CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

KENCING MANIS / DIABETES: ask your questions here...

[Copy link]
Post time 12-6-2015 11:13 AM | Show all posts
sy pernah baca, diet atkins elok utk org kencing manis ni.
pandangan doktor macam mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2015 07:11 PM | Show all posts
cik_ted143 replied at 12-6-2015 11:13 AM
sy pernah baca, diet atkins elok utk org kencing manis ni.
pandangan doktor macam mana?

bahaya jugak la rasanye.
atkins ni promote guna benda lain utk energy source; kita manusia, melaui evolusi mmg tetap akan guna glucose.
ikut atkins nnt dapat increased ketones (mcm dlm explanation i kat atas tu)
ketosis ni bahaya malah bg diabetics, kita mmg cuba elak.

sy hanya suka if patients berpegang pada clinical prinsip ie mkn 3 kali sehari, makan meal portions kena sederhana, mkn on time; jgn ajar berlapar..
fasting is diffferent sbb kaedah berpuasa aim dia bukan utk hilangkan berat badan.

all in all sy kurang setuju dgn atkins, esp if org tu diabetic

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 08:45 AM | Show all posts
ipes2 replied at 12-6-2015 07:11 PM
bahaya jugak la rasanye.
atkins ni promote guna benda lain utk energy source; kita manusia, melau ...

ok, tq doktor..
Doktor boleh bagi senarai menu untuk kencing manis tak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2015 05:05 PM | Show all posts
cik_ted143 replied at 13-6-2015 08:45 AM
ok, tq doktor..
Doktor boleh bagi senarai menu untuk kencing manis tak?

menu specific memang bergantung kepada individu.
individu perlu kontrol diabetes mereka dan bukan membiarkan diabetes kontrol hidup mereka.
oleh kerana diabetes adalah penyakit yg memendekkan umur seseorang lebih kurang 5-10 tahun (malah lebih teruk dari ini), maka amat penting segala aspek penyakit ini di jaga.
menu: yg penting yang rendah carbohydrate nye; lagi byk carbohydrate, lagi byk glucose dalam darah. juga penyediaan makanan.
lagi byk fat dalam makanan, kita akan jadi lagi gemuk, dan ini akan menambah lagi teruknya diabetes kita.
jadi, size meals kena lah sederhana. kena elakkan oily food; elak benda bergoreng; keropok tu microwave je lah, jgn goreng.
contoh: walaupun pisang sgt nutritious, tetapi pisang goreng tidak. gandum dlm pisang goeng ialah refined carbohydrate; lepas tu di goreng dlm minyak pula.
jadi mkn lah pisang, dan jgn pisang goreng.
kuih kuih di malaysia, rata rata nya dibuat dari refined gandum; byk sgt carbohydrate dalam tu.

buahan eg rambutan, amat nutritious. tapi klau sekali mkn 20 biji, maka fructose dlm tu akan menambahkan lagi sugar dlm darah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 11:50 PM | Show all posts
Salam dr.
cucuq nak tanya pasal diabetes ni, kakak sedara cucuq die ada diabetes since die fom2. die x gemuk pown badan die kecik molek jer my mum cakap maybe keturunan sebab keluarga kami sebelah mak memang ada keturunan penyakit serangkai ni,so haritu die mengadu dekat saya yang dia sangat tertekan. Die memang nak kahwin tapi die rase xde semangat nak kahwin n risau ada ke lelaki yang boleh terima penyakit die ni
then die ada masalah hitam di ketiak n tengkuk, serta celah peha dia @ acanthosis nigricans. jadi adakah daki2 hitam ini boleh sembuh dr? apa rawatan yang sesuai untuk sembuhkan kulit die itu disebabkan masalah ini dia hilang keyakinan diri

saya juga nak tanye adakah dengan melakukan pemindahan pancrease seseorang penghidap diabetes boleh sembuh sebab setahu saya diabetes ni berpunca daripada pancrease yang tak dapat hasilkan insulin kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2015 04:11 AM | Show all posts
cucuq replied at 6-8-2015 11:50 PM
Salam dr.
cucuq nak tanya pasal diabetes ni, kakak sedara cucuq die ada diabetes since die fom2. d ...

Waalaikumussalam Cucuq dan selamat hari raya.


