|
dan hadis Ghadir Khum ini, bill memang telah baca banyak jawapan ulamak AWSJ terhadapnya. Namun hujjahnya tak kuat.
cukuplah bagi org2 yg berakal utk menilai perkara ini.
1-pertama Junjungan Rasulullah saaw mengumpulkan jemaah di tengahhari panas. Apakah anda fikir ianya mengenai sesuatu perkara yg kecil?
2- Junjungan saaw mengatakan bahawa tidak lama lagi Baginda saaw akan pergi selama2nya. kemudian menyebutkan kewalian Imam Ali a.s. Mengapa perlu Nabi saaw mengingatkan umat tentang kewafatannya, dan melanjutkan pula dengan pengsiytiharan "Barangsiapa aku maulanya, Ali maulanya"?
3-Mengapa sahabat mengucapkan tahniah?
4-dan benar seperti kata seorang orientalis, org2 Syiah mempunyai dasar yg kuat dalam peristiwa ini. ini ekrana ternyata Nabi islam mengaitkan dirinya dengan diri Ali dalam peristiwa ini. beliau berkata "Bukankah aku lebih aula (utama) ke atas kalian melebihi kalian sendiri? maka barngsiapa aku maulanya, Ali maulanya"
akal tidak dapat menolak, tetapi kedengkian dan ketaksuban yg memenjarakan kebebasan akal.
salam sejahtera ke atas pengikut kebenaran, yg tidak taksub, dan menggunakan akalnya.
selamat tinggal
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
salam Irfani. indah sungguh dialog Imam Redha a.s berkenaan pilihan itu. Seharusnya org yg berakal dapat manfaat daripadanya.
dan org yg sejak awal lagi menolak mengikuti Ahlul bait a.s yg hidup pada zaman Rasulullah saaw, apakah dapat menerima Ahlul Bait a.s yg lahir selepas itu? org yg sejak awal menolak mengikuti Ahlul Bait a.s yg disucikan Allah, apakah pula akan mengikuti pesan2 mereka (kecuali hal2 yg menguntungkan mereka seperti mutaah dan sebagainya) dalam agama? tidak sama sekali.
akal tidak dapat menolak bahawa manusia pilihan tentulah yg disucikan Allah sesuci2nya, tetapi nafsu membangkannya!
kerana itulah, kita dapat melihat org begitu payah menerima Ahlul Bait a.s dan menolak menjadikan mereka pemimpin selepas Rasulullah saaw. Mereka lebih senang mengikuti org2 yg tidak disucikan ALlah, dan tidak pula disebut al-Quran. mereka terasa senang pula mengutamakan pendapat2 Maliki Syafiie dsbg, dan meninggalkan kata2 Ahlul Bait a.s
kepada Allah kita berserah.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
my conclusion: farewell posting
salam
we could see apparently that someone is trying to cause us hardtimes. So i cant but have to take precautious action before it turns even worst. So this is the grand finale to my enjoyful moments here.
I must bid farewell, this time i guess is for good. |
|
|
|
|
|
|
|
bill berada di sini sejak 2001, dn waktu tu, forum tidak secantik ini. perbincangan mengenai Syiah memang pernah diadakan tetapi tidak hebat seperti sekarang.
waktu dahulunya, dahulu ada seorang yg bernama pikachu yg menyebut mengenai pemikiran Syiah namun segera ditolak dan ditentang oleh forumners yg lain. Kemudian isu Syiah jarang timbul dan sehinggalah ianya mula menampakkan putik2nya pada bab pembahasan pasal hadis bukhari dan sebuah perkara (yg bill lupa). Waktu itu yg turuut serta dalam perbincangan ialah Amorist, tok Pin, dan juga Raskol nikov. Kemudian forum MM diwujudkan di mana waktu itu perbincangan secara serius telah berlaku. Thread Opoiki yg berkisar tentang perlantikan pengganti Rasulullah saaw menjadi titik tolak perbahasan dan perbincangan mengenai isu Sunni Syiah secara giat. Bill tidak menyertai pada awalnya, tetapi setelah diajak oleh beberapa forumner (Observer dan Samputon) akhirnya bill melibatkan diri di situ. ternyata lax lebih awal berada di sana dengan hujjah2 yg sangat baik. (Semoga Allah memberi balasan baik kepadanya atas pembelaan tanpa belah baginya terhadap Rasulullah saaw dan Ahlul Bait a.s).
Thread jadi semakin panas dengan kemasukan ramai forumner sunni seperti Kayu Balak, Zaff dll. Isu mutaah juga dibincangkan dalam thread lain dengan panjang lebar. Bill mengalami kepayahan dengan segala kekurangan (ilmu masa dsbg), dikuatkan dengan pertolongan Lax, Breezecolor, Irfani, Dad22alis.
Thread Opoiki itulah yg telah banyak menyaksikan bagaimana kami membela Rasul dan Ahlul baitnya, serta sahabat2 yg setia, dan di dalamnya banyak pengetahuan dan cerita2 yg jarang didengar dan dirahsiakan dari pengetahuan umum. selama hampir 2 tahun kami di sana, sehinggalah thread itu tiba2 hilang pada satu hari! Kemudian perbincangan disertai pula oleh Nahzalus dan Moasri, yang mempunyai kaedah perbincangan hampir sama dengan Kayu balak dahulu.
pernah forumner (waktu itu tidak ada service PM lagi) yg menghantar email2 yg mengugut, mengutuk dan sebagainya. Bill memang bercita2 utk berhenti kerana beberapa faktor, namun sentiasa ada halangan. Namun insya ALlah kali ini, bill akan berhenti dan tidak akan terlibat dalam forum ini. perkara ini telah bill suarakan antique beberapa hari lalu. Thread Opoiki banyak berjasa dalam mengeratkan hubungan kami dan rasa kasih sayang antara bill dan pecinta2 serta pembela2 Ahlul bait a.s seperti Lax, Breeze, irfani, Dad22alis.
