CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lejen

[Dunia] Sebenarnya tiada konsep zero-interest di perbankan Islam

[Copy link]
Post time 19-6-2013 02:45 PM | Show all posts
Babai posted on 19-6-2013 02:03 PM
Konar baring cara berlapis2 pun, orang tetap tau dalam hati nak bagi pinjam duit. Konar la macam man ...

Imam Shafie dah kata didalam sesuatu kontrak itu niat dalam hati tak usah diambil kira. Berdasarkan fekah Imam Shafie inilah maka Shariah Advisory Council (atau dalam Bahasa Melayunya disebut Majlis Penasihat Shariah, yang di tubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dibawah seksyen 51 Central Bank of Malaysia Act 2009, merumuskan bahawa BBA, bay al Inah, dsbnya itu adalah menepati kehendak Shariah. Dan di Malaysia, rumusan atau keputusan Majlis Penasihat Shariah adalah, dari segi undang undang  mempunyai kuasa mutlak membuat keputusan itu.

Oleh kerana Imam Imam Mazhab yang lain mengambil kira niat dalam hati pihak pihak yang mebuat sesuatu kontrak, maka mazhab mahzab lain memutuskan bahawa BBA dan Bay al Inah itu tidak menepati kehendak Shariah.

Tugas Majlis Penasihat Shariah adalah apabila di rujuk (oleh Bank yang menjalan perkankan Islam atau Mahkamah), ianya membuat keputusan samada sesuatu produk itu melanggar Shariah atau tidak. Itu sahaja.

Fungsi Majlis Penasihat Shariah yang diberikan oleh undang undang adalah seperti berikut: ( Nota: "Bank" didalam Section 52 CBM 2009 bermaksud Bank Negara Malaysia. )

52. (1) The Shariah Advisory Council shall have the following functions:
(a) to ascertain the Islamic law on any financial matter and issue a ruling upon reference made to it in accordance with this Part;
(b) to advise the Bank on any Shariah issue relating to Islamic financial business, the activities or transactions of the Bank; 50 Laws of Malaysia ACT 701
(c) to provide advice to any Islamic financial institution or any other person as may be provided under any written law; and
(d) such other functions as may be determined by the Bank.
(2) For the purposes of this Part, “ruling” means any ruling made by the Shariah Advisory Council for the ascertainment of Islamic law for the purposes of Islamic financial business.

Oleh itu Babai perlu ingat bahawa halal atau haram sesuatu produk itu bukanlah untuk lobai lobai yang menentukannya (termasuklah lobai yang menjadi ahli Majlis Penasihar Shariah - apatah lagi lobai yang nampak benar tak tahu apa apa tapi bukan main halal kehului halal kehilir). )

Sebagai contoh, dalam produk BBA, Majlis Penasihat Shariah, hanya memutuskan bahawa: Jika diikut fekah Imam Shafie, maka BBA itu adalah mengikut Shariah! Itu sahaja.

Wallahualam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 03:20 PM | Show all posts
satu pengalaman peribadi dan pemahaman sebagai orang awam...

saya melihat tak ada beza antara cara bank konvensional dengan bank yang pakai nama islam dalam mengambil keuntungan. bank konvensional buat untung dari sistem interest rate, bank yang pakai nama islam guna sistem mudharobah.

kesamaannya ialah pada peratus yang diambil... orang awam hanya melihat yang zahir... nak diterangkan segala proses behind keuntungan itu... mereka susah nak faham kerana argumen biasa ialah... kalau dah nama islam... kenapa guna juga interest rate bank yang tak guna nama islam... at least kurangkan ler... contoh bank tak guna nama islam ambil keuntungan 10%... bank yang pakai nama islam ni ambil ler keuntungan 5%... baru nampak perbezaan zahir tu.

dalam saya melihat kesamaan itu... ada satu yang sangat berbeza... dan praktis ini saya lihat memang ianya adalah sangat2 islam-compliance & islam-compatible.

ceritanya begini, saya pernah, atas sebab2 tertentu tak mampu membayar kadar bulanan hutang peribadi pada sebuah bank yang guna nama islam. saya berjumpa dengan pihak bank untuk menerangkan keadaan saya... mereka memahami tetapi pembayaran harus dibuat juga... dan saya diminta berapa saya mampu bayar. saya kata tak tahu nak sebut berapa... wakil bank suruh sebut jer... kalau nanti tak mampu membayar... datang dan berbincang semula. dan saya memang tak mampu bayar untuk beberapa tahun. dari hasil perbincangan dengan pihak bank... saya baru mengetahui bahawa...

