CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 6-4-2010 10:35 AM | Show all posts
korang ni pusing-pusing benda sama jer.  Bila nak habis ni!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2010 11:49 AM | Show all posts
korang ni pusing-pusing benda sama jer.  Bila nak habis ni!
ibnur Post at 6-4-2010 10:35


Terpaksa diulang-ulang (pusing2) benda sama kerana ada yang buat2 tak nampak dan cuba melompat ke topik lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 03:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by redzha at 6-4-2010 15:19

Awal agama mengenal Allah...
Bab nilah orang yang dok pening lalat ada yang nak kenal Allah cara ini, cara itu, macam-macam cara.... masing-masing ngaku cara dia betul... tapi yang mengesahkan betul taklah dinyatakan...
Orang dulu di zaman Rasulullah,  mereka mentaati  Allah dengan mentaati Muhammad Rasulullah. pendek katalah dia orang kenal Allah sebab kenal Rasullullah. Taat pada perintah Rasulullah adalah  beerti taat kepada perintah Allah begitu juga menjauhi larangan Rasulullah  juga beerti menjauhi larangan Allah s.w.t.
Islam itu senang dan mudah.  Kalau dah sampai tahap makrifat kepada Allah dengan mengenal Rasulullah, dah kenal yang membawa agama, mestilah besertanya syariat, tarekat dan hakikat. Mana lak boleh pisahkan.
Itu atuk aku bagitaulah.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 11:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by baghal at 7-4-2010 00:10

1400# Nazrulism

Dia yg bersyukur dan disyukuri - Tuhan yg bersyukur kepada Tuhan sendiri ?


Tuan bukannya tau bab hakikat nih..saya hurai sikit cukup la..

Nabi Saw. bersabda:
"Aku tidak mampu menghitung pujian kepada-Mu, sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri."

Telah diriwayatkan, sesungguhnya Nabi Musa as. bersabda:
"Ya Tuhanku, bilakah aku bisa mengaturkan pujian dan syukur kepada-Mu? Sedangkan pujian dan syukurku adalah nikmat dari-Mu jua? Maka Allah berfirman kepada Musa as.: "Ketika kamu mengerti bahwa dirimu tidak mampu memuji-Ku, maka kamu telah benar-benar telah memuji-Ku."

Diriwayatkan dari Nabi Dawud as. beliau bersabda:
"Ya Tuhanku, tidak ada satu rahmat pun pada diri anak Adam, kecuali diatas dan dibawah rambut itu ada nikmat, maka dengan apa anak Adam dapat mensyukuri nikmat itu?Kemudian Allah Swt. berfirman pada Nabi Dawud: "Hai Dawud, sesungguhnya Aku telah memberi nikmat yang sangat banyak, namun Aku rela dengan pujian yang sedikit. Dan sesungguhnya syukurmu atas nikmat itu adalah kamu mengerti dan mengakui bahwa nikmat-nikmat yang telah kamu terima itu dari Aku."

Diriwayatkan, bahwa Nabi Dawud as. berkata:
"Ya Tuhanku, bagaimana aku bisa bersyukur kepada-Mu, sementara syukur itu juga merupakan nikmat dari-Mu kepadaku? Allah Swt. berfirman, "Sekarang juga engkau telah bersyukur kepada-Ku, hai Dawud."

Biar saya hurai pada Tuan bab hakikat...wahabi bukan ahli dlm bab ni..

Kesedaran ketidak-upayaan diri utk bersyukur (utk apa sekalipun) , bilamana lidah kita melafazkan syukur ianya adalah nikmat dr Allah bukan terbit dr diri sendiri maka itulah yg Allah katakan pd Nabi Dawud ,Nabi Musa bahawa kesedaran itulah yg dikatakan mereka benar2 bersyukur..

Sesuailah dgn maksud Nabi "lahawlawala quataillabillahi 'ali yul'azim" (menafikan keupayaan diri)

    Tingkatan yang ketiga: Mempersaksikan makna tersebut dengan jalan Al Kasyf (penyingkapan tabir) melalui perantaraan cahaya Al Haq (Allah ?Azza wa Jalla ) dan ini adalah tingkatan Al Muqarrabin, yaitu dengan seseorang melihat banyaknya makhluk (di alam semesta), akan tetapi dia melihat semuanya bersumber dari Zat Yang Maha Tunggal lagi Maha Perkasa,

Fahaman yang beranggapan bahawa semua makhluk berasal dari Zat Tuhan .. BUKAN sesuatu yg diciptakan berasingan oleh Yang Maha Mencipta.


Ini lah yg saya maksudkan beruk dapat bunga..dia makannnnn

Sebab tu suruh ngaji sifat 20 betui2..

Cukuplah saya jawab "Inna lillahiwainnailaihirojiun..."   (maknanya Izrail dah ada sebelah Tuan..)

Berasingan?  Biasa la..muktazilah al qadariah...makhluk ada upaya la katakannn..

Sabda Nabi,

La Yufarrik khu bainal naffi wal isbat wa man baina huma fa huwa kaffir… Ertinya : Tidak bercerai antara Nafi dan Isbat dan sesiapa yang menceraikannya, orang itu kafir.

Allah swt berfirman:
“Dan jika hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengijabah doa orang yang bedoa bila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaknya mereka memenuhi (seruan)Ku dan hendaknya mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam bimbingan.” (Al-Baqarah: 186)

Patut la doa Tuan jarang makbul..Allah terasing dari Tuan..siannnn ,bukan sian doa xmakbul tapi sian sebab syirik ngan Allah.

