berdua dan tiba-tiba Auna Aulia terlepas dari pegangan Aduramujur Khaleel sempat menyambut badan Auna Aulia kalau tidak memang jawabtergolek dilantai lah jawabnya. Khaleel terus mencempung Auna Aulia.

“Apa kita nak buat ni Abang Khal? Macamanani..Yaya dah pengsan nie“ kata Adura panik. Maun tak panik karang apa dia nakjawab dengan Abang-abang Auna Aulia mesti tanya macam polis pencen, polispencen pun kalah.

“Relax, jangan panik, kita bawa Auna kebilik abang dulu. Kebetulan abang ada meeting dekat sini.  Dura pergi tekan butang lift cepat, biar abangyang angkat Auna. Lepas tu cuba call abang Auna beritahu mereka suruh dia orangpergi ke bilik abang“Khaleel memberi arahan pada Adura.

Adura terus berlari ke depan pintu lift sambil menekan butang. Apabilapintu lift terbuka terus mereka berdua masuk.

“Abang duduk tingkat berapa?”tanya Adura sambil tangan tangannya sibukmencari nombor telefon abang Auna Aulia. Masa ni lah semuanya macam lambatbergerak saja rasanya.

“Tingkat 16, bilik 1602” jawabkata Khaleel, sambil menghulurkan access card pada Adura. Sebelah tanganmemegang kepala Auna, kaki sebelah kiri menahan badan Auna.  Aduh beratjugak minah ni, nampak jerk kurus melidi. Tapi beratnya, berat dosa ke apa?Matanya meneliti raut wajah Auna Aulia. Kelihatan pucat tapi entah kepada rasa yang dulu masih ada masih sama masih segar. Hatinya bergetar lagi. Cepat-cepatKhaleel beristigfar.

Sebaik tiba di tingkat 16, Aduraterus berlari mencari bilik 1602 meninggalkan Khaleel di belakang.

Tanpa mereka sedari, Nadhiramengekori dari jauh yang kebetulan datang ke Concorde Hotel untuk buat surprisepada Khaleel.

“Wah...ni sudah bagus.....dah lama aku cari jalan nak pisahkan Auna dengan Abang Adam. Nak kenakan mereka. Pucukdi cita ulam mendatang...”kata Nadhira dalam hati. Dia pun mengeluarkan telefonnyadan cepat-cepat mengambil beberapa gambar Khaleel tengah mendukung Auna yangmasih pengsan. Berkenaan dengan Khaleel tahu lah dia macam mana dia nakberlakon. Alaa setakat Khaleel dia tak hairan sangat sebab dia dah dapat yanglagi bagus.  Setelah puas dengan apa yangdi hajati, Nadhira pun terus berlalu pergi sambil tersenyum.

`Well, Auna, your happy days isover now...’ katanya sendirian. Tersenyum. Adam bakri dulu kau tolak aku kansekarang kau rasakan. Ni Nadirah okey. Sekarang kau kenal siapa aku.

Berbalik kepada Adura,setelah membuka pintu bilik Khaleel.. cepat-cepat dia melaung...“Khal..cepatletakkan Yaya dekat…sini…” arah Adura menunjukkan kearah katil.
Khaleel membetulkan kedudukanAuna Aulia. Selepas itu dia keluar dari bilik. Dia segan untuk berada disitu.

Adura keluar dari bilik danmelihat Khaleel sedang duduk bersila di lantai hotel yang diletak karpet tebal.“Adura nak pergi ke kereta Auna sekejap ambik barang barang, abang tolongtengokkan Adura. Dia masih tak sedar tapi saya dah letak towel basah dekat dahidia.” kata Adura pada Khaleel Zachry.

“kenapa Auna jadi macam ni?”tanya Khaleel Zachry ingin tahu.

Adura melepaskan keluhan. Diasendiri pun tak tahu. “Entahlah saya pun tak tahu sebenarnya tapi Auna kalaudia kurang gula dalam darah dia, what I mean is kalau tak cukup glokus dia akanjadi macam ni.” Terang Adura

Khaleel Zachry terdiam. “Dia takmakan lagi ke dari tadi?”

Adura hanya menganggukkan kepalamengiakan tekaan Khaleel Zachry. “abang saya pergi dulu, tolong tengokkan Adurayaa..”

Khaleel Zachry baru teringat “parkingkereta dekat mana?”