- pihak bank selepas membantu saya 'membeli emas berharga US$10,000,000.00 dari sumber yang tak perlu saya mengetahuinya menggunakan duit mereka sendiri' dan 'menjualkan emas itu kepada saya dengan harga US$16,000,000.00 dan bersetuju untuk menerima bayaran bulanan sebanyak $100,000.00++ dalam tempoh 12 tahun.

- saya tidak mengambil emas tetapi saya mengambil wang senilai dengan harga yang bank jual kepada saya dan telah saya persetujui, iaitu US$16,000,000.00.

- atas sebab2 tertentu saya tak mampu membayar hutang tersebut selama beberapa tahun. akan tetapi, saya tetap perlu membayarnya dan memikirkan cara membayarnya TANPA LATE PAYMENT CHARGES, TANPA EXTRA INTEREST, TANPA EXTRA HIDDEN CHARGES! Saya hanya perlu memikirkan bagaimana saya boleh membayar hutang sebanyak US$16,000,000.00 dan seterusnya imbuhan kepada bank kerana 'membantu saya membeli emas dan bersetuju pulak untuk saya membayar secara ansuran wang mereka sendiri yang digunakan untuk membeli emas tersebut' sebanyak US$6,000,000.00 dalam tempoh yang telah dipersetujui.

- walaubagaimanapun, had tiada EXTRA charges itu adalah dalam tempoh perjanjian iaitu selagi within 12 TAHUN, tak ada masalah.

- selain daripada 4 perkara di atas, segala term & condition yang berkaitan undang2 antara pihak bank dan peminjam walau apa jenis bank pun adalah TERPAKAI & SAMA lebih2 lagi AKTA MUFLIS dan yang sebagainya, cuma, bank tempat saya berurusan itu dan pegawai2nya , sangat2 prihatin dan membantu within their limited power and authority. prihatin & membantu itu dilihat daripada konteks jangan sampai sama2 terbeban hingga perlu melibatkan mahkamah.

itulah yang saya faham mengenai dengan bank konvensional dan bank yang guna nama islam, dari pengalaman sendiri.

NOTA: jumlah yang disebutkan bukan jumlah sebenar, ianya sebenarnya sangat kecil, tapi, supaya nama GRAND sikit, saya bubuh ler juta2 tu. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:24 PM | Show all posts
nama je bank islam tp bila aku tanya nak buat housing loan gaji kena 3k keatas...
btl ke ni...pelik la..bank lain ok jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:33 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 18-6-2013 03:52 PM
kalau betul2 bank islam nak tolong org Islam, semaksima yg boleh mereka perlu mengurangkan faedah yg ...

btl tu...aku setuju dgn apa yg ko ckp...
masa nak buat loan terkejut gak la apa yg staff dia ckp...
lg baik aku buat loan dgn bank biasa jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 03:36 PM | Show all posts
ada lagi satu nak tambah, mungkin ada yang tahu, tapi buat yang belum tahu hal2 mengenai hutang ini, iaitu:

- setiap hutang dengan pihak bank akan dilindungi oleh INSURAN. semua orang tahu, apabila ada kematian, secara AUTOMATIK, insuran itu akan cover jumlah hutang tersebut, tiada siapa dari keluarga semati yang perlu bersedih kerana perlu membayar hutang tersebut.

- INSURAN hanya akan melindungi DALAM TEMPOH PERJANJIAN SAHAJA.