.... Syukur kepada Tuhan, Al-Ghazali telah kembali kepada pegangan salaf diakhir2 hayat beliau dengan mempelajari hadith2 riwayat Bukhari dan Muslim seperti mana di riwayatkan oleh murid beliau sendiri.


Kedudukan Imam al-Ghazzali Sebagai Seorang Sufi

Isi-isi yang akan saya bentangkan di bawah ini berdasarkan pembacaan saya melalui buku Al-Ghazzaliyy: A Study in Islamic Epistemology karangan Dr. Mustafa Abu-Sway, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dr. Mustafa merupakan Profesor Madya di Universiti al-Quds, Jerusalem.

Terdapat dakwaan daripada sesetengah pihak yang mendakwa Imam al-Ghazzali telah ‘bertaubat’ daripada menjadi seorang sufi di akhir hayatnya. Mereka mengatakan bahawa Imam al-Ghazzali telah bertaubat daripada kekurangan ilmunya dalam bidang hadith dan meninggalkan bidang tasawwuf yang menjadi pegangan hidupnya dalam memperoleh ilmu yang pasti yang dicari-carinya sejak zaman remaja.

Dakwaan pertama mereka tidaklah tepat apabila kita meneliti kitab-kitab karangan Imam al-Ghazzali di akhir hayatnya. Memang benar Imam al-Ghazzali ada menyebut di dalam perenggan akhir kitabnya yang bertajuk Qanun al-Ta’wil bahawa ilmunya dalam ilmu hadith adalah sedikit. Menurut al-Subkiyy di dalam kitabnya Tabaqat al-Shafi’iyyah al-Kubra, di akhir hayatnya, Imam al-Ghazzali mula belajar kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. melalui Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Menurut Abu al-Qasim Ibn ‘Asakir, Imam al-Ghazzali mempelajari Sahih Bukhari di tangan Abu Sahl Muhammad Ibn ‘Abd Allah al-Hafsiyy. Juga, al-Sam;aniyy melaporkan bahawa Imam al-Ghazzali mempelajari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim di tangan Abu al-Fityan ‘Umar Ibn Abu al-Hasan al-Rawasiyy al-Tusiyy. ‘Abd al-Ghafir Ibn Isma’il al-Khatib a-lFarisiyy melaporkan bahawa imam al-Ghazzali mempelajari Sunan Abu Dawud al-Sijistaniyy di tangan Abu al-Fath al-Hakimiyy al-Tusiyy.

Dakwaan mereka yang menyatakan Imam al-Ghazali ‘bertaubat’ daripada menjadi Sufi di akhir hayatnya adalah tidak benar.

Dr. Mustafa Abu-Sway menulis:

    It is apparent, then, that al-Durrah al-Fakhirah, Iljam al-’Awam ‘an ‘Ilm al-Kalam and Minhaj al-’Abidin, written during the last stage of al-Ghazzaliyy’s life, contain clear manifestations of his continue acceptance of Sufism as the path for true knowledge.

    In al-Durrah al-Fakhirah, he held that the Sufis, whom he describes as ‘Arifin (Gnostics) are the only people who upon death could proceed through the seven Heavens to reach Allah. In Iljam al-’Awam he employed the concept of “common people” to divide every other kind of scholar from the Sufis. He ranked the Sufis higher and he described them as scholars of the hereafter. Finally, in Minhaj al’Abidin, he defended Sufi schools and lodges. In addition, he described the knowledge of the Sufi in terms of divine light which is typical of “unveiling” (kashf).

    All of these Sufi themes, which were also using Sufi terminology, leave no room for any doubt or hesitation that Al-Ghazzaliyy’s epistemology was Sufi in its essence. It should be noted that this is not a defence of Sufism against the Salafiyyah movement which tried to present Al-Ghazzaliyy in his final days as someone who abandoned Sufism. What I am tring to say that they need a better argument for their position.

Jadi, dengan mengatakan Imam al-Ghazzali telah ‘bertaubat’ daripada menjadi seorang Sufi berdasarkan kesungguhan Imam al-Ghazzali mempelajari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pada akhir hayatnya adalah tidak tepat.

Saya tak cakap pun itu kata-kata Imam Abu Hanifah


ye ke?  heeehaaaHAAA

Saya juga TIDAK mengatakan manusia menciptakan amal perbuatannya .. manusia cuma memilih amal perbuatan yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t samada mengikut apa yang disyari'atkan atau ingkar !

  Ini yg dikatakan oleh Imam Abu Hanifah; "Semua perbuatan hamba, baik yang bergerak ataupun diam, merupakan usahanya, dan Allah yang menciptakannya. Semua perbuatan itu berdasarkan kehendak, pengetahuan, penetapan dan qadar Allah.  (note: usahanya = usaha manusia)


Dan ini apa yg difirmankan Allah s.w.t tentang usaha manusia dan pilihannya;

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. "
(  سورة النساء  , An-Nisa, Chapter #4, Verse #115)

Mengikut Imam Abu Hasan Asy-Sya'ari:

Semua perbuatan itu terbit drpd Allah Taala, tetapi ada pada hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan ada kedua-duanya itu hamba dapat melakukan semua perbuatannya dan kedua-duanya itu juga tempat ta'aluk hukum syarak. Tetapi, kedua-duanya itu tidak dapat memberi bekas pd perbuatan yg baharu dan yg dapat memberi bekas hanyalah Allah Taala sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 12:47 AM | Show all posts
salam buat akhi yang berada di forum ini,

humaira nk bertanya sikit pada yang alim(mengetahui) bab wahdatul wujud & wahdatul syuhud apa perbezaan antara 2 perkara ini??tolong jawap dengan baik supa ...
ummi_humaira Post at 6-4-2010 01:59


Salam sejahtera ke atas kamu jua humaira..