“Dekat bawah jerk.. abang okeykan?” Tanya Adura lagi ingin kepastian.

“abang okey. Pergilah abang dudukdekat luar saja” kata Khaleel Zachry menyakinkan Adura. Gila dia nak masukkedalam. Takut ada yang ketiga nanti. Pintu bilik di buka dan disendal, mujurbiliknya dihujung jadi tak ada mata liar yang memandang.

**********************************************

utk hari nie makacih sebab sudi membaca cerita ntah apa2 nie.. byk merapu dan meraban   

Last edited by mrsT on 2-7-2013 02:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 02:38 PM | Show all posts
ooo kena fitnah tu yg ptus dgn adam ...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2013 03:51 PM | Show all posts
oooo begitu rupanya yg memisahkan mereka...sadis sungguh, tanpa usul peksa terus jatuhkan hukuman melulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 05:29 PM | Show all posts
itulah bahana fitnah.. mata yang melihat tidak semesti nya benar harus di selidiki. jangan lah berburuk sangka.. kerana ia juga boleh menjadi sebaliknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2013 05:46 PM | Show all posts
Auna Aulia tersentak dari lamunannya bila mendengar suara abangnya memanggil dari luar. Dia tidak sampai hati. Dia membilas badan ala kadar dan bathrobes di capai dan disarungkan ketubuhnya. Baru dia rasa dia sejuk.

Rambutnya yang panjang dan basah dibungkus dengan towel. Pintu biliknya dibuka. Kelihatan abang-abangnya memegang beg kerja dan beg hasil dari shopping. Yaa dia terlupa nak ambik tadi. Sakit hati punya pasal tu yang menonong masuk kedalam rumah.

“Yaya boleh abang nak cakap sikit” tanya Aazad Aakif kepada adiknya. Dia duduk disofa disudut bilik manakala Aazad Aamir duduk di birai katil. Dia sebenarnya kesian dengan Khaleel Zachry sebenarnya.

“abang nak cakap sikit sebenarnya. Tapi abang nak minta maaf dulu okey..”

“apa abang cakap ni.. nak minta maaf pada Yaya.” Auna Aulia mula tak sedap hati. Dia tidak suka orang yang lagi tua meminta maaf dengannya dia rasa dia kurang ajar lah pulak.

“Adik, abang tahu adik masih salahkan Khaleel pasal kes kat Concord Hotel tu. Walaupun pada hakikatnya Khaleel tak salah. Dia hanya tolong adik. Dia pun turut menjadi mangsa cerita rekaan tu. Dia pun turut dimarah oleh parent dia. Tapi dia lebih suka mendiamkan diri sebab bagi Khaleel adik dan dia tak bersalah dan hikmah pada Khaleel..dia nampak belang sebenar Nadhira tu. Dia sebenarnya tak pernah suka pada Nadhira, tapi Nadhira yang mlebih.Nadhira tu sebenarnya punca semua ni. Cukup lah dik..buang lah semua kemarahan adik pada Khaleel…setiap yang berlaku ada yg tersirat..”

“Tapi kenapa dia tak berterus terang dengan abang Adam dan ceritakan keadaan sebenar?” tanya aku sebak. Kenapa mereka tak paham perasaan aku. Bukan sebab aku putus dengan dengan Adam yang aku kisahkan tapi aku kisahkan tentang fitnah itu. Maruah aku terpalit.

“Adik..” suara Aazad Aamir kedengaran.

“Bukan dia tak nak berterus terang dengan Adam tapi selepas Adura meninggal Mak Uda berkeras nak jodohkan Adam dengan Hazira Zaharah anak sedara jauh dengan pak uda dan mereka ditunangkan. Kami dapat tahu dari nenek. Tapi kami buat keputusan tak nak beritahu Yaya. Biar Adam Bakri sendiri yang berterus terang. Sayangnya Adam Bakri mengambil kesempatan atas cerita fitnah itu. Dia tak berterus terang dengan adik.”

Auna Aulia terduduk mendengar. “Masalahnya kenapa Khaleel tak berterus terang dengan dengan semua orang itu fitnah. Itu saja yang Yaya kesalkan.”

