|
ATURAN MAKAN
1. Bagi yang lepas pantang, mula makan pada hari ke 44 lepas bersalin, sekiranya masih ada baki jamu2 selepas bersalin yg belum dihabiskan seeloknye habiskan dulu, kemudian barulah mula makan MAB. Ini krn sepanjang tempoh pengambilan MAB, tidak digalakkan campur/makan bersama jamu2 lain atau apa2 produk herba krn dikhuatiri mengganggu t/balas MAB atau period menjadi lebih tidak menentu.
2. Bagi yang merancang sendiri atau utk mereka yang kitaran haidnye biasa/normal, boleh mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period, walaubagaimanapun sekiranye terlepas tempoh ini kalau kurang dari seminggu period, bole juge nak terus mula makan, jika tidak anda perlu tunggu kitaran haid yang seterusnye bg memastikan tidak mengandung dan spy kitaran haid lebih teratur.
3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh makan bersama pil atau apa2 vitamin yg lain asalkan tiada kandungan herba.
4. Bagi yang merancang mengguna IUD , kaedahnya mengganti dengan MAB adalah seperti berikut;
i) Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.
ii) Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period.Bila IUD sudah expired nanti boleh putuskan samada nak teruskan pakai IUD atau MAB sahaja.
5. Bagi yang merancang mengguna injection, kaedah mengganti dengan MAB adalah seperti berikut;
i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada period hari ke 3,4, atau 5.
ii) Bagi yang tidak period dapat mab dan terus mula makan.
Selepas expired injection boleh putuskan terus sambung injection atau MAB sahaja.
6. Makan 1 biji sahaja sekali sehari samada pagi/malam waktu jam yg sama setiap hari selama 21 hari, tidak perlu berhenti makan sekiranya datang period awal. Selepas habis 21biji, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya. katakan last makan hari ahad so next ahad samb. semula btl ke 2 dan btl seterusnya. contoh:
Cara nak sambung botol seterusnya utk mudah faham spt dibawah;
stop ahad smbg ahad,
stop isnin smbg isnin,
stop selasa smbg selasa
stop rabu smbg rabu
stop khamis smbg khamis
stop jumaat smbg jumaat
stop sabtu smbg sabtu
stop ahad smbg ahad
7. Kes lupa makan;
Samada anda makan waktu pagi ataupun malam, sekiranye terlupa makan hendaklah terus makan sebaik anda ingat 'MAB belum makan lagi'.. jika terlupa juga sehingga waktu yg sepatutnya makan, katalah malam jam 9mlm, makanler terus 2biji. Tidak digalakkan mkn 2biji sekali takut panas, jadi bykkn minum air suam.
Peringatan:
8. Untuk yang merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam, oleh itu amatlah penting untuk disiplin pengambilan makan pada waktu/jam yg sama setiap kali makan (plus/minus 2jam jika lupa sgt). Bagi kes yang lupa makan perlulah berhati-hati supaya tempoh pengambilan tidak melebihi 24 jam.
9. Jika sedang makan MAB didatangi period tidak perlu berhenti terus sambung makan sehingga habis 21biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula btl ke 2 dan btl seterusnya.
Jika anda mematuhi aturan makan maajun MAB insyaallah MAB dapat membantu sebagai kaedah family planning anda.
10. Bagi yang ingin makan MAB sbg IKHTIAR UTK HAMIL, cara makan dan aturannya sama sahaja, cuma bezanye ialah jangkamasa/tempoh pengambilan shj. Maknanye bg kes mahu hamil, anda hanya perlu makan 2 hingga 4 atau 6 botol bagi tujuan merawat dan menyuburkan kembali rahim puan. Bergantung pada t/balas badan masing2, ada yg cepat ada yg lambat |
|
|
|
|
|
|
|
sepoi tengah makan MAB. tengah full bfeed.
ari tu dah dtg period tapi mcm period main2....sikit jer...ni dah dekat 2 bulan x period..dah cek tak pregnant pun..normal ker ya..please help |
|
|
|
|
|
|
|
sepoibahasa posted on 2-4-2013 12:10 PM 
sepoi tengah makan MAB. tengah full bfeed.
ari tu dah dtg period tapi mcm period main2....sikit j ...