Saya akan cuba huraikan dgn secara ringkas...

Wahdatul-wujud adalah tentang keEsaan wujud Allah dan wahdatul-syuhud adalah penyaksian hamba terhadap keEsaan Allah.

Sebenarnya, wahdatul-wujud menurut kaum sufi tidak pernah menafikan dua jenis kewujudan, iaitu: wujud qadim (kewujudan Allah s.w.t.) dan wujud baharu, iaitu kewujudan makhluk. Namun, wahdatul-wujud menegaskan bahawa, kewujudan makhluk yang baru tersebut merupakan kesan yang terzahir daripada kewujudan Allah s.w.t. juga kerana wujud makhluk tersebut bukanlah dengan diri mereka sendiri dan bukan juga dari diri mereka sendiri. Namun, wujud makhluk yang terbatas dan baharu bukanlah wujud Allah s.w.t. yang qadim, cuma kewujudan mereka daripada kewujudan dan penciptaanNya. Kewujudan makhluk tidak mutlak, tidak mustaqil (terasing) dan makhluk tidak berdiri dengan diri mereka sendiri, sebaliknya bersandar kepada kekuasaan Allah s.w.t..

Hal ini samalah seperti kekuasaan makhluk, di mana, kekuasaan makhluk yang terbatas daripada kekuasaan Allah s.w.t. juga, tetapi kekuasaan makhluk bukanlah seperti kekuasaan Allah s.w.t.. Begitulah sifat-sifat yang lain.


Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali r.a. sendiri berbicara tentang maksud wahdatul-wujud ini walaupun tanpa menggunakan lafaz tersebut, takkala mensyarahkan perkataan Labid dalam hadith tadi dengan berkata (Al-Ihya' di bawah tajuk At-Tauhid):


"Iaitu, setiap makhluk tiada berdiri dengan dirinya sendiri. Ia berdiri dengan selainnya (iaitu berdiri dengan kekuasaan Allah s.w.t.). Ia (makhluk) tersebut dari sudut dirinya sendiri adalah batil. Ini kerana, hakikatnya (hakikat makhluk) itu, dengan selainnya (iaitu dengan hakikat Allah s.w.t.),bukan dengan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, tiada yang hak (benar) pada hakikatnya melainkan Allah s.w.t. yang Maha Hidup lagi Maha Mentadbir, yang tiada menyerupai sesuatu. Dialah yang berdiri dengan diriNya sendiri, sedangkan selain daripadaNya, berdiri dengan kekuasaanNya. Maka, Dialah Al-Haq dan selain daripadaNya adalah batil (pada hakikatnya)."


Imam Al-Ghazali r.a. berkata lagi tentang penyaksian wahdatul-wujud dalam pandangan para sufi (Al-Ihya' tajuk As-Syauq):

"Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya (syuhud), maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah s.w.t.. Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah s.w.t. (tidak fokus kepada yang lain-ini hal fana'). Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada yang wujud kecuali Allah s.w.t.. (Dia mengetahui) perbuatan dirinya merupakan kesan daripada kekuasaanNya, yang mana ianya wujud daripadaNya. Maka, tiada wujud bagi perbuatan-perbuatannya kalau tanpaNya. Sesungguhnya wujud itu milik Allah s.w.t. semata-mata, yang mana denganNyalah, sekalian makhluk itu wujud. Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan melihat satupun perbuatan, melainkan dia melihat Pembuatnya yang hakiki (iaitu Allah s.w.t.)…"


Inilah kefahaman para penghulu sufi dan ahli tasawwuf yang benar, berkenaan dengan wahdatul-wujud. Siapakah yang merasa dirinya lebih berilmu daripada Hujjatul-Islam Imam Al-Ghazali r.a. takkala berani menyesatkan kaum sufi hanya kerana tidak memahami maknanya dengan makna yang benar?


Maka, jelaslah bahawa, kefahaman yang sebenar tentang wahdatul-wujud menurut kaum sufi yang benar adalah suatu kefahaman yang murni dan bertepatan dengan aqidah Islam iaitu, melihat seluruh wujud makhluk tidak wujud dengan diri mereka sendiri, tetapi wujud dengan Allah s.w.t. (dengan bantuan dan kekuasaanNya).

Adapun orang-orang yang jahil yang cuba menyesatkan kaum sufi dalam masalah ini, sebenarnya tidak memahami wahdatul-wujud dengan maknanya yang sebenar menurut kaum sufi itu sendiri.

Begitu juga, golongan orang yang sesat dalam fahaman wahdatul-wujud dengan mendakwa ketuhanan diri, mendakwa hulul dan ittihad, merupakan golongan yang tertolak di sisi kaum sufi itu sendiri. Kefahaman mereka bukanlah kefahaman kaum sufi terhadap wahdatul-wujud itu sendiri kerana kaum sufi memahami wahdatul-wujud dengan maksud wahdatus-syuhud, bukan dengan maksud hulul dan ittihad.

