Edited by washere2 at 21-11-2017 11:53 PM
Just to highlight how pathetic people can be tp figura yg mereka pilih utk menunjukkan sifat pathetic mereka tu benar2 menunjukkan mereka golongan yg betul2 pathetic. Certain wartawan murahan hidup dgn cerita dan tulisan2 sebegini. Kebenaran yg hebat itu menyakitkan hati masing2 utk ditonjol. Lagi Lofa tabah, lagi terserlah hidup mereka yg menyedihkan. Sampai Alif Satar pun nampak dan bersungguh2 membela Lofa. Org bodoh shj tak nampak. Ye la,nak kecam org lain nobody reads. Dalam hati memasing, bila dia ni nak melingkup gamaknya ye? Kecam pun tak lingkup jg
Neelofa dikecam lagi
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pengacara dan pelakon popular Neelofa nampaknya dikecam sekali lagi gara-gara pemilihan busana yang digayakan sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret di Shanghai semalam
Pelakon drama Red Velvet ini menggayakan turban sehingga mencetuskan perbalahan di ruangan komen Instagram miliknya apabila segelintir netizen mempersoalkan pemakaian tudung yang disifatkan tidak sempurna itu.
“Kenapa pakai tudung macam tu. Tak cantik. Dulu lagi cantik,” komen salah seorang pengikut Instagramnya. Bagaimanapun, ada juga peminat yang mempertahankan penampilan pemilik jenama tudung Naelofar HIjab itu dengan memberikan komen-komen positif dan memuji kecantikannya. “Biar apa orang pertikaikan dia, saya tetap suka dan minat. Setiap manusia tiada yang sempurna,” komen peminatnya. - UTUSAN ONLINE
Lakonan Neelofa tidak 'kayu' KETIKA ini bakat Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd. Satar, 27, sekali lagi menerima pujian dalam drama bersiri Red Velvet. Kali ini gandingannya ialah pelakon wanita popular, Noor Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa. Bagaimanapun, kemampuan Alif membawakan watak Izzat dikatakan telah ‘membunuh’ watak Helena lakonan Neelofa sehingga peminat menggelarkan pelakon wanita cantik itu ‘kayu’. Menepis dakwaan itu, kata Alif, sebagai orang yang bekerja dengan Neelofa dia yakin bukan itu yang harus dilemparkan oleh peminat kerana pasangannya dalam Red Velvet itu sudah berjaya membawakan watak tersebut. “Dengan jadual Neelofa yang saya anggap tidak masuk akal memandangkan ketika penggambaran dia terpaksa berulang alik ke luar negara, dia sebenarnya berjaya membawakan watak itu dengan baik. “Malah kalau ikutkan watak itu sekali gus melupakan kita dengan Neelofa sebenar memandangkan dia berjaya menjiwai watak itu,” tambah Alif yang sangat mengagumi pencapaian rakan seperjuangannya itu. Secara jujurnya juga, Alif berpendapat, gelaran ‘kayu’ bukanlah label yang manis untuk menggambarkan kemampuan Neelofa. Lebih penting daripada itu, Alif turut menegaskan, bukan suatu yang adil untuk orang di luar sana menghakimi lakonan pelakon jerkenaan tanpa mengetahui usaha yang dibawa oleh Neelofa. “Pada pendapat saya Neelofa tidak ‘kayu’, sebab dia mampu membawakan watak itu dengan baik. Malah saya sendiri dapat rasakan dia menjiwai watak tersebut. Tidak adil sebenarnya untuk mereka di luar sana keluar dengan kenyataan yang mengatakan dia ‘kayu’ dalam lakonan,” kata Alif mempertahan Neelofa. Mengenali siapa Neelofa dalam industri, Alif sedia maklum akan ada sahaja perkara yang tidak kena pada mata orang ramai mengenai pelakon dan ahli perniagaan yang berjaya itu. Dari kaca mata Alif, Neelofa memenuhi kriteria lain sebagai wanita berjaya dan tiada apa yang mengejutkan untuk orang di luar industri mencari kesalahannya. “Mungkin dalam lakonan orang akan labelkan dia ‘kayu’ untuk menampakkan kesalahannya walhal dia tidak kayu pada pendapat saya. Senang cerita kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu lagi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/lelaki-seperti-alif-1.557426#ixzz4z57zVS29
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/S : my friend tauke kedai kek ckp, dia tak menang tangan sekarang org asyik cari kek red velvet, paling tinggi permintaan sbb drama tu
|