CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eva

saka... sapa ada experience?

  [Copy link]
Post time 21-4-2010 10:35 AM | Show all posts
aku ade experienced...tp my cousin...xtau seram ke tidak bagi korg...saka dr family mak die...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 10:46 AM | Show all posts
aku ade experienced...tp my cousin...xtau seram ke tidak bagi korg...saka dr family mak die...
saga2717 Post at 21-4-2010 10:35
Ceritanya pun tergantung, nak seram macamana!

Jangan takut kat saka lah, manusia lebih hebat dari mereka, dan ada manusia yg kerjanya pun membunuh saka!

Tapi bukan aku le!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 10:58 AM | Show all posts
Ceritanya pun tergantung, nak seram macamana!

Jangan takut kat saka lah, manusia lebih hebat dar ...
hantukiller Post at 21-4-2010 10:46



aku cite pon belum...mane ade tergantung pon...
nanti lah cite...tetibe boss mai...kene layan boss dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 12:45 PM | Show all posts
MENYINGKAP RAHSIA SAKA & KETURUNAN

Definisi Saka:

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Sumber: penawar.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 12:47 PM | Show all posts
Dalil:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6


Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Sumber: penawar.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 12:50 PM | Show all posts
Pertalian Antara Jin & Saka:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

Dalilnya:

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."


Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Sumber: penawar.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2010 12:52 PM | Show all posts
Ciri2 Orang Memiliki Saka:

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:
         
1.   Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

2.   Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

3.   Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.

4.   Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

5.   Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

Sumber: penawar.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 12:54 PM | Show all posts
MENYINGKAP RAHSIA SAKA & KETURUNAN

Definisi Saka:

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubu ...
robotech Post at 21-4-2010 12:45

Tak semua jin saka ada dlm tubuh manusia yg mewarisinya, kebanyakkannya hanya diluar tubuh terutama dikediaman sipewaris, kekadang jumlahnya amat ramai hingga belasan ribu dlm 1 rumah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 12:56 PM | Show all posts
Masa Saka Berpindah:

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.

Proses Perpindahan Saka:

Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:
         
- Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

- Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

Firman Allah s.w.t.:

"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16


- Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

- Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

- Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

- Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.

Sumber: penawar.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 12:59 PM | Show all posts
Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:

- Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.

- Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.

- Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.

- Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.

- Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.

- Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.

- Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.

Sumber: penawar.com
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 01:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by robotech at 21-4-2010 13:06

Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka:

Gejala pada waktu tidur:           

- Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

- Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

- Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

- Berdiri dan berjalan ketika tidur.

- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

- Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

- Mimpi berada di tempat sunyi.

- Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
                                                       
- Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil                                                         menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada                                                         golongan wanita).


- Mimpi melihat salib atau gereja.

- Mimpi bertemu paderi.

- Merintih dan menangis ketika tidur.


