|
[Tempatan]
PLKN: 604 pelatih tidak boleh bercakap bahasa Melayu
[Copy link]
|
|
Pelajar tidak tahu tutur bahasa Melayu dipandang serius
27 Oktober 2014 1:54 AM
KUBANG PASU 26 Okt. – Kerajaan memandang serius pendedahan Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berhubung statistik seramai 604 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) daripada kaum Cina dan India langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pensyarah tersebut selain melakukan siasatan terperinci untuk mengenal pasti kesahihan situasi itu serta mengambil langkah segera menanganinya.
“Kita percaya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku jika mereka (pelatih) berada dalam sistem pendidikan kita, mereka sepatutnya boleh bertutur dan tidak ada masalah untuk memahami bahasa Melayu.
“Saya akan berbincang dengan Kok Seong dan lihat laporannya. Jika benar, kita akan kenal pasti di mana sekolah mereka (pelatih) belajar dan akan buat penyelidikan mengapakan ia berlaku. Tentu ada yang tidak kena dengan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah tersebut,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja di Universiti Utara Malaysia (UUM), dekat sini hari ini.
Dalam lawatan itu, beliau yang diiringi Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak turut merasmikan Pusat Perkhidmatan Komprehensif Pelajar, U-Assist UUM yang bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada warganya.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan pensyarah tersebut bahawa kajian yang dilakukan dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem PLKN di seluruh negara pada 2010 menunjukkan seramai 604 peserta kaum Cina dan India langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata, institut pengajian tinggi awam (IPTA) diberi kelonggaran untuk melaksanakan syarat am gred minimum ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi kemasukan ke universiti masing-masing bermula sesi akademik 2015/2016.
“Sebenarnya kenyataan yang dibuat Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2015 yang lalu mengenai pelaksanaan syarat kelayakan baharu MUET disambut baik oleh semua universiti.
“Tapi kelonggaran diberi kepada senat universiti kerana mengikut akta universiti, senat mempunyai kuasa untuk menentukan kemasukan pelajar, justeru pelaksanaan syarat baharu itu boleh diaplikasikan mengikut keselesaan senat,” katanya.
Pada pembentangan Bajet 2015, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk menaikkan gred MUET bagi kemasukan ke IPTA bermula tahun depan mengikut bidang seperti Pengajian Sastera dan Sains Sosial ialah Band 2, Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) (Band 3) dan bagi Pengajian Undang-Undang dan Perubatan (Band 4).
Syarat untuk graduan pula, pelajar wajib mencapai syarat minimum bergraduat iaitu Pengajian Sastera dan Sains Sosial (Band 3), Pengajian STEM (Band 4) serta Pengajian Undang-Undang dan Perubatan (Band 5).
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 26-10-2014 10:40 PM ![](static/image/common/back.gif)
Cina ni ada banyak dialek (yang juga bererti berbeza bahasa dialek, budaya dan kepercayaan masing- ...
Thanks spiderman. Ooo begitu....baru paham, kirannya tak semua cina jugaklah yg blh apply mandarin speaking jobs.![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pegi team building dgn kawan2 cina ni susah betul la
nak buat aktiviti, bahasa melayu tak pandai ckp, bahasa inggeris tak pandai ckp
terpaksa faci pegi terang dlm bahasa cina dgn diorang |
|
|
|
|
|
|
|
magnus posted on 25-10-2014 08:05 AM ![](static/image/common/back.gif)
Langsung tak boleh ckp atau pelat?
aku suspek depa baru dapat IC ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
v(T.T)v posted on 26-10-2014 06:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
saya cabar ISMA, adakah semua ahli ISMA dapat A1 dlm subjek BM spm???
Beranikah mereka kata, BM m ...
Baik punya cabar Isma dlm Forum Cari......hehehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika tak fasih memang ada tak kena..ramai juga org melayu lemah dlm subjek bm..tp mungkin dalam aspek tatabahasa..tetapi jika tak tahu langsung bahasa kebangsaan..itu dah lain..kerajaan kena bertindak..mungkin mereka perlu diberi kesedaran dan kursus.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|