CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: emiko

LOVE IN HEAVEN ~ Sesi Borak2

[Copy link]
Post time 29-8-2007 10:13 PM | Show all posts
Serba-sikit sinopsis episode hari Isnin & Selasa ada di page 60, second-last post

LIH Rabu 29/08/07

Nenek si Bunga cerita segala2 rahsia YS dan HP pada WM supaya WM tahu apa yang sebenarnya berlaku. Dia tak sangka yang WM boleh terima JK seadanya.. sebab WM dapat memahami apa yang YS terpaksa lalui dulu. Cuma sekarang, mereka kena pastikan yang SA tak menerima tamparan yang hebat macam JK. Tiba2 JK masuk dalam bilik nenek si Bunga masa dia & WM sedang berbincang.. rupanya JK cari WM. Walaupun dia tak ingat orang di sekelilingnya tapi dia dah biasa dengan WM, JK datang sebab dia nak tidur. Nenek tu lagilah sedih tengok keadaan cucunya jadi macam tu.

Masa dalam bilik, WM tunjuk gambar kahwin dia dengan JK. JK tengok jer gambar tu, lepas tu tengok WM tapi dia tak ada tindakbalas apapun. SA pun masuk ke bilik tu bila dia tahu yang nenek si Bunga dah balik dari bercuti. Dia tanya WM.. terkejut tak nenek tu.. angguk WM, tentulah.. memang terkejut besar. Masing2 bertambah sedih. SA pun mula berkemas nak balik rumah nenek dia.

Pada masa yang sama, Bae Deuk datang jumpa nenek WM. Nenek WM pun tanya pasal hal tu tapi Bae Deuk menafikan cerita yang mak Dong-chul cakap tu. Katanya... mak Dong-chul tu tersilap orang, rupa JK kebetulannya macam budak yang dia pernah jaga dulu. Itu yang dia ingat dan asyik sebut2 JK. Nenek WM tanya lagi bukan ke Bae Deuk pernah check di hospital Suwon pasal YS bersalinkan anak perempuan.. Bae Deuk kata tak. Masa ni, Bae Deuk dia berhati2 sikit bila bercakap.. dia mengaku dia "tersilap cakap" pada WM dan benda2 tu semuanya tersilap info. Tapi nenek WM masih marah sebab buat JK jadi macam tu.. nak angkat JK minta maaf pada nenek WM, katanya dia yang salah.. cepat sangat beritahu WM benda yang tak confirm. Jadi.. nenek WM pun ingat, cerita YS tu silap semata2. YS mungkin pernah mengandung & bersalin dulu tapi anaknya bukan JK.

Esoknya.. nenek WM sibuk mengelap lantai bilik SA sebab SA dah nak balik. Tengah2 mengelap tu.. dia pun berfikir sendirian.. entah2 HP tahu ke tidak yang YS ni pernah mengandung dulu, masa muda2... tiba2.. nenek WM teringat! Dia ingat balik masa dia dengan nenek si Bunga pergi mendaki bukit tu.. masa mereka berehat.. nenek si Bunga cakap yang dia dah dapat tahu yang "kekasih pertama" HP pernah bersalin di hospital Suwon dan dapat anak perempuan. Kalau dikira umur, anak tu dah 28 tahun. Memang masa ni.. barulah dia teringat balik.. nenek si Bunga dah cerita macam2 pasal hubungan anak dia dengan kekasih pertama dia dan mereka memang nak mencari perempuan tu semula.

Nenek WM pun segera pergi rumah nenek si Bunga, kebetulan LeeRi datang nak jemput SA .. jadi tak berjumpalah SA dengan neneknya tu. Nenek WM dah ingat balik semuanya.. memang macam 'puzzle'.. katanya dalam geram.. semua orang berlakon depan dia, konon2nya tak kenal each other.

