|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
TQ TT ada citer baruuu!!
oh ya btw..since i tulis mastika dok cedok story dari sni....tetibeee keluaran mastika terbaru ni xde dah story2 yg diceduk dari sni.... |
|
|
|
|
|
|
|
tq TT... best ada citer baru |
|
|
|
|
|
|
|
bam daniiiiii
tq ye...
besh3!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Best! Thank you Ban Dani. |
|
|
|
|
|
|
|
auza_chiyoko replied at 4-9-2018 08:04 AM
TQ TT ada citer baruuu!!
oh ya btw..since i tulis mastika dok cedok story dari sni....tetibeee ke ...
bpe keluaran tu diorg kopipess tulisan dani ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
seramnya fikir pasal latest update A tu is 2013
means die hidup lg la kot ek skg..huaaa serammm
|
|
|
|
|
|
|
|
seriously respect dgn u
mmg bersungguh bagi info kt sini
bukan semata copy paste je
siap translate, cross check..
dah mcm buat tesis..nah kopi n munge
|
|
|
|
|
|
|
|
suke gak baca mastika sebab penulisan diorang best
tak sangka wartawan baru diorg kaki copy paste pulak..choy
anyway, knp x jual je buku2 tu..sayang plak g buang..huhuhu
kt umah parents ade gak koleksi mastika, ada yg dah hilang sbb org pinjam x pulang
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks sis... sharing is caring gitu rajin2 check la blog ai... hujung minggu ni kalo takda aral melintang hihihi mungkin ada cerita baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah bookmark dah blog u
hbs baca dah smlm..hihihi
nnt masukkan cite sini kt sana ek
yg amazingnara tu best gak tp nk cari kes2 ni payah
kena buka tiap2 bulan pnye entry..ke ade cara lain?hihihi
yg penting dani jgn mgalah mnulis tau..teruskan..ktorg ada
|
|
|
|
|
|
|
|
uitt byk gak tuu.. giler senang kje
|
|
|
|
|
|
|
|
Blog pun blog la..jnji ada update baru..haha
Sy sndri pun jrg bforum dh..all the best..sy akn still follow kat blog nnti.
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 11-8-2018 01:09 AM
Hai kawan2,
Memandangkan ai malas nak deal spesis pemalas kaki kopi pasta (ai dah jumpa bbrp blog ...
Hi dani...
Sedih la kita dani slowdown kat benang nie...
X pe i follow u mlalui blog k
Bai bai |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 9-8-2018 11:53 PM
kalau nak diikutkan kisah kembar bisu, rasanya popular jugak. ramai penulis cover kisah tu. tapi k ...
Dani,
Kita ada beli buku unsolved crime tu,
hilang daa... |
|
|
|
|
|
|
|
done bookmark your blog!.
Thanks TT susah payah translatekan case. Tapi tu la, orang lain senang-senang kopipasta. |
|
|
|
|
|
|
|
pada saya thread ni antara bebenang terbaik yang pernah saya baca |
|
|
|
|
|
|
|
i pun penunggu setia thread ni dri awal..sedih tt x update kt sini lagi |
|
|
|
|
|
|
|
daniii.. weols rinduuuu nk bc thread uols |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 6-11-2018 06:28 AM
Siapa Letak Bella Di Dalam Wych Elm?
Hutan Hagley
Pada 18 April 1943, empat orang budak lelaki bernama Robert Hart, Thomas Willetts, Bob Farmer dan Fred Payne dari Stourbridge sedang memasang perangkap haiwan di Hutan Hagley berdekatan Bukit Wychbury, apabila mereka menemui sebuah pokok besar jenis Wych Hazel, yang kadang-kadang penduduk tempatan keliru dengan pokok Wych Elm. Keempat-empat mereka yakin bahawa pokok itu sesuai untuk mencari sarang burung, lantas Farmer memanjatnya sambil melihat-lihat sekeliling. Sewaktu memanjat, dia kemudian melihat ke bawah – ke dalam rongga batang pokok, dan melihat satu tengkorak yang disangkanya datang dari sejenis haiwan. Walau bagaimanapun, setelah diteliti terutamanya pada rambut dan gigi, barulah dia perasan yang dia sedang membelek-belek tengkorak manusia. Memandangkan mereka memecah masuk kawasan itu, Framer meletakkan kembali tengkorak tersebut ke tempat asalnya dan keempat-empat budak itu pulang ke rumah tanpa menceritakan penemuan itu kepada sesiapa.