ye normal.sbb hormon masih tak stabil+bfeed
|
|
|
|
|
|
|
|
aqyueetda posted on 2-4-2013 09:52 PM 
ye normal.sbb hormon masih tak stabil+bfeed
Thank you awak |
|
|
|
|
|
|
|
sepoibahasa posted on 3-4-2013 09:52 AM 
Thank you awak
sama2.dan pastikan minum air byk2 ye
|
|
|
|
|
|
|
|
x larat rasenya nk selak yg belakang2.. byk pages.... case sy mcm nie..
bersalin 8 bulan lepas tp x period lagi sampai skang.. mcm mn pengambilan MAB?
boleh ke MAB diambil bersama:
1) vitamin shaklee (Vit B, ostematrix , Vitalea , alfalfa)
2) Insert jamu (Jamu Perawan) - yg ni sy x mkn sy guna insert je
|
|
|
|
|
|
|
|
sorang kwn ofis..umo 42thn..dh 6 thn mkn mab ni..tapi 2 bln terakhir ni dia tak dpt stok..jadi dia cuba amek pil manajakani sendiri..tupp..tupp..meletop..pregnat 2 bln..
lagi satu nk tnya..mab ni di bulatkan menggunakan tangan atau machine..sbb sya pernah jmpa size yg agak berbeza dlm 1 btl... |
|
|
|
|
|
|
|
- ..jadi dia cuba amek pil manajakani sendiri..tupp..tupp..meletop..pregnat 2 bln
Copy the Code dah rezki dia le tu- mab ni di bulatkan menggunakan tangan atau machine..sbb sya pernah jmpa size yg agak berbeza dlm 1 btl.
Copy the Code setau saya mmg mnggunakan tangan je la.tp I'Allah dijamin bersih dan suci.jamu ni pun ada dibacakn doa
@awejeha
Last edited by aqyueetda on 6-4-2013 03:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
- boleh ke MAB diambil bersama:
- 1) vitamin shaklee (Vit B, ostematrix , Vitalea , alfalfa)
- boleh.cuma jarakkan masa pengambilan tu
- 2) Insert jamu (Jamu Perawan) - yg ni sy x mkn sy guna insert je
- yg ni mcm payah skit nk jawab sbb tak phm cmne insert tu bfungsi.insert tu bila dh masukkan dia dok kat dlm tu ke?.
Copy the Code |
|
|
|
|
|
|
|
Khasiat2 MAB dlm merawat masalah dalaman wanita:
1. Kacip Fatimah
- dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid
- juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir
2. Serapat
-
Meningkatkan hormon estrogen
- Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran peranakan
- Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan perjalanan haid
- Melegakan senggugut dan medu
- Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh
3. Senduduk
- mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama
4. Inai
- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan) - untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan - dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin
5. Habatussauda
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif dan broncodialating
6. Manjakani
-
menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- dapat mengurangkan lelehan mukus
- membantu menstabilkan hormon
- melancarkan darah dan memberi tenaga
- begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- dapat menghilangkan jerawat
- amalan setiap hari dapat mengempiskan perut
7. Madu
Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit. |
|
|
|
|
|
|
|
CONTOH KIRAAN REHAT 6 HARI
Katakan habis mkn 11 mlm, ahad
mula rest spt dibawah;
11 mlm ahad- 11 mlm isnin(24jam) - rehat hari 1
11mlm isnin- 11 mlm selasa (24jam) - rehat hari 2
11mlm selasa - 11 mlm rabu (24jam) - rehat hari 3
11mlm rabu - 11 mlm khamis(24jam) - rehat hari 4
11mlm khamis - 11 mlm jumaat(24jam) - rehat hari 5
11mlm jumaat - 11 mlm sabtu (24jam) - rehat hari 6
Kena sambung mkn balik hari ahad
So tempoh rehat adalah 6 hari spt ccth kiraan diatas.