berikut adalah beberapa pemerhatian bill, yg melihat bagaimana jalannya perbincangan di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
lawan2 berbincang dari kalangan ASWJ:
Nahzalus: mempunyai cara berhujjah lebih baik dan bersopan, namun emoticon2 seperti gambaran org ketwa dan sebagainay sekiranya tidak dimuatkan lebih baik bill rasa. pada awal kedatangannya, nampak sedikit keangkuhan namun sedikit demi sedikit ianya hilang. Semoga Allah merahmati anda, kerana bill tahu anda ikhlas dalam agama anda. Namun kita dipisahkan dengan dua fahaman yg berbeza yg memerlukan kita kadang2 bersikap bias dalam pembelaan kita. Dalam masalah ini, kami lebih rasional dan tidak teragak2 menolak sesuatu yg salah sekalipun sahabat2 yg menyeleweng. namun, harapannya agar anda sedar bahawa dalam Syiah, hadis2 mengenai tahrif al-Quran datangnya dari sumber2 yg lemah, ditolak oleh ulamak2 muktabar Syiah. dan kebanyakannya dimuatkan dalam tafsir spt al-Qummi, tabarsi yg disifatkan oleh ulamak Syiah sebagai percampuran dengan riwayat2 golongan Syiah akhbariyyun; yg ditolak oleh Syiah Imamiyyah. pendapat menolak tahrif Quran ini jelas dan anda boleh perolehinya dengan mudah. Tapi anda janganlah terkongkong dengan mazhab anda ini, kerana kebenaran tidak dibuktikan oleh indvidu dan nama, tetapi dibuktikan dengan kebenarannya. saya dulunya adalah Sunni namun saya tidak pernah menolak hujjah2 yg kuat.
Moasri: tidak sempat lama dengan beliau. lagipun hampir sebulan lebih bill tak ke forum hari tu. methodnya lebih detail, tetapi seringkali menyoal Syiah utk mendefinisikan sesuatu istilah Arab. contohnya mengenai khilaf. kami bukannya bodoh dan tidak mengerti mengenai khilaf, tetapi definisi kami belum pasti membuatkan anda berpuas hati, dan akibatnya anda akan mengatakan kami tidak tahu. Dan apabila dibawakan satu2 sumber, andalah yg perlu membuktikan sahih atau batilnya riwayat itu sekiranya anda menolak hujjah Syiah. Walaubagaimanapun semoga Allah merahmati anda dan saya mendoakan anda sebagai seorang saudara kepada saudara Muslimnya.
Mat kampong: pada awalnya kamia da berkorespond dengan cara yg baik, katanya nitanya ikhlas mengetahui kebenaran. Namun mendukacitakan apabila beliau pada akhirnya bersikap kurang enak utk sesebuah perbincangan ilmiah. namun begitu semoga Anda sentias dirahmati Allah, bahagia dalam hidup anda.
terong pipit: tidak banyak boleh bill ulas mengenai beliau, yg ternyata lebih senang menggunakan kaedah2 rendah dan jelek dalam perbincangan. beginilah hasilnya bila terlalu bergantung kepada web2 anti syiah. |
|
|
|
|
|
|
|
sahabat2 billionaire:
Yang tercinta dan yg dihormati, yg memberikan semangat dalam waktu2 sukar, yang menunjukkan cinta tidak berbelah bagi kepada Ahlul Bait a.s, sebagai memegang erat wasiat dan pesan Rasulullah saaw mengenai dua bekal berat (Tsaqalain)
Laxamana: yg paling awal menunjukkan keterpautan terhadap Ahlul bait a.s dalam forum ini. menggunakan kecerdikannya dan rasional, walaupun mungkin kurang sumber dari rujukan buku2 mazab Ahlul Bait a.s. Semoga Allah merahmati dan membangkitkan anda bersama Rasulullah saaw, Ahlul bait a.s, Sahabat2 yg kekal setia - pada hari pembalasan kelak.
Irfani: kata2nya sopan, dan dalam pembelaan terhadap Ahlul Bait a.s, jauh terkedepan berbanding bill. banyak ilmunya, sentiasa merendah diri. Semoga Allah merahmatimu, membangkitkan anda bersama Rasulullah saaw, Ahlul bait a.s, Sahabat2 yg kekal setia - pada hari pembalasan kelak.
Breezecolor: Yg istimewa, dan hubungan kami bukan setakat di forum sahaja, walaupun belum pernah bertemu muka di luar. teguh dalam pendirian membelas ahlul Bait a.s, dan berpaling dalam pembelaannya. Semoga Allah membangkitkanmu bersama Rasulullah saaw, Ahlul bait a.s, Sahabat2 yg kekal setia - pada hari pembalasan kelak
dad22alis: seorang terpelajar, dan jarang masuk ke forum. tetapi sumbangannya bukan kecil terhadap mazhab Ahlul Bait a.s. Dengan kebijakan akalnya, beliau membela dengan secara rasional. Semoga Allah membangkitkanmu bersama Rasulullah saaw, Ahlul bait a.s, Sahabat2 yg kekal setia - pada hari pembalasan kelak
Orggunung: Masa perkenalan yg singkat, sudah cukup membuktikan keterikatan dan perhatiannya yg besar kepada Ahlul Bait a.s. seolah2 bill dapat menghidu haruman cinta kepada Rasulullah saaw dan Ahlul bait a.s melalui doanya dalam thread Terong pipit. Semoga Allah membangkitkanmu bersama Rasulullah saaw, Ahlul bait a.s, Sahabat2 yg kekal setia - pada hari pembalasan kelak
Dengan kasih sayangNya kepada anda semua sahabatku, bill memohon agar Allah mengampuni dosa2 bill. Amin |
|
|
|
|
|
|
|
yg terakhirnya
1- Syiah tetap dengan Syiahnya, dan Sunni tetap dengan sunninya. hujjah ditolong logik akal seharusnya dapat mengikis segala kekusutan dalam mencari kebenaran.