Di harap saudari Humaira jelas dgn huraian wahdatul wujud dan wahdatul syuhud..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 03:10 PM | Show all posts
1405# baghal
"Wahdatul-wujud adalah tentang keEsaan wujud Allah dan wahdatul-syuhud adalah penyaksian hamba terhadap keEsaan Allah."

Poninglah... banyak nah istilah ..pusing-pusing sampai den naik poning.
Cam ginilah den nak tanyolah, boleh ekau bagikan den.. "Kenyataan Allah tu wujud" Atas sobab apo ekau kato Allah itu ado(wujud).  Sapo yang kato Allah tu ado sampai ekau pecayo Allah tu ado..  
Den pun percayo Allah tu ado....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2010 04:03 PM | Show all posts

Poninglah... banyak nah istilah ..pusing-pusing sampai den naik poning."Kenyataan Allah tu wujud" Atas sobab apo ekau kato Allah itu ado(wujud).  Sapo yang kato Allah tu ado sampai ekau pecayo Allah tu ado..  
redzha Post at 7-4-2010 15:10


Jangan poning2 incik....pelan-pelan kayuh....

Dalil Al Quran Dan Hadis menyatakan "Kenyataan Allah tu wujud"

"Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. (Surah Al Mu'min: 16)

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, Maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajh (zat) Allah. Sesungguhnya Allah Maha luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah :115)

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. itu wujud, dan tiada yang wujud bersamaNya. Allah swt. itu wujud dalam keesaan, tanpa bersama dengan selainNya" (Hadith riwayat Al-Bukhari).

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Sebenar-benar perkataan yang pernah diucapkan oleh sya'ir Arab adalah perkataan Labid iaitu:
Ketahuilah sesungguhnya semua benda selain daripada Allah ialah batil" (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

kalo takbole jgk ikut apa yang incik paham....sbb nti lebey2 pun jd susah nak amal buat letih je...Ilmu byk kalo tak amal pon buat apa yedak? sikit Ilmu tp amalan tak putus lebih baikkan? jgn join syiah udah.....

Dan janganlah kamu mengikuti (membahaskan) apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawab ke atasnya. (Surah Al-Isra': 36)

Imam Al-Baidhowi r.a. ketika mentafsirkan ayat ini berkata:
"Jangan kamu cuba mengikuti (iaitu membahaskan, apatah lagi menyalahkan) sesuatu yang kamu tidak memiliki ilmu tentangnya, semata-mata kerana taqlid kepada seseorang atau mengikut prasangka kamu sendiri tanpa usul periksa"
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 12:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 8-4-2010 00:59

Dia yg bersyukur dan disyukuri - Tuhan yg bersyukur kepada Tuhan sendiri ?

Tuan bukannya tau bab hakikat nih..saya hurai sikit cukup la..

baghal Post at 6-4-2010 23:50


Itu 'hakikat' yang kamu taw.. lihat persamaan ilmu hakikat Ibnu Arabi/ Al -Ghazali (tentang tasauf sufi).


Al Ghazali juga berkata, ?Pandangan terhadap tauhid jenis pertama, yaitu pandangan tauhid yang murni, dengan pandangan ini, Anda pasti akan dikenalkan bahwa Dialah yang bersyukur dan disyukuri, dan Dialah yang mencintai dan dicintai, ini adalah pandangan orang yang meyakini bahwa tidaklah ada di alam semesta ini melainkan Dia (Allah ?Azza wa Jalla ).? (Ibid 4/83).


kitab Al Washaaya, tulisan Ibnu ‘Arabi (hal.27)

Aku adalah yang mencintai dan yang mencintai adalah aku
kami adalah dua ruh yang bertempat di dalam satu jasad
Maka jika kamu melihatku (berarti) kamu melihat Dia
Dan jika kamu melihat Dia (berarti) kamu melihat kami


Telah diriwayatkan, sesungguhnya Nabi Musa as. bersabda:
Diriwayatkan dari Nabi Dawud as. beliau bersabda:
Diriwayatkan, bahwa Nabi Dawud as. berkata:


Sila sertakan sumber riwayat berkenaan


Sesuailah dgn maksud Nabi "lahawlawala quataillabillahi 'ali yul'azim" (menafikan keupayaan diri)


Nabi s.a.w tidak bermaksud menafikan keupayaan diri .. hanya penyataan upaya diri (manusia) tidak setanding dengan daya upaya Allah kerana upaya manusia tidak dapat menentukan sesuatu. Salah satu contoh Nabi s.a.w menggunakan upaya dirinya membuat keputusan lalu ditegur oleh Allah kerana keputusan yang tidak tepat;

At-Taubah :43
"Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?"


Fahaman yang beranggapan bahawa semua makhluk berasal dari Zat Tuhan (sebahagian Tuhan) .. BUKAN sesuatu yg diciptakan berasingan oleh Yang Maha Mencipta.
Ini lah yg saya maksudkan beruk dapat bunga..dia makannnnn


Inilah yang aku kata beruk .. sampah dikatakan bunga, dibelek2, dicium-cium walaupun busuk!
  
Al-Junaid menyebut mengenai as-Syibli: “Kami memperindahkan ilmu ini dengan secukupnya, kemudian menyembunyikannya di kolong-kolong, tetapi engkau datang dan mendedahkannya kepada umum!” As-Syibli lantas menjawab: “Aku berkata dan aku mendengar. Adakah selainku di dunia dan akhirat?” (At-Ta’arruf ‘Ala Mazhabi at-Tasawwuf, halaman 145).