“Bukan macam tu, Khaleel ada jumpa mama, abah dan abang menerangkan segalanya. Dia juga ada terangkan pada Adam pasal perkara tu. Tapi Adam tak dapat nak terima lagipun macam yang abang cakap tadi dia akan kawin dengan pilihan keluarga. Pada siapa lagi adik nak dia berterus, cuba adik cakap dengan abang”

Auna Aulia tercengang. Dia pening. Dia keliru. Jadi selama ni hanya dia yang menyangka Khaleel Zachry yang bersalah sedangkan hakikatnya semua orang tahu yang Khaleel Zachry tak bersalah langsung dan dia juga tidak bersalah. Patutlah mama dan abahnya tidak pernah kisah.

“kenapa abang tak pernah berterus terang dengan Yaya?”

Satu keluhan kedengaran dari bibir abangnya “kalau kami cakap yaya akan terima ke? Boleh kah adik menerima. Lagipun Khaleel sendiri tak benarkan kami berterus terang. Dia sanggup menerima apa saja yang adik cakap dan adik maki dia” tanya Aazad Aakif.

Aazad Aamir duduk mendekat di sisi Auna Aulia. Tangannya memaut bahu adiknya. “Yaya, sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Takdir yang ditentukan oleh Allah pasti ada hikmahnya. Setiap ujian yang datang ada nikmatnya.  Dalam AlQuran sendiri Allah telah berfirman “Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh). sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah”.

Aazad Aamir menyambung lagi "Begitu juga ketentuannya. Kita kena harus menerima dengan hati yang terbuka. Kita tidak tahu yang mana satu terbaik untuk diri kita. Kita hanya menerima apa yang ALLAH telah takdirkan untuk kita tanpa keluh kesah tanpa rasa ragu. Menerima dengan hati terbuka. Tidak dinafikan hati kita merasa marah hati kita memberontak sehingga kita izinkan bisikan syaitan untuk menghasut kita. Adik, kita tak mampu untuk mengungkap atau mengetahui sesuatu rasa itu, melainkan ALLAH tempat kita bergantung, Cuma adik sedar tak selepas kejadian itu adik berubah kearah yang lebih. Kenapa? Kalau adik tanya abang apa yang abang boleh jawab hidayah ALLAH datang dengan berbagai cara selepas dari kejadian itu adik jadi lebih kuat, lebih tabah dan Khaleel Zachry dia berubah menjadi lebih baik. Adik tak nampak kah rahmat dan kasih sayang ALLAH pada adik..”

Auna Aulia sudah mula menangis. Terasa betapa khilafnya dia kerana selama ini dia terus-terusan meletakkan kesalahan itu pada Khaleel Zachry. Apa yang Khaleel Zachry rasa agaknya.

Aazad Aakif hanya melihat Auna Aulia di peluk oleh Aazad Aamir. “Adik, cukup lah yang sudah. Kita lupakan dan maafkanlah semua orang walaupun memberi kemaafan itu satu yang amat perit kita lakukan. Tetapi kenang lah nikmat ketanangan yang kita perolehi dengan memberi kemaafan. Abang tahu adik abang ni baik dan abang cukup bertuah sebab ada adik macam Yaya, yaya tak pernah menyusahkan kami. Yaya adalah nyawa kami jadi abang harap adik abang lupakah segala yang menyakitkan hati adik, yang mengguris hati adik abang ni. Bangkit lah jadi lah Auna Aulia yang baru yang kaya dengan kasih sayang. Lepaskanlah segala keluh kesah, dalam hati adik lepaskan lah. jangan di kenang lagi, jangan di ingat lagi barang yang dah lepas. Tapi berdiri dengan kukuh untuk menghadapi hari mendatang. Ya Adik. Abang sayang adik-adik abang ni..” kata Aazad Aakif akhirnya mereka menangis bertiga saling berpeluk.

Dari celah pintu Encik Aizar dan Puan Mardiah melihat apa yang terjadi. Terhinjut-hinjut Puan Mardiah menahan suara tangisannya. Encik Aizar merah muka dan hidung menahan rasa. Dia dan isteri berasa amat bersyukur dianugerah permata yang begitu indah. Syukur Ya ALLAH, Syukran.. Syukran.. dan berita yang dia dan isteri terima tadi juga amatlah bermakna.

***********************************************

enjoy...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 05:50 PM | Show all posts
Di dalam bilik di sebuah rumahdipinggir kuala lumpur. Seorang insan sedang menadahkan tangan memohon danmemanjatkan doa pada yang Esa. Terdengar rintihan rasa hatinya yang sayu itu.