Cara nak sambung botol yang seterusnya utk mudah faham spt dibawah;
stop ahad smbg ahad,
stop isnin smbg isnin,
stop selasa smbg selasa
stop rabu smbg rabu
stop khamis smbg khamis
stop jumaat smbg jumaat
stop sabtu smbg sabtu
TINDAKBALAS AWAL/SIMPTOM
1.Sakit pinggang untuk melancarkan saluran darah;
2.Tempoh/kuantiti haid yang tidak menentu; atau
3.Darah haid berwarna hitam bagi mereka yang menggunakan implant sebelum ini;
Ini adalah antara tindakbalas awal/simptom akibat menggunakan Maajun Anggun Bistari dan tempohnya berbeza setiap individu di antara 1-6 bulan.
Walau apapun adalah dinasihatkan terus mengamalkan makan Maajun Anggun Bistari untuk lebih mujarab supaya kembali normal kesihatan badan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
maaf, saya nak bertanya, dari dulu lagi saya tanya kebanyakan seller MAB, tapi tak siapa dpt beri jwpn nya.
Cth: pada waktu rehat MAB (stop makan), haid tak dtg, then make love with husband (within waktu rehat MAB tu), macam mana?
of course possibility utk lekat tu tinggi bukan? so macam mana? boleh tak tolong perjelaskan....
|
|
|
|
|
|
|
|
nurheart_ayu posted on 18-4-2013 04:02 PM 
maaf, saya nak bertanya, dari dulu lagi saya tanya kebanyakan seller MAB, tapi tak siapa dpt beri jw ...
i'Allah tidak, asalkan displin mkn 21biji hari sebelum rehat tu.ikut kitaran period normal,jangkamasa 21hari tu shj yg subur.sbb tu 21biji je,sama spt pil klinik
|
|
|
|
|
|
|
|
aqyueetda posted on 18-4-2013 09:28 PM 
i'Allah tidak, asalkan displin mkn 21biji hari sebelum rehat tu.ikut kitaran period normal,jangkam ...
terima kasih atas pencerahan... 
|
|
|
|
|
|
|
|
nurheart_ayu posted on 19-4-2013 09:49 AM 
terima kasih atas pencerahan...
sama2.harap cerah dh la ye
|
|
|
|
|
|
|
|
nurheart_ayu posted on 18-4-2013 04:02 PM 
maaf, saya nak bertanya, dari dulu lagi saya tanya kebanyakan seller MAB, tapi tak siapa dpt beri jw ...
sjujurnya sy telah cuba maajun ni msuk ke 6 btol.. ikut aturan yg btul,,, ikut seller btau tidk lekat masa rehat.. (sbb maajun pns ddl).. tapi alangkah tkejutnya sy apabila memprcyai maajun ni spt pil prancang n tmgandung lg.. skrg sy buang ksmua lebihan 4 btol yg sy beli itu.. ( sy bli 10 btol utuk 10 bulan)
|
|
|
|
|
|
|
|
selepas itu seller hnya nytakan ~ KUASA ALLAH ~ itu jwpn terakhir.. so kita sndiri la kena tgung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pil Perancang anda ada efek ni,?!!
pening,loya,jerawat,haid sedikit,
haid tidak teratur ,hormon tak stabil,mslh keputihan
dan pertambahan berat badan yang menyebabkan kegemukan .
JOM TUKAR ke MAB
Dengan Maajun Anggun Bistari puan-puan akan merasa selesa dalam merancang keluarga
Harganya yang murah,jimat dan sangat efektif untuk mengawal dan merancang kehamilan dengan baik.
Tanpa ada kesan sampingan,efek dan mudarat
Maajun Anggun Bistari adalah 100% dibuat dari herba, rempah ratus dan madu.Merupakan produk anak melayu yang bersih,suci lagi halal. Bukan setakat untuk merancang keluarga, malah maajun ini juga berfungsi untuk menjaga kesihatan, kecantikan dan awet muda.
Jika puan-puan mempunyai masalah merancang keluarga dengan kaedah moden, bolehlah mengambil alternatif maajun ini. Maajun ini akan bertindak mengubat dan membetulkan semula sistem badan seperti aliran darah dan hormon wanita . Maajun ini membetulkan semula perjalanan period supaya normal/teratur setiap bulan. Puan-puan akan berasa sihat dan bertenaga disamping dapat menikmati khasiat-khasiat kesihatan lain.
Dengan Maajun Anggun Bistari puan-puan akan merasa selesa dalam merancang keluarga. Berbagai masalah penyakit yang dihadapi sebelum ini dapat diselesaikan setelah mengamalkan Maajun ini.