Sumber: penawar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 09:58 PM | Show all posts
aku xder pengalaman..
tp based on citer ayah aku..
dia anak sulung, cucu sulung.. belah ayah dia belah mak dia aku x pasti..
ayah dia ninggal masa mak dia tgh sarat ngandungkan 2nd baby.. tp anak tuh pun meninggal..
maknya kawin lain dan ayah aku tinggal ngn atuknya (kira moyang akula)..
erm.. moyang aku nih pawang.. n kiranya ade belaan la (aku rasa jer)
ayah aku minta turunkan ilmu berubat tuh pada dia.. (masa zaman jahiliah) hehe
tp moyang aku cakap "zaman ko ngn zaman ni sangat2 lain, dah tak guna segala ilmu nih.. x payah la tuntut"
so ayah aku tak tuntut ilmu2 tuh..
alhamdulillah ayah aku tak menuntut... kalau tak mane la ilmu2 tuh nak diturunkan
aku tak mau... .............. LARIK!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 05:41 PM | Show all posts
hmmm...bnyk gak cter pasal sake ni...hu..hu..gua ada experience satu tika dulu...arwah nenek gua dlu dga2 ada simpan..and benda ni pun x disangkal oleh parents gua...sblm nenek gua arwah dulu..tp dia sakit..lame gak..mak gua la jage dia then dibantu oleh maid soang ni..dga doang cter...klu nk angkat arwah nenek gua dlu utk mandi memang brat,klu nk angkat soang2 memang x larat!..walwal...badan dia kecik n kurus jek...memang dia lemah time siang...tp ble time mlm..x payah papah...arwah memang blh jln sdr..tp xde la laju...time makan lak..memang berselera...bnyk gak sedara yg datng time arwah sakit becerita dulu arwah ada tuntut ilmu..gua dga je la...xde nk mencelah pape...cume meremang gak ble dga...pastu ada skali tu lame gak umah ktorang cam kne kaco..mlm2 dga je kt dapo cam ada oang slongkar lemari,bunyik pinggan dgn saji sampai xde soang yg berani nk g tgk! then mase tu gak ada la gak 2/3 family cam kne hempap...cmas gak time tu...
tp ble arwah sakit..kitaorang ada  mintak tolong ustaz ni tgk2 kan arwah sb lame btol arwah sakit,sampai ada skali memang gua nye mak da meraung ingt nenek da xde..siap inform jiran2 sume nenek da xde,tp xlame lps tu...tgk nenek masih benyawa lg!
then ble ustaz yg kteorang panggil  ni masuk,dia kate memang ada benda tu,then dia tanye..nk buang ke nk pas kt sape2,hui..suspen dga camtu,so sume kate buang,xde sape yg sanggup nk waris..then dia kate klu nk buang xleh tgu lame lg..sb arwah da trok...pastu dia mintak beberape orang family je yg masuk...gua x masuk la sb bg yg patot2 je la  masuk,gua bt spoil je kang nt dok dlm tu..sb smengat inquiry gua tinggi sgt kt benda2 ni,tak pun kang takot usztaz tu x leh concentrate sb gua asyik melawak je kang kt dlm tu,x pasal2 gua plak yg kne penangan ustaz tu..hu..hu..so, ble pintu tutup gua rase bemula la kot proses nk buang benda2 tu....
klu x silap..sejam lpas tu...sume kua dr blek..family yg masuk tu x ckp bnyk..sume senyap..cume along gua la...kua pegang botol...pastu ntah mane dia pegi ntah...ble blk...tros dia bg tau ustaz tu da buang kt sungai...kre gle brani gak ar dia g buang benda tu soang2...
lps tu...selang beberapa hr....klu x silap 2/3 hari  lpas tu nenek qua pun meninggal....and mase meninggal tu tros nenek gua di uruskan and xblh tanggoh2...lps maghrib tu jgk pg settlekan sume...tp mase nenek gua meninggal tu gua pg KL....bru sampai umah abng ipar jap dlm 30 minit g2 akak gua tepon bg tau...nenek da meninggal..so tepakase la patah blk  kampung time tu gak..so x sure la plak camne keadaan arwah mase dia tenat tu..sb mase gua nk pg tu tgk dia x nazak sgt...ble sampai umah tgk sume da siap2kan pape yg patut...tp mase gua sampai umah tu (pcah rekod tu biase 2 jam bwk keta ni x sampai sejam setengah da sampai umah!) arwah blm di mandikan lg..cume orang tgh siap2kan brang utk mandikan jenaza...
then ble sume da settle...sume cucu2 arawah dgn cicit dok kt tepi..sb nk bg kucupan terakhri...then sume prasan...badan arwah lps mandi tu nampak fresh...berbanding nampak sakit,x bermayaj,cengkung and x terurus mase sakit..walhal..mak gua slalu je jage dia mase sakit..mandikan hari2...hmm....tu la..gua pun pelik and cam x pecaya je yg nenek gua ada ilmu2 ni sume..ye la..maybe gua x tau sb gua x rapt sgt dgn arwah nenek ni...cume gua pn ada dga2...yg dulu arwah atok gua pn ada ble rimau putih...oang kampung ada gk tersermpak dgn rimau ni..tp oang kg ckp rimau ni x kacau oang...mak gua pun ada cter..yg lps atok gua arwah..rimau ni arwah nenek yg pelihara plak mase dia masih hidup...cume nenek gua je yg blh cakp2 dgn rimau ni..tu la...bile gua dgn benda ni meremang blu rome dgn idung2 skali...pergh....
gua x sangka tol dlm family gua ada benda2 camni..tp tu la...nk  bt camne...yg tau pasal benda2 ni cume oang tua je dgn abng2 dgan kakak gua yg atas2..mane yg kua kendian2 ni tak tau ape pun...yg tau..jgn tegor...jgn pandang blakang...jgn pandang blakang congkak....tu je la..sejarah keluarga xnk amek tau..hmm...harap2 benda2 ni sume memang da xde la dlm family gua....panjang x citer gua ni...huu..hu...tp pape pun..ni memang cter btol yg blaku kt family gua 3 tahun lps...tp last year kt umah gua ada panggil ustaz2 dtng tolong pagarkan umah..sb ada benda2 plek jadi....tp skang cam da ok sket...mcam2 btol...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 11:45 PM | Show all posts
Salam to all,