Masa nenek WM sampai tu, neenk si Bunga ada di bilik JK. JK masih dengan keadaan dia.. tak kenal dan tak faham apa orang cakap. Nenek WM terus naik ke bilik JK bila dia tanya kat orang gaji tu. Masa tu nenek si Bunga baru nak keluar bilik, terus nenek WM tarik2 rambut dia sambil marah2. Lepas tu dia masuk2 bilik JK, terus nak cabut rambut JK tapi nenek si Bunga sempat tarik nenek WM. Nenek WM pun marah.. dia kata bukankah JK ni cucu awak, kan? Nenek si Bunga pun terpaksa mengaku yang JK tu cucu dia. JK yang tiba2 kena tarik rambut tu terpinga2 tak tahu apa2. Nenek si Bunga pun ajak nenek WM berbincang dalam bilik dia.

Nenek si Bunga... mengaku semua salah dia tapi benda nak jadi. Dia pun tak sangka yang dia akan berkawan baik dengan nenek WM lepas mereka terjumpa tahun sebelumnya di sebuah kedai binatang peliharaan. Mana nak tahu .. persahabatan tu bukan jenis yang biasa2. Rupanya keluarga mereka mempunyai pertalian yang tak disangka2. Tapi nenek WM memang marah sebab salah YS, dan keluarga HP.. JK jadi begitu.

Masa nenek WM nak balik, dia naik balik ke bilik JK dan suruh JK cepat sembuh dan bercakap semula tapi JK pandang saja. Kesian dengan nenek WM, nampak dia memang dah sayang JK.. tapi JK masih macam tu. Sambil tu dia cakap.. Bae Deuk tu patut diajar cukup2. Nenek si Bunga pun setuju tapi nenek WM pandang dia dan cakap.. bukan Bae Deuk sorang yang saja yang salah. Nenek si Bunga pun faham, dia  tahu dia memang patut dihukum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 10:30 PM | Show all posts
Lepas tu nenek WM & nenek si Bunga ke hospital nak tanya pasal penyakit JK. Kata doktor.. bukannya JK tak mahu bercakap tapi dia tak boleh bercakap. Dia tak ingat langsung apa yang berlaku sebab tekanan yang amat kuat. Walaupun tak tahu bila tapi lama2 akan sembuh juga dengan kasih sayang dan perhatian dari keluarga.

Di rumah, bila waktu malam nak tidur.. WM akan belai JK sambil menyanyi untuk JK tapi JK masih macam tu. Kesian tengok WM.. sambil menyanyi, menitis airmata. Bila pergi kerja pulak.. dia telefon JK.. JK dengar je dia cakap tapi tak boleh jawab.

Bae Deuk akhirnya dapat jumpa WM. Dia pun cakap yang dia dah menafikan cerita pasal YS tu pada nenek WM. WM pun kata.. apa gunanya.. sebab nanti bila JK dah sihat balik.. dia akan ingat semuanya, takkan semuany bohong semata2? Bae Deuk kata.. dia tahu.. dan dia akan terus menafikan cerita tu. Biarlah orang akan kata dia gila.. Bae Deuk memang dah sedar, dia sedia dikata gila nanti.

Bae Deuk macam dah insaf.. dia kata nak pulangkan rumah tu ballik pada WM dan dia akan kerja untuk bayar balik apa yang dia hutang dulu. Pelaburan dia lepas jual rumah tu, 100 juta won.. dah hangus separuh. Dia sedar memang semua salah dia dan dia akan berubah.

Bila WM pergi jumpa nenek dia, nenek dia pun marah.. sebab katanya WM dah mengikut cara YS berbohong pasal JK. Nenek WM memang dah tahu semuanya. Dia boleh agak yang YS memang nak jadikan JK menantunya. Itu yang buat dia marah betul. Dah naik menyampah pulak dia dengan YS. Nenek WM suruh WM berpisah dengan JK tapi WM kata tak mungkin. Walaupun JK yang nak pergi, WM takkan benarkan.

Nenek WM marah dengan YS.. dia dah tak sabar nak jumpa YS & HP balik dari China sebab dia tak sangka YS sanggup buat begitu. WM pujuk neneknya jangan marahkan YS tapi nenek dia dah tak kisah. Nenek WM kata macamlah anak YS cuma JK seorang.. macamana dengan SA nanti? YS tak fikirkan pasal SA langsung.

