CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
 Author| Post time 9-12-2013 10:39 AM | Show all posts
Shamsul Bin Osman

Antara salah sebuah rumah selepas banjir surut. Total loss. Kami hanya mampu menolong angkat keluar perabut dan perkakas yang musnah dan cuci rumah sedaya yang mungkin.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 10:41 AM | Show all posts
yeay.. @miawpink dh kembali bertugas..semangat nk update cerita..

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:42 AM | Show all posts


1010hrs.. cuaca baik di kebanyakan negeri.

ok kita kembali ke angkasapuri bersama miawpink.. silakan

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:48 AM | Show all posts
Jahanam betullah masih ada org yg sibuk menangguk atas kesusahan org lain
Yg sibuk nak buat duit... tamak...
Alahai... Duit tu bukan boleh sumbat bawak masuk kubur ponn
(kecuali org cina)

Nak wat camne
Itu lah manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 10:49 AM | Show all posts
dr ig tengku puan pahang











Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:53 AM | Show all posts
banjir nih yang paling berat adalah bila dah surut... nak mencuci rumah dan segala mcm barang yg rosak...  time tu bantuan kudrat amat2 diperlukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2013 10:53 AM | Show all posts
abang pakai cap... erk..


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 10:59 AM | Show all posts
Bila dengar cerita sukarelawan banjir... rasa nak menangis. ada seorg ibu dan 2 nak yg rasa umur dlm 8 & 9 thn. keluar rumah sehelai sepinggang... Ada kes mak bawak kain batik selai. sejuk punya pasal koyak kain batik utk selimut anak2. ada baby yg pakai pampers sehari sehelai. macam2 lagi la bila dengar cerita diaorg. Rasa cam nak ajak je laki den beli barang2 n bagi direct terus ke mangsa2. sbb dorg ckp kadang2 barang2 yg kita bagi ni bila sampai kat ajk (yg lantik diri sendiri) dorang bg kroni dulu. kesian kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2013 11:01 AM | Show all posts
KUANTAN

Sumbangan dari segi WANG RINGGIT, BARANGAN, TENAGA dari PINTU ke PINTU.. lebih baik buat masa ni...cadangan admin..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:02 AM | Show all posts
Fuad Hashim

Assalamualaikum...
Memohon sukarelawan utk mmbantu membersih/mencuci surau sg isap damai dan sar kafa alif kerana trjejas teruk ketika banjir.
Hrap ada yg sudi mmbantu meringankan beban.
Bole hubungi pengetua sar kafa alif sg isap damai
Amu Rosli : 0199326365.
Terima kasih.












Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 11:04 AM | Show all posts
Harap sesiapa yg tak kene banjir jangan la komen yg menyakitkan hati. kita tak ada didalam situasi mereka... kita bkn insan yg berdepan masalah...jadi kita tak tau perasaan, nasib dan kesusahan mereka. kalau tak bantu pun cukupla mendoakan yg terbaik utk mangsa2 banjir ini semua.
Terpikir jugak. kalau sy berdepan dgn situasi begini bagaimana la agaknya kan? dgn anak2 yg ramai.... baby pun ada. Sayu pulak rasa.
Pastuh ada jugak tu dengarnya amik kesempatan. Jual toto/selimut terpakai. Apa la salahnya dermakan je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:10 AM | Show all posts
ati ati ye

Banjir: Lintah masuk kemaluan kanak-kanak


Yusrina (kiri) bersama ibunya semasa dirawat di Wad Anggerik, HRPZII, semalam


Muhammad Luqman Haziq (kanan) dipeluk ibunya di HRPZII, semalam.


KOTA BHARU - Keasyikan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar mimpi ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah.

Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.

Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.

“Yusrina datang kepada saya dalam keadaan menangis sambil menunjukkan objek hitam yang melekat pada duburnya.

“Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan melekat,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.

Hadir melawat mangsa, Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hassan Md Hassan.

Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak berusia 2 tahun, Muhammad Luqman Haziq Kamal dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, turut menjadi mangsa lintah apabila ia masuk ke dalam alat sulitnya.

Ibunya, Siti Mazura Che Kob, 31, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu ketika  banjir berada pada paras lebih 1.22 meter.

“Ketika kejadian, anak bongsu saya mandi menggunakan pelampung, bermain banjir di kawasan rumah nenek bersama abang dan sepupunya.

“Tiba-tiba sahaja dia menjerit ketakutan dan menangis, lalu suami saya mendapatkannya. Suami segera mengangkat Luqman di kawasan cetek dan dapat membuang lintah tersebut,” katanya.

Akibat mengalami pendarahan tanpa henti, Siti Mazura berkata, anak lelaki daripada tiga beradik itu  terpaksa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII.’

