Ketika pemimpin BN bermegah kononnya keputusan Ma ...
kecimpret Post at 11-1-2012 12:45
ahli ada jawatan dengan takde jawatan...tu bezanya..kalau dah takde jawatan mmg selalunya akan bercakap sebaliknya..kalau masih dalam jawatan mmg x boleh tunjuk sokongan....
saya sokong sapa saja yg jadi PM...janji dia tak makan rasuah dan mencekik duit rakyat jelata. saya ...
anna_maria Post at 11-1-2012 13:00
mungkin ko kurang jelas...kalau sokong PR pun ada masalah juga...tgk kes seksualiti merdeka...aderkah ko nak tgk negara ni bebas dari segi tu dan mereka yang beragama islam boleh tukar agama? aku bukan nak momokkan sesiapa tapi itu laa demokrasi sebenar ....persoalan sekarang adakah org melayu islam bersedia utk demokrasi sebenar?
mungkin ko kurang jelas...kalau sokong PR pun ada masalah juga...tgk kes seksualiti merdek ...
abgboroi Post at 11-1-2012 13:46
saya tak fikir mrk akan membiarkan benda itu berlaku. kerana hanya segelintir kecil saja yg menyokong acara itu. saya tak kisah sama ada wakil itu dari UMNO atau pembangkang...yang penting mereka bersih dan dapat menjamin kesejahteraan rakyat.
sanjung anwar??? sampai Harakah kata sapa undi anwar tempah neraka.... dasyat oooo...nerak ...
gede-bab Post at 11-1-2012 12:39
adoi.. tahun bila punya cerita tuh bai.... naper tak citer zaman anwar masih baby dulu...kencing dekat tepi pokok...wakakaa... otak pencacai low IQ...{:4_241:}
Tok Kadir ni selalu nampak kat damansara. selalunya nampak dia dok kat kusi belakangpernah juga serempak kat petrol kiosk..dia ok.. tapi mamat sorang lagi tu.. tak tahulah driver dia ke.. anak menantu dia ke.. corky komain... ko dah tau ko rapat dengan somebody somebody.. bawak bawak la senyum...
hmmm tapi mungkin jugak dia sakit perut nak terberak masa tu.. hahaha
KELMARIN Anwar Ibrahim dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kes yang menjadi perhatian ramai malah diheret ke mata antarabangsa itu sememangnya mencatatkan rekod tersendiri. Bukan satu rekod tetapi pelbagai rekod.
Anwar dituduh pada 7 Ogos 2008 dan kes berakhir kelmarin iaitu 9 Ogos 2012. Penangguhan kes sebanyak 55 kali. Alasan penangguhan terlalu banyak untuk diungkap selain pelbagai permohonan termasuk supaya hakim bicara menarik diri atas dakwaan berat sebelah. Hakim bicara itu ialah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang membuat keputusan mengejutkan banyak pihak kelmarin. Keputusan itu memihak kepada Anwar.
Penantian kes yang berlangsung lebih tiga setengah tahun (mungkin boleh dimasukkan dalam Guiness Book of Record) hampir 80 peratus selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila Anwar dipanggil membela diri. Tentunya keputusan memanggil Ketua Pembangkang itu berbuat demikian kerana hakim bicara mendapati kes tersebut ada prima facie. Apatah lagi hakim bicara sendiri mendapati Saiful Bukhari adalah saksi yang boleh dipercayai (witness of truth).
Prinsip undang-undang prima facie amat jelas seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 180 Kanun Acara Jenayah. Tidak sukar memahami prinsip tersebut. Apabila hakim bicara sudah berpuas hati pasukan pendakwa dapat membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, hakim bicara mestilah memanggil tertuduh membela diri.
Dalam erti kata lain - laluan prima facie ke sabitan kesalahan tidak jauh, malah ada yang menyimpulkannya sebagai terlalu hampir. Apabila ada prima facie maknanya ruang untuk tertuduh disabitkan kesalahan sangat luas.
