|
Kontrak mengarut - Abam Jed Jaidi vs Ankel David (Ankel David pengecut page 7)
[Copy link]
|
|
sheolls posted on 17-10-2013 12:52 PM
: http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/sidang-media-diana-amir-umum-kahwin-esok-1.211930
x ...
diana amir x cantik mcm wawa
|
|
|
|
|
|
|
|
hanezzafirah posted on 17-10-2013 12:54 PM
diana amir x cantik mcm wawa
ahahaha..alasan bgitu pn ble arkkk.. .
|
|
|
|
|
|
|
|
ni nasib baik la mig amik wawa. dlu dgn kru studio rejek terus. ni rahsia tbongkar pun david masih terima dia kembali bkerja. mana nk dpt bos camtu?
zed dulu dengki dgn aaron. skang rezeki aaron makin btambah. duta iklan smua dia bolot. filem smua muka dia. x jeles ke zed?
pas ni zed nk kondem apa lak? kontrak artis x leh mkn sampai gemuk? hero x leh muka buruk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Baik ko duk diam lah ZZ...
Jgn nak tumpang glamer atas kes org dan jgn cuba nk jadi hero x bertempat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Larangan Bercinta Dan Berkahwin Cabul Hak Asasi Manusia! - Zed Zaidi
10/17/2013
Rasanya ramai yang sudah mengikuti kisah kontroversi dua pelakon muda Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka kerana tidak mahu melanggar kontrak yang telah dipersetujui menerusi MIG Pictures Sdn Bhd yang melarang artis naungan mereka bercinta atau berkahwin.
Perkara tersebut mendapat perhatian Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang mahukan syarikat produksi tempatan memansuhkan syarat larangan artis dibawah naungan mereka bercinta dan berkahwin kerana ianya telah mencabuli hak asasi manusia.
Menurut Zed Zaidi, larangan seperti itu memberi bebanan kepada anak seni kerana mereka takut untuk bercinta sehingga terpaksa merahsiakan perkara baik bagi mengelak dari melanggar kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini.
“Saya percaya disebabkan kontrak isu Aeril dan Wawa timbul. Kontrak seperti itu membuatkan mereka takut untuk bercinta dan terpaksa merahsiakan perkara yang baik bagi mengelakkan dari melanggar syarat yang telah ditetapkan dalam kontrak mereka.
“Jika dalam kontrak artis bersama produksi mensyaratkan mereka tidak boleh bercinta, saya anggap ia telah melanggar hukum tuhan dan mencabuli hak asasi manusia. Aeril dan Wawa adalah dua individu yang telah dianiaya kerana hak asasi mereka telah dicabuli.
“Aeril ada menghubungi saya untuk membincang tentang perkara ini dan perjumpaan akan dilakukan dalam masa terdekat. SENIMAN bersama peguam juga akan mengkaji kontrak Wawa sebelum membuat perbincangan dengan syarikat produksi yang terbabit,” jelas Zed Zaidi panjang.
Isu ini telah pun dikemukan kepada Suruhanjaya Haka Asasi Manusia (SUHAKAM) jika melanggar Akta Kontrak 1950 di bawah Seksyen 27.
Mengikut Akta Kontrak Malaysia 1950, Seksyen 27 telah menyebut perjanjian menghalang perkahwinan adalah terbatal di mana setiap perjanjian yang menghalang perkahwinan seseorang, selain daripada individu yang belum dewasa pada masa remajanya, adalah batal.
Tambah Zed Zaidi dia percaya situasi artis yang menandatangani kontrak dengan syarikat produksi adalah kerana desakan mendapatkan tawaran pekerjaan.
“Isu seperti ini berlaku kepada artis baru kerana terdesak untuk dapat pekerjaan. Mereka terpaksa ikut sahaja kontrak yang ada asalkan cita-cita untuk bergelar pelakon tercapai. Tapi apabila membabitkan hal peribadi dalam kerja ianya tak nampak profesional kerana keuntungan hanya dapat kepada produksi.
“Yang menjadi mangsa adalah individu yan terbabit sehingga berlaku perkara negatif,” ujar Zed Zaidi lagi.
Sumber: Berita Harian
Credits: astrogempak.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
si aeril mesti dah panas dah ni.. dia punya hal kecik dah jadi besar sampai nak saman2..
abis la ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
jap jap aku x paham la!!
kan david dah kata wawa boleh kembali bekerja.
wawa kata dia menerima byk job dari produksi lain tapi menolak sebab nak tumpu jaga anak gilir2 dgn aeril.
wawa kata dia masih belum menerima sebarang projek dari david.
memang la david belum ada projek, kena la tunggu, engkau tu dah kawin nanti dapat scene kena rogol peluk bagai nanti kata tak memahami sensitiviti agama lak!!
nak saman? esok nanti MIG tutup kedai lagi la xde peluang org lain nak cari rezeki. lagi teruk la engkau dgn aeril kena kutuk!!
|
|
|
|
|
|
|
|
cloudy_83 posted on 17-10-2013 01:50 PM
si aeril mesti dah panas dah ni.. dia punya hal kecik dah jadi besar sampai nak saman2..
abis la ko ...
tadi kat tv3 tayang semula drama Samson&Delaila. dlm cerita ni Aeril jadi anak adiputra, budak sekolah dan kapel dgn elfira loy
nampak budak2 sgt Aeril..comel dan manja
|
|
|
|
|
|
|
|
hanezzafirah posted on 17-10-2013 12:28 PM
petronas pun laki bini xleh keje bersama...
clausa tu dah takde dah untuk newcomers
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...dato ZZ dah besuara |
|
|
|
|
|
|
|
Bila MIG semuanya salah. David mungkin mahu menjadikan kerjaya bidang seni itu menjadi serius, rilek larr
Dah nama Kontrak bukan selama-lamanya pun tok leh bercinta, mesti ada waktu tertentu. Camnerlah nak maju camni, bila buat pembaharuan sikit dah memekak.