Diabetes Mellitus (DM) ni banyak jenis. Yang paling kita tahu ialah Type 2 DM, iaitu T2DM. Ini biasanya ornag yang agak berumur dan gemok. Ambil ubat telan aje; kekadang jika teruk kita tambah Insulin.

Yang kedua ialah T1DM.. ini start masa kanak kanak atau teenagers. Kena ambik insulin sebab pancreas dia dah tak buat Insulin lagi dah.

Yang hitam hitam tu tak hilang sebab bukan daki... betul namanya tu Acanthosis Nigricans (AN).. ia adalah manifestation bahaya orang itu ada insulin resistance. Ini biasa kat celah celah badan dan saya paham apa yang Cucuq cuba explain. Berserah aje lah, sebab AN ni, kita nak wat camaner. Rasanya omputeh je yg celah celah nyer tak gelap; chinese dan asians semua ada gelap lah di celahan nih. So, hubby mungkin tak perasan sgt.

Bagi la dia semangat atau counselling bahawa elok lah kawin sebab boleh riang sikit hidup. Encourage dia. Jarang lah lelaki tak terima wanita just becoz dia ada T1DM. T2DM lagi kuat genetic dia ari T1DM.

Pancreatic transplant takde kat Mesia... only sikit je centres dalam dunia ni yg buat benda ni. Kena guna banyak pancreas dari org mati utk dapatkan sedikit cells yg buat insulin tu. Lab utk amik cells ni mak ai mmg hi tech. Cells ni (Beta Islet Cells) akan di embolised kan ke dalam liver penerima. Pancreatic transplant ini hanyalah utk org yg memang teruk aje.

Ngapa tnya yg advance gini? Dah ada centre bukak ke for this in Mesia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2015 07:43 AM | Show all posts
ipes2 replied at 7-8-2015 04:11 AM
Waalaikumussalam Cucuq dan selamat hari raya.

tq banyak2 dr...Selamat hari raya lupa nak wish kat dr hihi..

owh kirenya kalo sental2 memang tak boleh nak sembuh la yer.. sya rase kakak sedara saya ni type 1 la kot sebab die kene dari remaja ye? lagipun sekarang ni memang die ambik insulin x de ambik ubat pown... memang die nak kahwin cume die risau kalo2 suami die tak boleh nak terima...saya memang bagi die semangat kat die alhamdulillah thats why segala masalah die lagi cerita dekat saya dari adik2 perempuan die. Lagi satu dr, die pernah kena jangkitan kulat pada alat sulit die... tyme die pergi jumpe dr dulu dr ade tye adakah die dah kahwin so die cakap tak, dr tu dh pelik sebab die syak kakak sedara saya penah buat seks..tp bile search balik memang penyakit diabetes ni boleh dapat jangkitan kulat pada alat sulit.

tak sebab haritu saya ade terbaca pasal pendermahan pancrease so tibe2 terfikir kalau derma pancrease kat penyakit diabetes agak2 boleh sembuh tak? saya juz imagine n samakan pendermahan buah pinggang dengan pancrease hihihi..sebab kakak sedara sy dh tak tahan hari2 kene cucuk insulin lagi2 sejak die remaja lagi tu yang dok terfikir kalau2 pendermahan panncrease bole membantu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 10:14 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-8-2015 10:06 AM

kalau bacaan 7 dikira ada kencing manis ke doc?

sebelum ni bacaan saya masa test tu..4 je..paling tinggi pun 5. Lepas togok air gas manis masa raya dulu, pergi check..mak aih..dah naik jadi 7..huhuhu..
(ni masa check kat klinik..utk pi buat haji..tahun 2011). Nurse tu cakap..kena jaga makan..nyaris dia nak tanda di petak kuning kat buku kesihatan tu

sekarang ni..lepas check..still 7..tak turun dan tak naik..
saya dah tak minum air gas..
dah kawal makan semua..

maaf..banyak tanya saya ni..
risau juga sebab kadang2 rasa tapak kaki menyucuk..
orang kata itu simpton ada kencing manis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2015 04:43 PM | Show all posts
ipes2 replied at 7-8-2015 04:11 AM
Waalaikumussalam Cucuq dan selamat hari raya.