2- Hadis2 Ghadir khum, tsaqalain sekalipun sahih dalam ASWJ mereka mentafsirkannya dengan cara berbeza. Mereka mengusahakan utk menjadikan pada akhirnya ketaatan terhdapa Ahlul Bait a.s sebagai pengganti Rasulullah saaw tidak akan diperolehi di dalamnya.
3-Kebergantungan terhadap sumber2 anti Syiah menyebabkan salah faham terhadap Syiah.
4-ASWJ tidak akan menerima hadis2 Syiah tetapi selalu bergantung kepada hadis2 mereka. contohnya seperti hadis wafatnya Abu Thalib a.s dalam kekafiran, sedangkan jelas di sisi Syiah, riwayat2 para imam yg menolaknya.
5-Syiah mengikuti Keluarga Rasulullah saaw dalam mengambil sunnah Nabi saaw. Ini kerana mereka adalah org2 yg disucikan Allah sesuci2nya, dan mereka hidup dalam didikan langsung Rasulullah saaw.
6-Quran org2 Syiah sama dengan Quran org2 Sunni. Adalah fitnah yg mengatkan sebaliknya. Ulamak2 Syiah telah menolak tahrif al-Quran.
7-Syiah bersedih pada hari disembelihnya Imam Husein a.s, tetapi ASWJ bergembira berdasarkan hadis2 dalam kitab mereka.
8-Org Syiah mengucapkan selawat pada Ahlul Bait a.s (Sallallaahu 'alaihi wa aalihi wasallam) tetapi org2 Sunni memutuskannya hanya pada "Sallallaahu 'alaihi wasallam"
7-Sekiranya ada perbezaan antara pengamalan keagamaan, ini kerana Syiah mengambil sunnah Nabi saaw daripada Ahlul bait a.s dan Sunni pula selain mereka. Kerana itu dalam hadis2 Syiah, banyak riwayat keluarga Nabi saaw dan sebaliknya dalam kitab2 sunni.
8 Org Syiah banyak menggunakan akal, dan tidak menerima satu2 berita itu hanya dari satu sumber. Contohnya hadis2 kelebihan Abu Bakar Umar hanya datang dari kelompok ASWJ, tetapi hadis2 kelebihan Ahlul Bait a.s ada dalam kedua2 kelompok Sunni dan Syiah.
9- Org Syiah tidak pernah berpisah dari Ahlul bait a.s, tetapi org Sunni mendakwa merekalah yg menjaga hak2 Ahlul bait a.s. Tetapi ramai org sunni tidak mengetahui mengenai Ahlul bait a.s, siapa mereka dan perkara2 yg berlaku kepada mereka. melihat kepada ini sahaja, seharusnya kita boleh membuat kesimpulan. Ini berbeza dalam Syiah di mana sejak kecil lagi mereka dididik utk menyintai Allah Rasul dan Ahlul baitnya. Kerana itulah org Syiah tidak pernah berganjak dari Ahlul Bait a.s dan kitab2 mereka penuh dengan riwayat AHlul Bait a.s
10- Org2 Sunni mengatakan Syiah bukan pengikut Ahlul Bait a.s dan Ahlul bait a.s menolak mereka. Mereka bawakan hadis2 dan riwayat Ahlul bait a.s mengenainya. yang benarnya ialah, memang benar Ahlul Bait a.s menolak Syiah. Tetapi Syiah yg mana? Kerana Syiah itu ialah pendokong. Jadi Ahlul bait a.s memang menolak Syiah Abu bakar dan Umar (sebagaimana Sayyidatina Fathimah a.s menolak mereka berdua), Ahlul Bait a.s menolak SYiah Muawiyyah.
Imam Jaafar as-Sadiq a.s dalam sebuah hadis yg panjang menyatakan kepada Abu Basir: "Manusia telah berpecah kepada beberapa golongan dan syi‘ah, tetapi kamu telah menjadi syi‘ah Ahlu l-Bait Nabimu. Maka kamu telah berpegang kepada apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan kamu memilih apa yang telah dipilihkan oleh Allah."
Selawat Serta salam atas Rasul Junjungan Abl Qasim Muhammad al-Mustafa
dan Ahlul Baitnya yang mulia lagi disucikan. Semoga Rahmat Allah dan keredhaan Allah sebesar2nya ke atas para sahabat Nabi saaw dan sahabat2 Ahlul bait a.s yg setia dan tidak pernah berganjak dari pembelaan terhadap peribadi2 suci ini. Semoga Allah mengumpulkan kita bersama mereka pada hari pembalasan kelak.
wassalamua'alaikum Warahmatullahi wa barakatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam....
Sahabat....ku rayu teruskanlah
walaupun ku tahu undur mu setapak untuk meneruskan seribu langkah perjuangan di hadapan...
ketika aku baru mengenal cahaya kebenaran Ahlul-Bait
ketika aku baru terhidu haruman mawar gugurnya Hussein
ketika aku ingin bersama kelompok Pencinta Ahlul-Bait
kenapa kau tinggalkan seorang pengembara ini sedangkan mata pena mu sentiasa membawa ketenangan pada diri ku
Hujjah-hujjah mu sentiasa menjadi pembekal bagi musafir aku di padang pasir yang kontang ini
Aaaahh...apakah akan aku jadi seorang Abu Zar
yang tersisih demi kebenaran dan perjuangannya keseorangan
yang menentang ketidakadilan dan kezaliman khalifah
yang akhirnya gugur keseorangan dan bakal mendakap Kekasihnya keseorangan juga
Terima Kasih
Sahabat, Guru dan Tuan alim
Doakankan aku kekal bersama mereka-meraka yang mencintai Ahlul-Bait
Wahai Hussein, wahai Hussein....wahai Hussein
Gugur mu menyemarakkan api kebenaran
Terimalah kami untuk bersama Mu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn kau ucap selamat tinggal...
Betul ke nak pergi ni? Kalau dah nak pergi dan tidak akan kembali lagi, saya nak buat macam mana...siapalah saya untuk menahan anda terus berbicara di sini atas nama Syiah. Tapi, posting-posting anda yang banyak tu, bila saya hujah balik, saper nak tolong jawab?