- sekiranya ada tunggakan bulanan tetapi tempoh belum tamat, sipeminjam mati, MAKA, INSURAN HANYA AKAN LINDUNGI BAKI HUTANG. MANA2 JUMLAH YANG TERTUNGGAK TETAP PERLU DIBAYAR dan pihak bank melalui undang2 akan cuba mendapatkan semula bayaran yang tertunggak tersebut daripada yang hidup.

Maklumat ini saya dapatkan dalam sesi2 perjumpaan saya dengan pegawai2 bank tempat saya berurusan. Bukan dari kawan2 saya atau cakap2 orang yang bukan doktor pakar kencing manis tetapi bercakap seperti doktor pakar yang mengatakan jgn pakai insulin, makan pil lebih baik. hehehe... saya bagi 2-in-1... untuk yang berhutang dan diabetik seperti saya.

Ambil maklumat dari sumber yang tepat... baru jiwa tak gelisah... hutang dan kencing manis memang mengelisahkan... tetapi maklumat tak tepat tak mengubah gelisah dan sangka2. Sebaiknya... jumpa pakar yang tepat sebelum nak percaya apa yang saya tulis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:10 PM | Show all posts
mamapea posted on 19-6-2013 03:33 PM
btl tu...aku setuju dgn apa yg ko ckp...
masa nak buat loan terkejut gak la apa yg staff dia ckp. ...

Anggap lah Allah SWT telah memberi petunjuk kepada anda sistem perbankan mana yang lebih adil dan telus (walaupon tak sibuk sibuk menaku Islamic)...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2013 05:21 PM | Show all posts
Maideen. posted on 19-6-2013 02:45 PM
Imam Shafie dah kata didalam sesuatu kontrak itu niat dalam hati tak usah diambil kira.  Berdasa ...


harap maideen kene terbitkan satu buku,kurang2 banyak isu pasal perbankan islam ni masyarakat taw..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:32 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 19-6-2013 05:21 PM
harap maideen kene terbitkan satu buku,kurang2 banyak isu pasal perbankan islam ni masyarakat ta ...

Sebagai seorang yang mendapat rezeki cara memberi pendapat bertulis kepada bank bank (islamik dan konvensional),  menyediakan dokumen dokumen perjanjian kepada Bank dan mewakili bank ke Mahkamah Maideen memang banyak bahan tulisan dan rujukan. Insyaallah akan Maideen buat. Tapi malangnya  tulisan Maideen akan menjadi seperti tulisan Fazlur Rahman yang tidak akan disetujui oleh lobai lobai yang mencari makan dengan Isle kesana Isle kemari tanpa mahu menerima hakikat bahawa Shariah itu adalah indah, adil, mudah, dan saksama dan apa yang mereka dakwa sebagai Syariah kini adalah sebaliknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 05:37 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 19-6-2013 03:36 PM
ada lagi satu nak tambah, mungkin ada yang tahu, tapi buat yang belum tahu hal2 mengenai hutang ini, ...

Perlindungan Insurans yang anda sebutkan itu di panggil MRTA (dari singatan Mortgage  Reducing Term Assurance). Ianya perlu di ambil (yakni dibeli kerana premium perlu dibayar kepada pihak insurans). bIanya tidak wujud secara otomatik apabila anda ambik loan. Banyak bank yang membuat peminjam membeli perlindungan ini sekali dan premiumnya dimasukan kedalam jumlah pinjaman. Ramai peminjam yang tak tahu hal ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:41 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 19-6-2013 03:20 PM
satu pengalaman peribadi dan pemahaman sebagai orang awam...

saya melihat tak ada beza antara car ...
- pihak bank selepas membantu saya 'membeli emas berharga US$10,000,000.00 dari sumber yang tak perlu saya mengetahuinya menggunakan duit mereka sendiri' dan 'menjualkan emas itu kepada saya dengan harga US$16,000,000.00 dan bersetuju untuk menerima bayaran bulanan sebanyak $100,000.00++ dalam tempoh 12 tahun.

