CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_lemontea

SeMoGa BeRtEmU JoDoH(SEASON 40)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 12-7-2011 04:59 PM | Show all posts
lemon.. sian eric oppa mu, nengok 1st epi comeback drama kat umah ditemani tucen2 dia aje hehe..  ...
Hana_Hirokawa Post at 12-7-2011 16:47



    is he single now....???? bukan ka gepren dia c park ntah apa tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 05:08 PM | Show all posts
is he single now....???? bukan ka gepren dia c park ntah apa tu...
cmf_lemontea Post at 12-7-2011 16:59


dah lama dah clash ngan park si yeon 2nd heroin my girl..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:11 PM | Show all posts
adoiii... mau tengok cete jepun, cete korea, forum, kije, fb, manga... mana masa nak ngorat awek wat bini... uwaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:13 PM | Show all posts
takleh menyampok
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:17 PM | Show all posts
SR jah arini..
nk balik...jommmm...........
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:20 PM | Show all posts
adoiii... mau tengok cete jepun, cete korea, forum, kije, fb, manga... mana masa nak ngorat awek wat ...
syaiful Post at 12-7-2011 17:11


sabo.. sabo... dahulukan mana yg patut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2011 05:20 PM | Show all posts
xara
me pun nk lik gaks .. 5.30 .. kuar skang pun bas takde hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:22 PM | Show all posts
salam semua


ada seorang hamba Allah yang budiman dah highlight benda ni pada tam

malam 16 july tu, adalah malam nisfu syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)



so sgt elok kalau beribadat malam itu...tpi kita ada gath kita, so soklannya

adakah kita
a. teruskan macam biasa, kita selitkan aktiviti di masjid selepas/sebelum makan.
b. kita tunda.
c. kita wat tatau
d. kita gath dan ibadah balik wat masing2.

tlg bg idea, tam perlukan pandangan suma

stkt tam tau yg dah konpom cuba hadir
- saiful
- SR
- Kacut (depends)
- TAMSHA
- kak hana
- far / hubby (makan sahaja)
- manda partner ( depends kesesuaian masa)

so camna?
nama nama bold adalah nama nama y ang setuju tgk wayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 05:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by Hana_Hirokawa at 12-7-2011 17:29

tam tam
me tak kisah.. me folo sore ramai... kalo nk pospon pun bley.. nk gath siang aje pun bley.. makan sate pas raya ker hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by syaiful at 12-7-2011 17:33

Reply 1408# hitamputih


   
sabo.. sabo... dahulukan mana yg patut..

kak hana: please advise...
gathering - hehe... nony5050 tak jadi kah?

kita gath dan ibadah balik wat masing2.

mod tam: nifsu sya'ban merupakan amalan adat
bukan ibadat yang dibuat pada zaman nabi, maka ia bidaah - bidaah yang baik namun tak laa perlu sangat dipentingkan
bukan kata ia tak baik, namun sekadar berkongsi ceramah yang ku ikuti secara langsung bersama Dr. Fetma Az Zahra semasa beliau ke JB last 2 weeks... sebab dia asal arab, maka dia dapat lihat yang mana tiada di sana n ada di sini

ibadah tak semestinya pada hari tu jer tapi pada setiap masa, bila-bila masa dan ketika

sekian pendapatku

Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:36 PM | Show all posts
Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram.

Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.".

amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!.

http://www.detikdaily.net/v5/mod ... 6509&highlight=
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:39 PM | Show all posts
Reply  hitamputih


   
kak hana: please advise...  
gathering - hehe... nony5050 ...
syaiful Post at 12-7-2011 17:31



   

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:



Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.


and dlm post di atas, tak sebut pasal nak ajak baca yassin, cuma aku bg peluang kepada sesapa yang rasa tak sesuai tarikh ni, sila nyatakan.


dlm pada ketika amal ibadat kita tak setinggi para sahabat, tabi'in maka apa apa yang ada dan mampu di amal, amalkan lah. jgn kedekut dalam beramal. just my pendapat :p


sebelum besok, nakminta final list utk yg setuju tgk wayang sbb ada org nak tempah tiket.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:41 PM | Show all posts
tepek lagi....

Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit (benar-benar wujud dan dilakukan oleh Rasulullah saw), pasti Rasulullah s.a.w akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.

Para ulama muktabar lain seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khusus pada malam Nisfu Sya’ban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadith-hadith yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khusus yang perlu dilakukan.



Maka, sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadith atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al-Suyuti: ((Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah)). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

http://abdul-razak.com/?cat=13
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:48 PM | Show all posts
Reply 1412# hitamputih

baik...
paham encik tam...
TQ atas penjelasan tersebut, baca gak tulisan Dr Asri yang cam tam tulis tersebut

hehe... me tak kisah laa nak hold ker nak proceed ker
i follow... hehe, kalo suara ramai rasa tak seswai kne la postpone
kalo rasa seswai tu, proceed: me on ajer...

ape2 tolong update yer tam
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 06:56 PM | Show all posts
Reply  chit_ana

laa... ana... tak pasan lak wish selamat malam kt sinimalam nie lak nk wish nuni ...
syaiful Post at 10/7/2011 15:39


salam maghrib
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 06:56 PM | Show all posts
assalamualaikum

sbj sume
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 10:41 PM | Show all posts
Reply 1416# chit_ana

waalaikumsalam ana... hehe...salam isya' plak pasnie subuh... hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 11:39 PM | Show all posts
Reply  chit_ana

waalaikumsalam ana... hehe...salam isya' plak pasnie subuh... hahaa
syaiful Post at 12/7/2011 22:41


  pe cite ari ni?xsempat nak belek post belakang2
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 08:01 AM | Show all posts
salam pagi..
tam.. me rasa kita teruskan aje lah gath ni... so, tgk wayang nye kul baper? since ada yg nk join utk makan2 aje, me soh diaorg dtg kul 6 kat willy tu bley?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 08:21 AM | Show all posts
salam................ good morning dear lovers...

bestnye korang gather-gather....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.088869 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list