Ya Allah, tuhan yang maha pengasih dan penyayang, cukuplah hanyaMU menjadipemeliharaku di dunia ini dan juga diakhirat nanti. Janganlah Engkau biarkanaku melangkah sendirian. Tanpa MU yang ALLAH aku seperti insan buta yang tidaktahu mana arahnya. YA ALLAH kau peliharalah dia untuk ku andai benar dia adalahjodoh terbaik untuk ku, hadiah dariMU buat hambaMU dimuka bumi ini. Dekatlahjodoh kami pelihara kami dari terjerumus ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.Satukanlah hatinya dan hati ku agar dia dapat merasakan getaran yang akurasakan ini. Jika dia bukan jodohku tabahkanlah hatiku menerima takdirMU ini YaALLAH. Tapi aku tetap meminta peliharalah dia didalam kasih sayang MU Ya ALLAHbimbinglah dia YA ALLAH. HambaMU yang lemah ini tidak mampu menolak segala apayang telah Engkau tentukan. Dia terlalu lembut untuk disakiti. Kau anugerahkanlah dia insan yang boleh membimbing dan membahagiakannya di dunia dan diakhiratagar dia sentiasa terus tersenyum kerana senyumannya adalah kebahagian semuayang mengasihinya. Kasihanilah dia Ya ALLAH dan lindungilah dia didalam dakapankasih dan sayangMU YA ALLAH. Ya ALLAH Tuhanku yang maha mengetahui segalarahsia padaMU jika dia adalah bukan jodohku hambaMU ini meminta kekuatan untukmenolak bayangannya jauh ke dada langit. Agar mampu aku berdiri dengan tenang.Namun ku mohon Ya ALLAH satukan lah hati kami, dekatkan lah jodoh kami YAALLAH.. Amin ya rabba’alamin..

Tangan di raupkan kemuka. Diatermenung panjang. Ada titisan air mata. Airmata seorang hamba yang lemah. Diamenoleh. Melihat bondanya tersenyum duduk dibirai katil. Tangan bonda yangmembesarkannya diraih dikucup. Kepala diletakkan diriba sang bonda. Tangan tuaitu menggosok lembut kepala si anak. Kepala itu dikucup.

“Bonda.. sakitnya hati ini Bonda.Mampu melihat tapi tak mampu tangan ini untuk menyentuh. Melihat tangisannyatapi tak mampu untuk menenangkannya. Hati ini terlalu sakit melihat dirinyamerana bonda.”

Sharifah Nur Adawaiyah tersenyummendengar rintihan si anak. Anak yang dia lahirkan anak yang dia besarkan. Anakyang dia tatang seperti minyak yang penuh. Anak yang begitu baik dan penyejukkepadanya dan suami. Anak yang begitu bertanggung jawab kepada saudara-saudaraperempuannya. Hadiah dari ALLAH untuknya dan suami. Kepala anak itu diusap.“Habis tu apa yang kamu ingin lakukan? Bukankah menyentuh sesuatu yang haramitu berdosa. Maukah kamu memalitkan dosa itu bersama dengannya? Tidakkah kamumerasa sayang padanya ermm?” tangannya masih lagi melurut rambut si anak.

“Tidak bonda. Kerana dia terlaluistimewa yang tidak mampu saya menyentuhnya. Dia bunga terlarang dijaga rapioleh hulubalang. Bertuahnya diri ini andai mampu saya milikinya bonda..”

“jazakallahu khairan kathirawahai anak. Bonda sentiasa mendoakannya. Mahukah kamu mendengar apa yang bondaingin sampaikan ini?” Sharifah Nur Adawaiyah tidak betah mendengar rintihan sianak lagi.

“Katakanlah bonda, semoga segalanasihat bonda dapat menenangkan hati saya.”

“mafi qalbi ghairullah, wahaianak jangan lupa itu. Letaklah ALLAH dihadapan kamu terlebih dahulu. Janganlupa itu.”

“Baiklah bonda. Saya tak akanlupa syukran bonda” jawabnya tangan si ibu diambil dan dicium. Wangi. Tanganyang menyuapkannya makan dan minum ketika masih kecil. Membelai danmenenangkannya.

