CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
Post time 11-5-2010 12:01 PM | Show all posts
Reply  qimi08

tu la akak..
dok tunggu org panggil mkn ni..
x panggil2 pon..
xkn pengantin lel ...
midar Post at 11-5-2010 11:54



..midar..speku ko sungguh ...bagi setiap bakal pengantin lelaki...
...tetiba Yem gagap...."aaaaaa...kkkkku.....ttttteeee ...rrrriiimmmmaaaa....nnikkkkaaah..nnnyyyaaa................"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2010 12:01 PM | Show all posts
Elok juga idea tu, mmg aku nak cari org yg macam Is ni, tp aku nak kena minta letter of approv ...
cmf_blingblings Post at 10-5-2010 13:27


takde hal kalau ko nak pakai

aku minta royalti saja... 30%
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2010 12:02 PM | Show all posts
Reply 1376# qimi08

sabar jap
gulai kawah tak masak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:03 PM | Show all posts
x sabarnya weh...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2010 12:05 PM | Show all posts
..midar..speku ko sungguh ...bagi setiap bakal pengantin lelaki...
...tetiba  ...
kaypo Post at 11-5-2010 12:01


hehehhe... teringat vc akim " Inikah Cinta"
bila jumpa girl yg dia suka
terus  ueeeiiaaa........ wooooeeere..... llleeuyyyeee
mcm terencat
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:06 PM | Show all posts
Dari tadi besiap tak sudah2 lagi.
jemputan dah berpeluh menunggu ni.....
perut dah kerongcong na ...
qimi08 Post at 11-5-2010 11:40


ni antara desert....meja pengantin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2010 12:11 PM | Show all posts
Reply 1381# kaypo
jgnla..
sian geng2 marhaban..
x sabar dh depa nk berjoget tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:15 PM | Show all posts
lama sungguh mak tam dok susun barisan kat tepi jalan tuh.
x kan nk suh rombongan pengantin berkawad betulkan barisan bagai mak tam oooiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2010 12:20 PM | Show all posts
Najlah menunggu dengan penuh debar di bilik. Busana pengantin serba putih menyaluti tubuhnya. Biliknya di hiasi berpuluh  kuntum bunga mawar merah. Entah siapa punya idea lah. Aku rimas kalau bunga banyak sangat macam kedai florist. Sudahlah bilik di hias berbagai tona warna pink. Duvet pink pekat, kusyen kecil untuk hiasan rona pink cair, langsir fuschia. Karpet pun pink. Satu bilik macam tertumpah  air sirap bandung. Pening!!Dulu janji dengan wedding planner nak warna putih dan lilac. Kenapa jadi macam ni? Di sebelahnya Puan Noraini sibuk mengatur hantaran. Najlah memalingkan muka bila mak mertua tak jadinya itu tiba tiba merenungnya. Takut aku tengok riak wajah yang penuh dendam kesumat. Dia mencari kelibat Tasha yang sepatutnya jadi pengapit. Mana pula makcik ni menghilang?

Telinganya menangkap suara Adham jelas melafas akad “ Aku terima nikahnya Liza bt  Lebai Leman dengan maskahwin RM80 ringgit tunai”.  Najlah terkedu tak boleh bernafas

“ Ha ha ha….Padan muka kau Najlah” Puan Noraini ketawa mengilai.

“ Argghh… tak! Tidak! Kenapa? Apasal pula dia kawin dengan orang lain” Bibir yang di oles gincu rona coral menggumam.

” Lala.. bangun lah! Budak bertuah! Ada ke dia bantai tidur? Nasib baik air liur tak meleleh, habis mekap aku!”  Makeup artist Kak Babylynn bertempik.

“ Ha? Aku mimpi kah?” Najlah terpisat pisat menegak duduk. Matanya di buka luas. Huh… lega! Bilik aku bukan warna sirap bandung. Tangannya di tempis sebelum sempat menenyeh mata.

“ Jangan! Habis comot nanti. Dah tak ada masa akak nak repair tau. Tak pernah dalam sejarah aku jadi Mak Andam ada pengantin boleh terlelap. ” Kak Baby terus membebel sambil membetulkan selendangnya yang senget. Beg make up yang boleh memuatkan pakaian selama seminggu di keluarkan semula. Wajah Najlah di touch up mana yang patut.