Kata-kata as-Syibli ini merupakan perintis jalan ke arah kemunculan konsep wahdatul wujud. sebahagian daripada ilmu kebatinan yang pada hakikatnya ialah konsep al-hulul dan fana’ di dalam zat tuhan yang menjadi ‘aqidah hinduisma brahmanisma.

Abu Nasr as-Siraj at-Thusi penyusun buku Alluma’ fi at-Tasawwuf menyebut Abi Hamzah as-Sufi telah masuk ke dalam rumah al-Harits al-Muhasabi, lalu kambing Harits pun mengembek. Abu Hamzah tersentak dan berkata: “Ya! Aku menyahut seruanMu, wahai Tuhanku!! Al-Harits al-Muhasabi segera mengecam perbuatannya itu, tetapi Abu Hamzah menjawab: “Kecamanmu ke atasku itu sama seperti keadaan murid-murid yang baru mula belajar.” (Alluma’ fi at-Tasawwuf, halaman 495),

Abu Husain al-Fauri sewaktu mendengar seekor anjing menyalak telah menjawab: “Ya! Aku menyahut seruanMu! Dan berbahagialah Engkau!” (Alluma’ fi at-Tasawwuf, halaman 492)

maksudnya ialah mereka yang belum lagi tiba ke tahap meyakini wahdatul wujud. Aqidah kaum sufi  lebih teruk dari kaum kristian yang hanya menganggap Isa (manusia) itu Tuhan




Patut la doa Tuan jarang makbul..Allah terasing dari Tuan..siannnn ,bukan sian doa xmakbul tapi sian sebab syirik ngan Allah.


Jangan ingat apa yg kamu dapat itu dari doa kamu yg dimakbulkan...

"Kehidupan dunia diperhiaskan pada orang-orang kafir, sehingga mereka memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa  lebih tinggi daripada mereka pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).  
(  سورة البقرة  , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #212)


Dakwaan pertama mereka tidaklah tepat apabila kita meneliti kitab-kitab karangan Imam al-Ghazzali di akhir hayatnya. Memang benar Imam al-Ghazzali ada menyebut di dalam perenggan akhir kitabnya yang bertajuk Qanun al-Ta’wil bahawa ilmunya dalam ilmu hadith adalah sedikit.


hmmm.. dalam Ihya, telah dijumpai beratus2 hadith yang tidak diketahui asalnya dan yang dikenalpasti sebagai hadith palsu yang menjadi 'dalil' kepada falsafahnya tentang tasauf sufi.


Mengikut Imam Abu Hasan Asy-Sya'ari:

Semua perbuatan itu terbit drpd Allah Taala, tetapi ada pada hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan ada kedua-duanya itu hamba dapat melakukan semua perbuatannya dan kedua-duanya itu juga tempat ta'aluk hukum syarak. Tetapi, kedua-duanya itu tidak dapat memberi bekas pd perbuatan yg baharu dan yg dapat memberi bekas hanyalah Allah Taala sendiri.


Abu Hasan Asy-Sya'ari juga cuba mengambil sikap pertengahan antara Qadariah (fahaman lamanya- Muktazilah al Qadariah) dan Jabariah dengan mengakui hamba mempunyai usaha dan ikhtiar yang dapat melakukan semua perbuatannya. Tapi pengikut-pengikut fahamannya lebih menjurus kepada fahaman Jabariah dengan menafikan upaya makhluk yg telah diciptakan Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2010 01:38 AM | Show all posts
aiyyoh! sudha lamma tunggu jawapan ka? tara worang laghi mau layan sama Nazrul ka? Laghi adha meroyan sunyi tarak kavan ka? ;) ahah ithu fashal dia kachau sama shaya di sana funya thread, heheee~~~


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 02:33 PM | Show all posts
aiyyoh! sudha lamma tunggu jawapan ka? tara worang laghi mau layan sama Nazrul ka? Laghi adha meroyan sunyi tarak kavan ka? ;) ahah ithu fashal dia kachau sama shaya di sana funya thread, heheee~~~
...
m_fire Post at 13-4-2010 01:38


Siapa kacau sama lu .. lu sembunyi itu thread lain kasi hasut sama lain worang:
Sini tarak brani mau komplen

Lu punya serupa spesis sini sudah bisu itu seluar suda kena londeh.. dia worang tunggu itu kasyaf buka dulu .
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 12:22 AM | Show all posts
1409# m_fire

Bangga betul ko jadi bangla jadian. ko bangla kacukan haram dari sebelah bapak atau mak. (kacukan menenggek atau ditenggek)
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 02:21 AM | Show all posts
1409# m_fire  

Bangga betul ko jadi bangla jadian. ko bangla kacukan haram dari sebelah bapak atau mak. (kacukan menenggek atau ditenggek)
Nazrulism Post at 15-4-2010 00:22

aiyyoh Tuan Ibnur, ithu Nazrul sudha insult sama shaya
Shaya Banglore jau2 mariii mau kavan sama Nazrul.

Ithu macham attitude kaluw, shaya syorkan Nazrul pigi kaunseling duluw... Dia funya office bhanyaaa dekat Petrol Pump shaya jagaaa Dengar bhaik2 ha kavan, actually Nazrul sudha kasi simple shaya funya kirja, tak fayah lagi hojjah fhanjang2.
Ithu Nazrul funya bad attitude adhalah meruphakan DALIL QOT'IE laghi TSUBUT yg melayak-wajhibkan Nazrul supaya akur kepada "Sufi's spiritual cleansing". In other words, "akai robot" sahaja bulum cukup manthob utk kesumpurnaan akhlaq kitha.