inilah masalahnya, nak pinjam 10 juta tapi kena beli sesuatu dgn harga 16 juta
awat tak letak ja, setahun ada faedah 2%, kalau 30 tahun jadilah 60%........ kalau 20 tahun baru 40%
dr bank konventional, faedah 6% ka, lepas tu kira faedah berdasarkan harga pinjaman, kalau pinjam 10 juta, setahun 2%, faedah kena 200 ribu setahun, sebulan rm17 ribu
jadi, kalau lambat bayar 10 tahun pun, faedah dah jadi 20%x10 juta=2 juta ja kena bayar, dah cukup tempoh matang 30 tahun, x bayar juga 6 juta ja
kalau buat pinjaman guna emas lagila untung, dah cukup tempoh jual la emas (masalahnya betul ker beli emas )
kalau emas tu naik 10% tiap2 tahun pun dah boleh kaver berapa dah, bank nak rugi apa lagi, kecuali la menipu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:49 PM | Show all posts
topik menarik dibaca... sila teruskan perbincangan... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:51 PM | Show all posts
tamarSusu posted on 19-6-2013 02:24 PM
setuju...reason yg munasabah berdasarkan kpd tajuk thread.....islamic banking kat malaysia bukan ...

ini ada satu artikel ttng ex ceo RHB islamic bank ttng islamic bank operation.... dgr citer bile time artikel nie kuar mmg panas gak bontot mgmt rhb smpi tulis surat ke KFH group kat kuwait sana tu....

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:52 PM | Show all posts
Maideen. posted on 19-6-2013 05:32 PM
Sebagai seorang yang mendapat rezeki cara memberi pendapat bertulis kepada bank bank (islamik dan  ...


baru2 ni bekunjung ke kedai buku mencari buku bekenaan undang2 islam.perbankan islam atau ekonomi..mcm tak de,jenuh gak pusing2..yg banyak buku pasal ari kiamat.tu tajuk tu saja dekat 10 buku dengan 10 orang penulis!..pas tu rawatan sihir..tu pun dekat 10 bku dengan 10 orang penulis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:56 PM | Show all posts
Maideen. posted on 19-6-2013 05:37 PM
Perlindungan Insurans yang anda sebutkan itu di panggil MRTA (dari singatan Mortgage  Reducing Ter ...

ooo .. ini ker konsepnya ... 2 bulan lepas ada beli umah ambil loan..... die cover sekali ngan insuran >< RM9k jugak lah kena tambah dari jumlah pinjaman.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:58 PM | Show all posts
pi cari buku pasal Islam dekat MPH, Popular memang...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 06:07 PM | Show all posts
amirmelati posted on 19-6-2013 05:51 PM
ini ada satu artikel ttng ex ceo RHB islamic bank ttng islamic bank operation.... dgr citer bile t ...


wahh....tq

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 06:14 PM | Show all posts
ultra78 posted on 18-6-2013 01:22 PM
Akad jual-beli mesin ATM

mrk ingat Allah boleh ditipu oleh penasihat2 syariah bank.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 06:26 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 19-6-2013 05:52 PM
baru2 ni bekunjung ke kedai buku mencari buku bekenaan undang2 islam.perbankan islam atau ekono ...



posting of the month
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. posted on 19-6-2013 05:37 PM
Perlindungan Insurans yang anda sebutkan itu di panggil MRTA (dari singatan Mortgage  Reducing Ter ...

Dulu saya pernah buat loan kat satu bank & ambil insuran kat bank lain. Loan yg ni dia pakej sekali, memang ada diterangkan masa tu. Tapi baru tau info ni, thanks Maideen.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 19-6-2013 05:41 PM
inilah masalahnya, nak pinjam 10 juta tapi kena beli sesuatu dgn harga 16 juta
awat tak l ...

Conan, ni rahsia besar. Emas tu kat kertas jer hehehe. Masa nak sign perjanjian tu, saya acah pegawai tu nak tengok emas tu, dia pun acah juga, dia kata boleh tapi kunci peti bukan dia yg pegang. Sekarang tak tau kaedah apa bank pakai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.253743 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list