|
cikmouse posted on 3-10-2012 11:36 AM
buku senyum sampai langit....ku hanya mampu bc bab2 awal yerrrr...pastu campak dlm rak.....x kena ...
hadoi lah...aku pun beli buku ni sbb baca kat thread ni buku ni konon2nya kalau baca confirm senyum je all the time! Sudahnya..aku bukan senyum, tp rasa nak lempar masuk bakul sampah! balik2 ayat dia, pompuan tu cun la comel la, yg laki pulak hensem la macho la....muakkkkkk okeh!
|
|
|
|
|
|
|
|
myazura posted on 18-10-2012 11:49 AM
hadoi lah...aku pun beli buku ni sbb baca kat thread ni buku ni konon2nya kalau baca confirm senyu ...
kah3x...aku pon x tau nk senyum tang mnernyaaaaaaaaaaa biler bc novel nieeee.....punyer laaa sabo selak bab2 awal tuu arrr....last2 muncong panjang sedepa laaaa yg aku dapat.........huuuuuuuuuuuuuu........
|
|
|
|
|
|
|
|
cikmouse posted on 18-10-2012 11:56 AM
kah3x...aku pon x tau nk senyum tang mnernyaaaaaaaaaaa biler bc novel nieeee.....punyer laaa sabo ...
hoho senasib.....xtahan mbacanya.....hbs bertabah dah bqca sampai setengah...lepas tu terus simpan....tdk lah lalu nak mbacanya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Aki ingatkan aku sorang je yg terpedaya dgn senyum sampai langit. Gara2 komen kononnya bila baca buku ni, kita akan senyum sepanjang masa... aku pun rasa tak sabar2 nak baca. Tp bila dah start baca... alahai bosannya. Langsung tak masuk dgn jiwa aku ni... |
|
|
|
|
|
|
|
zimmy_fan posted on 21-10-2012 12:11 AM
Aki ingatkan aku sorang je yg terpedaya dgn senyum sampai langit. Gara2 komen kononnya bila baca buk ...
sama la kita..x smpai setengah buku dh x bleh 'bg diskaun' lg..hukum simpan je..huhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
baca ' senyum sampai ke langit' segaris senyum pun tak dapat |
|
|
|
|
|
|
|
'dapur wawa' tak tau kenapa mami baca buku ni, |
|
|
|
|
|
|
|
'lazuardi' boleh baca.... tapi x beli pun x apa punya kategori. Such a huge gap dengan SS. Macam bukan dari penulis yang sama |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Umum Nov. 2012: Nasi Lemak Ikan Pekasam ~ Ahmad Safarman
Penulis: Ahmad Safarman
ISBN: 978-967-0508-03-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Nov. 2012
andai hatimu menciptakan jarak,
berdiamlah
kerana waktu akan membantumu
Ezudin merupakan seorang guru yang berasal dari Kuala Lumpur dan ditugaskan mengajar di sebuah kawasan pedalaman. Kedatangannya disambut dengan katak yang melompat di seluruh kelas. Aiman, anak muridnya itu memang sengaja ingin mengenakannya, itu kata hatinya.
Di sana dia mengenal satu dunia yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Di sanalah dia kenal dengan katak, beruk, haruan, tekukur dan segala macam khazanah hutan. Sungguh, dia tak gemarkan semua itu!
Namun di sebalik semua itu, dia turut belajar tentang kehidupan. Dia kenal seorang Aiman, anak muridnya yang sentiasa sahaja tidak kena pada pandangan matanya. Entah kenapa, Aiman selalu sahaja melakukan perkara yang tidak disukainya. Sampai satu masa, barulah dia faham kenapa Aiman melakukan semua itu.
Cikgu, saya sayang cikgu!
+++
AHMAD SAFARMAN bereksperimen dengan pengalamannya sebagai guru untuk menulis tentang seorang guru yang menghadapi pelbagai kerenah anak murid. Penulis ini menulis dengan harapan apa yang ditulisnya sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada pembaca. |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Umum Nov. 2012: Ketuk Pintu Hati Dia~ Ana Farhana
Penulis: Ana Farhana
ISBN: 978-967-5118-90-6
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Nov. 2012
Mungkin kau jauh dari mataku, tapi tak pernah jauh dari hatiku
I
“Kenapa kau tak nak kawan dengan aku?”
“Kenapa aku kena kawan dengan kau?”
“Kalau kau jadi kawan aku, kau tak rasa rugi tau.”
“Sebab?”
“Sekali kau jadi kawan aku, aku akan sayang kau sampai kiamat.”
II
“Huda, kau pandang aku sebagai lelaki yang macam mana?”
“Kawanlah!”
“Kalau kita ditakdirkan jumpa lagi sekali, boleh tak masa tu kau jangan layan aku sebagai kawan kau?”
III
Selepas 5 tahun...
“Kau sedar tak kau panggil aku apa? Awak. Kau buat aku rasa geli. Kita kawan rapat dulu, sebelum kau pergi macam tu aje. Sekarang, kenapa kau buat macam kita ni orang asing?”
“Sebab saya sukakan awak.”
Kata-kata itu membuatkan Huda terasa dirinya macam dilambung ombak kuat, membuatkannya terus tercampak ke benua lain.
*****
ANA FARHANA mempersembahkan Ketuk Pintu Hati Dia dengan bahasa santai yang manis. Jom baca kisah Huda dan E-key ini, agar kita mampu mengerti bahawa bahagia itu perlu dicari, bukan dinanti. |
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 21-10-2012 09:24 PM
baru bulan oktober
Ini Buku ADIWARNA dan ada threads JS ADIWARNA SDN BHD |
|
|
|
|
|
|
|
sutungR posted on 29-10-2012 11:29 AM
Ini Buku ADIWARNA dan ada threads JS ADIWARNA SDN BHD
dah update.tq
|
|
|
|
|
|
|
|
mamiayu posted on 22-10-2012 12:25 AM
baca ' senyum sampai ke langit' segaris senyum pun tak dapat
novel ini tlalu kebudak-budakan sgt...