“Badannya lesu dan dia hanya menangis kerana mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan lima helai lampin dalam tempoh lima jam selepas kejadian bermula jam 10 pagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Ghazali Hasni menasihatkan orang ramai supaya mengelak bermain banjir berikutan bukan sahaja terdapat lintah, malah juga boleh mengancam nyawa terutama kanak-kanak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:11 AM | Show all posts
Banjir: Pindah tanpa tunggu arahan



RANTAU PANJANG – Gelombang kedua banjir di negeri ini dijangka lebih serius berbanding banjir yang berlaku beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azmi Osman berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, kebiasaannya banjir di negeri ini akan berlaku sehingga gelombang ketiga, antara Disember hingga hujung Januari tahun depan.

“Sekiranya keadaan genting, penduduk perlu berpindah ke pusat pemindahan tanpa perlu menunggu arahan atau bantuan daripada pasukan penyelamat.

“Penduduk yang tinggal di kawasan rendah seperti di Rantau Panjang, Gua Musang, Kuala Krai dan Tumpat perlu mengutamakan keselamatan diri dan ahli keluarga yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi turut memuji sikap masyarakat yang semakin berfikiran terbuka dengan mengambil langkah awal berpindah sendiri ke pusat pemindahan disediakan tanpa perlu menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat.

Menurutnya, penduduk Kelantan tidak lagi merungut dan hanya menunggu pasukan penyelamat datang memindahkan mereka.

“Ini adalah perkembangan positif kerana masyarakat peka dengan keselamatan diri, keluarga dan jiran tanpa menunggu keadaan bertambah buruk untuk melakukan sesuatu tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian  selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar di Kampung Lubok Setol, semalam.

Menerusi projek itu, pihaknya menggunakan 100 peratus kepakaran anggota JBPM seluruh Kelantan untuk membina dua rumah penduduk miskin.

“Seramai 16 anggota daripada setiap daerah ditugaskan untuk membina rumah mangsa kebakaran di Tanah Merah dan satu lagi di Rantau Panjang.

“Demi memastikan keselesaan penduduk, setiap anggota berkorban masa dan tenaga, malah sanggup bekerja tujuh hari seminggu, termasuklah hari Jumaat,” katanya.

Sementara itu, penerima, Zamaliana Zakaria, 26, mengucapkan terima kasih kepada setiap anggota yang bertugas sehingga terbinanya rumah yang selesa buatnya bersama suami,  Ab Hassan Che Harun, 38.

“Jika JBPM tidak membantu, kami mungkin masih menumpang di rumah saudara sehingga akhir hayat,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:11 AM | Show all posts
Cadang tinggikan jalan Kasban, elak limpahan air



TUMPAT – Kerajaan Persekutuan bercadang meninggikan jalan Kasban sepanjang 27 kilometer, yang juga  jalan alternatif Pengkalan Kubor-Rantau Panjang bagi mengelak limpahan air Sungai Golok membanjiri beberapa perkampungan di sempadan Malaysia-Thailand.

Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, ia masih lagi di peringkat kajian bagi melihat keberkesanannya.

Bagaimanapun katanya, kerajaan kini sedang menyiapkan satu reka bentuk untuk meninggikan kawasan yang dikenal pasti berada pada paras rendah di sepanjang jalan Kasban bagi mengelak berlaku limpahan air dari sungai Golok setiap kali musim banjir.

“Apabila paras jalan dinaikkan, kemungkinan besar banjir dapat diatasi. Selain berfungsi sebagai jalan, ia juga bertindak sebagai ban tebatan banjir,” katanya ketika meninjau tujuh kampung yang terawal dinaiki air pada musim banjir, petang kelmarin.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Tentera Malaysia berkata, sepasukan pegawai dan anggota daripada Batalion Dua Rejimen Sempadan telah ditugaskan untuk membantu pihak berkuasa pada musim banjir ini.

“Kekuatan anggota mencukupi untuk memberi bantuan kepada pihak berkuasa bagi jajahan Tumpat sebagai persediaan awal menghadapi banjir ketika ini,” katanya.

Sejak perkampungan pinggir Sungai Golok dinaiki air pada Jumaat lalu, satu keluarga seramai lima orang dari Kampung Bendang Pak Yong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2.

Antara kampung yang masih ditenggelami banjir sedalam 1.5 meter adalah Kubang Sawa, Kampung Kuala Jambu, Kampung Teluk Jering, Kampung Jejulok, Kampung Naga Ibu dan Kampung Simpangan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:17 AM | Show all posts
Rugi: Sangkar dihanyut arus deras



TEMERLOH - Dua sahabat kerugian lebih RM150,000 apabila kesemua 26 sangkar ternakan ikan patin dan tilapia mereka dihanyutkan arus deras Sungai Pahang ketika banjir melanda daerah ini Khamis lalu.

Raja Azman Raja Muhammad 44, berkata, kejadian berlaku pada tengah hari Khamis lalu di Kampung Peragap, Kerdau di sini begitu menakutkan mereka apabila terpaksa terjun dari sangkar untuk menyelamatkan diri dalam arus deras Sungai Pahang.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia bersama rakan kongsinya, Amran Ishak 40, dan seorang lagi rakan, Azman Hanipah sedang membuang dahan pokok yang menyebabkan sangkar mereka tersangkut ketika paras air sungai meningkat naik.