Ok, sekhian dahuluw. BANGLORE 1 vs NAZRULISME MAZHABIY 0
Salaamun'alaik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 04:40 PM | Show all posts
aiyyoh Tuan Ibnur, ithu Nazrul sudha insult sama shaya
Shaya Banglore jau2 mariii mau kavan sama Nazrul.

Ithu macham attitude kaluw, shaya syorkan Nazrul pigi kaunseling duluw... Dia ...
m_fire Post at 15-4-2010 02:21


.. mengadu dengan Ibnur.. apa punya bangla kocokkan main nangis-nangis.
Mahu kawan kena ikhlas.. bagitahu ko ni kacukan macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 10:10 PM | Show all posts
Contoh: Kaum yang mempertahankan kubur (wali la konon)
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:50 PM | Show all posts
aiyyoh Tuan Ibnur, ithu Nazrul sudha insult sama shaya   
Shaya Banglore jau2 mariii mau ...
m_fire Post at 15-4-2010 02:21



    Kau yang pi cari pasal, nak mengada report sama aku....  nah...  tolak 30.  padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 04:43 PM | Show all posts
Kau yang pi cari pasal, nak mengada report sama aku....  nah...  tolak 30.  padan muka.
ibnur Post at 16-4-2010 12:50



Aiyyoh! shaya adha real bikin tekan ithu button report ka? Tarak laghi bukan??? Atau adha lain worang sudha tekan ithu button report ka? ;p Shaya play mindgame sama lain worang... apha fashal Tuan Ibnur yg shentap lebeyyy? ;) Shaya funya posting bhanyaaak makan dalam ka???

Shaya hingat ithu worang voley tahan dia funya mental. Apa raa bharu 2-3 counter posting dia sudha snapped! Laghi dia bikin posting insult shaya funya keturunan ;'( Ithu fashal shaya shakap, rasa hati jugha mau jagha. pakai "akai robot" saja bulum cukuuppp.

*Tuan Ibnur funya posting shaya sudha bikin copy. Nanti adha masa, shaya PM send sama semua Admin uthok diaorg bikin re-evaluation of situation's handling, ethics & attitude:-

-first warning pun tarak, delete/edit posting pun tamau bikin, reminder unthok shaya edit/delete shaya sundri funya posting pun tarak, kasi PM warning pun tarak dll.

-Tuan Ibnur funya counter posting's di atas adha bhaaanyak vulgar plus harsh kind a words of sentiment punnoooh -ve emosi. Sudha cut -30, laghi mau hantam padan muka?

-Kaluw inni macham saja sudha tak bley handle, better you resign dari ini Board & so as a SuperMod. Remember, ini forum masih adha dia punya toleransi. Bukan pakhai undang2 taliban yg jadhi simbolik pd avatar tuan, ok?

Sekian dahuluw, Salaamun'alaik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2010 06:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 17-4-2010 18:06
Aiyyoh!    shaya adha real bikin tekan ithu button report ka? Tarak laghi bukan??? At ...
m_fire Post at 17-4-2010 16:43


senjata mat bangla jadian dah makan diri sendiri.. menangis dan meroyan dekat Mod pulak.
Baru satu posting kena saiko.. dah sentap dan melompat ... nak main mindgame konon

P/s: Mod Ibnur... potong jer kredit aku.. Berikan pada bangla jadian (nak sangat jadik bangla) ni.. kesian aku kat mak dia, elok2 orang tak tahu, dia sendiri mengaku anak bangla
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 10:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by baghal at 26-4-2010 11:03
Contoh: Kaum yang mempertahankan kubur (wali la konon)
Nazrulism Post at 15-4-2010 22:10




KITAB FATHUL BARY SYARAH SOHIH BUKHARY OLEH ULAMA ISLAM AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH AL-ASYA’IRAH IMAM SYEIKH IBNU HAJAR AL-ASQOLANY.

DI ATAS PULA ADALAH ISI KANDUNGANNYA DALAM PERMULAAN KITAB TADI YANG DICETAK DENGAN NAMA 4 BUAH SYARIKAT PENCETAKAN MENYATAKAN KITAB TERSEBUT TELAH DI TAHKIK OLEH ABDUL AZIZ BIN BAZ AL-WAHHABI.LIHAT LINE YANG TELAH DIMERAHKAN.


DI ATAS ADALAH ISI KANDUNGAN KITAB TERSEBUT YANG DITAMBAH NOTA KAKINYA OLEH BIN BAZ AL-WAHHABI DAN KESEMUA WAHHABI MENGAKUINYA.TERTERA PADA LINE YANG BERWARNA MERAH HADITH NABI YANG SAHIH DALAM KITAB FATHUL BARY TERSEBUT MENYATAKAN BAHAWA SAHABAT NABI YANG BERNAMA BILAL AL-HARITH ALMUZANY TELAH MELAKUKAN AMALAN TAWASSUL IAITU MEMINTA HUJAN DARI ALLAH BERTAWASSULKAN NABI DINAMAKAN “ISTISQO’ “.

PADA LINE YANG BERWARNA BIRU PULA ADALAH PERNYATAAN RESMI BIN BAZ AL-WAHHABI DAN KESEMUA WAHHABI MENYETUJUINYA DIMANA PERNYATAAN TERSEBUT AMAT JELAS WAHHABI MENGKAFIRKAN DAN MENGHUKUM SYIRIK SAHABAT NABI (BILAL) KERANA BERTAWASSULKAN NABI KETIKA ” ISTISQO’ “.

