CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adbrutals

SELANGOR RED GIANTS - caya la...kepala Rangel (1) vs Pahang (0)

[Copy link]
Post time 4-2-2014 10:53 AM | Show all posts
MB: Saham kelab bola sepak Selangor jejaki langkah MU, Liverpool, Chelsea Oleh: AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM 2 FEB : Bagi merancakkan lagi arena sukan bola sepak di Selangor, Kerajaan Negeri sedang mengkaji usaha untuk menerbitkan pemberian saham kepada penyokong setia kelab bola sepak di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.


“Saya akan uruskan supaya akhirnya ia berlaku seperti di England di mana penyokong bola sepak adalah pemilik saham syarikat itu.
“Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham,” katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini.
Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu.
Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).
Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.


Dalam ucapannya, Abdul Khalid turut mengemukakan hasrat untuk mewujudkan sebuah rumah kelab khas bagi kemudahan ahli serta penyokong pasukan bola Sepak Selangor.
“Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang,” katanya lagi.
EZY




http://bm.selangorku.com/43925/mb-saham-kelab-bola-sepak-selangor-jejaki-langkah-mu-liverpool-chelsea/
Last edited by sofianbm on 4-2-2014 10:56 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 11:01 AM | Show all posts
Saturday, 1 February 2014angor

KOLEKSI GAMBAR KELAB PENYOKONG SETIA BOLA SEPAK SELANGOR MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA DSAI SEBAGAI CALON PKR/PR PRK DUN N25 KAJANG!!!













LOKASI:   Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar Selangor, Shah Alam, Selangor.

TARIKH:   1hb Februari 2014

ACARA:  Pelancaran Kelab Penyokong Setia Bola Sepak Selangor

Selain DSAI, TSKI, YB Saari Sungib dan YB Senator Syed Shahir Syed Mohamad kelihatan juga bos Omak di Kapar, Ketua KEADILAN Cabang Kapar Sdr Azizi Ayob.

Ini baru permulaan meraih kemenangan Kajang selain menjadi juara Piala FA, Juara Liga dan lain-lain piala .

Lepas itu sasaran ialah Putrajaya.

Tagline Blog Omak Kau ialah .... MENANG KAJANG PUTRAJAYA DALAM GENGGAMAN.

http://omakkau.blogspot.sg/2014/ ... enyokong-setia.html
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 11:22 AM | Show all posts
Off Topic;

Sampai kena Troll;




Last edited by sofianbm on 4-2-2014 11:27 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 11:33 AM | Show all posts


sumber: facebook Anak Selangor FC (ASFC)
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 10:15 AM | Show all posts


Sarawak tamatkan cabaran Piala FA Selangor
04 Feb 2014 08:48pm

Oleh Asyraf Fauzi (asyraf.fauzi@abnxcess.com)



SHAH ALAM – Pasukan The Red Giants, Selangor terkeluar daripada saingan Piala FA setelah kecundang kepada pasukan Sarawak dengan keputusan 0-1.

Gol tunggal daripada penyerang Sarawak, Zamri Morshidi pada minit ke-33 sudah cukup untuk membawa Sarawak ke pusingan Suku Akhir Piala FA.

Lebih memeritkan buat Selangor yang pulang dengan tangan kosong setelah berhempas pulas mencari gol penyamaan adalah apabila kekalahan itu hadir di laman sendiri iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat banyak memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah, Selangor.

Hasil daripada usaha berterusan, gol Sarawak hadir menerusi tandukan pemain penyerangnya, Zamri Morshidi pada minit ke-33 perlawanan.

Di babak kedua, skuad Ngap Sayot turun dengan misi mempertahankan kelebihan mereka.

Meskipun begitu, Sarawak menghadapi cabaran yang lebih getir apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila penjaga golnya, Sani Anuar Kamsani dibuang padang.

Beliau dilayangkan terus kad merah kerana kesalahan profesional membentes pemain, Md Fitri Shazwan dalam situasi satu lawan satu.

Susulan daripada itu, Selangor mengasak untuk mencari gol penyamaan namun tidak berhasil sehinggalah ke wisel penamat.