“Sayang anak bonda, bunga yangkamu idamkan insyaALLAH jika diizinkan ALLAH akan menjadi peneman kamu. Bondadan Walid telah khabar kepada keluarganya, saudara-saudara lelakinya.Alhamdulillah mereka merestuinya. Cuma mereka meminta kamu bertabah danmelapangkan hati menerima penerimaan si gadis. Bonda dan Walid sudah bincangkaninsyaALLAH jika diizinkanNYA kamu akan dinikahkah selepas Asar dua minggu daritarikh sekarang. Bersediakah kamu menjadi imam didalam keluarga kamu sendiri.Memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua didalam keluarga kamu.. membimbingdia, mengasihinya?”

Hati yang layu dan lesu itumenjadi segar mendengar perkhabaran yang di sampaikan oleh sang bonda. Rasanyabaru sebentar tadi dia meminta pada Yang Esa sekejapan ini doanya dimakbulkan.Tangan bonda di genggam kemas. Wajah tua itu di tatap dalam.

“Bonda, hanya restu dan kasihsayang bonda yang saya harapkan. Restuilah saya dengan doa dan kasih sayangbonda kerana redhanya ALLAH dengan keredhaan seorang bonda. Terima kasih bondakerana menjadikan impian saya menjadi kenyataan. Ibarat bulan jatuh keriba. insyaALLAHakan saya jaga amanah ini selagi diizinkanNYA..” tangan Sharifah Nur Adawaiyahdikucup menandakan terima kasih. Terasa seperti baru disiram oleh air yangbegitu didingan yang bisa  membuatkan diatersenyum.  “jazakillahu khoiran kathirawahai bonda..” dahi Sharifah Nur Adawaiyah dikucup. Dadanya sebak.

Sharifah Nur Adawaiyah tersenyummelihat senyuman si anak. “jazakallahu khairan kathira kepada kamu. Ini adalahhadiah dari ALLAH atas kesabaran kamu selama ini menahan nafsu segala dan rasayang akan membawa kepada satu dosa akhirnya ALLAH menghadiahkan kamu sesuatuyang halal. Janganlah bersedih lagi tersenyumlah selepas ini ya..”

“Syukran bonda..”

“Sudah lah. Bonda nak masuktidur. Ada baiknya kamu lakukan solat sujud syukur.”

“Baik bonda”

Dia menghantar bondanya kepintu.Mengucup tangan dan pipi insan yang terlalu berjasa padanya. Dia menuju kemejatulisnya. Laci dibuka. Sekeping gambar di ambil ditatap lama. InsyaALLAH akanhalal baginya sedikit masa lagi. InsyaALLAH. Catatan di belakang gambar ituditatapnya dengan senyuman

Sometimes,
I get jealous thinking that someone else could make you happier than I could.
I guess its my insecurities acting up.
Because I know,
I'm not the good person, smartest, or most fun and exciting.
I’m only a servant of ALLAH
But, I do know that,
No matter how long you look....you'll never find someone that loves you like Ido..


Bibir itu menggariskan senyuman. Laju langkahnya ke sejadahtangan di angkat. Alhamdulillah..


************************************************************

ok done by today. harap semua berpuas hati yaa.. enjoy reading...sila jangan nangis ..sila tinggal kan comment anda ya... tq..  





Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 06:13 PM | Show all posts
yes oh yes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 06:32 PM | Show all posts
mat_krai posted on 2-7-2013 06:13 PM
yes oh yes

Aper yang yes oh yes tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 06:43 PM | Show all posts
mrsT posted on 2-7-2013 06:32 PM
Aper yang yes oh yes tu..

sebab sambung panjang2


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 08:34 PM | Show all posts
hoyehhhhh.. lagi.. hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 10:46 PM | Show all posts
ooowwwhhhh auna alia... kalo kamu tak nak khaleel yang hensem lagi macho seganteng putera arab tuh ... kaka mahuuuuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 04:09 AM | Show all posts
mat_krai posted on 2-7-2013 06:43 PM
sebab sambung panjang2

Ceh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2013 04:11 AM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 2-7-2013 08:34 PM
hoyehhhhh.. lagi.. hehehhehe

Yeyyeyyeyy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 04:12 AM | Show all posts
asyriqa posted on 2-7-2013 10:46 PM
ooowwwhhhh auna alia... kalo kamu tak nak khaleel yang hensem lagi macho seganteng putera arab tuh . ...

Haahaahaaa..kaka rela bermadu kerr  
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:34 AM | Show all posts
sila sambung lagi.. panjang2 tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 08:12 AM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 3-7-2013 04:34 AM
sila sambung lagi.. panjang2 tau

Saya setuju......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.084425 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list