Kalau anda nak pergi jugak, tak apalah. Tapi harapnya anda selalulah baca posting-posting kami kat sini sebab saya cadang, bila dah siap tulis jawapan kepada semua hujah anda kat sini (yang saya jangka bulan Mei nanti Insya Allah) saya nak start post artikel yang rujukannya hanya kitab-kitab Syiah sendiri, yang antara lainnya menolak kata-kata anda ini:
namun, harapannya agar anda sedar bahawa dalam Syiah, hadis2 mengenai tahrif al-Quran datangnya dari sumber2 yg lemah, ditolak oleh ulamak2 muktabar Syiah. dan kebanyakannya dimuatkan dalam tafsir spt al-Qummi, tabarsi yg disifatkan oleh ulamak Syiah sebagai percampuran dengan riwayat2 golongan Syiah akhbariyyun; yg ditolak oleh Syiah Imamiyyah. pendapat menolak tahrif Quran ini jelas dan anda boleh perolehinya dengan mudah.
Pernahkan anda terfikir kenapa saya tidak pernah berbincang dgn anda tentang tahrif? :bg:
Nahzalus: mempunyai cara berhujjah lebih baik dan bersopan, namun emoticon2 seperti gambaran org ketwa dan sebagainay sekiranya tidak dimuatkan lebih baik bill rasa. pada awal kedatangannya, nampak sedikit keangkuhan namun sedikit demi sedikit ianya hilang. Semoga Allah merahmati anda, kerana bill tahu anda ikhlas dalam agama anda. Namun kita dipisahkan dengan dua fahaman yg berbeza yg memerlukan kita kadang2 bersikap bias dalam pembelaan kita. Dalam masalah ini, kami lebih rasional dan tidak teragak2 menolak sesuatu yg salah sekalipun sahabat2 yg menyeleweng. namun, harapannya agar anda sedar bahawa dalam Syiah, hadis2 mengenai tahrif al-Quran datangnya dari sumber2 yg lemah, ditolak oleh ulamak2 muktabar Syiah. dan kebanyakannya dimuatkan dalam tafsir spt al-Qummi, tabarsi yg disifatkan oleh ulamak Syiah sebagai percampuran dengan riwayat2 golongan Syiah akhbariyyun; yg ditolak oleh Syiah Imamiyyah. pendapat menolak tahrif Quran ini jelas dan anda boleh perolehinya dengan mudah. Tapi anda janganlah terkongkong dengan mazhab anda ini, kerana kebenaran tidak dibuktikan oleh indvidu dan nama, tetapi dibuktikan dengan kebenarannya. saya dulunya adalah Sunni namun saya tidak pernah menolak hujjah2 yg kuat.
Pertamanya, terima kasih atas pujian itu.
Keduanyanya, penggunaan emotican2 itu bertujuan supaya lebih menarik. Dan kalau anda perasan saya lebih banyak menggunakan :bg: berbanding yang lain. Bagi saya emotican ini tiada unsur-unsur mengejek dsbnya.
Ketiganya, anda mengatakan pada awal kemunculan saya nampak angkuh. Itu pandangan anda. Terserahlah. Tetapi saya tidak nafikan bahawa saya masuk ke forum ini dalam keadaan marah. Saya begitu marah apabila diberitahu ada di kalangan netters yang mencaci para Sahabat dgn menuduh Khalid al-Walid ber**** dgn isteri orang. Walau bagaimanapun saya tak sempat baca posting tersebut sebab ia telah didelete oleh moderator.
Bahkan posting-posting awal saya dah tak ada sebab thread Opoiki dah tak ada lagi. Nasib baik saya sempat copy posting-posting anda dan lax untuk dijadikan 'kenangan saat indah bersama'.
Keempatnya, saya juga berdoa semoga Allah merahmati anda juga, dan semoga Allah memberi hidayah kepada anda dgn mengembalikan anda kepada ASWJ. Saya berdoa semoga Allah pertemukan anda dgn satu perkara yang akan mengembalikan anda kepada ASWJ sebagaimana Allah menguji iman anda dgn mempertemukan anda dgn buku-buku yang telah menyebabkan anda memilih Syiah.
Kelimanya, anda kata: Namun kita dipisahkan dengan dua fahaman yg berbeza yg memerlukan kita kadang2 bersikap bias dalam pembelaan kita. Dalam masalah ini, kami lebih rasional dan tidak teragak2 menolak sesuatu yg salah sekalipun sahabat2 yg menyeleweng.
Anda kata anda lebih rasional dan tidak teragak2 menolak sesuatu yang salah sekalipun sahabat2 yang menyeleweng. Tapi anda tidak sedar anda juga tidak teragak-agak menerima apa juga yang dikata atas nama AB. Anda terlupa bahawa Syiah yang anda pegang itu jauh langit dgn bumi berbanding dgn ASWJ dalam bab Hadis dan Jarh wa Ta'dil.
dan yang terakhir, anda kata: Tapi anda janganlah terkongkong dengan mazhab anda ini, kerana kebenaran tidak dibuktikan oleh indvidu dan nama, tetapi dibuktikan dengan kebenarannya. saya dulunya adalah Sunni namun saya tidak pernah menolak hujjah2 yg kuat
Tidak timbul istilah terkongkong dgn mazhab sebab ASWJ inilah yang benar. Sebagaimana tidak timbul istilah terkongkong dgn al-Qur'an dan Sunnah sebab al-Qur'an dan Sunnahlah yang benar. ASWJ inilah Islam yang sebenar. ASWJ inilah yang mengikut al-Qur'an dan Sunnah yang diikut oleh para sahabat dan AB!
Anda kata kebenaran tidak dibuktikan oleh individu dan nama tetapi anda mempersoal kami atas nama AB. Lucu sekali!