Pokok Wych Elm yang menjadi tempat persemadian "Bella"
Tengkorak yang ditemui
Namun, budak yang paling muda yakni Tommy Willets berasa tidak sedap hati dengan apa yang telah dilihatnya dan memutuskan untuk memberitahu ibu bapanya. Apabila pihak polis memeriksa semula rongga pokok tersebut, mereka menemui tulang rangka yang hampir sempurna, sebelah kasut, sebentuk cincin emas dan beberapa cebisan pakaian. Setelah mereka meluaskan pencarian, sebelah tangan yang dipotong turut dijumpai, ditanam berhampiran dengan pokok itu.
Mayat itu dihantar untuk pemeriksaan forensik oleh Prof. James Webster. Beliau mengesahkan bahawa rangka itu milik seorang perempuan berusia 35 tahun dengan ketinggian 5 kaki, dan pernah melahirkan anak. Dia dianggarkan telah mati sekurang-kurangnya 18 bulan, seterusnya menentukan masa kematiannya sekitar Oktober 1941. Prof. Webster juga menemui kain taffeta digumpal di dalam mulut mangsa, yang juga disyaki menyebabkannya mati tercekik. Berdasarkan sukatan saiz batang pokok, beliau menyimpulkan mangsa disumbatkan di situ ketika mayatnya “masih panas” – yakni sebaik saja dibunuh - kerana jika dibiarkan lama, mayat wanita itu akan mula melalui ‘rigor mortis’ dan mengeras, dan tidak akan dapat dimasukkan ke dalam batang pokok.
Oleh kerana pembunuhan wanita itu berlaku ketika Perang Dunia Kedua sedang berlangsung, proses pengenalan identitinya telah menemui jalan buntu. Pihak polis dikatakan mampu menggambarkan keadaan wanita itu ketika hayat berdasarkan barang-barang yang ditemui bersama mayatnya. Namun, mereka menerima beribu-ribu laporan orang hilang sewaktu perang, dan orang ramai waktu itu juga sentiasa berpindah randah, maka rekod terlalu banyak untuk diperiksa secara satu persatu.
Pada 1944, mesej dalam bentuk tulisan graffiti berkenaan misteri tersebut buat pertama kalinya muncul di tembok Jalan Upper Dean Street: “Siapa yang meletakkan Bella ke dalam pokok Witch (Wych) Elm – Hutan Hagley” Nama “Bella” menunjukkan seolah-olah penulis graffiti itu mungkin mengenali si mati mahupun si pembunuhnya. Beberapa bulan dan tahun kemudian, mesej sama ditemui di sekitar pekan tersebut - Adakalanya ditulis dengan nama "Luebella". Akhirnya pada 1970an, satu lagi graffiti muncul di tiang obelisk berhampiran Hutan Hagley.
Beberapa teori telah ditampilkan oleh para penyiasat:
- Si mati mungkin seorang pelacur yang dilaporkan hilang oleh rakannya di Birmingham
- Seorang wanita yang menjadi mangsa gurauan beberapa orang lelaki mabuk dengan menyumbatkannya di dalam pokok
- Penyanyi kabaret dan bintang filem Jerman bernama Clara Bauerle yang tidak dapat dikesan sejak 1941
- Pengintip wanita berbangsa Belanda yang mungkin dibunuh oleh pihak Jerman
- Mangsa pembunuhan ritual sihir orang Gipsi - Berdasarkan penemuan tangan yang dipotong
Kini lebih kurang 70 tahun kemudian, tiada siapa yang tahu identiti sebenar “Bella”, penulis graffiti tersebut dan di mana tulang rangkanya berada.
WIKIPEDIA
Jangan lupa lawat blog ai
|
|
|
|
|
|
|
| |
|