“Sebaik selesai memotong sebatang dahan yang tersangkut, saya dengar bunyi kabel putus dua kali dan ketika itu kami tahu tali mengikat sangkar putus.

“Saya berlari mendapatkan sebuah bot fiber yang diikat pada sangkar dan berkayuh ke tepi, air sangat deras, masa itu Amran terjun ke dalam sungai dan berpaut pada bot.

“Kami sedaya upaya berkayuh ke tepi dan hanya mampu melihat sangkar ikan dihanyutkan arus deras Sungai Pahang,” katanya.

Raja Azman berkata, daripada 26 sangkar yang hanyut, 12 sangkar adalah miliknya dengan separuh daripada jumlah itu boleh dijual pada bila-bila masa.

Beliau berharap pihak institusi kewangan memahami masalah yang dihadapi dalam membuat bayaran balik pinjaman sebelum ini.

“Saya ada buat pinjaman RM20,000 dengan Agrobank sebelum ini, sekarang tak tahu macam mana mahu membayar pinjaman itu.

“Kami juga harap Jabatan Perikanan Pahang dapat bantu kami sekurang-kurangnya untuk memulakan semula ternakan ikan sangkar,” katanya.

Raja Azman berkata, keesokan harinya, dia mendapat tahu sangkar ikan miliknya dan rakan cuba diselamatkan tujuh bot nelayan sungai di Kampung Sanggang Seberang kira-kira tiga kilometer dari kampungnya.

“Saya dihubungi seorang rakan, bagaimanapun kesemua sangkar itu tenggelam ke dasar sungai apabila semua pelampung pada sangkar terlerai ikatannya,” katanya.

Raja Azman berkata, kejadian itu adalah yang pertama berlaku sejak dia mengusahakan ternakan ikan sangkar kira-kira tujuh tahun dahulu.

Menurutnya, dia menganggarkan kerugian sekitar RM156,000 dengan nilai setiap sangkar dan ikan RM6,000 setiap satu.


sinar harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:18 AM | Show all posts
Bantu periksa kenderaan mangsa banjir



KEMAMAN - Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman di Mak Lagam, Chukai dijadikan sebagai pusat perkhidmatan kepada mangsa banjir untuk memeriksa kenderaan mereka yang ditenggelami air.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemeriksaan akan dijalankan oleh pelatih dari Institut Kemahiran Mara (IKM) dan beberapa pusat kemahiran lain.

Menurutnya, inisiatif itu dibuat setelah banyak kenderaan rosak berikutan ditenggelami banjir selama beberapa hari.

“Jadi pelatih kolej kemahiran yang hadir ke daerah ini sebagai sukarelawan banjir akan memeriksa kerosakan kenderaan mangsa yang tenggelam banjir dan mengenal pasti bentuk kerosakan sebelum dihantar ke bengkel atau pusat servis.

“Langkah ini bagi mengurangkan bebanan mangsa banjir kerana ia dapat meminimumkan kos baik pulih kenderaan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pasca Banjir di Pejabat Daerah Kemaman, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, beliau menghargai semua sukarelawan daripada pelbagai NGO dan pelatih kolej kemahiran yang berkampung di Kemaman bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada semua mangsa banjir.

Katanya, sukarelawan yang datang membantu memiliki pelbagai kebolehan dan kemahiran yang boleh digunakan bagi membantu mangsa termasuk daripada pelbagai aspek teknikal.

“Banjir tahun ini adalah yang paling buruk setakat ini dan kesan kemusnahan daripadanya termasuk kesengsaraan yang dialami mangsa begitu besar.

"Justeru sokongan serta bantuan daripada para sukarelawan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa,” katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan semua mangsa banjir yang pulang untuk membersihkan kawasan kediaman supaya tidak terus membuka suis utama atau menggunakan peralatan elektrik.

“Sebaliknya pemeriksaan terhadap peralatan elektrik dan sistem pendawaian perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Pemeriksaan tersebut perlu bagi mengelak litar pintas atau kejadian tidak diingini yang boleh membahayakan nyawa mangsa banjir,” katanya.


sinar harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2013 11:22 AM | Show all posts
MB guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia



SHAH ALAM - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan.

Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu.

Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut.

Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu.

Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut.

Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial.

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 11:22 AM | Show all posts
http://www.facebook.com/SkuadBencanaJerantut

8.12.2013 - paya garuk, tekam, kampung leja dan bukit nikmat












Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 11:24 AM | Show all posts
Skuad Bencana Jerantut

beberapa rumah yang masih ditenggelami air.
-kg besul
Pang cing Fei




8.12.2013
Update: laluan jerantut - tembeling. .dtenggelami air. Laluan d tutup


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:24 AM | Show all posts
SKUAD Bencana Jerantut

Keadaan semasa Sungai Pahang di Ulu Tembeling...gambar diambil semasa operasi helikopter Nuri tadi.

Gambar & Posting Credit : Enchek Que


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.233699 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list