Keputusan ini bermakna Sarawak bakal bertemu dengan pemenang perlawanan antara pasukan Sime Darby dan Felda United.

http://news.abnxcess.com/bm/2014 ... -piala-fa-selangor/
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 10:19 AM | Show all posts


Keputusan selangor vs Sarawak, piala fa 4 februari 2014
Posted on February 4, 2014 by Zik       



result selangor vs sarawak piala fa, keputusan piala fa selangor vs sarawak 4 feb 2014, Selangor berputih mata, Encang sarawak encang!!

Keputusan yang mengejutkan buat pasukan underdog untuk kejohanan piala fa tahun ini 2014. Selangor tersingkir di pusingan kedua. Tak boleh nak buat apa bro. Bola itu bulat. Huhuew. Biarpun selangor ada peluang untuk menjaringkan gol ketika pemain sarawak bermain 10 orang. Banyak faktor lain yang harus difikirkan lagi. Taktikal, formation itu semua kena atur betul-betul. Alah aku nih cakap jer pandai, suruh mainlah kalau pandai. Huhuew. Buat peminat selangor, aku minta maaf bukan rezeki lagi untuk tahun ini.

Keputusan penuh piala fa :

Selangor [0] vs [1] Sarawak.

Jaringan:

Zamri Morshidi minit ke 33.

Ringkasan perlawanan.

Tak boleh nak buat ulasan, aku tak tengok games nih secara keseluruhan. Namun, selangor dari penguasaan bola memang banyak kontrol bola. Cuma itulah, finishing yang agak tak menjadi.

Tengok bagaimana sarawak mendapat gol, hasil hantaran dari lontaran kedalam, bola itu melantun tinggi, first player sarawak tanduk tak berapa nak kena. Dua pemain ini tidak dijaga dengan rapi. Kemudian, Zamri Morshidi menerjah menanduk bola itu dari sebelah kanan dengan laju tanpa kawalannya. Masuk kedalam gawang.

pemain penjaga gol sarawak dilayangkan kad merah,

Minit 62. Sani Anuar dilayangkan kad merah kerana terjahan ke atas Fitri. Fadli dimasukkan.

Sani penjaga gol sarawak, dilayangkan kad merah, minit ke 62. Memang ada sedikit kontroversi waktu ini. Bukan main kepalang semua, peminat, baik dalam stadium luar stadium dilaman sosial dekat facebook jangan ceritalah. sabar jerla. Lagipun bola tuh 50-50 jugakla kan. Kita tak boleh nak pertikaikan keputusan pengadil.



selangor vs sarawak

Fazley bertindak sebagai penjaga gol gantian. Alireza keluar utk memberi ruang.  fazley yang main untuk sukan sea hari tuh. Boleh tahan jugak dia nih.



Apepun ,tahniah buat pasukan sarawak yang mara ke suku akhir menewaskan pasukan selangor untuk tahun 2014. Perjalanan masih panjang lagi. Kita tunggu jerlah kan. OK!

http://zikrihusaini.com/keputusa ... fa-4-februari-2014/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2014 11:18 AM | Show all posts


Sumber: facebook
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 03:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 03:36 PM | Show all posts


tiket Johor Darul Takzim vs Selangor

Sumber: facebook
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:26 PM | Show all posts
Isnin, Februari 17, 2014

2014: Dari Shah Alam ke Larkin, bersama persaudaraan dan semangat.













http://2.bp.blogspot.com/-IYzaQE ... .+FB.chedinsphere++(5).JPG

http://4.bp.blogspot.com/-TpwowI ... .+FB.chedinsphere++(4).JPG































































Bersama Sahabat-Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK), Retro Bola Sepak (RBS) dan Anak Selangor Fans Club (ASFC) ketika kunjungan ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin tempoh hari. 4-1 memang buat hati jadi sayu; tapi persaudaraan buat kita teguh menjadi satu. Bersama kita martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.

Sumber: http://chedinsphere.blogspot.sg/ ... larkin-bersama.html
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:37 PM | Show all posts
Vs Selangor
Liga Super 15hb Februari 2014

Johor Darul Takzim 4  Selangor 1
(Baihakki Khaizan 11', Harris Harun 33', Luis Figueroa 52′, Fadhli Shas 58′)

"No Live No Problem"



(tak letak gambar tiket pasal tiket aku tiket tambahan)

Ramai yang tak puashati game ni takder siaran langsung. Sepatutnya game yang boleh dapat rating tinggi ni sekurang-kurangnya pun ada siaran tertunda. Tak pasti macamana polisi Astro dalam memilih game untuk siaran langsung. Bukanlah aku nak mengecilkan pasukan lain tapi rasanya game ni antara yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola Malaysia. Kalau JDT vs PKNS atau Felda tu aku pahamlah kalau takder...ker memang Astro ada dendam dengan PBNJ???...

