CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
 Author| Post time 9-12-2013 10:00 AM | Show all posts
Cerita Pantai Timur

PENGKALAN KUBOR – Bantuan makanan akan disalurkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di beberapa buah kampung di pinggir Sungai Golok yang ditenggelaminya banjir akibat limpahan Sungai Golok.

Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, tinjauan di Kampung Bendang Pak Yong dan Kubang Sawa mendapati air semakin naik dan menjangkakan mungkin ada mangsa banjir akan dipindahkan.

“Saya nasihatkan penduduk di sini berpindah pada siang hari untuk mengelakkan sebarang masalah sekiranya air dari limpahan sungai Golok terus meningkat.

“Bagi mangsa banjir yang terperangkap bantuan makanan akan disalurkan esok (hari ini),” katanya ketika membuat tinjauan di Kampung Bendang Pak Yong dan Kubang Sawa petang semalam.

Noor Zahidi berkata, antara kampung yang terputus hubungan ialah Kampung Jejuluk, Teluk Jering, Kampung Kajang Sebidang, Kampung Simpangan dan Kubang Sawa.

Tinjauan Sinar Harian ke kampung yang terjejas banjir itu mendapati kawasan itu ditenggelami air bagaikan lautan.

Penduduk menggunakan bot untuk berulang-alik membeli keperluan dapur, kenderaan dan haiwan ternakan di letak di jalan Kasban antara jalan yang tidak ditenggelami banjir.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2013 10:01 AM | Show all posts
Cerita Pantai Timur

Membeli barangan makanan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir. Program dijalankan oleh beberapa NGO di Pasaraya Mydin Kuala Terengganu.


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:02 AM | Show all posts
zaujahzauji posted on 9-12-2013 09:24 AM
macam kenal je ko ni.korang ni ex-teknik yg suka wat dinner kat brick cafe tu ke?kalau betul sah l ...

mmg exteknik pon...yg organize ni pon kwn exteknik dgn kwn2 sekolah lama dia & ofismate dia....tp u salah org kot...xtau brick cafe tu kat mana...nnti i tanye my fren yg organize tu...dia mmg selalu wat gathering dgn exteknik yg lain tp i xpernah join ehehehhe...projek kali ni pon kebetulan je join
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 10:02 AM | Show all posts
Jalan kg cherok paloh kg ubai...terkini


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 10:06 AM | Show all posts


King Jason


Sebanyak 5 4X4 dan 8 buah kereta penuh muatan berkonvoi dalam misi bantuan kepada mangsa2 banjir dia daerah Kemaman Terengganu.

Antara pencetus misi dan orang kuatnya adalah sebuah NGO - PEMASSA ( Persatuan Media Sosial Malaysia ) dan juga artis dikenali ramai Abby Abadi.

Target dan matlamat adalah
- Menyampaikan sumbangan terus ke pada mangsa mangsa banjir. Bukan ke pusat pusat pengumpulan yang kami nampak cara dan agihan sangat meragukan.

- Menyampaikan bantuan ke kawasan yang TIDAK mendapat bantuan. Akses jalan tersekat dan ke rumah2 penduduk yang DINAFIKAN bantuan.

Alhamdulilah. Misi kami BERJAYA dengan izinNYA kami pulang dengan rasa puas dan semua peserta sukarelawan selamat sampai .

Terima kasih kepada semua penderma2 dan sukarelawan yang terlibat.





















Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:08 AM | Show all posts
Yang aku bangga, sumbangan orang persendirian sampai dulu sebelum bantuan Gomen kepada mangsa banjir. Syabas kepada rakyat Malaysia yg berjiwa murni ni!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2013 10:11 AM | Show all posts
miawpink posted on 9-12-2013 09:23 AM
Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam

jumpa diorang kat bhp gombak sabtu pagi lepas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:12 AM | Show all posts
Dlm masa bencana mcm ni ada jugak org nak ambil kesempatan.. Sebarkan maklumat palsu la (macam maklumat konon empangan nak pecah la whatever - alih2 dapat kenyataan dari PAIP yg berita tu tipu - sapa yg untung? Pengusaha tow-truck!).. Register sbg mangsa dekat multiple centres (ada centre yang kononnye 3000+ mangsa tapi yg ada kat situ 200-300 je (bantuan punya la byk sampai berlebihan, sedangkan kat tpt lain bantuan takde/sedikit je)... Mencuri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2013 10:13 AM | Show all posts
I ♥ PAHANG

Zaff Ezekeil

Aku ada dgn dua orang lagi handle bekalan yang anta ke rompin dengan Helicopter. Mmg betul kata pilot tu, segelintir je nak menolong, yang laen puas dipanggil diorang peluk tubuh je.Bekalan tu utk 3 buah kampung orang asli dari JKM.Tu pekerja2 pemotong rumput bangla yang menolong kitorang aritu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 10:17 AM | Show all posts
Dua negeri, 16,214 keluarga



KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir Pahang dan Terengganu menunjukkan penurunan dan kini terdapat 58,120 daripada 16,214 keluarga ditempatkan di 196 pusat pemindahan sehingga 11 malam tadi.

Mengikut rekod Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, jumlah mangsa keseluruhan di Pahang susut kepada 35,502 berbanding 40,399 yang dicatatkan pada awal pagi.


Mengikut perangkaan, sejumlah 10,632 keluarga kini berada di 148 pusat pemindahan seluruh Pahang.


KUANTAN
Mangsa: 29,379

Keluarga: 9,154
Pusat pemindahan: 42
Kampung: 30.