Cucuq
Jangkitan kulat tu namanya candidiasis; yeast yg sebabkan nya ialah Candida albicans. Ini common. Wanita normal pon kene.. dekat 25% wanita kena dalam idup depa. If ada DM, lagi mudah kena. DM ini pada keseluruhannya merendahkan immunity, tu yg dpt yeast tu. Senang je lah ubat dia, kat kedai banyak. Orang panggil penykit ni 'thrush'

Cakap kat dia ramai sgt orang kene T1DM esp budak budak macam dia all over the world.. hampir semuanya ok aje. Yang paling utama ialah jangan biarkan T1DM tu run her live. Dia yang kene run the T1DM tu. Nanti bila dia yakin, tentu dia happy balik InsyaAllah. Senang la kita cakap, kan? Tapi itulah reality nyer.

Bakal hubby takleh terima bahawa bakal isterinya ada T1DM? Ye ke? Ish, mana boleh cam tu. Tapi kak sdara awak speculating je, kan? Cakap la awal awal kat bakal hubby tu.

Suatu fakta yg awak perlu tau (kak sedara awak mungkin tak perlu tahu): ialah T1DM ni malangnya memendekkan umur pesakit nya dekat sedekad jugak (lebih lagi kalau tak jaga, dan lebih lebih lagi jika kidney mula rosak). Pernah jumpa tak orang yang omo 50-60 tahun tapi dah guna insulin sejak kecil?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2015 04:56 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-8-2015 10:14 AM
kalau bacaan 7 dikira ada kencing manis ke doc?

sebelum ni bacaan saya masa test tu..4 je..paling ...

Ipo,

Normal blood sugar waktu pagi selepas kita posa from tengah malam ialah antara 4-6.9.
Tapi ini lepas posa from tengah malam la.
Kalau bacaan 7 tu masa posa ke? Also, 7 ni dari darah yang doktor amik dari lengan atau hanya cucuk kat ujung jari tu?

Tak kesah la awak minum air gas ke tak.. saya pon suka air gas..tapi yang utama ialah carbohydrate tu ie sugar (sugar ni banyak ada manis ada tawar.. nasik pun sugar jugak.. tapi tawar je kan). Jadi, makan je apa yang awak nak, cuma tgk tgk sikit kandungan carbohydrate nye. Make sure makan ontime 3 kali sehari.

Nyucuk nyucuk kat kaki is due to DM, yes. Tapi biasanye terjadi pada orng yg dah lama DM dan nerve dia dah rosak.

Gi la chek, buat Oral Glucose Tolerance Test (OGTT). Test ni GP awak boleh buat: posa from midnight, gi kat doc, dia amik darah untuk check gula, dia bagi u minum air yg ada 75mg glucose, then 2 jam lepas tu dia amik darah balik. Results dia gini: if first blood tu is more than 7 dan blood yg 2jam tu is more than 11, maka org tu ada DM. Gi lah chek. Ni misti takut jumpa doctor. Selalu orang cam tu.. jiran jumpa saya borak bok bek bok bek... bila gi hospital jumpa in opd ketar ketar blood pressure naik terus.. huhs

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 07:20 PM | Show all posts
ipes2 replied at 8-8-2015 03:56 PM
Ipo,

Normal blood sugar waktu pagi selepas kita posa from tengah malam ialah antara 4-6.9.

check dgn doktor tu lepas posa malam tu..start at 10pm
doktor ambil di hujung jari je
masa tahun 2011 tu pulak..ambik kat lengan sebab nak buat test lain2 jugak..

jadi rasa menyucuk tu benar simpton DM??? huhuhu..

ok, saya akan check seperti saranan tu..
ehehe..macam tahu je saya malas jumpa doktor..

thanks ya..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2015 01:39 AM | Show all posts
Ipo replied at 8-8-2015 07:20 PM
check dgn doktor tu lepas posa malam tu..start at 10pm
doktor ambil di hujung jari je
masa tahun ...