Kandungan MAB ini terdiri daripada bahan-bahan herba yang terpilih sahaja.Pastinya ia mengandungi khasiat dan mampumilik dengan harganya yang murah,jimat dan sangat efektif untuk mengawal dan merancang kehamilan dengan baik.Tanpa kesan sampingan,efek dan mudarat seperti pening,loya,jerawat,haid sedikit,haid tidak teratur dan pertambahan berat badan yang menyebabkan kegemukan .
Kandungan MAB :
kacip Fatimah
serapat
Senduduk
inai
manjakani
madu
jintan hitam/habatuss sauda
Lain2 kegunaan MAB ialah untuk
1. Melambatkan proses menopos/mengembalikan haid org yang telah menopos
Dengan mengamalkan MAB ,anda tidak akan menopos dalam usia terlalu awal sekitar 40an.Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah ke usia 30an.
Disebabkan faktor usia,stress dan tekanan hidup,otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan.Jika masalah ini tidak dapat diatasi dengan baik,kita akan menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan proses menopos.
Keadaan ini menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga.hubungan seksual suami isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut.Insya Allah dengan mengamalkan MAB,mslh tersebut dapat diatasi.
2. MAB Ikhtiar utk dapat ANAK
Biasanya wanita yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung.Berkemungkinan wanita seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti 'blocking'
pada peranakan seperti darah haid tidak keluar habis/keputihan.
Keadaan ini mungkin menghalang perjalanan sperma lelaki dari saluran peranakan(tiub faloppio)menuju ke arah rahim untuk bercantum dengan benih perempuan(ovum/telur).Insya Allah, dengan mengamalkan MAB,ianya akan mengeluarkan kembali darah haid lama(warna coklat) dan lemak putih(keputihan) yang bertindak sebagai pencuci peranakan supaya proses persenyawaan boleh berlaku.
Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiarkan dengan pengambilan MAB.
amalkan sekurang2 nye 6botol atau sehingga kitaran haid normal.
3.Sesuai Bagi Wanita Berumur/Warga Emas
MAB bkn sahaja untuk wanita muda,malah ianya juga sesuai untuk warga emas yang berusia 50an ke atas.Walaupun tidak dapat mengembalikan haid semula tetapi tetap mendapat khasiatnya seperti melancarkan perjalanan darah,memberi tenaga,lawas pembuangan,menghilangkan kebas-kebas kaki dan tangan dan sebagainya.
Photo: Pil Perancang anda ada efek ni,?!! pening,loya,jerawat,haid sedikit, haid tidak teratur ,hormon tak stabil,mslh keputihan dan pertambahan berat badan yang menyebabkan kegemukan . JOM TUKAR ke MAB Dengan Maajun Anggun Bistari puan-puan akan merasa selesa dalam merancang keluarga Harganya yang murah,jimat dan sangat efektif untuk mengawal dan merancang kehamilan dengan baik. Tanpa ada kesan sampingan,efek dan mudarat RM 15 Sebotol/sebulan https://www.facebook.com/pages/M ... 122490420155?ref=hl Maajun Anggun Bistari adalah 100% dibuat dari herba, rempah ratus dan madu.Merupakan produk anak melayu yang bersih,suci lagi halal. Bukan setakat untuk merancang keluarga, malah maajun ini juga berfungsi untuk menjaga kesihatan, kecantikan dan awet muda. Jika puan-puan mempunyai masalah merancang keluarga dengan kaedah moden, bolehlah mengambil alternatif maajun ini. Maajun ini akan bertindak mengubat dan membetulkan semula sistem badan seperti aliran darah dan hormon wanita . Maajun ini membetulkan semula perjalanan period supaya normal/teratur setiap bulan. Puan-puan akan berasa sihat dan bertenaga disamping dapat menikmati khasiat-khasiat kesihatan lain. Dengan Maajun Anggun Bistari puan-puan akan merasa selesa dalam merancang keluarga. Berbagai masalah penyakit yang dihadapi sebelum ini dapat diselesaikan setelah mengamalkan Maajun ini. Kandungan MAB ini terdiri daripada bahan-bahan herba yang terpilih sahaja.Pastinya ia mengandungi khasiat dan mampumilik dengan harganya yang murah,jimat dan sangat efektif untuk mengawal dan merancang kehamilan dengan baik.Tanpa kesan sampingan,efek dan mudarat seperti pening,loya,jerawat,haid sedikit,haid tidak teratur dan pertambahan berat badan yang menyebabkan kegemukan . Kandungan MAB : kacip Fatimah serapat Senduduk inai manjakani madu jintan hitam/habatuss sauda Lain2 kegunaan MAB ialah untuk 1. Melambatkan proses menopos/mengembalikan haid org yang telah menopos Dengan mengamalkan MAB ,anda tidak akan menopos dalam usia terlalu awal sekitar 40an.Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah ke usia 30an. Disebabkan faktor usia,stress dan tekanan hidup,otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan.Jika masalah ini tidak dapat diatasi dengan baik,kita akan menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan proses menopos. Keadaan ini menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga.hubungan seksual suami isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut.Insya Allah dengan mengamalkan MAB,mslh tersebut dapat diatasi. 2. MAB Ikhtiar utk dapat ANAK Biasanya wanita yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung.Berkemungkinan wanita seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti 'blocking' pada peranakan seperti darah haid tidak keluar habis/keputihan. Keadaan ini mungkin menghalang perjalanan sperma lelaki dari saluran peranakan(tiub faloppio)menuju ke arah rahim untuk bercantum dengan benih perempuan(ovum/telur).Insya Allah, dengan mengamalkan MAB,ianya akan mengeluarkan kembali darah haid lama(warna coklat) dan lemak putih(keputihan) yang bertindak sebagai pencuci peranakan supaya proses persenyawaan boleh berlaku. Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiarkan dengan pengambilan MAB. amalkan sekurang2 nye 6botol atau sehingga kitaran haid normal. 3.Sesuai Bagi Wanita Berumur/Warga Emas MAB bkn sahaja untuk wanita muda,malah ianya juga sesuai untuk warga emas yang berusia 50an ke atas.Walaupun tidak dapat mengembalikan haid semula tetapi tetap mendapat khasiatnya seperti melancarkan perjalanan darah,memberi tenaga,lawas pembuangan,menghilangkan kebas-kebas kaki dan tangan dan sebagainya. Last edited by aqyueetda on 21-4-2013 07:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dhea posted on 21-4-2013 04:37 PM 
selepas itu seller hnya nytakan ~ KUASA ALLAH ~ itu jwpn terakhir.. so kita sndiri la kena tgung..
as salam,ini semua ikhtiar kita puan dhea.pil2 di klinik,farmasi,IUCD,injection dll tu bukan kah semua nya itu cara kita merancang utk mengelakkan mngandung.begitu jugalah MAB ni.tetapi Allah jua la yang berkuasa menentukan rezki ank2 dlm usaha kita merancang ni.ada wanita yang tidak merancang tapi masih juga tidak mendapat zuriat yang diinginkan.puan pula dipilih utk menambah zuriat lagi.siapalh kita utk menidakkannya. saya sendiri dah amalkan dan mjual MAB ni hampir 5tahun.2thn sblm ngandung anak no3,dan samapi skang anak saya pun dh nk masuk 3thn
saya tidak akan memberi jaminan kepada cust saya bahawa maajun ini 100% berjaya merancang.saya hanya menekankan displin dlm mengikut aturan.
semoga puan selamat melahirkan dan dikurniakan anak yang comel dan soleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
PILIHAN DI TANGAN ANDA
pilihlah kaedah merancang yang paling minimum risko nye
Perancangan Keluarga
Perancangan keluarga perlu bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai. Perancangan keluarga perlu untuk menjarakkan anak, supaya ibu dapat pulih sepenuhnya.Sekiranya ada luka jahit sewaktu bersalin, luka dapat pulih dengan sempurna. Ia juga dapat menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Sekiranya ujian air kencing menunjukkan hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga.
Berikut, merupakan antara kaedah yang kerap digunakan.Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.
IMPLAN (IMPLANON)
Implan merupakan kaedah perancangan keluarga untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.
Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.
Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.
Bagaimana implan dipasang?