PEKAN
Mangsa: 3,286
Keluarga: 809
Pusat pemindahan: 31
Kampung: 53

MARAN
Mangsa: 933
Keluarga: 200
Pusat pemindahan: 22
Kampung: 22

ROMPIN
Mangsa: 35
Keluarga: 11
Pusat pemindahan: 2
Kampung: 2

JERANTUT
Mangsa: 570
keluarga: 129
Pusat pemindahan: 11
Kampung: 11

LIPIS
Mangsa: 49
Keluarga: 10
Pusat pemindahan: 4
Kampung: 2

TEMERLOH
Mangsa: 904
Keluarga: 224
Pusat pemindahan: 22
Kampung: 22

BERA
Mangsa: 196
Keluarga: 44
Pusat pemindahan: 7
Kampung: 7

RAUB
Mangsa: 150
Keluarga: 42
Pusat pemindahan: 10
Kampung: 10

JALAN DITUTUP
* KM72 Jalan Kuantan-Segamat
* KM28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan.
* Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial)


TERENGGANU mencatatkan penurunan sedikit jumlah mangsa banjir kepada 22,618 yang direkodkan pada sekitar 11 malam tadi, berbanding 22,800 pada kira-kira 5 petang.

Jumlah keluarga terbabit pula adalah 5,582 berbanding 5,637 yang kini ditempatkan di 48 pusat pemindahan seluruh Terengganu.


DUNGUN
Mangsa: 2,719
Keluarga: 672
Pusat pemindahan: 7

KEMAMAN:
Mangsa: 19,869
Keluarga 4,901
Pusat pemindahan 39

KUALA TERENGGANU:
Mangsa: 6
Keluarga: 1
Pusat pemindahan: 1

MARANG:
Mangsa: 23
Keluarga: 8
Pusat pemindahan:1

JALAN DITUTUP
* Jalan Mak Lagam- Cheneh, Kemaman (dibuka untuk kenderaan berat)
* Jalan Cukai-Air Putih (Kg Sungai Pinang), Kemaman
* Jalan Sulaimani (Jambatan Limbong), Kemaman
* Jalan Kuala Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (jambatan Kuala Kejir), Hulu Terengganu


Keadaan banjir di KELANTAN semakin pulih pada sekitar 11 malam tadi, dengan hanya 139 mangsa daripada 66 keluarga di tempatkan di empat pusat pemindahan manakala tiada jalan ditutup.

PASIR MAS
Mangsa : 134
Keluarga : 65
Pusat pemindahan: 3

TUMPAT
Mangsa : 5
Keluarga : 1
Pusat pemindahan : 1


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian mangsa banjir ni...masa duk dgn arwah wan kt btu anam sgamat..slalu gak jd mgsa bnjir ni... Last edited by qatrunnada on 9-12-2013 10:21 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 10:20 AM | Show all posts


@ ] abby_abadi112 #MisiKemanusiaan #7/8Dec2013
#PEMASSA #FMC #PAS #AbbyAbadi
Ini gambar terbaik yg berjaya Sy rakamkan. Nk sebut dekat sini......... Kami hulurkan bantuan tanpa memilih siapa mereka. Sbb kami tahu yg rakyat2 bawah ni, yg masih sokong UMNO/BN tak kaya punnn.. sama je sakitnya macam kami ni...... cuma taktahu kenapa masih birat lagi

Ada tu... petugas2 PAS cerita. Ada yg xnk terima sumbangan, takut org kerajaan nampak. Nak tunggu MB sendiri yg bagi. Takut nanti kalau terima bantuan dr pembangkang, kerajaan tahu, mereka xdpt terima bantuan lain lak nnti.. aduhhhhuhuhu.. sampai hari ni MB Terengganu langsung tak menjenguk ke sini.. TAKUTLAH hanya pd ALLAH Sahabat2ku. Rezeki semua dtg dariNYA. Makhluk tak punya kuasa..   5min


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 10:23 AM | Show all posts
betoi ke??


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 10:26 AM | Show all posts
shared


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 10:28 AM | Show all posts
Oh! Media

Kami pernah terserempak dengan beliau di tengah ibu kota dan sempat berbual-bual siap beliau ajak makan Roti Canai sekali bila free sebab rumah dia dekat dengan mapley yang selalu kami lepak di Desa Pandan dan dia pun memang selalu sarapan pagi di mamak tersebut. Itulah zahirnya seorang menteri yang penuh dengan sikap rendah diri. Mana yang baik tu, contohilah bersama. --


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:32 AM | Show all posts
KT kelmarin mendung hujan sikit2
semalam mendung tak hujan
ingatkan hari ni cerah lah
kembali hujan rupanya
sekarang tgh lebat
langit gelapppppp pagi tadi
sampai petang lah gamaknya gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 10:36 AM | Show all posts
kdai2 yg femes mcm kfc, mcd, pizza, seven e, xde ke support? tnye je k..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:37 AM | Show all posts
xdielzx posted on 9-12-2013 10:12 AM
Dlm masa bencana mcm ni ada jugak org nak ambil kesempatan.. Sebarkan maklumat palsu la (macam maklu ...

mmg cilaka dan lahanat la org2 yg buat perangai hamjadah camni
lg2 ambil yg bukan hak
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:37 AM | Show all posts
mahmoode posted on 9-12-2013 08:41 AM
kalau dewan tu beraircond buleh la buat camni.....kalau tak banjir ketiak weh....

yg gambar kat thai tu mmg tempat ber ekon.gambar tu kat epot thai..sbb tu nampak kemas dan tersusun..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:38 AM | Show all posts
miawpink posted on 9-12-2013 09:54 AM
@ ] ctdk Persiapan staff SS petang tadi untuk mangsa banjir..Terima kasih juga buat yg sama2 d ...

tq dik miaw...pasni boleh tgk gambo ct berselfie bersama mangsa banjir plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.183714 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list