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_redapple posted on 20-9-2012 01:26 PM
antara
a. senyum sampai langit
b. si mangkuk tingkat
Pendapat dari saya B & C lah sbb dua-dua novel ni saya dah habis baca
dan blh masuk dgn taste saya..
|
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 23-9-2012 05:05 PM
Novel Umum Jemari Seni Okt. 2012
Tajuk: Takkan Pernah Berubah
Saya suka cerita ni..... cerita yg simple tapi padat....suka carita mcm ni ...
Membaca dari bab pertama sehingga bab akhir tanpa gangguan
dpt dihabiskan dlm beberapa jam sahaja....
|
|
|
|
|
|
|
|
Novel Umum Jemari Seni Disember 2012
Tajuk: Bukan Sekadar Teman MesraPenulis: Ezra Azad
ISBN: 978-967-0508-05-4
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 3 Dis. 2012
Sinopsis:
Cinta adalah anugerah Allah apabila dijaga dengan sempurna
Sudah 15 tahun Ezryna dan Ezhar berkawan baik. Ezhar umpama bayang-bayang yang sentiasa mengekori Ezryna. Tanpa Ezhar, Ezryna rasa hidupnya sunyi sepi.
Aku tak nak ada orang lain yang boleh ambil tempat aku sebagai kawan kau. ~ Ezryna
Tempat kau tu hanya untuk kau sorang aje. Kau member baik aku sampai bila-bila. ~ Ezhar
Suatu hari, Ezhar tergamak menengking Ezryna kerana seorang perempuan lain. Buat pertama kali, mereka bergaduh besar!
Ezryna kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu Ezhar. Ezhar pula baru sedar perasaannya terhadap Ezryna setelah ketiadaan gadis itu di sisi. Namun, belum sempat dia meluahkan rasa, Ezryna mengkhabarkan tentang berita pertunangannya. Hati Ezhar hancur berkecai.
Tanpa diduga, suatu peristiwa yang tidak tersangka mengubah hidup Ezryna 180 darjah telah terjadi! Mampukah Ezryna menerima kembali ‘bukan sekadar teman mesranya’ itu?
*****
EZRA AZAD menggarap Bukan Sekadar Teman Mesra dengan selamba dan bersahaja. Sebuah kisah persahabatan penuh suka duka tetapi indah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk: Bougainvillea
Penulis: Packy Sidique
Harga: RM22.00sm /RM25.00ss
Terbitan: Jemari Seni
Pesanan Online: mulai 3 Dis. 2012
Sinopsis: Terbelenggu dek kenangan silam membuatkan Hakimi menutup pintu hatinya. Tak dibenarkan sesiapapun membukanya. Dirinya masih mencari Nina, cinta hatinya yang hilang tak bertanda. Bertahun dia mencari, namun jawapan yang dicari tetap tak ditemui. Suatu hari dia bertembung dengan seseorang. Gadis itu mirip sekali dengan Nina.
Deena, gadis yang sentiasa riang dan lincah. Hidupnya berubah setelah dia dan keluarganya berpindah ke Rumah Bougainvillea. Kedatangannya disambut dengan bisikan lembut di telinga. Tidur malamnya juga diganggu dengan kehadiran dirinya sendiri. Dia keliru, mengapa dirinya?
Akhirnya Deena bertemu dengan Hakimi. Dia yakin Hakimi ada jawapan untuk semua itu. Selepas itu pelbagai peristiwa berlaku. Kebetulan demi kebetulan berlaku. Rahsia yang terpendam sekian lama, sedikit demi sedikit timbul. Namun, terbukanya rahsia, bermakna terdedahlah mereka dengan bahaya. Bougainvillea... di situ segalanya bermula.
dekat dengan aku, walaupun tak tercapai dek tangan
*****
PACKY SIDIQUE menulis Bougainvillea yang membawa pembaca bersama-sama mencari jawapan kepada setiap persoalan dan misteri yang timbul dengan unsur-unsur saspens dan dramatik.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah baca saya iman awak muslim...
hmmm...scene dgn hero heroin skit sgt..kalau kumpul pun rasnaya tak sampai 20 page kot.
mungkin penulis nak tunjuk lebih baik bercinta selepas menikah..(itu memang sweet)
bila ada scene ni..best sgt..suka part2 gaduh..suka part2 suka tapi malu
banyak skip sungguh bila baca buku ni...
nama watak sampingan banyak sangat...nama pun nak dekat2..nama rzuan pastu tukar jd duan lak...kalau 1-2 watak sng la nak ingat kan..
suka jugak scene opah cter kisah lama2 opah dgn atuk...
buku ni...'beli tak pa...tak beli pun x pa..' |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Red tgh gigih sedaya upaya nk habiskan ikhlas,a.k! Baca review kt sini pyala best..so bli dulu n br start baca..rupanya terpedaya...sgtla bosan dgn ayat2 pjg ceta benda yg sama..kaya..rumh besar...tiap kali ada pasal adik..tiap kali gak dok bgtau bla3 adik dia penting..xdpt kasih syg...skali bgtau da cukupla nk paham kan...tiap kali gak balik umah lempar kasut..tiap kali gak dia ingat xpe bibik akan uruskan...
Still xnmpk di mana bestnya...mgkin pasni kot...mgkin xsesuai dgn jiwa red...
Pasni buku js pun kena pikir byk kali da bila nk bli
:-( |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|