Mungkin kerana prinsip prima facie itulah, maka Anwar sendiri pada 10 Februari 2011 semasa berucap di Washington DC dengan yakin menjaja keyakinannya. Dalam ucapannya dia memberitahu, apabila kesnya diputuskan kelak, dia pasti akan disabitkan dan dipenjarakan.
Memanjangkan lagi keyakinannya, Anwar menyimpulkan bahawa plot kesnya itu telah dirancang. Didorong oleh prima facie itu juga mungkin para penyokong Anwar melancarkan Kempen Bebaskan Anwar.
Perkataan 'bebaskan' itu sendiri memberi gambaran bahawa Anwar akan didapati bersalah dan akan dipenjarakan justeru satu kempen untuk membebaskan pemimpin kesayangan mereka mesti dijalankan.
Persoalannya apakah kayu pengukur atau kriteria untuk menentukan sama ada hakim bicara berpuas hati atau sebaliknya sebelum menentukan wujud kes prima facie? Dan sejauh mana pula nilai prima facie itu sendiri dalam sesuatu kes sehinggakan ramai yang menyebut perkataan itu, walaupun mungkin tidak begitu arif atau memahaminya.
Prof. Salleh Buang ketika diaju persoalan itu menarik perhatian terhadap kes prima facie yang menuntut penilaian menyeluruh di pihak hakim bicara sebelum dapat menentukan nilai bukti dan keterangan yang dikemukakan pendakwa raya.
"Sebelum hakim bicara boleh mengatakan dia berpuas hati ada kes prima facie terhadap tertuduh, beliau mestilah melakukan penilaian maksimum (maximum evaluation) segala keterangan yang dikemukakan oleh pasukan pendakwa,'' katanya.
Profesor Undang-Undang itu memetik dua kes tempatan untuk menjelaskan lagi tentang prinsip prima facie. Kes pertama Looi Kow Chai lwn Pendakwa Raya [2003] 2 MLJ 65.
Dalam kes tersebut Hakim Mahkamah Rayuan Gopal Sri Ram ada menjelaskan tugas hakim bicara di bawah Seksyen 180 Kanun Acara Jenayah.
"Beliau (hakim bicara) mesti menguasai keterangan pendakwaan ke peringkat penilaian maksimum dan bertanya dirinya sendiri: Jika saya memutuskan untuk memanggil tertuduh membela diri dan dia memilih untuk berdiam diri, adakah saya bersedia untuk menyabitkannya berdasarkan keseluruhan keterangan yang terkandung di dalam kes pendakwaan? Jika jawapannya negatif maka tiada kes prima facie dan tertuduh layak dibebaskan.''
Satu lagi menjadi rujukan iaitu Balachandran lwn Pendakwa Raya [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan menjelaskan lagi maksud Seksyen 180 Kanun Acara Jenayah seperti berikut - "Kes prima facie adalah hasil daripada sesuatu yang mencukupi untuk tertuduh dipanggil memberi jawapan. Ini bermakna bukti keterangan yang diperoleh mestilah ke peringkat ia hanya boleh 'dimusnahkan' oleh bukti-bukti sebaliknya''.
Salleh mengaitkan penjelasan Gopal Sri Ram dan Mahkamah Persekutuan dalam kedua-dua kes itu dengan kes Anwar.
"Tentunya apa yang orang awam tahu pasukan pendakwa telah dapat membuktikan satu kes prima facie di penghujung kesnya.
"Berdasarkan prinsip undang-undang yang digariskan mahkamah dalam kes-kes terdahulu, pastinya hakim bicara telah membuat penilaian maksimum keterangan yang dikemukakan pasukan pendakwa di hujung kesnya sebelum memutuskan untuk memanggil Anwar membela diri,'' katanya.
Lalu dilontarkan kemusykilan jika hakim bicara telah membuat penilaian maksimum dan mendapat ada kes prima facie dalam pertuduhan liwat, mengapa keputusan kelmarin umpama pusingan U?