Anda dulu Sunni. Alhamdulillah. Sekarang anda Syiah. Ini ujian dan musibah kepada diri anda. Sejarah mencatat ramai orang Sunni jadi Syiah. Begitu juga ramai orang Syiah jadi Sunni. Bahkan dah sampai peringkat Ayatullahpun boleh masuk Sunni akhirnya. Anda melihat apabila anda sanggup bertukar mazhab maka anda boleh dikira orang yang berakal atau orang yang telah menggunakan akal yang diberikan Tuhan, dan kami ini ibarat lembu yang dicucuk hidung, terima apa saja kata ulama' kami. Saya ingin memberitahu anda di forum ini bahawa dgn akal inilah saya kekal dgn ASWJ dan tidak memilih Syiah.
Akhirnya, semoga anda diberi hidayah oleh Allah. Anda seorang intelek tetapi sayang anda telah tergelincir. Saya berdoa semoga suatu hari nanti anda akan dapat membaca sendiri kitab-kitab muktabar Syiah dalam bahasa Arab tanpa terjemahan, tanpa perantaraan, semoga Allah akan menunjukkan anda jalanNya yang lurus.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
anda perlu tahu, kita berdua berbeza. Bill tidak mendahulukan peribadi dalam menerima kebenaran, tetapi hujjah yg kuat tidak dapat menandingi hujjah yg lemah. Anda pula, hanya mengetahui mengenai syiahd ari lawan2 Syiah, dan kalau membaca kitab2 Syiah cenderung utk melakukan tafsiran sendiri.
Anda silap. Saya baca sendiri kitab Syiah sebab saya boleh baca, alhamdulillah. Saya boleh buka laman web Syiah yang bertaburan atas internet. Saya tidak melakukan tafsiran sendiri. Saya merujuk kepada kitab yang ditulis oelh Ayatullah-ayatullah Syiah yang menghurai apa yang disebut oleh ulama' silam mereka. Alhamdulillah di atas nikmat bahasa dan akal anugerah Tuhan ini.
Syiah mempunyai hujjah2 yg sangat masuk akal, dan bill org2 yg berakal sukar utk menolaknya. anda pula lebih menyintai para sahabat dan tidak dapat menerima bahawa mereka melakukan kesalahan, sejak dari itu, anda menutup sebarang peluang mengkritik sahabat. Itu adalahs atu eprbuiatan bodoh dan tidak masuk akal.
Anda silap sekali lagi. Yang tidak boleh menerima manusia melakukan kesalahan selain Nabi ialah anda dan Syiah anda. Anda yang percaya S. Ali dan para Imam tu maksum. Anda bukan sahaja menutup sebarang peluang mengkritik mereka bahkan membatalkan dan menolak kesemua riwayat yang nampak negatif tentang mereka, sehinggakan riwayat ttg lupa merekapun anda tolak.
anda menceritakan tentang bab sifat Allah, Qadar dan sebagainya. Kami dalam Syiah, sedikitpun tidak pernah mensyirikkan Alah, malah tidak pernah mentajsimkan Allah dengan sifat makhluknya. Anda haru baca kitab2 muktabar Syiah tentang perakra ini, dan ianya tidak langsung diselindungkan (seperti andaian musuh2 Syiah)
Bila pula kami kata Syiah Imamiyyah mensyirikkan Allah?
Saya sebenarnya mahu mengajak anda supaya melihat Syiah itu secara keseluruhan. Syiah bukan sahaja berpusing sekitar hadis Thaqalain dan Ghadir Khum, tetapi lebih besar dari itu. Aqidahnya ttg Allah, Malaikat, Nabi-Nabi, Kitab-Kitab, Hari Akhirat dan Qada' Qadar.
conrtohnya anda berkeyakinan dapat melihat Allah di syurga (contohnya Bukhari jil 9, bab tauhid), Ahlul Bait a.s mengajar kami berdasarkan al_Quran dan hadis Rasulullah saaw bahawa Allah mustahil dapat dilihat dengan mata di syurga. (lihat contohnya at-tawhid karya as-Saduq)
Ini antara perkara yang dikhilafkan antara Sunni dan Syiah. Pegangan kami ialah Allah sebut di dalam Qur'an bahawa ahli Syurga boleh melihatNya di akhirat. Hadis Nabi juga sebut begitu. Ini pegangan kami.
dan anda boleh lihat pegangan Syiah terhadap sifat2 Allah dalam khutbah pertama Imam Ali a.s dalam Nahjul Balgahah lagi. Kami menolak sebarang bentuk pentajsiman dan pentasybihan. Anda perlu jujur dalam mencari kebenaran, bukan hanya berdasarkan sumber2 anti Syiah. Tanya ulamak mereka sendiri mengenai ini. Jangan hanya baca dan buat kesimpulan sendiri.
Ini yang saya pelik dgn anda. Anda kata anda menggunakan akal dan rasional. Tetapi anda berhujah dgn Nahjul Balaghah yang tak bersanad, yang ditulis selepas beberapa rarus tahun meninggalnya S. Ali. Lepas tu ada pula beberapa perkara yang tak sebulu dgn mazhab mereka, mereka tolak pulak!
melihat dengan apa? mata? ada warna? tempat?
Kehidupan anda dalam perut Mak anda pun dah lain berbanding anda hidup sekarang ni, kenapa anda tak boleh terima kelainan kehidupan di akhirat sehingga bertanya demikian?
dan Syiah datang dengan menjawab masalah qda dan qadar dengan cara yg paling rasional sekali. kami bukan org2 bodoh yg terbelenggu dengan 'kemaksuman' sahabat dari sebarang kritik dan sebagainya.
:bg:
maaf nahzalus, banyak dalam ASWJ yg tidak amsuk akal, dan bill bukannya tak pernah menjadi ASWJ.
