CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: paparock

Koleksi Foto : Wedding

[Copy link]
Post time 14-6-2010 12:57 PM | Show all posts
ni tips utk sape2 yg mau shoot wedding. aku copy dr mbr aku pny site (lensamelayu.net) n aku baca note ni smpy skang. sgt membantu memudahkan kerja2 ms hari kejadian.

1.Buat ‘Shot List’
Bincang dengan pasangan mempelai untuk fikirkan Shot yang mereka ingin untuk dirakam pada hari indah mereka. Lepas tu, kaji sama ada Shot tu boleh dibuat atau tidak. Ini amat berguna untuk Shot bersama keluarga mempelai. Mane tau kot2 bila dah habis majlis tetiba lupa plak nak amik gambar dengan sedara mara, atuk & nenek. Tak ke naya nanti.

2.Koordinator Foto Keluarga
Kebiasaannya pada hari perkahwinan keadaannya sama ada terlalu meriah, kelam kabut & tertekan. Ahli keluaga mempelai akan berada di merata tempat untuk melayan tetamu yang hadir. Jadi, cuba dapatkan bantuan pasangan pengantin untuk memilih beberapa ahli keluarga mempelai yang dapat menjadi Koordinator Foto Keluarga untuk mengumpulkan sanak saudara, atuk & nenek untuk famili shot @ group foto. Secara tidak langsung ini memudahkan keja OP yang sememangnya penat kehulu ke hilir pada hari perkahwinan.

3.Riki Lokasi Majlis Kahwin
Melawat sehari sebelum majlis perkahwinan. Ini sebenarnya membantu OP mendapatkan idea untuk shot2 yang menarik dengan subjek2 yang tersedia dan mengenalpasti kehadiran cahaya (lighting) di lokasi kejadian. kekeke Selain itu, dapat gak beramah mesra dengan keluarga pengantin, so memudahkan kerja pada hari esoknya.

4.Persedian Awal Adalah Kunci
Terlalu banyak perkara yang boleh mengundang masalah pada masa Majlis Perkahwinan - jadi OP seharusnya bersedia bagi sebarang kemungkinan. Sediakan beberapa Backup Plan (Plan A, B, C). Sebagai contoh hari hujan, pastikan bateri telah dicas (Flash & Dslr), format memori kad, sediakan memori kad yang mencukupi, fikirkan jalan dan masa untuk sampai ke tempat majlis perkahwinan dan dapatkan aturcara majlis dan mesti sedia maklum bagi sebarang perubahan.

5. Tunjukkan Sampel Hasil Yang Akan Diterima
Tunjukkan workstyle anda, hasil, album anda kepada bakal pengantin. Tak rugi kalau laburkan untuk membuat album bagi menayang hasil kerja anda yang mantap. Tunjukkan apa yang pengantin akan dapat dengan pakej yang anda tawarkan. Biar sampai lidah pengantin terkedu tak terkata dengan produk, servis yang anda tawarkan supaya pengantin rasa berbaloi dengan harga yang mereka bayar. Dapatkan pendapat dari bakal pengantin apa yang mereka inginkan, mana tau anda tak penah terfikir ker tetibe depa bagi idea bernas.

6.Ambil “Small Details Shot”
Shot yang dimaksukan adalah perincian yang boleh memberi “special touch” atau trademark bagi seseorang fotografer. Ambil lah gambar cincin bersama subjek2 lain (cincin sngkut kat ranting, letak ats buku, ats kad jemputan dll), ambil gambar persalinan pengantin, kasut, bunga, susunan meja makan beradab, menu, hantaran dsb. Cuba dapatkan inspirasi ini dari majalah pengantin atau shot dari sahabat2 fotografer yang lain. Tak de salahnya meniru tapi sampai bilakan so cari “special touch” anda.

7.Gunakan Dua(2) Dslr
Cubalah merayu ker, pinjam ker, sewa ker, curik jangan ok… kamera dslr kedua untuk hari majlis perkahwinan tu - setkan dengan lens yang berlainan sebelum majlis bermula iaitu dengan wide angle lens(10-24,11-18,24,28 dll - bagus untuk candid shots dan ruang yang sempit) dan satu lagi zoom lens (terlalu banyak untuk ditaipkan - ini cam biasa lah leh amik candid shots gak, skodengshotsdll)
(Yups…tips ini mungin tak berapa sesuai bagi yang baru2 mula nak bertatih dalam wedding fotografer)