Salleh sendiri sukar membuat kesimpulan kerana penghakiman semalam tidak dibuat secara bertulis. Hakim bicara hanya membaca penghakiman secara ringkas dalam masa tiga minit. Justeru semua pihak terpaksa menunggu penghakiman penuh sebelum dapat membuat penelitian dan penilaian.
Yang pasti menurut Salleh (seperti diketahui ramai), ketika memutuskan tertuduh tidak bersalah dan hendak dilepas dan dibebaskan, hakim bicara menyandarkan alasan tiada bukti kukuh dan "tidak selamat" untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.
"Disebabkan kita belum berpeluang meneliti sepenuhnya teks penghakiman hakim bicara, sukar bagi kita membuat kesimpulan bagaimana hakim bicara membuat dapatan sedemikian rupa,'' kata Salleh.
Apa pun dalam seksyen 182A Kanun Acara Jenayah, katanya, ada dinyatakan bahawa di penghujung perbicaraan, mahkamah hendaklah menimbangkan semua keterangan yang ada di hadapannya sebelum memutuskan sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.
Ditanya sama ada kes tersebut perlu dibawa ke peringkat rayuan, Salleh berpendapat langkah tersebut adalah wajar sekiranya pasukan pendakwa terkilan dengan keputusan mahkamah.
Apatah lagi, memandangkan pasukan pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di penghujung kes pendakwaan dulu.
Beliau yakin proses rayuan itu akan memberi peluang sepenuhnya kepada panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan menilai semula sama ada keputusan hakim bicara itu betul atau pun tidak di sisi undang-undang dengan meneliti secara terperinci alasan-alasan penghakiman hakim bicara itu.
Apa pula beban di pihak pendakwaan jika berhasrat membawa kes tersebut ke peringkat rayuan? Salleh berpandangan, pendakwaan terpaksa meneliti secara terperinci setiap perkataan, setiap baris dan setiap ayat yang terdapat dalam penghakiman hakim bicara.
"Mereka mesti mengemukakan hujah berasaskan prinsip undang-undang kepada Mahkamah Rayuan bahawa hakim bicara telah melakukan kesilapan dalam penghakimannya,'' katanya.
Persoalannya, apakah pasukan pendakwa akan dapat mengemukakan hujah sekuat itu di Mahkamah Rayuan nanti? Pastinya pasukan peguam bela Anwar akan menghujah balas bahawa keputusan hakim bicara adalah betul dan tidak ada salah silapnya. Bertitik-tolak daripada itu mereka akan membuat permohonan agar rayuan pasukan pendakwa ditolak.
Perjalanan kes pertuduhan liwat membabitkan Anwar ini hakikatnya masih jauh. Keputusan Hakim Mohamad Zabidin terlalu singkat untuk dianalisis lantaran ketiadaan penghakiman bertulis, lari daripada kebiasaan amalan hakim-hakim terdahulu. Apakah yang tersirat di sebaliknya, sama-sama kita tunggu.
TAN SRI DR. NORDIN KARDI ialah Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris
MOHD. Saiful Bukhari Azlan telah pun mengetahui keputusan aduan beliau kepada pemerintah mengenai pertuduhan jenayah yang beliau anggap telah diperlakukan terhadapnya oleh pihak tertuduh. Tertuduh telah didapati tidak bersalah daripada pertuduhan. Mahkamah telah memberi keadilan kepada beliau dan dengan itu beliau bersih.
Telefon dan emel saya hingga saat ini dipenuhi dengan gerak balas daripada kawan-kawan saya: daripada kedua-dua pihak - yang menyokong tertuduh menyatakan syukur dan yang tidak menyokong meluahkan rasa marah-marah mereka kepada saya.
Dalam hal Saiful, nampaknya banyak pihak termasuk Saiful walaupun reda tetapi merasa tidak memperolehi keadilan. Soalnya, benarkah perbicaraan selama tiga tahun itu bertujuan memberi keadilan kepada Saiful dan keadilan juga kepada tertuduh?
Saya berpendapat bahawa benar perbicaraan tiga tahun itu ialah untuk memberi keadilan kepada tertuduh tetapi salah jika dikatakan perbicaraan itu terus dikaitkan dengan memberi keadilan kepada Saiful.