Tapi takperlah...ni bebelan aku pasal perlawanan ni..(sory lambat update...pasal hari ahad adalah hari aku bermalas-malasan...malas nak menaip blog..)

1 - Disebabkan takder live kat tv, ditambah pula game hari sabtu, pagi-pagi dah sesak orang beratur kat kaunter tiket. Aku dipahamkan pukul 11 pagi dorang start pakai tiket tambahan (tiket yang takder tulis lawan apa)...tak lama lepas tu aku dengar tiket dah sold out...Adik ipar aku beratur pun tak dapat tiket. Ada yang aku dengar beratur sampai 3 jam pun habuk pun tarak...Nasib aku awal-awal dah dapat tiket...(maaf semua aku memang guna kabel)...adik ipar aku beli kad privilege biru (RM27)...dapat la dia nengok live streaming JDTV kat rumah..aku harap dorang boleh guna sistem on-line lepas ni...stadium dah canggih...tapi proses beli tiket masih ketinggalan...



Kat belah Selangor pun sendat...

2 - Aku masuk lambat..orang yang pegang tiket aku sampai lambat...so dapat la aku tengok kerenah orang ramai. Sampai pukul 6.30 pm masih ada yang berlegar-legar cari tiket. Ramai betul yang tak dapat masuk takder tiket. Ada ulat tiket jual tiket RM10 sampai RM80...melampau betul...Ulat tiket memang masih berleluasa...sebenarnya dorang ni bukan orang lain pun...aku tau yang jadi ulat ni semua ada kabel orang dalam jugak...orang biasa boleh beli 5 tiket sorang...tapi dorang ni boleh sampai 20....hampeh betul...

3 - Kesian juga ada fan Ultra Selangor yang tak dapat masuk....nak buat macamaner...Stadium Larkin bukanlah besar mana....Fan Johor sendiri yang datang dari jauh pun ramai yang tak dapat masuk...dengarnya peruntukan untuk fan Selangor sebanyak 300 tiket dah sold out....tu pun banyak juga fan Selangor yang beratur sama-sama beli tiket biasa...dengarnya ada berbelas bas yang datang...tu belum kira yang datang pakai kereta dan van sendiri...tapi RESPEK kat dorang yang cool jer walau tak dapat masuk stadium. Siap chant dan bergendang kat luar. Harap pihak JDTV dapat lah bermurah hati pasang skrin besar kat luar stadium..



"Di sini Selangor...Di sana Johor...Di mana-mana kita saudara..." Chant dari UltraSel yang tak dapat masuk stadium masa aku keluar nak balik...Respek!

4 - Di sebabkan aku masuk lambat...tak dapat la tempat strategik..kena duduk belah bawah..nasib juga bukan paling bawah...bawah tu memang sakit hati la view lindung pagar...nasib aku atas sikit...tu pun bola leret tak nampak kena lindung ngan board elektronik tu...hampeh betul..

5 - Stadium sendat macam sardin. 1st time dalam sejarah aku duk kat tangga...nak buat camner...dah tu jer yang tinggal...tak larat aku nak berdiri...tu pun sakit bontot wo duduk kat atas simen.

6 - Fan Selangor sama macam Kedah. Tabik!!..dorang memang sempoi dan sporting. Sebagai tanda hormat sekali lagi satu stadium berdiri bila fan Selangor nyanyi lagu negeri Selangor...

7 - Selepas tak boleh bakar flare dan baling resit...(tapi aku tengok kat stadium lain boleh jer...tak kena saman pun...double standard betul FAM ni...)...fan JDT main buih pulak...blowing bubles la pulak...meriah jugak...jangan yang ni pun FAM tak bagi jugak tak tau la nak kata apa...



Blowing bubbles...harap-harap gambar ni boleh nampaklah bubblesnya...heheh...