ha ha ada Iatrophobia (fear of doctors).
rasa mnyucuk nyucuk kat kaki tu boleh datang dari macam macam penyakit; most commonly takde ape ape pon.
tapi elok la buat blood tests tu. rasanya ok aje lah.
kita patut jumpa GP kita utk update keadaan kita setiap 6 bulan skali; siap dgn buat blood tests untuk check blood pressure, timbang berat badan dan kira BMI, dan blood tests ie fasting blood sugar, fasting cholesterol, thyroid, kidney profile, liver profile dan general external examination.
kalau takut jumpa doctor, maka berharap utk terserempak dgn depa di majlis makan makan org kawin, rumah terbuka je lah hi hi mcm jiran sy  
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2015 09:17 AM | Show all posts
ipes2 replied at 9-8-2015 12:39 AM
ha ha  ada Iatrophobia (fear of doctors).
rasa mnyucuk nyucuk kat kaki tu boleh datang dari  ...

kelakar jugak jiran doc tu ya..
actually..saya pun takut darah yang ada kat luka..tambah2 kalau luka tu dalam, ada sekali tu boleh pitam dan terus pengsan..
tapi kalau tengok darah saja..ok lagi tengoklah sebesen pun..

dulu masa kerja kat lab, every year ada medical check up and all the tests yang doktor sebut tu ada. My uric acid tinggi, cholestrol pun tinggi, test yang lain ok.
La ni dah  kerja sendiri..buat medical check up sekali sekala je

any suggestion macam mana nak kurangkan uric acid tak?
kolestrol tu macam susah nak kawal je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2015 10:18 AM | Show all posts
Ipo replied at 9-8-2015 09:17 AM
kelakar jugak jiran doc tu ya..
actually..saya pun takut darah yang ada kat luka..tambah2 kalau l ...

saya memang takut jika ornag amik darah saya.. padahal dulu saya surgeon (MRCS, AFRCS) sebelum jadi research fellow nih.
Occuptional health nak amik darah saya, terus saya pitam; altogether 4 kali.
GOUT la nanti if uric acid tinggi.
Jaga la makan.. if tinggi and sampai critical levels dia, dapat aute gout .. sakit tau (daging, buah buah eg limau, seafood semua ni bleh naikkan uric acid secara rapid.. dapat la acute gout).
Chronic gout pulak bleh rosakkan joints dan buah pinggang sama.. so, if u ada high levels of uric acid, u amik la allopurinol.
If tinggi kejap kejap aje, rasanya takpe je.
Dok baca citer citer nuclear accidents... ni yg tak tido sampai kol 3 pagi ni
Nak buat crosswords jap dan tido

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 02:21 PM | Show all posts
ipes2 replied at 8-8-2015 04:43 PM
Cucuq
Jangkitan kulat tu namanya candidiasis; yeast yg sebabkan nya ialah Candida albicans. Ini c ...

tq banyak2 dr tulah dia just buat spekulasi jer yang laki2 memang xmau kat die lagipun die kate setiap kali jumpa dr mesti die punya bacaan tinggi n selalu kene marah dengan dr hihihi lagipun kakak sedara jenis tak control makan dr. Dr, baru2 ni die gi jumpe dr bacaan tinggi lagi n die kate protein tinggi n dr suruh die makan satu ubat. Die kate dh x tahan tapi cucuq kate makan jer nnti kalau melarat lagi susah die takut makan ubat sebab takut effect buah pinggang, kiranya sekarang ni die ambik insulin n ubat tu

erm sedihnya kirenya kitaran hidup diorang ni pling lama pown 40an je ke dr? tulah macam mak cik or pak cik2 cucuq yang ada diabetes ni ade yang ambik insulin n ade yang makan ubat je tp diorang kene tyme dh tua la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 03:38 PM | Show all posts
cucuq replied at 10-8-2015 02:21 PM
tq banyak2 dr tulah dia just buat spekulasi jer yang laki2 memang xmau kat die lagipun die kate se ...

aih panggil aje ipes lah.. berdoctor doctor pulak.. nanti kang saya hantar bill .
ada protein tinggi? itu dalam urine kan? ni kita panggil proteinuria... maksudnya kidney dah kena affected by DM lah. Kena la amik ubat utk perlahankan kerosakan kidney tadi..nama ubat ni ACE inhibitor.
Suruh la dia jaga DM dia betul betul. Di tempat sy keje ni ada aje orang yg T1DM ie pakai insulin masa kecik tapi still idup omo 50s gitu. yang penting kak sedara Cucuq jaga blood pressure dan jaga bacaan gula. Ramai la org boleh buat keje macam biasa eventho depa T1DM.. kawan sy doctor pon T1DM; sorang patient saya tu pilot.. takut nak jaga mamat pilot ni.. i cover myself dgn panggil Prof utk consult... ye lah.. kang mamat ni hypo dalam cockpit beratus mati.. tentu doctors yg jaga dia kena scrutinize.. i macam rasa depa ni takleh jadi pilots lah..