Cer tengok si Erra tu, kontrak camtu lah dia boleh jadi Artis hardcore kat Mesia ni, walaupun hasil dia tak ler se best mana. rileklah.. adehh |
|
|
|
|
|
|
|
Kat negara lain ade kontrak mcm ni...
Ade pro n cons die..
Klu bole management x nk retis byk kontroversi.. fokus pd produksi tu jer..
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 17-10-2013 10:47 AM
nak tanya korang la.... yg ade anak yg dah besar... nak ke korang bg depa bercinta klau tak hbis blj ...
klu aku mmg tak bagi kot.
tapi aku mmg respect dgn couple yg kahwin muda masa belajar tapi blh handle pelajaran semua.
kawan aku ada yg kahwin masa belajar. siap ngandung lagi.
tapi dia dr family yg jenis islamik. kahwin pun mak bapak sponsor semuanya.
pasangan pun jenis islamik jugak. belajar ok. yg pompuan siap top student lagi. walaupun mengandung segala.
perangai pun matang. bukan jenis huha berjimba mcm orang lain.
masa grad, diorang dh ada anak dah. jodoh masih kekal sampai sekarang.
suka plak tgk diorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Dakwaan Zed Zaidi Tidak Berasas"- M.I.G
10/17/2013
Susulan dakwaan presiden Seniman Zed Zaidi mengenai kontrak Metrowealth International Group (M.I.G) mengarut, Astro Gempak terpanggil untuk menghubungi pihak M.I.G untuk mendapatkan maklum balas mengenai pandangan peribadi presiden seniman itu.
Wakil M.I.G ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu, tindakan Zed Zaidi bersifat berat sebelah kerana terus menghentam pihak mereka tanpa berbincang atau mengetahui perkara sebenar terlebih dahulu.
“Zed Zaidi tidak sepatutnya bertindak melulu dan menghentam kami di media secara tiba-tiba, sebagai seorang presiden yang profesional dia sepatutnya datang berjumpa dengan kami terlebih dahulu sebelum menyalahkan kami.
“Dia bukan tak tahu jalan ke pejabat M.I.G…dia tahu mana nak cari Mejar David Teo dan bertanyakan hal ini sendiri. Kalau dia nak tengok kontrak pun, kami boleh tunjuk,” jelas wakil M.I.G itu kepada Astro Gempak.
Tambahnya lagi, Zed Zaidi tidak sepatutnya mendengar cerita daripada sebelah pihak semata-mata dan terus membuat penilaian.
“Dia sendiri tak pernah baca kontrak kami..macam mana dia boleh kata kontrak itu mengarut? Pelik juga kenapa dia tiba-tiba keluar kenyataan sedemikian.
“Tapi…tak mengapa…kami profesional dan tidak pernah terkilan dengan tindakan beliau (Zed Zaidi)…Kami juga turut mengalu-alukan kedatangan Zed ke pejabat kami jika dia mahu tahu tentang isi kontrak syarikat kami,” ujarnya.
Zed Zaidi sebelum ini mengeluarkan pendapat peribadinya berhubung insiden yang berlaku ke atas Wawa Zainal yang dikatakan takut untuk menghebahkan perkahwinannya kepada media kerana takut dengan kontrak syarikat Mejar David Teo yang tidak membenarkan artis di bawah naungannya bercinta atau berkahwin.
Presiden Persatuan Seniman itu turut mendakwa kontrak syarikat M.I.G adalah mengarut dan melanggar fitrah tuhan.
Credits: astrogempak.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebok la jed jedi hi...tp ok gak tu buku temu ruas |
|
|
|
|
|
|
|
Retis ni terpaksa sain sbb nk cebur....tp 5 thn tu lama sgt..... Jodoh takz boleh nk jangka..... |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yg elok kalau dihalang boleh jd zina nanti.....org kapir boleh laaa |
|
|
|
|
|
|
|
ee zz nih cam gile kuasa pon ade gak..bjet2 nt klo menang ke bleyla jd msuk calon adun ke parlimen ka jd yb?then msok politik..klo die duk num 25 pon atas sbb retis2 gigih mngundi mereka bkn sokongn majoriti..aritu si abon tu gegeh uols nk sapot zz ni konon bile zz ni menang ade can la nk mrtabatkan seni ape sume..nk mrtabatkn seni ke nk mrtabatkn duit ringgit rete bnde korg???zz nih aku rse x mustahil one day gelaran datok pon die snggup beli tuh jnji ade gelaran pgkat sume...haku mmg mnympah dr dulu agi gn die nihhh......bini die pon mak aiii sombong nk mmpos....bjet divaa sgt hoccay |
|
|
|
|
|
|
| |
|