8 - Tentang penonton pulak...macam biasa sporting...termasuklah fan Selangor...takder provokasi....aku nampak ada 2 orang mat salleh berjersey JDT bersama-sama chant lagu "Luaskan Kuasamu"...terer jugak mat salleh ni nyanyi melayu...dan terserempak jugak dengan dorang masa sama-sama jalan kaki 2 km lebih ke tempat parking...memang sempoi...aku dapat tau kat FB cakap dorang ni staf pengurusan Legoland berasal dari Jerman...padan la lain macam jer bahasa dorang berbual...dan satu lagi yang menarik aku terserempak dengan pasangan yang suaminya berjersey Selangor dan isterinya berjersey JDT...tapi si suami mesti tension pasal anak mereka berjersey JDT...heheh...ni macam kes adik ipar aku la...isteri JDT..suami Kedah...tapi anak die-hard Selangor pasal lahir dan menetap kat Selangor...

9 - Tentang game memang best. Bagus tengok Harris Harun control midfield. Bila Aimar takder macam lagi bagus pulak dorang main...mungkin dorang lebih berani nak tonjolkan diri...kalau ada Aimar...macam semua bola nak kena pass kat dia...macam terlalu harap sangat kat dia...

10 - Selain Harris, aku nak puji Baihakki (kapten), Amri,Mahali dan Izham Tarmizi...paling sempoi lagenda Selangor Amri Yahyah la..walaupun fan Selangor chant "duit..duit...duit..." dia tetap datang kat belah fan Selangor tanda hormat....dan lagi satu lawak jugak dia ni...dah 2 kali dah aku nampak dia joget bila B.O.S nyanyi lagu untuk dia...

11 - Kira aku puas hati game ni...walaupun sengal bontot bersesak duduk atas simen...dah nampak dah keserasian dorang ni...takder dah main long ball macam dulu-dulu...harap ianya berterusan...



Dah 4...anak aku rilek main Ipad...heheheh...

Lepas ni liga cuti sebulan kan...bukan sahaja pemain...fan macam aku pun dapat jugalah rilek-rilek sikit...penat oii kalau setiap kali gi stadium sesak macam ni...


LUASKAN KUASAMU!

Sumber: http://berteromber.blogspot.sg/2 ... mment=1392603486709
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:47 PM | Show all posts
Off topic

DIA NI PUNCA SELANGOR KENE TITIK DENGAN JDT 4-1?
9:03 AM  4-1, jdt, liga super 2014, punca, Selangor  No comments



Ramai yang marah bila Selangor begitu mudah kena ulam dek JDT di Larkin 4-1 kelmarin..

Yang kelakarnya...ramai pulak yang Whatsapp kami ngatakan orang bawah ini puncanya...
BACA KUPASAN LANJUT DI SINI...
http://ikrarsports.blogspot.sg/2 ... -jdt-di-larkin.html



Sumber: http://ikrarpemuda.blogspot.sg/2 ... e-titik-dengan.html
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:49 PM | Show all posts
Jadual Siaran Langsung TV9 Piala AFC 2014 Kelantan & Selangor
kraken san at 12:00 PM No comments



Kejohanan Piala AFC (AFC CUP 2014) yang membabitkan wakil Malaysia iaitu pasukan Kelantan dan Selangor akan berlangsung mulai 25 Februari ini.

TV9 selaku penyiar rasmi bagi kejohanan bola sepak AFC tahun 2014 akan menyiarkan siaran langsung dan tertunda membabitkan perlawanan pasukan Kelantan dan Selangor di peringkat kumpulan.

Berikut adalah senarai dan waktu perlawanan yang akan bersiaran langsung dan tertunda di TV9.



Sumber: http://ping.busuk.org/v/544807/j ... antan-selangor.html
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 02:25 PM | Show all posts
PASUKAN BOLASEPAK SELANGOR
SKUAD LIGA SUPER 2014



Sumber: Arinortega
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 02:27 PM | Show all posts
PIALA AFC 2014

SELANGOR VS AREMA INDONESIA



Sumber: facebook
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 11:54 AM | Show all posts
SELANGOR VS AREMA


Salam satu jiwa
Ultrasel Curva


Rekoc pencapaian Selangor di AFC CUP


Jadual perlawanan minggu pertama selangor dan kelantan di AFC CUP


Tiket AFC Cup 2014


Jadual siaran AFC Cup 2014 Selangor dan Kelantan di TV9


Jadual perlawanan minggu pertama selangor dan kelantan di AFC CUP

Sumber: facebook Last edited by sofianbm on 24-2-2014 12:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2014 02:46 PM | Show all posts
Game 1 (Group F) Piala AFC 2014 : Selangor 1-1 Arema Indonesia
Written By saleehs gerrard on Thursday, February 27, 2014 | 02:22



Harapan pasukan Selangor untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan piala AFC nampaknya tidak kesampaian. Bermain di gelanggang sendiri di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor menerima kunjungan pasukan Arema Indonesia gagal menyekat kemaraan mereka apabila sekadar berpuas hati dengan berkongsi satu masa dari keputusan seri 1-1 selepas tamat perlawanan.