DAN PERHATIKAN PADA PERNYATAAN WAHHABI DIATAS: و ان
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 10:57 AM | Show all posts
Contoh: Kaum yang mempertahankan kubur (wali la konon)
Nazrulism Post at 15-4-2010 22:10


****   Bertawasul Dengan Maqam Nabi Dimasa Kekhalifahan Umar al-Khattab رضي الله عنه

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani menyebutkan didalam Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaq. Kisah ini diriwayat oleh Imam al-Baihaqi dan Abi Syaibah dengan isnad yang shohih.

    “Bahawa kemarau telah menimpa manusia di zaman kekhalifahan Amirul Mu’minin Sayyidina Umar bin al-Khaththab رضي الله عنه. Maka datanglah Bilal bin al-Harits رضي الله عنه ke kubur Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم dan berkata : “Wahai Rasulullah, mohonlah (kepada Allah) supaya diturunkan hujan untuk umatmu kerana mereka hampir binasa (dari kerna kemarau)”. Selepas itu lelaki tersebut bermimpi Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم datang kepadanya dan mengkhabarkan bahawa hujan akan diturunkan kepada mereka. Maka turunlah hujan tersebut. Dan di dalam hadits tersebut juga disebut bahawa Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم menyuruh lelaki tersebut untuk menyampaikan salam baginda kepada Sayyidina Umar رضي الله عنه. dan memberitahunya bahawa hujan akan diturunkan. Seterusnya dinyatakan bahawa Sayyidina Umar رضي الله عنه telah menangis kesukaan kerana mendapat kiriman salam dan khabar gembira tersebut daripada Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم. [Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaq, Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, Cetakan Dar al-Fikr – 1983, halaman 155]


Bertawassul Dengan Maqam Nabi Dengan Petunjuk Sayyidah ‘Aisyah رضي الله عنها


Qubbatul Khadra’ atau Kubah Hijau dimana di bawah kubah itulah bersemadinya jasad Sayyidul Kawnain wats Tsaqalain صلى الله عليه وسلم Menurut sejarah, maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم sentiasa mempunyai bumbung untuk menaunginya kerana ia asalnya adalah rumah (bilik) Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها. Pernah berlaku dalam sejarah bahawa penduduk Kota Madinah tatkala menghadapi musim kemarau yang teruk telah dinasihatkan untuk membuat satu bukaan pada bumbung atas maqam Junjungan صلى الله عليه وسلم sebagai upaya berwasilah dengan baginda. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam ad-Daarimi dalam sunannya seperti berikut:

حدّثنا أبو النُعمانِ حدثنا سعيدُ بنُ زيدٍ ، حدثنا عَمْرُو بنُ مالكٍ النكريُّ ، حدثنا أبو الجوزاء أوسُ بنُ عبدِ اللَّهِ قال: قحطَ أهل المدينة قَحْطاً شديداً، فشَكَوْا إلى عائشةَ فقالَتْ: انظُروا قبرَ النبيِّ صلى الله عليه وسلّم فاجعلُوا منه كواً إلى السماءِ، حتى لا يكون بَيْنَهُ وبينَ السماءِ سقْفٌ. قال: فَفَعَلُوا فمطِرْنا مطراً حتى نَبَتَ العشبُ، وسَمِنَتِ الإبِلُ حتى تَفَتَّقَتْ من الشحمِ، فسُمِّيَ عامَ الفتقِ….انتهى


Diriwayatkan daripada Abu an-Nu’maan daripada Sa`id bin Zaid daripada ‘Amr bin Malik daripada Abul Jawzaa` Aus bin Abdullah yang telah berkata: “Penduduk Kota Madinah telah menghadapi kemarau teruk, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها. Ummul Mu’minin Sayyidatina ‘Aisyah berkata kepada mereka: (Pergilah) lihat kubur Nabi صلى الله عليه وسلم dan buatkanlah satu lubang atasnya yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap (naungan) di antara kubur tersebut dengan langit. Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh-tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah, maka dinamakan tahun tersebut “aamul fatqi” (tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan kerana kulit unta-unta tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu gemuk).”

Hadits ini telah dijadikan antara dalil yang mengharus bertawassul dengan Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم sebagaimana dinyatakan oleh ulama dan ahli sejarah Kota Madinah yang masyhur, Sayyid as-Samhudi, dalam “Khulashatul Wafa`“. Imam as-Samhudi menyatakan bahawa membuat lubang pada atap atas maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم supaya ada lubang terus ke langit telah menjadi amalan penduduk Madinah sewaktu musim kemarau. Selanjutnya beliau menyatakan bahawa pada kebelakangannya penduduk Madinah tidak lagi membuat lubang pada atas maqam Junjungan صلى الله عليه وسلم tetapi mereka akan membuka pintu yang menghadap wajah baginda yang mulia dan bertawassul dengan baginda serta memohon syafaat baginda di situ. Mulla ‘Ali al-Qari dalam “Mirqaatul Mafaatiih” turut menukilkan hadits ini dan menyebut bahawa Aus bin ‘Abdullah al-Azdi adalah ahli Bashrah dan seorang tabi`in masyhur yang meriwayatkan hadits daripada Sayyidatina ‘Aisyah, Sayyidina Ibnu ‘Abbas dan Sayyidina Ibnu ‘Umar رضي الله عنهم. Hadhratusy Syaikh KH Hasyim Asy`ari [pendiri Nahdhatul Ulama’] juga memuatkan hadits ini sebagai antara dalil bagi mengharuskan tawassul, istighosah dan memohon syafaat kepada Nabi, para wali dan sholihin sebagaimana dimuatkannya dalam kitabnya “an-Nuurul Mubiin fi Mahabbati Sayyidil Mursaliin“. Maka apakah kita mahu mensyirikkan Ummul Mu’minin ‘Aisyah رضي الله عنها dan penduduk Madinah ketika itu? Allahu Allah …. Berhati-hatilah dalam membuat tuduhan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 11:00 AM | Show all posts
Contoh: Kaum yang mempertahankan kubur (wali la konon)
Nazrulism Post at 15-4-2010 22:10