Mukjizatpun tidak masuk akal bill, tapi ia benda betul!
antara lainnya:
1- Melihat Allah di Syurga
2- Qadak dan Qadar (semunya telah ditentukan Allah, dengan beebrapa huraian lucu)
3- israk mi'raj - Nabi saaw tawar menawar dengan Allah mengenai sembahyang
4- bergembira pada hari Asyura
5- selawat terputus tanpa menyebut keluarga Nabi saaw - jelas ini tradisi Umaiyyah yg berusaha membuatkan umat lupa terhadap Ahlul bait a.s
6- Banyak perbezaan dalam ibadah oleh 4 mazhab. al-Quran satu, dan Nabi saaw seorang, tetapi pengamalan yg banyak dan berbeza!
7- dll lagi yg tak mungkin dicatatkan di sini.
Yang No 6 sajer rasa pelik dgn bill. Yang lain tu no komenlah.
Dalam Syiah tak ada khilaf lah yer bill? :bg:
Maknanya pendapat S. Ali dalam bab fekah akan sama dgn pendapat al-Hasan al-'Askari? ai... ni kena baca Wasail Syiah ni.
Sesungguhnya Rasulullah saaw meninggalkan pada umat kitabullah dan Ahlul Baitnya- dan kepada mereka kami merujuk sunnah2 RasulNya. Kami berpegang kepadanya dan anda, Nahzalus, sekiranya anda mahu berpegang kepada yg lain , itu keputusan anda. Dan di hadapan Allah kita semua akan dikumpulkan kelak.
Bukan keputusan saya, tapi keputusan Allah dan RasulNya. Nabi tinggalkan Quran dan Sunnah. Qur'an dan Sunnah ni Nabi tidak tinggalkan dalam peti besi, tapi pada para sahabat dan AB. Lepas tu Nabi pesan: jaga hak-hak ABku, jgn duk caci sahabatku.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Bill,
Dialog Imam Ali Ar-ridha itu semamangnya sangat bermanfaat bagi irfani,dan irfani yang kekurangan ilmu ini selain bertompang kepada hujah-hujah yang dikemukakan bill,irfani sejak dari awal-awal lagi dari dahulu sampai sekarang bertompang kepada hujah-hujah Imam Ali Ar-ridha a.s.ini.
Setelah sekian lama Bill membela Ahlul Bayt a.s. irfani memohon kepada Allah agar mengurniakan ganjaran yang tinggi untuk Bill.DAn mengumpulkan kita semua bersama bersama RAsul-Nya dan sekelian Ahlul Bayt didunia yang lebih baik dari ini dihadapan Allah kelak.Dunia yang kekal abadi dan semoga Allah memberikan Bill limpahan rahmat dan cinta-Nya.
wassalam.;)
[ Last edited by irfani on 25-1-2004 at 11:29 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tambahan:
contohnya anda berkeyakinan dapat melihat Allah di syurga (contohnya Bukhari jil 9, bab tauhid), Ahlul Bait a.s mengajar kami berdasarkan al_Quran dan hadis Rasulullah saaw bahawa Allah mustahil dapat dilihat dengan mata di syurga. (lihat contohnya at-tawhid karya as-Saduq)
Kitab beliau boleh dibaca di sini:
http://www.al-shia.com/html/ara/books/tawwhid/fehrest.html |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum.... terimakasih kepada semua yang telah berforum untuk mencari kebenaran.... terimakasih Bill dll, memang lah saya macam orang awam lain juga yang cetek ilmu, namun dalam mencari kebenaran, saya rasa memang patut Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. diutamakan.... saya tertarik dengan apa yang Nahzaluz hukumkan dipenghujung threadnya di atas ke atas Bill... "Akhirnya, semoga anda diberi hidayah oleh Allah. Anda seorang intelek tetapi sayang anda telah tergelincir..." Di harap dapat lah saudara Nahzaluz huraikan dakwaan berani anda iaitu tergelincirnya Bill apabila mempertahankan kesahihan Hadis Thaqalain, serangan di rumah Fatimah, Fadak, hak Saiyidina Ali, Hussein, Fatimah dan lain-lain Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. apabila menyanggahi sunnah sahabat-sahabat seperti Abu Bakar, Omar, Khalid dll tu.... untuk kita rumuskan dan cuba fahamkan. Jikalau Nahzaluz mengatakan sahabat-sahabat pun boleh jadi khalifah jugak, itu satu soal lain... pokoknya di sini ialah menjadi tergelincir, menyerong, menyimpang dan sesat jalan apabila mempertahankan Imam Ali sebagai khalifah, Mazhab Ahlul Bait atau Mazhab Imamiyah yang diharuskan oleh Sheikh Shaltut Al-Azhar dan seumpamanya... itu saya kurang faham. Harap saudara Nahzaluz dapat terangkan kepada kami yang mencari ilmu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 2004-1-5 06:30 PM:
salam
biasalah tu Lax, Syiah akan sentiasa diukur dengan neraca ASWJ. Siapa yg menetapkan demikian Wallahua'lam. padahal kalau MENJ rajin membaca lebih sikit, beliau tentu dapat memhami konsep taq ...
Tentulah Syiah akan "diukur" dengan standard ASWJ sendiri, kerana para sahabat Rasulullah SAW termasuklah Ali KWJ adalah pengikut Sunnah Rasulullah SAW. Kalau Syiah sudah mula mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW, adalah jelas bahawa mereka BUKAN daripada golongan pengikut Rasulullah SAW. Ini belum lagi kita membincangkan doktrin-doktrin bodoh spt konsep taqiyyah, dll yang diinovasi puak Syiah.
Salam sejahtera.
- MENJ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 2004-1-5 06:30 PM:
salam
biasalah tu Lax, Syiah akan sentiasa diukur dengan neraca ASWJ. Siapa yg menetapkan demikian Wallahua'lam. padahal kalau MENJ rajin membaca lebih sikit, beliau tentu dapat memhami konsep taqiyyah oleh org2 Syiah dengan konsep Taqiyyah org2 Syiah yg direka oleh org ASWJ. kalau beliau rajin membaca dalam thread bill Syiah Imamiyyah kenali melalui ringkasan tentu beliau tidak tergesa2 mempercayai apa sahaja yg dikatakan oleh lawan2 Syiah
dan juga kalau bill and co. baca (ngaji) lebih sikit ASWJ dulu dan tak tergesa-gesa percaya dgn promotion dari Syiah, tak lah jadi macam sekarang ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
aik, dah nak pergi jugak ke?