Pasukan Selangor mengguna pakai formasi 3-5-2 dimana menurunkan ke empat-empat pemain importnya untuk menentang pasukan yang dahulunya dikenali dengan Harimau Malang ini. Perlawanan yang rancak telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dimana Selangor terlebih dahulu berada dihadapan seawal minit ke lapan. Lorongan cantik Andik tidak dipersia-siakan oleh Paulo Rangel untuk menewaskan penjaga gol Arema, Kurnia Meiga. Gol pasukan Arema pula terhasil di separuh masa kedua dimana sepakan percuma ketua pasukannya Ahmad Bustomi berjaya mengelirukan Hamsani Ahmad untuk bola terus menerjah ke dalam gawang.

Hamsani Ahmad selayaknya di beri pujian penuh kerana kejayaan beliau menepis segala percubaan pasukan Arema yang diketuai oleh Cristian Gonzales. Masalah komunikasi dalam pasukan Selangor nampaknya masih terlihat apabila antara mereka sering berlaku salah faham sesama sendiri dan ini membuatkan bola mudah dirampas oleh pemain Arema.



Sepatutnya Selangor mampu untuk memenangi perlawanan ini seandainya peluang yang terhidang dihadapan mata dapat disempurnakan dengan baik. Malangnya Kegopohan pemain seperti Shukur Jusoh yang hanya berhadapan Kurnia Meiga gagal menyepak kemas peluang tersebut. Keteganggan pemain antara dua pasukan ini kerap juga berlaku. Tindakan Victor Igbonefo yang kerap mengasari Paulo Rangel, membuatkan perteingkahan kecil berlaku antara mereka.

Yang paling kurang menarik, ada segelintir penyokong pasukan Selangor yang telah membakar mercun di penghujung waktu perlawanan. Letupan tersebut telah membuatkan pengadil perlawanan memberhentikan permainan dimana ada pemain-pemain Arema yang terkejut dan menyangkakannya adalah mercun. Walaubagaimanapun perlawanan disambung kembali selepas mendapat kebenaran pegawai AFC yang bertugas. Rasa-rasanya ini adalah penyokong Selangor yang datang stadium setahun sekali buat perangai. Kalau penyokong tetap, pasti rileks jer. Mesti mereka ni tak baca titah baginda Sultan Selangor.

Apapun satu mata yang amat berharga ini dapat memberi lebih semangat kepada anak-anak buah Mehmet Durakovic untuk lebih bersedia bertarung habis-habisan dalam mengharungi perlawanan akan datang. Harapnya Mehmet mampu untuk melakukan yang terbaik kepada pasukan Selangor untuk mengembalikan zaman kegemilangannya seperti dahulu.



SELANGOR : Hamsani Ahmad, S Kunanlan, Steve Pantelidis, Shahrom Kalam, Bunyamin Omar (Raimi Md Nor), Shukur Jusoh (Fitri Shazwan), S Veenod, K Gurusamy, Andik Vermansah, Junior Aparecido (Thamil Arasu), Paulo Rangel

AREMA INDONESIA : Kurnia Meiga Hermansyah, Thierry Gathuessi, Victor Igbonefo, Purwoko Protomo, Ahmat Farizi, Ahmad Bustomi, Juan Revi Auriqto (Irsyad), I Gede Sukadana Prat, Dendi Santoso (Samsul Arif Munip), Alberto Concalves (Hendro Siswanto), Cristian Gonzales.

Sumber: http://sallehsgerrard.blogspot.s ... -2014-selangor.html
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 03:21 PM | Show all posts
FAS boleh didenda RM32,700

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kini berdebar menunggu keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung insiden balingan mercun daripada penyokong tuan rumah pada lewat penghujung babak kedua pertemuan di antara Selangor dan Arema di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini kelmarin.

Persatuan itu bakal berdepan pelbagai tindakan termasuk amaran keras, kehilangan tiga mata, beraksi tanpa kehadiran penyokong dan denda sebanyak AS$10,000 (RM32,700) sekiranya didapati bersalah.

Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd. Ibrahim berkata, pihaknya sangat kecewa dengan insiden yang berlaku dan sehingga kini masih belum menerima sebarang surat daripada AFC berhubung perkara itu.

"Setakat ini FAS belum menerima apa-apa lagi daripada AFC dan apa yang berlaku semalam (kelmarin) sangat mendukacitakan. Perkara itu juga turut menerima kecaman di laman-laman sosial.

"FAS berisiko dikenakan tindakan termasuk denda, hilang mata, beraksi tanpa kehadiran penyokong dan perkara ini akan merugikan Selangor dan penyokong. Kalau dapat amaran keras daripada AFC pun sudah dikira bernasib baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Perlawanan yang berkesudahan 1-1 itu menyaksikan segelintir penyokong Selangor bertindak melempar mercun ke dalam padang ketika penghujung babak kedua menyebabkan pemain Arema enggan meneruskan permainan selama beberapa minit, sebelum pengadil, Wang Di dari China memujuk mereka untuk kembali ke dalam padang.

Rosman menyifatkan tindakan itu melibatkan segelintir kecil penyokong Selangor dan ia secara tidak langsung mencemar imej pasukan dan Malaysia sebagai tuan rumah bagi perlawanan itu.

"Saya juga sudah memohon maaf kepada pegawai Arema sejurus tamat perlawanan dan mereka memahami dengan situasi yang berlaku. Saya harap penyokong akan mengingatkan antara satu sama lain agar tidak mengulangi perkara ini kerana ia akan menejejaskan reputasi pasukan Selangor pada masa akan datang," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 32700#ixzz2ubCfzSYa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 03:22 PM | Show all posts

FAS tagih simpati AFC
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: February 28, 2014


Aksi pemain Selangor, Andik Vermansyah (kiri) ketika perlawanan Piala AFC mmenentang Arema di Selayang, Selasa lalu.

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) berharap kesilapan dilakukan oleh penyokong tuan rumah dengan membaling mercun pada lewat penghujung babak kedua pertemuan di antara Selangor dan Arema di Stadium Majlis Perbandaran Selayang Rabu lalu dapat 'dimaafkan' oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menyifatkan ini kelakuan pertama penyokong Selangor dalam saingan AFC setakat ini, Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim berharap hanya amaran keras diberikan kepada mereka berbanding denda, beraksi tanpa penonton mahupun potongan mata kepada pasukan.

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada pihak AFC untuk membuat keputusan.

"Apa lagi yang boleh kami cakapkan. Salah tetap salah dan memang jelas kami menyalahi undang-undang bola sepak. Tapi jauh di sudut hati kami agar hanya amaran keras diberikan kepada FAS memandangkan ini kesalahan pertama dalam saingan AFC.

"Meskipun kami tahu FAS berisiko dikenakan tindakan termasuk denda, hilang mata, beraksi tanpa kehadiran penyokong, tapi kami sangat berharap AFC dapat memaafkan kami," katanya ketika dihubungi semalam.

Perlawanan berkesudahan 1-1 itu menyaksikan segelintir penyokong Selangor bertindak melempar mercun ke dalam padang ketika penghujung babak kedua menyebabkan pemain Arema enggan meneruskan permainan selama beberapa minit, sebelum pengadil, Wang Di dari China memujuk mereka kembali ke padang.

Ekoran itu, persatuan tersebut bakal berdepan tindakan termasuk amaran keras, kehilangan tiga mata, beraksi tanpa kehadiran penyokong dan denda AS$10,000 (RM32,700) sekiranya didapati bersalah.

“Setakat hari ini (semalam) FAS belum menerima apa-apa lagi daripada AFC dan apa yang berlaku itu sangat mendukacitakan. Perkara itu juga menerima kecaman di laman-laman sosial.

"Apa pun, saya harap penyokong mengingatkan antara satu sama lain agar tidak mengulangi perkara ini kerana ia akan menjejaskan reputasi pasukan Selangor pada masa akan datang,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mo ... impati-afc-1.255412
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 02:46 PM | Show all posts


maziya vs selangor
atm vs selangor

sumber: facebook Last edited by sofianbm on 10-3-2014 02:47 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193685 Replies : 4482
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4876 Replies : 42
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23475 Replies : 151
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8270 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.236306 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list