iols ni ha pegi rehersal.markah kesian apanya.rehersal tokram mengajar tau.uols kalau takde kt tmpt kejadian jgn buat cite karut.dia kalau tak betul dia ckp x betul.ibaratnya konsert tu mcm tmpt exam diorg.so siapa yg bole apply apa yg tokram ajar and demand,maka dia la dpt markah tinggi.markah kesian??kesian kau dikk....
iols zaman skolah mnengah pun big fans nana jugekkk.. tapi bestfren iols yg dominan tu suruh iols minat westlife britney lah apalah siap paksa iols beli majalah Galaxy instead of Mangga URTV semua... terbantut minat iols.. terpaksa iols minat dalam diam...
huhu iols pun sama jugak.berperang dgn keinginan trhdap bsb nsync segala jadah.galaksi rm2,mangga rm3...dedua iols beli.pau duit abah .
abah terpaksa rela kasik sebab dia x kasik iols kua p tgk promo album atau showcase nana kt mana2 dulu2 sbb still underage.mampu tgk majalah n tb jelah uols
sesungguhnya iols pun tak paham kenape orang nak pandang rendah sangat dengan penyanyi kampung or lagu leweh2 ni..macam lowclass sangat..
bukan nak bangga ke ape..tapi iols ni lahir dan membesar kat KL and area bandar kat selangor..belajar kerje semua kat area bandar..cuma masa matrik je tercampak kat gopeng..malahan parents iols pun asal dari kawasan area bandar.. iols ok je nak layan ape2 lagu2 pun..lagu dangdut pun iols ok je nak layan..
cuma iols tak boleh layan lagu heavymetal sgt
iols pun mcm gitu... kalau abah iols offer beli majalah, iols beli urtv mangga tu semua... tapi bila bestfren iols tu tahu nanti dia suruh iols beli Galaxy... dulu iols punya lagu cinta monyet lagu arwah achik n nana 'Gurauan Berkasih' tapi bila depan bestfren iols terus bertukar lagu tema 'As Long As You Love Me' BSB... masatu iols takut benar dgn bestfren iols sbb dia garang macam harimau uolsss.... dia siap paksa iols hafal lagu 'Stay The Same-Joey McIntyre' siap salin lirik lagu utk iols.... sengsara iolss yg berjiwa kampung yang membesar di bandar ni...
mesti uols umur lbih kurang iols..iols hafal dlu2 lagu stay the same tue..zaman tue kan zaman westlife..bsb..nysc..tp ilos jiwa kampung jugak..suka layan perasan ngan lagu2 jiwang karat..sambil nyanyi sambil feel..
muka mak nana ala-ala anak mami siket ye, muka nana nak mcm chinese... mcm iols je, mak iols muka kokosyen iols muka monggolia bak kata adik iols... ciskek iols tak pernah tgk muka ayah n abang nana... siapa ada pic boleh tempek tak iols teringin nak tgk...
Siti Nordiana Selalu ‘Warm Up’ Vokal, Nyanyi Lagu Lain
Finalis Gegar Vaganza 2 (GV2) Siti Nordiana memberitahu, sebelum beraksi dan menyanyi di konsert mingguan, dia akan ‘warm up’ suaranya dengan menyanyikan lagu lain sebelum menumpukan perhatian dengan lagu yang bertanding.
Itu antara tips yang Nana selalu amalkan agar suara dan vokalnya tidak alami masalah mahupun jatuh sakit di saat-saat akhir.
“Saya juga elakkan makan makanan yang berlemak seperti santan terutama menjelang sehari konsert mingguan berlangsung.
“Untuk kekalkan stamina, saya juga pergi kelas zumba agar kekal bertenaga untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
“Berkenaan dengan vokal pula, saya baru sahaja belajar kelas vokal dengan Cikgu Shafi, Erni Zakri dan juga Datuk Ramli MS.
“Dulu masa mula-mula nyanyi ketika usia belasan tahun, saya tak pergi pun belajar vokal. Nyanyi ikut cara sendiri, selepas pergi ke kelas vokal, barulah saya tahu sikit-sikit teknik vokal yang sesuai untuk menyanyikan sesebuah lagu,” kata Nana kepada portal Murai.com.my.
Menyentuh mengenai dirinya kini telah berjaya memasuki ke peringkat akhir, Nana akui agak tertekan dan gentar untuk bersaing dengan peserta yang lain.
“Tak sangka boleh sampai ke peringkat akhir, ditambah lagi dengan bilangan penyokong dan peminat yang semakin ramai.
“Ini semua adalah rezeki dan saya amat bersyukur sekali. Untuk lagu Putus Terpaksa ia adalah sebuah lagu yang agak susah untuk dinyanyikan berbanding dengan lagu Mengapa.
“Apa-apa pun, saya kena kuat dan buat yang terbaik buat semua penonton setia GV2. Doa yang baik-baik untuk saya ya!” seloroh Nana akhiri kata-katanya.
iols dulu pun mase 1st week minat giler ngn FD.. sampai dok tunggu2 2nd week..
tapi lepas tgk nana nyanyi lagu madah berhelah...
terus lupa FD n giler kat ct nana..