Memberi keadilan kepada Saiful pada saya bukan di mahkamah jenayah. Dalam kes jenayah itu Saiful hanyalah seorang saksi, sama tarafnya seperti barang-barang bukti yang lain. Mahkamah hanya akan memutuskan menerima atau menolak barang bukti dan pernyataan saksi bagi memutuskan sama ada tertuduh melanggar undang-undang tertentu yang telah dibuat oleh negara.
Mahkamah jenayah ialah tempat membicarakan kes warganegara melawan negara (citizen against state) terhadap sesuatu pertuduhan yang dikenakan kepada seseorang tertuduh. Sebab itulah negara boleh menggunakan kewangan pembayar cukai untuk membiayai kos membuktikan negara lebih benar daripada yang dituduh.
Jika keputusan tidak memihak kepada terduduh dalam kes ini, mahkamah tidak akan mengatakan keputusan memihak kepada Saiful sebaliknya keputusan memihak kepada negara. Konsep inilah yang nampaknya kawan-kawan saya belum faham, dan saya percaya ramai lagi di luar sana yang tidak faham.
Dalam mahkamah jenayah biasanya tidak disebut "A melawan B" atau "A (tertuduh) melawan Negara" tetapi pernah juga istilah "people" digunakan bagi mewakili negara seperti kes jenayah O.J. Simpson, bekas pemain American Footbal terkenal di Amerika Syarikat (AS) yang disebut juga sebagai "People of the State of California v. Orenthal James Simpson".
Istilah ini menarik kerana jika digunakan di Malaysia, ia akan mengubah konsep 'tertuduh melawan kerajaan' kerana yang dilawan bukan kerajaan sebaliknya melawan rakyat negara itu yang mengizinkan (melalui prosedur undang-undang) wang cukai yang mereka bayar digunakan untuk melawan seseorang yang telah melanggar kepentingan atau peraturan negara.
Hal begini perlahan-lahan dapat mengubah persepsi bahawa sesuatu kes jenayah adalah perlawanan antara kerajaan dengan sesiapa juga yang dikenakan sesuatu pertuduhan. Dalam keadaan itu kerajaan akan dilihat sebagai tidak terlibat atau 'neutral'.
Dalam kes Simpson ini, dia telah dituduh membunuh bekas isterinya Nicole Brown Simpson dan kawannya Ronald Goldman. Perbicaraan ini dianggap di AS sebagai perbicaraan abad ke-20 yang diberi liputan secara meluas dan luar biasa oleh media elektronik dan cetak.
Perbicaraan mengambil masa sembilan bulan di hadapan hakim Lance Ito. Simpson mengambil pasukan peguam yang sangat berprofil tinggi di AS, yang diketuai oleh Johnnie Cochran. Ahli-ahlinya termasuk F. Lee Bailey, Robert Shapiro, Alan Dershowitz, Robert Kardashian, Gerald Uelmen (Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Santa Clara ) dan Carl E. Douglas.
Johnnie Cochran dan pasukannya telah berjaya mengusik fikiran juri bahawa ada keraguan teknikal dalam pengurusan sampel DNA yang diambil. Cochran menimbulkan bahawa saintis dan juruteknik makmal lalai dalam mengendalikan bukti sampel darah dengan mempersoalkan pelbagai keadaan berkaitan pengurusan bahan bukti itu.
Cochran juga menimbulkan isu salah laku Jabatan Polis Los Angeles terhadap Simpson bagi menimbulkan keraguan itu. Cochran mengupah pakar DNA yang sangat hebat, Barry Scheck dan Peter Neufeld untuk menolak dalil DNA pihak peguam cara.
Simpson akhirnya diputuskan tidak bersalah terhadap pertuduhan. Hal ini perlu dibaca, bahawa mahkamah bukan mengatakan Simpson tidak membunuh tetapi Simpson tidak bersalah daripada pertuduhan. Jelas sekali hal teknikal memainkan peranan amat penting di mahkamah jenayah.