Kawan kawan rapat dan saudara mara yang berada di dalam bilik merenggah ketawa. Sampai ada yang meleleh airmata. Huh… gelak sakan korang! Lala senyum terpaksa. Memang dia sangat letih dan mengantuk. Kelopak matanya berat  sekilo rasanya.

“ Pertama kali makcik tengok pengantin perempuan tertidur sebelum nikah. Sampai mengigau pula tu”  Hajjah Saliza, sepupu Datuk Fuad menggeleng kepala. “ Lala tak cukup tidur kah?”

“ Orang tengah nervous Auntie. Dah dua malam dia tak boleh tidur” kata Tasha.

Sepupu Najlah  masuk ke bilik dengan penuh teruja. “ Pengantin lelaki dah sampai. Handsome lah laki kau Lala. Macam pinang di belah dua”.

Dada Najlah terasa sesak. Kali ini dia betul betul berdebar. Ini bukan lagi mimpi atau fantasi. Beberapa orang saudaranya sudah bersedia mengangkat dulang hantaran untuk di bawa turun. Beberapa minit lagi aku akan bergelar isteri. Masa sudah suntuk untuk ubah fikiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2010 12:26 PM | Show all posts
Najlah melayang pandang pada tingkap bilik. Cantik langsir Roman blinds warna ungu pilhan Mak

Tasha menggengam jarinya yang merah  “ Relax. Its going to be okay. He loves you very much.”

“ Aku takut. Aku rasa nak lari ikut tingkap”

“ Hissy… kau ni! Mengucap lah. Kau tak kesian kat mak bapak kau,  kat Mak Tam. Kau tak kesian kat Adham?”

“ Macam mana kalau apa yang Liza cerita itu betul?”

“ Abaikan saja di Liza tu. Adham tak akan buat macam tu. Aku berani potong jari”

“ Sssyyyy! Tok Kadi dah nak mula” bisik salah seorang kawan Datin Ainul.

“ Aku terima nikahnya Najlah Emina binti Fuad dengan maskahwinnya RM80 tunai”

Dengan sekali lafaz Najlah menjadi isteri yang sah pada Adham. Datin Ainul menyapu airmata. Datuk Fuad menahan sebak. Berpindah lah anak kesayangan ke tangan orang lain. Doa di panjatkan agar perkahwinan mereka bahagia dan di rahmati Allah. Najlah menarik nafas. Segala rasa mengantuk hilang. Aku sekarang isteri Ibrahim Adham bin Azmi. Ya Allah! Lindungilah kami dari segala musibah.

Selang beberapa minit kemudian Adham sudah berada di hadapan Najlah yang tertunduk sopan.  Berbaloi baloi, detik hatinya. Cantik sungguh Najlah. Baju kurung tradisional dengan kain tenun membuatnya seperti bintang filem klasik. And she is all mine, detik hatinya.

Cincin berlian potongan pear di sarung ke jari manis Najlah. Buat pertama kali bibir Najlah menyentuh kulit lelaki ajnabi ketika dia mencium tangan Adham. Suaminya yang sah.

“ I love you” bisik Adham sebelum mengucup dahi isterinya. Segala kegusaran yang melanda Najlah mula pudar dengan kata kata Adham. Di mata Adham terserlah keikhlasan hatinya. Pedulikan si Liza atau sesiapa pun. Najlah senyum tenang. Dia terasa seakan melayang di awangan. Satu persatu saudara mara memeluknya dan mengucapkan tahniah. Cuma Puan Noraini tak kelihatan. Tak sudi hadir majlis anak tirinya mungkin.