So.. ending episode hari ni.. YS dalam perjalanan nak pergi jumpa nenek WM dari airport tapi dia tak tahu pasal apa, ingatkan ok je. Nenek si Bunga pun telefon beritahu mengapa nenek WM nak jumpa. Sebabnya.. nenek WM dah tahu semuanya pasal JK... dia tak boleh nak tolong apa2.. dia hanya dapat suruh YS bersedia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by katt at 29-8-2007 01:20 AM


Masa WM nak beritahu nenek dia pasal hal JK.. dia siap bawa air secawan dan pil penenang sebijik... dia suruh nenek dia makan dulu. Nenek dia pelik tapi WM kata nenek dia kena makan dulu seba ...


katt ... thank you so much ....

kesian tul kat WM ari ni .... kat nenek tu kesian gak walaupun dia tarik rambut JK ....
nangis gak le aku tadi sikit2 ....

esok YS mesti kena ngan nenek tu ...n nampak cam YS try nak bunuh diri ....
sian kat SA .... cammane le reaksi dia bila dia tahu nanti ...
suka lak tengok LR tu layan SA baik2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 11:51 PM | Show all posts

Reply #1506 katt's post

kalau aku jadi WM mmg takkan jumpa mak angkat JK tu lagi sampai bila2 ...:@

muka tak malu betul mak angakat JK tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:45 AM | Show all posts
sedih betul hari ni... pandai sungguh orang korea ni buat drama.. lakonan pun berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 07:49 AM | Show all posts

Reply #1508 kayla's post

memang muka mak angkat JK tu muka tembok l..semua masalah timbul punca daripada dia...masih lagi terhegeh2 nk jumpa WM...menyirap aku tgk..skang ni cuma SA yg masih x tau kedudukan sebenarnya...nak tnya sket..WM tu mmg adik beradik JK ker..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2007 08:46 AM | Show all posts

Reply #1510 sarahsofiyah's post

WM bukan adik beradik JK coz masa mak WM kahwin dgn bapak WM masa tu bapak WM duda anak sorang
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 08:48 AM | Show all posts
meh nurul jwbkan..
WM tu anak tiri mak JK..
kalau ikutkan mmg x de pertalian darah ngan JK..
tp kat korea mcm tu pun kira adik beradik gak..
seulah anak mak JK ngan bapak WM..
betul la nanti dia nak panggil WM & JK apa..
sbb dua2nya abg & kakak kandung dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2007 08:56 AM | Show all posts
sedih gak le ep.semalam...mase WM call JK...mengalir je air mate JK.:cry:
abis le YS hari nie kena marah dgn nenek WM.SA pulak terdengar....marah tui dia.
buat ape le WM jumpa lagi mak mertua dia tu lagi....kalu eden tak hinggin nak jumpa lagi.:kant:
siap ckp dgn kakak dia tolong jaga anak dia ..dia nak cari keja kat restoran le....:kant:
baru nak tersedar....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 09:21 AM | Show all posts

Reply #1510 sarahsofiyah's post

mmg nyirap arr tgk mak angkat JK tu... ader ati lagi tu nk tau keadaan JK... jumpa WM suh WM maapkan dia... :@ dh tu br nk insap bila dh jd camni... plak tu sanggp nk tarik balik statement die psl mak WM tu mak JK... nk nafikan plak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 09:23 AM | Show all posts

Reply #1513 ayie77's post

mmg sedey tgk WM... nangis jer die layan JK.. xder per2 respon.. tgk gazet die wat aksi masa die propose JK kn???? sampai nangis2 lagi.... JK lak usap2 kepala WM time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 09:24 AM | Show all posts

Reply #1506 katt's post

makaseh katt.... nasib baik ada yg sudi  ceritakan kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 09:34 AM | Show all posts
cerita ni mmg best... tapi sebab saya org Islam, rasa macam depa ni perbesarkan isu... terutama nenek WM tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 10:26 AM | Show all posts

Reply #1517 Mulan's post

kita orang islam mmg rasa gitu... asalkan bukan sedara sedarah dan sebapa dah ler... tapi kita kena sedar orang korea especially golongan tua ni masih kuat mendukung adat diorg... so bagi kita batasan agama kita yg sensitif dan jangan dilanggar, macam tu jugak dengan diorg....