Berbalik kepada Saiful, di manakah dia sepatutnya menuntut keadilan? Saya katakan bukan di mahkamah jenayah kerana jika tertuduh didapati bersalah, Saiful tidak akan mendapat apa-apa selain daripada rasa puas hati. Oleh itu tempat Saiful mendapat keadilan seharusnya di mahkamah sivil.
Di mahkamah sivil, Saiful bukan hanya berperanan sebagai saksi atas arahan negara tetapi akan berperanan sebagai pihak yang menuntut.
Mengambil pengajaran daripada kes O.J. Simpson, di dalam mahkamah jenayah dia telah didapati tidak bersalah meskipun pelbagai hujah yang dikemukakan seperti memberi petanda bahawa tertuduh memang telah melakukan pembunuhan.
Isu-isu teknikal sememangnya menjadi pertimbangan hakim di mahkamah kerana hal-hal teknikal akan menimbulkan keraguan. Hakim tidak mahu negara menzalimi seseorang individu dengan melalui pertuduhan yang meragukan.
Dalam hal inilah negara yang diwakili oleh Peguam Negara dapat menghakimi kecekapan jabatan itu bekerja. Jika banyak kes yang mahkamah melepaskan tertuduh, biasanya rakyat akan mempersoalkan kecekapan bekerja dan tahap ilmu Peguam Negara yang mewakili kepentingan mereka.
Sebaliknya, di mahkamah sivil beban pembuktian tidak memerlukan syarat melampaui keraguan munasabah sebaliknya bergantung kepada kemampuan dan kecekapan peguam Saiful (bukan Peguam Negara) menunjukkan kepada hakim bahawa Saiful lebih benar.
Sebagai perbandingan, keluarga mangsa bunuh O.J. Simpson telah berusaha mendapat keadilan di mahkamah sivil. Semasa perbicaraan, bahan-bahan bukti yang digunakan di mahkamah jenayah digunakan semula di dalam perbicaraan sivil itu.
Perbicaraan sivil (civil trial) telah memihak keluarga mangsa yang masih hidup. Mahkamah sivil telah membuat keputusan bahawa Simpson bertanggung jawab menyebabkan kematian Goldman dan Brown secara salah (istilah digunakan ialah wrongful death).
Mahkamah pula membuat keputusan keluarga mangsa mendapat AS33.5 juta sebagai ganti rugi dan hukuman menyebabkan kesakitan (compensatory and punitive damage).
Mungkin orang awam di Malaysia juga tidak tahu bahawa untuk mempertahankan diri terhadap sesuatu pertuduhan oleh negara memerlukan wang yang sangat banyak.
Kita percaya dalam kes yang Saiful menjadi saksi baru-baru ini tentu yang dituduh telah berbelanja sangat banyak bagi mempertahankan diri beliau. Sebagai rujukan kes O.J. Simpson bagi perbicaraan dalam tempoh sembilan bulan, dia dikatakan telah berbelanja kira-kira RM20 juta bagi membayar kos mahkamah, yuran peguam dan upah pakar DNA yang mampu mencabar pakar DNA yang disediakan oleh negara.
Bagi mempertahankan dirinya di mahkamah sivil Simpson telah membelanjakan kira-kira AS$1 juta sahaja.
Jika saya diminta oleh Saiful untuk menasihatinya apa yang patut dibuatnya selepas ini bagi memastikan dia mendapat keadilan, jawapan saya ialah Saiful mesti segera mula memfail tuntutannya di mahkamah sivil.
Kawan-kawan yang hantar mesej marah-marah kepada saya pula silalah mula hulurkan sumbangan kepada Saiful untuk membiayai kos mahkamah nanti.
[/td][/tr]
[/table]
slippergombak Post at 11-1-2012 15:38
Ko pergi la tanya Red aku ke emasriba tu? Ce tanya wahai encik totok hidung kembang jerawat batu bergaya dgn mercedes kawan yg suka berposing atas kerusi snap gambo sendiri yg berlagak macho dalam forum tapi kat luar gaya cakap soft spoken ala2 mcm pondan tu?