JERANGKAP SAMAR
Cuti tahun baru cina yang lepas ni, ada dua kes aku handle..1 kes orang putrajaya, 1 kes rumah mertua member aku.. kita crita pasal orangputrajaya dulu le..
Deme ni dah beberapa kali mai jumpa aku untuk berubat..yela, aku cuma berusaha je. Yang menyembuhkan bukan di tangan aku.. mungkin sebab deme percaya ngan aku, tu yang mai 2 3 kali tu..aku pun dah pesan kalau tak elok jugak, p cari orang lain..tapi masih jugak nak berusaha dengan aku..dah orang mai jauh2, takkan nak tolak pulak kan? Tolong la jugak mana yang mampu..
Sesi kali ni aku mintak deme bawak garam kasar n lada hitam..jarang aku guna medium2 macam ni..tp dah 2 3 kali tak elok2 jugak, kita try la tengok guna medium2 lain..garam n lada ni bukan buat apa pun..just untuk pago rumah jer…orang kata hantu setan ni takut ngan benda alah tu..ntah ye ntah tidak..tapi tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia2.. so kita try la tengok macam mana ye tak?
Jam 3 petang, suami isteri ni sampai umah abah untuk sesi rawatan..masa ni abah tak ada kat rumah sebab g rumah opah aku.. yang ada mama je la…tp aku dah janji kul 3 aku sampai rumah abah.. jadi kami sampai lebih kurang sama je la..Cuma aku lewat seminit dua…hehehehe
Dah sampai tu, dok sembang2 la macam mana keadaan si isteri lepas berubat sebelom2 ni…katanya dah banyak kurang n gatal2 kat badan tu dah tak ade… Sebelom ni aku ada bekalkan tanah liat yang dah aku proses pada deme..Bila dah guna tanah tu, Alhamdulillah sembuh gatal2 pada tubuhnya..ni yang datang lagi skali ni sebab tiba2 dok rasa takut, dengo macam2 bunyi dan batok2 sampai muntah..
Kes deme ni masih berkisarkan sihir jugak..tak silap aku, ada aku up crita deme ni dalam tajuk Pedang Sufi. Ok bila dah tau apa masalahnya, aku pun g blakang umah amik botoi..biasa la kaedah rawatan aku, tak ada botoi tak sah..hehehehehe.. Aku amik 2 bijik botoi.. “amboi sampai dua bijik..banyak sangat ker kat badan orang tu?” sapa mama kat tepi tingkap rumah.. tetanjat boboy…
“tak le…sebijik ni nak suruh depa bawak balik rumah…” jawab aku “ooo…” ringkas suara mama.
Aku pun masuk balik rumah dengan membawa 2 bijik botoi tu… Botoi pertama aku buka n pasang rantai2 pengikat.. Kemudian sesi menarik pun dilakukan.. ada lebih 4 5 ekoq jugak le dah masuk..semua jenis sihir n tumpangan..yang lain dah cabut lari awal2…aku malas nak cari yang lari2 ni..lantak kome la nak g mana..jangan datang lagi sudah..
Kini mulalah proses memasang perangkap pada botoi keduapulak… kaedah ini aku tak pernah guna pun, sebab tiada keperluan rasanya..tapi kali ni terpaksa guna jugak le sebab rumah orang ni jauh dan aku bukan boleh datang rumah deme tiap2 hari..so aku hantarkan aje perangkap ni untuk settlekan rumah deme..
Proses permohonan pun bermula…Beberapa surah pendek dan selawat dibacakan dalam permohonan ini.. Permainan gerak pula menyusul selepas itu dan kemudian pagaran lam.. Yang terakhir buah2 pukul aku isikan pada botoi kedua tu.. apa bila selesai, pagaran kiblat pulak aku masukan.. kalau lepas lagi aku tak tau la..abis semua aku isi kat situ.. Garam, lada n air aku mintak untuk didoakan dan diisi dengan pagaran2 yang bersesuaian.. Selesai doa pada ketiga2 barang ni, aku pun mula le buka kelas pengajian. Hehehehe
“ok botoi tu, nanti balik rumah putrajaya terus buka dan letakkan kat mana2 yang rasa ada benda2 tu..tak kisah letak kat mana pun janji buka n letakkan dalam rumah..biarkan selama 24 jam..lepas dah 24jam, call atau msg saya..nanti saya tengok dah settle ke belom..kalau dah settle, baru tutup penutupnya n buangkan botoi tu kat sungai.. lepas tutup botoi tu nanti, baru taburkan garam n lada ni keliling rumah..bukan apa..nanti benda tu tak keluar n kita pago umah tu, takut dia lagi mengacau..ye la benda dah terkurung dalam rumah… ok paham ke tak apa saya cakap ni?” tu dia ceramah matematik moden aku..
“ok2..faham” jawab si suami… “air ni macam biasa la mandi n minum…tak boleh tambah2. Guna sampai habis dalam masa 3 hari..” Mereka hanya mengangguk sahaja… “Kalau macam tu, dah slesai la ye…apa2 nanti call la saya balik..” kata ku
Lepas sisi rawatan tu, kami sembang2 sat lepas tu deme pun minta diri untuk balik…harap2 kali ni selesai la masalah deme tu..kesian aku tengok sampai berhabis duit nak berubat..tol lagi minyak lagi, hulur kat aku lagi.. apa la orang ni dengki sangat kat dia pun aku tak tau..tengok orangnya baik je kot…
Last edited by Adiya on 18-2-2014 10:38 AM
|