Untuk fahamnya mudah saja.
Orang yang tidur tidak akan tergelincir. Orang yang makan juga tak akan tergelincir. Orang yang tergelincir ini ialah orang yang berjalan atau bergerak. Bill dan anda mahu mencari kebenaran kerana disangkanya ASWJ tidak sinonim dgn kebenaran. Maka bill dan andapun berjalanlah. Tetapi bill dan anda tergelincir.
Dalam dunia ni satu jer tergelincir yang baik, iaitu gelincir Matahari. Sebab time tu boleh sembahyang Zohor!
=====
Di harap dapat lah saudara Nahzaluz huraikan dakwaan berani anda iaitu tergelincirnya Bill apabila mempertahankan kesahihan Hadis Thaqalain, serangan di rumah Fatimah, Fadak, hak Saiyidina Ali, Hussein, Fatimah dan lain-lain Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. apabila menyanggahi sunnah sahabat-sahabat seperti Abu Bakar, Omar, Khalid dll tu.... untuk kita rumuskan dan cuba fahamkan. Jikalau Nahzaluz mengatakan sahabat-sahabat pun boleh jadi khalifah jugak, itu satu soal lain... pokoknya di sini ialah menjadi tergelincir, menyerong, menyimpang dan sesat jalan apabila mempertahankan Imam Ali sebagai khalifah, Mazhab Ahlul Bait atau Mazhab Imamiyah yang diharuskan oleh Sheikh Shaltut Al-Azhar dan seumpamanya
Saya tahu kenapa anda bertanya. Anda mungkin nak confirm, adakah istilah tergelincir itu bermakna bill dan anda kafir pada pandangan saya. Jgn pergi terlalu jauh. Saya tidak mengkafirkan bill dan anda. Bill dan anda masih lagi muslim. Cuma pegangan bill dan anda dalam permasalahan tertentu menyeleweng dan tidak betul.
Lax, anda kena faham baik-baik.
Kalau anda kata S. Ali layak selepas nabi, no hal. Tapi kalau bersama-sama dgn itu anda mengatakan sesat para sahabat, kafir belaka kecuali 7 orang, S. Abu Bakar dll rampas hak S. Ali dsbnya, maka itulah tergelincir!
Kalau anda kata betapa besar dan tingginya kedudukan S. Fatimah, itu betul. Tapi bersama dgn itu anda membenarkan riwayat yang mengatakan para sahabat pergi serang rumah S. Fatimah hingga membawa kepada keguguran Muhsin, maka itulah tergelincir!
Kalau anda kata hadis al-Thaqalain sahih, itu betul. Tapi bersama-sama dgn itu anda mengatakan wajib ikut AB sebab kebenaran itu hanya ada pada AB sahaja, tak ada pada para sahabat yang lain kecuali yang ikut AB, itulah tergelincir!
kalau anda kata anda mempertahankan hak-hak S. Husain dan AB yang lain, itu betul. Tapi bila saya tahu hakikatnya adalah sebaliknya, maka sebenarnya memang tergelincir!
Anda dua orang kata, kami percaya kepada Quran dan Sunnah. Bila saya tanya bill, Qur'an yang mana? Yang ASWJ duk pakai ni ke? Dia kata ya, dan dia menolak tahrif. Dia berpegang dgn satu pendapat dari 6 pendapat Syiah dalam masalah ini. Bila dia kata begitu, maka saya pun no hal. Apa yang dia percaya sebenarnya itu saya tak peduli.
Bila saya tanya, Sunnah? Ha, tang ni lah yang khilaf. Dan anda sendiri tahu khilafnya.
Bila gi ke bab Imamah, Mahdi, Raj'ah, Taqiyyah dll, kat sinilah bill dan anda berpegang dgn benda yang tak betul...
Maka dgn sebab itu saya kata bill dan anda tergelincir...
Saya nak tanya anda, saya tak tergelincir ke pada pandangan anda?
===========
... dan macam biasalah. Bila sebut bab ini maka akan naiklah fatwa Syeikh Shaltut. Heh heh heh. Siapalah nahzaluz nak dibandingkan dgn Sheikh Shaltut!
Bila sebut bab fatwa ni nampaknya kempunanlah saya disini. Bill dah pergi dah. Anda pun nampak gaya macam dah nak pergi. Yang saya minta fatwa Syiah ttg ASWJ sampai sekarang tak boleh beri. Pelik juga yer.
Tapi tak pa. Irfani dan Orang Gunung masih ada. Nanti saya minta dgn depa.
============
Dan akhirnya, kalau betul anda dah nak pergi dan tidak akan kembali lagi, saya nak bagitau, saya tengok ayat/gaya anda dah berubah. Tak macam dulu. Alhamdulillah.
Saya juga tidak lupa mendoakan supaya anda akan kembali kepada ASWJ dan meninggalkan Syiah. Tempoh anda bersama dgn Syiah ini adalah ujian dari Allah yang amat besar dalam hidup anda.
WA
[ Last edited by nahzaluz on 26-1-2004 at 04:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by nahzaluz at 26-101-2004 18:37:
Untuk fahamnya mudah saja.
Orang yang tidur tidak akan tergelincir. Orang yang makan juga tak akan tergelincir. Orang yang tergelincir ini ialah orang yang berjalan atau bergerak. Bill dan anda ...
Assalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuH, I pray that this reaches you all in the best of health and iman.