ckp la dekat dia cuba keep blood sugar below 10. Selalu below 10 ke? Hmm apa insulin yg dia amik.. actrapid ke apa..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 05:01 PM | Show all posts
ipes2 replied at 10-8-2015 03:38 PM
aih panggil aje ipes lah.. berdoctor doctor pulak.. nanti kang saya hantar bill .
ada prote ...

haha ok cucuq panggil ipes ye sebab cucuq xde duit nak bayo bill dr ni haha...tulah sebab die rase macam die sorang je yang ade sakit diabetes tu yg die rase xyakin padahal ramai lagi siap ade yg jadi pilot kan.. sy xsure brape tp penah kene tahan wad pasal tinggi sgt..ok nnti sy bgitau die kene makan ubat seriau plak sbb ipes ckp kalo kidney dh rosak memg kene hati2 umo bole x pnjang sob2...tp kakak sedara kate die xpandai monitor sebab die duduk rumah bujang so biaselah memang tak masak la kan so hari2 makan kat luar n pling best kalo ade pasar malam memang die beli macam2 hihi n die x suke kene cek gula die kate sakit kene cucuk n leceh sbb sblum n slpas kene makan dah la kene insulin cucuk kat perut n kat lengan.. yang insulin sy xsure die pkai yang mne aritu die ade tunjuk kat cucuq tp dh lupe tp yang cucuq tau die kene inject setengah jam b4 mkan n malam sebelum tido pown die kene inject tp xtau nme die...tp ape yang cucuq rase kalo pesakit diabetes ni mengajar kite lebih berdisiplin n berhati2 dlam pmakanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 05:55 PM | Show all posts
cucuq replied at 10-8-2015 05:01 PM
haha ok cucuq panggil ipes ye sebab cucuq xde duit nak bayo bill dr ni haha...tulah sebab die rase ...

ye, org yang ada DM esp T1DM biasanya sgt berdisiplin (sebab dia dah tau apa jadi if dia tak disiplin). Apa apa penyakit chronic pon biasanya akan buat seseoarng itu jadi amt disiplin, especially yang kena sejak kecil. Patient education la yang paling penting.
biasanya T1DM ni dia amik 2 jenis insulin: satu short acting (SA) dan satu long acting (LA).
SA  i byk jenis; amik 15-30mins before meals; so 3 kali sehari.
LA ni dua jenis: Lantus (cucuk mlm sebelum tido) atau Levemir (cucuk pagi dan malam).

Ye, if kidneys affected susah jugak la, tetapi ini antara isu yg buat pesakit jaid lebh dsiplin ie tak nak kidneys rosak.
Sebab takut dialysis: susah tau: kena buat operation utk sambung vein ke artery ie fistula... ngeri tgk fisula tu sebab kembang urat darah sebesar ibu jari.
If dia takut cucuk darah, haa, yang dialysis ni lagi la takut. Cuba soh dia google sikit pasal dialysis ni.. also youtube sekali.

Awak bagi je semangat kat dia. OK je. Yang penting education: dia kena tau bahawa makanan dia kena sensible: bukan kena posa pon, sensible je. Biasanya jika kita larang, lagilah org tu anxious utk buat apa yg kita larang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:34 PM | Show all posts
salam doc,

Saya masa preggy ada GDM, kene diet control je.  Then 6 wks after deliver saya g buat test OGTT dan bacaan selepas minum air gula adalah 6.7, saya tak jumpa doc coz ramai org and terus balik umah lepas ambil result tu.. Ok ke kalau blood glucose 6.7 tu?
Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 04:39 PM | Show all posts
ipes2 replied at 12-6-2015 07:11 PM
bahaya jugak la rasanye.
atkins ni promote guna benda lain utk energy source; kita manusia, melau ...

saya baru print pasal diet atkins, takut pulak dengar explaination doc..
tengok 2 minggu pertama memang tak sentuh nasi dan segala jenis mee, adoiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.279961 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list