Tetamu dan sanak saudara rancak memotretkan gambar. Ada yang membelek hiasan bilik pengantin,  mengomen pasal hantaran, siapa wedding planner etc. Geng mak Datin sibuk bertanya khabar, sibuk membandingkan baju , keanjalan tubuh badan dan ketegangan kulit masing masing. Sama ada aku kahwin dengan Adham atau Iskandar tak jadi hal, agenda lain lebih penting. Inilah hikmahnya perkahwinan di KL. Tetamu yang hadir bukan kisah sangat pasal pengantin. Kawan kawan Mak lagi sibuk nak bandingkan hiasan dan hantaran, kawan Abah sibuk bercerita pasal business.

“ Bila lah dia orang ni nak blah. I want to be alone with you” bisik Adham. Najlah menyiku pinggangnya.

“ Mana boleh”

“ Apa pula tak boleh. I dah bayar RM80.”

“ Cehh! You make it sound like …..”

“ Pengantin duduk diam diam!  Tak mau bising bising maaa. Nanti gambar tak cantik lorr.  Sekarang tukar posing pula. Tangan you letak sama pinggang dia” perintah jurufoto bangsa Cina, Uncle Chin. Uncle juga mengambil gambar Datuk Fuad dan Datin Ainul ketika mereka kahwin dulu. Semua gambar keluarga mereka hasil kamera tua Uncle Chin.

“ Ini yang best. Seronoknya dapat peluk isteri tersayang” Tangan Adham melingkari pinggang Najlah. Pipi Najlah yang merona di elus lembut. “ So cantik” bisiknya dengan mata redup. Jari Najlah di bawa ke dadanya. Najlah dapat merasa degupan jantungnya yang kencang. Wangian Adham yang musky menusuk hidungnya. Sedapnya kalau dapat landing di dada Adham yang sasa. Rasa macam nak stay forever macam gini.

“ Adham, lepas lah Najlah. Photographer dah lama keluar. Kamu berdua dok tersengih tak sudah. “  Mak Tam bersuara. Najlah bagai tersedar dari khayalan. Mak oii… malunya.

“ Tak sporting betul lah Mak Tam ni” omel Adham.

“ Sporting morting. Sekarang turun bawah cepat. Ramai nak jumpa menantu Datuk Fuad. Esok kamu tak keluar bilik 7 hari 7 malam pun takpe” Tangan Adham di tarik.

“ Dengar tu sayang” Adham mengenyit mata pada Najlah “ You better get ready”
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:31 PM | Show all posts
smiley, uncle chin tu guna kamera tua yang pakai kodak lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:34 PM | Show all posts
woh woh sabor sikit yem......
xkemana lala tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:35 PM | Show all posts
Najlah melayang pandang pada tingkap bilik. Cantik langsir Roman blinds warna ungu pilhan Mak

Tas ...
sang_arjuna Post at 11-5-2010 12:26


aku nak gelak guling-guling...lawak habis, boleh terlelap??? macam tak percaya ada pengantin yg terlelap??
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:39 PM | Show all posts
  lawak jer Lala tu..boleh lak terlelap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2010 12:40 PM | Show all posts
Reply 1391# bunick

a'ah... yg berat 5 kilo gitu
gambar kena process dalam bilik gelap
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:48 PM | Show all posts
Reply  bunick

a'ah... yg berat 5 kilo gitu
gambar kena process dalam bilik gelap
sang_arjuna Post at 11-5-2010 12:40


memang ada lagi kedai-kedai gambar mcm tu agaknya, siap ada kain, cameraman sembunyi dalam tu...wahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 12:52 PM | Show all posts
Telinganya menangkap suara Adham jelas melafas akad “ Aku terima nikahnya Liza bt  Lebai Leman dengan maskahwin RM80 ringgit tunai”.  Najlah terkedu tak boleh bernafas

“ Ha ha ha….Padan muka kau Najlah” Puan Noraini ketawa mengilai.

lawak tol lala ni.. sempat pulak tdo
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:53 PM | Show all posts
hehehe...
kelakolah pulak...
n3 nanti ada citer pasal mak mertua x jadik tue x ke liza ke...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:00 PM | Show all posts
lawak la lala ni..
blh lelap plak


jom p mkn kenduri..
pasni p umah bling plak..
kenduri zai & shawn...

umah detox lambat skit..
bakal pengantin tgh merajuk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:02 PM | Show all posts
honeymoon ade???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.572123 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list