Kisah Abdullah bin Umar رضي الله عنهما Kebas Kaki

عن الهيثم بن خنس قال : كنا عند عبد الله بن عمر رضي الله عنهما فخدرت رجله فقال له رجل : أذكر أحب الناس إليك ، فقال : يا محمد ، فكأنما نشط من عقال .


Daripada Haitsam bin Khannas, dia berkata: “Kami berada disisi Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما yang sedang kebas kakinya. Tiba-tiba seorang lelaki berkata: “Sebutlah nama orang yang paling engkau cintai.” Maka Abdullah bin ‘Umar pun berkata: “Wahai Muhammad, sehingga seakan-akan dia tidak pernah sakit.”

وعن مجاهد قال : خدرت رِجْل رَجُل عند ابن عباس رضي الله عنهما ، فقال له ابن عباس : أذكر أحب الناس إليك ، فقال : محمد صلى الله عليه وسلم فذهب خدره


Mujahid meriwayatkan bahawa dia melihat seorang yang kebas kaki di sisi Ibnu Abbas. Lalu Ibnu Abbas berkata kepadanya. “Sebutlah nama orang yang paling engkau cintai.” Maka orang yang sakit itu pun menyebut nama Muhammad صلى الله عليه وسلم. Lalu rasa kebas kakinya pun lenyap.”

Hadits ini boleh dirujuk dalam kitab ‘Amalul Yaumi wal Lailati oleh ibn Sunni. Juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad sepertimana berikut:

حدثنا أبو نعيم قال حدثنا سفيان عن أبي إسحاق عن عبد الرحمن بن سعد قال خدرت رجل بن عمر فقال له رجل اذكر أحب الناس إليك فقال يا محمد


Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim dengan katanya: Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu Ishaq dari Abdurrahman bin Sa’d, dia berkata: Kaki Ibn Umar mengalami sakit kebas. Maka telah berkata kepadanya seorang lelaki: Sebutlah nama manusia yang paling engkau cintai. Maka Ibn Umar pun menyebut: Ya Muhammad.

Hadits ini juga disebut oleh Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Adzkar didalam bab “Ma Yaquuluhu Idza Khadirat Rijluh” – Apa Yang Diucapkan Apabila Kaki Kebas (Kejang/Krem).

Bagi mereka yang inginkan yang lebih terperinci silalah rujuk kitab-kitab berkenaan antaranya:-

    * al-Ifham wal Ifham au Qadaya al-Wasilah wal Qubur dan Usul al-Wushul oleh Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim
    * Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaqi oleh Syaikh Yusuf an-Nabhani
    * al-Jauhar al-Munazzham oleh Ibn Hajar al-Haithami
    * Ithafu Azkiya bi Jawazi at-Tawassul bin Anbiya wal Auliya oleh al-Muhaddits Syaikh Abdullah Siddiq al-Ghumari
    * Bahjah an-Nazir fi Tawassul bi an-Nabi at-Thohir oleh as-Sayyid Hasaan as-Saqqaf
    * ad-Darurus Saniyah fi Raddi ‘Ala al-Wahabiyah oleh Syaikh Ahmad Zaini Dahlan
    * Mafahim Yajibu an Tushahhah oleh al-Muhaddits as-Sayyid Muhamad ibn ‘Alawi ibn Abbas ibn Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani (kitab ini telah diterjemahkan oleh guru kami asy-Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki. Kitab ini sangat baik untuk dibaca)
    * Haqiqah at-Tawassul wa al-Wasilah ‘ala Dhau` al-Kitab wa as-Sunnah oleh Syaikh Musa Muhammad ‘Ali (kitab ini telah diterjemah ke bahasa Melayu)
    * al-Mausu’ah al-Yusufiah fi Bayan Adillah as-Shufiyah oleh Syaikh Yusuf Khattar Muhammad
    * al-Ajwibah al-Ghaliyah fi ‘Aqidah al-Firqah an-Najiyah oleh al-‘Allamah al-Habib Zain al-‘Abidin al-‘Alawi
    * Raf’ul Minaarah li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa al-Ziyaarah oleh Syaikh Mahmud Said Mamduh
    * Intabih Diinuka fi Khatrin oleh al-‘Allamah Abu Abdullah ‘alawi al-Yamani (kitab ini telah diterjemahkan oleh guru kami asy-Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki)
    * Al-Bayan Lima Yashghulul Adzhan (pertanyaan ke-44) dan al-Bayan al-Qawiim li Tashhiih Ba’dhi al-Mafaahim (pertanyaan ke-8) oleh Shaikh Dr. ‘ali Jum’ah, Mufti Mesir.
    * Wahabisme Dari Neraca Syara’ oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamluddin al-Maliki (buku yang bagus untuk dibaca)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.067964 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list