Doktor akan menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan. Bahagian lengan akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. Anda boleh membuka balutan selepas 24 jam. Kebiasaannya, implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid.
Kesan sampingan implan
Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. Implan akanmempengaruhi kitaran haid; kitaran haid tidak menentu atau tiada haid.
Pengeluaran implan
Ubat bius akan diberi sebelum insisi dibuat. Selepas implan dikeluarkan, luka akan dibalut.
Sekiranya anda ingin hamil semula, implan akan dikeluarkan dan kesuburan akan kembali semula selepas satu bulan.
Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.
Implan tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.
IUCD Multiload Cu250 atau Cu375
IUCD atau "intrauterine contraceptive device" ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.
Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid. Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.
Kelebihan IUCD
o Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
o Tidak mengganggu penyusuan bayi
o Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
o Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala
Prosedur memasukkan IUCD
Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik. Doktor akanmengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. Selepas IUCD dimasukkan, doktor akanmemotong benang 2-3cm daripada servik. Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan. Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.
Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:
o Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
o Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
o Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
o Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
o Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal
Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)
Prosedur mengeluarkan IUCD
Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor. Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.
Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada. Jika anda disahkan mengandung, IUCD akandikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.
Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.
IUCD Mirena
IUCD Mirena merupakan alat merancang kehamilan seperti Multiload Cu250 atau Cu375 tetapi ia mengandungi hormon.Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan, IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.
PIL PERANCANG NORIDAY
Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.
Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.
Cara pengambilan pil Noriday
Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.
Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.
Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang samasetiap hari. Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.
Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan cara alternatif selama 14 hari.
Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.
Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.
Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.
SUNTIKAN DEPO
Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo. Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya. Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.
Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.
Kekerapan suntikan
Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.
Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:
o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.
PIL PERANCANG KOMBINASI
Ini merupakan cara yang efektif dan 'reversible', boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur. Namun, pil ini hanya efektif sekiranya pil dimakan mengikut jadual.
Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut, pendarahan, sakit kepala, gangguan emosi.
Contoh pil kombinasi ialah mercilon, marvelon, loette, lindynette, meliane, microgynon 30, novynette, oralcon, rigevidon, trinordiol, yasmin
Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya:
1) merokok
2)penyakit kencing manis
3)penyakit darah tinggi
4)pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya
5)penyakit hati
6)migraine
7)pernah mengalami darah beku dalam salur darah
8)pernah mengalami kanser payudara
9)mengambil sesetengah antibiotik, antifungal, ubat sawan, charcoal, ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut
Sekiranya anda menggunakan pil perancang, dapatkanlah nasihat daripada doktor anda. Pastikan anda berjumpa doktor setiap bulan untuk memastikan penggunaan pil sesuai untuk anda. Jangan sesekali melalui jalan pintas dan membeli pil perancang di kedai tanpa nasihat doktor. Bincanglah dengan doktor sekiranya ada masalah sebelum menukar ke pil yang lain.
Cara-cara lain yang tidak kekal:
1)Kondom lelaki atau wanita
2)Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma
3)Vaginal ring mengandungi hormon
4)Patch mengandungi hormon, perlu ditukar setiap minggu
Cara-cara lain yang kekal:
1)"Bilateral tubal ligation" iaitu tiub fallopian yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong
2)"Vasectomy" bagi kaum lelaki
*Perbezaan harga:
Kondom: Rm1-2 x 12 = Rm12-Rm24 sebulan
Pil perancang: Rm10-Rm60 sebulan bergantung pada jenis pil
Suntikan depo: Rm45 setiap 3 bulan iaitu Rm15 sebulan
IUCD Cu250: Rm130 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm3.60 sebulan
(IUCD Mirena lebih mahal)
Implanon: Rm535 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm14 sebulan
*Harga hanya anggaran sahaja, bergantung pada ketetapan klinik masing-masing.
Pilihan bergantung pada anda. Marilah kita sama-sama membendung pembuangan bayi yang tidak bersalah. Jadilah ibubapa yang bertanggungjawab dan rancanglah keluarga anda mengikut kemampuan anda. Jadikanlah setiap anak itu anak yang diingini.
http://drlinaaestheticblog-timel ... angan-keluarga.html
MAB tidak mengandungi bahan sintetik yang menyebabkan kesan jangka panjang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|