Salam nahzaluz,
Maaf tidak dapat selalu disini kerana sibuk dengan kerja. Tahniah diatas ulasan anda yang iklas. MK masih ingat apabila memasuki forum MM dan dapati ianya dimonopoli oleh golongan yang berselindung disebalik Mazhab Ahlul Bait (AB) iaitu suatu nama yang amat senonim dengan ASWJ yang amat menghormati AB tetapi disebalik nama itu tersembunyi suatu siasah yang amat jelik dan sebenarnya mereka adalah Golongan Syiah. Alhamdulillah dengan hidayah Allah SWT maka fatwa mengenai kegelinciran Syiah telah dikeluarkan oleh JAKIM.
MK akui memang pernah berurusan e-mail dengan bill dan antique mengenai AB tetapi ianya hanya 1 atau 2 kali kerana MK telah membaca apa yang postkan di forum ini. Apa pandangan bill terhadap MK, itu adalah hak peribadi mereka. MK akui bill lebih beralas dari Lax dalam usaha mereka untuk meng'Syiah'kan diforum ini. Diwaktu itu memang tak banyak ASWJ yang berani berdepan dengan bill dan kuncu-kuncunya.. munkin ada yang don't know atau mereka kurang arif atau bersikap biarlah mereka yang tahu hal agama berdebat.
Apa yang membuat MK terkilan dan tidak senang hati apabila bill dan kuncu2nya sudah naik tocang dan merasakan bahawa mereka sahaja yang benar DAN mereka mula mencemuh dan menghina para-para sahabat Nabi SAW dengan cerita rekaan yang amat negatif dan tidak masuk akal. Post dari Lax mengenai S. Abu Bakar, Omar dan Khalid yang membuat MK rasakan saperti 'the straw that break the camel back'. Demi Allah, peristiwa ini yang membuat MK berazam untuk berjihad menentang bill dan kuncu2nya kerana bagi MK mereka telah melampaui batas. Dan selepas itu ianya adalah sejarah... alhamdulillah, akhirnya bill menyatakan keinginan untuk mengundurkan diri kerana kecewa dengan posting2 yang berdalil yang dilakukan oleh moasri dan nahzaluz telah menelanjangkan kgelinciran yang terdapat kepada akidah bll dan kuncu2nya. Munkin bill akan berundur dan memasuki forum ini dengan nick lain.. itu hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Walau bagaimanan pun MK amat bersyukur kepada ilahi kerana melalui forum ini telah membuatkan MK mengetahui mengenai akidah dan kepercayaan golongan Syiah dan tipu muslihat mereka akan berterusan hingga keakhir zaman.
Apa yang membuat MK termenung ialah mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh untuk mengsyiahkan golongan Islam lain terutama ASWJ tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengIslamkan golongan bukan Islam. Ini yang menjadi tanda tanya kepada MK.. Y?
Originally posted by nahzaluz
Saya nak tanya anda, saya tak tergelincir ke pada pandangan anda?
Mereka tidak akan berterus terang kepada kita TETAPI nun disanubari mereka tahu apa yang mereka takrifkan kepada kita. Kita hanya mampu berdoa kepada Allah SWT semoga akidah kita diteguhkan dan matikan kita didalam Islam.
Wallahu A'lam bi As-Sawab! Wasalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuH.. |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by billionaire at 22-101-2004 17:04:
salam
we could see apparently that someone is trying to cause us hardtimes. So i cant but have to take precautious action before it turns even worst. So this is the grand finale to my enjoyful moments here.
I must bid farewell, this time i guess is for good.
...
Assalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuH, I pray that this reaches you all in the best of health and iman.
[fly]ALHAMDULILLAH... semoga kebenaran ISLAM terus terselah!!![/fly]
Bill berkata:
we could see apparently that someone is trying to cause us hardtimes.
MK menjawab:
Apa yang bill maksudkan 'to cause us hardtimes'?
Adakah anda mempunyai kesusahan untuk menjawab hujjah yang telah diutarakan?
Adakah dari hujjah2 yang diutarakan telah menjelaskan kepalsuan dan kegelincirab yang terdapat keatas kepercayaan anda yang anda senonimkan dengan nama hikmat 'Madhab Ahlul Bait'?
Jawablah segala hujjah dengan dalil2 dari al-quran tetapi bukan dengan tafsiran dan andaian yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran yang waras.
Bill berkata:
So i cant but have to take precautious action before it turns even worst.
MK menjawab:
Adakah kerana hujjah2 yang diberi telah membuat anda goyang dengan apa yang telah anda percayai selama ini?
Pesan MK, kalau anda tersesat jalan, jangan malu nak bertanya. Kalau sesat dihujung jalan kembalilah kepangkal jalan. Jangan perjudikan akidah Allah kerana manusia adalah sebaik kejadian yang dikurniakan Allah SWT dengan akal dan fikiran serta hawa nafsu.
Bill berkata:
So this is the grand finale to my enjoyful moments here.
MK menjawab:
Hanya Allah SWT yang mengetahui niat anda. Semoga anda mendapat pembalasan yang setimpal dengan niat anda.
Wallahu A'lam bi As-Sawab! Wasalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuH..
[ Last edited by Mat Kampong on 27-1-2004 at 12:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Siapa Bapa Nabi Ibrahim A.S
Al-Hafiz Ibn Kathir dlm Qishahul Anbiya' telah menyatakan siapakah bapa Ibrahim A.S. tetapi dgn jelasnya beliau menyatakan bahawa ia adalah sumber israiliyyat.
Beliau menulis silsilah ibrahim sbg berikut:
"Abraham Ibn Tarikh, Ibn Nahur, Ibn Sarough, Ibn Raghu, Ibn Phaligh, Ibn Aher, Ibn Shalih, Ibn Arfghshand, Ibn Sam, Ibn Nuh..."
Beliau (Ibn Kathir) juga menulis bahawa bapa ibrahim a.s berumur 75 tahun ketika ibrahim dilahirkan. Ada sesetengah riwayat menyatakan bahawa bapanya meninggal sblm kelahirannya dan dia dibesarkan oleh bapa saudaranya yg mana ibrahim memanggilnya bapa. Riwayat lain mengatakan bahawa bapa hidup dan diberikan gelaran Aazar.
Apabila kalimah quran mengunaan 慳b |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|