[ Last edited by  rienn at 30-8-2007 10:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 11:26 AM | Show all posts

Reply #1518 rienn's post

Di Korea, kalau tak silap.. hari tu baca article di Korea Times.. ada undang2 yang larang kahwin sepupu.. dalam Islam pun tak digalakkan sangat, seboleh2nya cari orang yang bukan keluarga dekat supaya generasi boleh berkembang tapi di Korea memang they all very particular pasal ni. Ada sorang businessman dari Pakistan yang menetap di Seoul tapi tak boleh bawa isteri dia sama sebab mereka sepupu, kerajaan Korea tak bagi visa untuk isterinya tu sebab perkahwinana tu dah kira salah di negara tu.

Family Visa Denied for Businessman抯 Wife
http://www.koreatimes.co.kr/www/ ... 07/08/177_8686.html

Macam cerita Snowman dulu (KRW, KHJ, JJH).. adik ipar kahwin dengan abang ipar sendiri lepas kakaknya mati. Kira macam.. istilah orang kita sebut "bertukar tikar" ke apa, something like that? .. Asalkan bukan kahwin adik beradik sekaligus, memang boleh kan.. ada berlaku cuma jarang dibuat orang. Tapi di Korea.. kontroversi habis. Tu pasal kita tengok ni dalam drama2 je... dan selalunya cerita2 macam ni kurang dapat sambutan di sana, especially. Sekarang.. mungkin dah ok sikit... drama-wise lah... sebab rating untuk Dear Heaven ni kekal tinggi.

Tapi dalam cerita Dear Heaven ni... memang pelik keadaannya untuk SA.. abang dia kahwin dengan kakak sendiri. Rasanya YS tu nanti tak pergi pun jumpa nenek WM tu .. pasal sure dia kena hentam habis dengan bekas mak mertuanya tu. Satu lagi.. walaupun YS dah kahwin dengan HP dan jadi menantu nenek si Bunga, dia masih dianggap menantu nenek WM.

[ Last edited by  katt at 30-8-2007 03:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by katt at 30-8-2007 11:26 AM
Di Korea, kalau tak silap.. hari tu baca article di Korea Times.. ada undang2 yang larang kahwin sepupu.. dalam Islam pun tak digalakkan sangat, seboleh2nya cari orang yang bukan keluarga dekat s ...


rase ye YS pi gak jumpa mak mertua dia tu.tapi mcm biasa kena hentam teruk punye...
lepas tu dari situ SA terdengar perbualan dorang ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2007 11:47 AM | Show all posts

Reply #1519 katt's post

betul la katt....lain bangsa lain adat dan budaya nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by ayie77 at 30-8-2007 11:31 AM
rase ye YS pi gak jumpa mak mertua dia tu.tapi mcm biasa kena hentam teruk punye...
lepas tu dari situ SA terdengar perbualan dorang ....


Oh betul jugak tu.. mungkin.. SA dapat tahu jugak secara tak sengaja. Rasanya kan, kalau WM beritahu SA.. slow-talk.. tentu SA boleh terima daripada dia tahu secara tiba2. YS pun bukan jenis yang lari daripada kesalahannya. Dia tau nenek WM mesti marah punya, kenalah dia terima semua tu.

Macam sebelum tu.. YS, HP & mak HP semua risau kot2 WM tak boleh terima JK lepas tahu rahsia tu tapi WM boleh faham semuanya sampai dia sendiri usaha nak tutup rahsia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:28 PM | Show all posts
tenkiu soo much katt.
frust smalam x dapat tgk...dah la minit2 terakhir ni sib baik ada yg sudi bercerita secara detail lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:31 PM | Show all posts
Filem & gambar terbaru Han Hye Suk (Young Sun)

AUGUST 27, 2007

揊ilming Seems to Run in My Family
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.113124 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list