8.Ajak Tag Along atau Upah Second Photografer
Dengan Tag Along atau mengupah second photografer adalah satu strategi yang baik bak kata orang “play safe”. OP tidak perlu berlari ke hulu ke hilir untuk mendapatkan kesemua moments sepanjang berlangsung majlis perkahwinan. Sebagai contoh bagi arahan atau minta tolong atau tugasan kepada Tag Along Fotog atau Second Fotografer untuk mendapatkan Candid Shot dsb dan anda bolehlah fokus pada pengantin. Bagi Tag Along, ajarkan fotog yang amatur, noob dan newbie untuk dapatkan shot2 yang diinginkan oleh OP. So, kat sini both parties akan dapat faedah, OP akan dapat shot yang dia tak dapat cover dan Tag Along Fotog akan dapat ilmu, tambah portfolio dan carik client skali.

semoga berjaya menjadi wedding photog yg berjaya. Ameen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 07:46 PM | Show all posts
adie...aku ni bab2 wedding ni mana ada ilmu lagi weh, tengah mencuba2 je lagi

tips2 engko tu mmg berguna sgt, kwn aku ada dah yg ajak wat foto wedding ni tapi aku rasa ilmu tak cukup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 08:40 PM | Show all posts
kalo nk wat wedding cume ade 4 je yg penting pd aku.
1. gear cukup.
2. ilmu teknikal yg bagus.
3. confident.
4. alert dgn moment.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 08:55 PM | Show all posts
bagus la adie... detail
tp x mau ambik aku sbg protege ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 09:57 PM | Show all posts
aku blom bleh jd mentor derr..
takat kongsi ilmu yg ciput ni bleh la.
nnt ade job aku ajak ko k.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 01:01 AM | Show all posts
ko masuk la mentor 5 pas nie muahahahaha

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2010 02:25 PM | Show all posts
alhamdulillah... ramai yg dah boleh shoot wedding yer.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 03:11 PM | Show all posts
masuk mentor 5 aku kene jd protege..xmo r. hahaha.
alhamdulillah enchek zaihan. ni berkat doa otai2 mcm ko.
along, xde lg ke? hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2010 08:49 PM | Show all posts
dah puas berguru ngan buku internet...
nak berguru ngan org plak
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 10:53 PM | Show all posts
Reply 1449# arish9867

kalo nak ikut bulan 7 ni ade job. tp aku dh hire sorang tag.
kalo ko nak ikut nembak, aku no hal. cume unpaid la. xmampu nk bayo tag smpy 2 org. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 11:22 PM | Show all posts
Reply 1450# adiegani

Aku ikut boleh?....kt mn?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 08:54 AM | Show all posts
Reply 1448# adiegani


minggus depan wa kat melaka, tak shoot wedding tapi shoot silat hehehehe cam biasa wa shoot, transfer dan amik cash sahaja (copyright tetap milik wa) bermula jam 9 - 12thari, wa upah seseorg bawak equipment cum dreba ngan bayaran RM50 ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 08:54 AM | Show all posts
Reply 1450# adiegani


    adieeeee...haku nak ikutttttttttttttt....pree pon x pe....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 12:14 PM | Show all posts
sape nak ikut meh la. kt pasir gudang, jb. hahaha..
tp mcm senseha ngn dewa, aku yg kene blajo ngn korang. errkk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 01:57 PM | Show all posts
mak ehhhh jb plak...ingatkan area kl je huhuhu....

hoihhh apa plak cfu nak blaja ngan haku..... tgh cari cfu lagi ni adie wessss..... ada sesapa sudi outing n beri tunjuk ajo kat haku plssssss huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 02:29 PM | Show all posts
kan kt kl ramai sifuuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 07:52 PM | Show all posts
ko nak jemput aku kat mn?
hehehehehe....jauh siut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 08:55 PM | Show all posts
adie ..... nak tanya sikit....
selalunya time mempelai bersanding.. amat susah nak cari angle...
maklumlah org ramai nak tengok..

kena pulak ruang rumah sempit...
cam mana ... apa perlu kita lakukan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 10:00 PM | Show all posts
adie ..... nak tanya sikit....
adie ..... nak tanya sikit....
selalunya time mempelai bersanding.. amat susah nak cari angle...
maklumlah org ramai nak tengok..

kena pulak ruang rumah sempit...
cam mana ... apa perlu kita lakukan
...
angketam Post at 16-6-2010 20:55


Sangkut body kat tripod... kasik bikin cam joloh buah.. set timer or remote.. 3 fps pr 10 fps should be 3-4 menjadi:p hehehe xtaulah petua ke tips ke pepe but saya penah buat:p
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 11:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:23 PM GMT+8 , Processed in 1.584361 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list