Sy org baru kat sini jd maaflah kalau tak berapa pandai mengarang cerita. Cuma nak berkongsi pengalaman berkenaan saka ni.

Masa kecik2 dulu pernah sewaktu arwah mak dukung tetiba dia perasan mata sy bertukar merah menyala. Kebetulan bapak ada berdekatan n dia cepat2 baca serba sikit pastu keadaan jd normal semula.

Bukan tu aje, sy selalu diganggu suara yg entah dr mana dtgnya menegur esp masa tgh dok leka bermain. Tetiba bulu roma akn naik & apabila terdgr je suara tu cepat2 sy akan berlari & peluk arwah mak kuat2. Seram btl masa tu. FYI, gangguan ni x tentu masa. Ada ketika waktu tghari pun terdgr suara tu. Bila sy tanya bapak dia kata xde apa-apa. Buat x tau aje. Ingat senang ke buat x tau...lbh2 lg time kita kecik lg masa tu.

Fast forward 18 thn kemudian, sewaktu sy belajar di IPTA, ada 1 mlm tu sy balik rmh sbb kami sekeluarga bercdg nk makan di luar. Tak semena-mena, mulut n rahang sy jd kebas trus naik smpai ke dua-dua belah pipi. Mmg panik kejap lah masa tu! Ingatkn kena strok ke apa ke..tp bapak "cool" aje. Dia pegang tengkuk sy n baca sesuatu. Lepastu perasaan kebas tu hilang. Kami keluar mkn mcm xde apa2 berlaku. Esoknya bapak bawak sy berjumpa dgn sedara yg pandai berkenaan benda2 ni. Bila jumpa, dia tekup tengkuk sy dgn tgn & mula berdialog dgn entiti tu. Lepas beberapa minit dia kt xde apa2. (kenapa selalu sgt sy dgr perkataan xde apa2 ni???) gerammm...

Sedara kami tu kata benda tu cuma concern sbb sy ada buat salah. Dia x mau keturunan dia masuk neraka n tu sbb dia bg peringatan. Mmg masa tu sy ada buat salah pd arwah mak smpai dia menangis...so mgkn benda ni nk bgtau, minta ampun maaf n pd arwah mak, jgn jd anak derhaka...

Bila sy selidik rupa2nya dr keturunan kami sebelah bapak mmg ada guru silat. Arwah pak sedara bapak sy guru silat terkenal di Pahang. Pernah berjuang bersama Mat Kilau/Dato Bahaman dll yg sewaktu dgnnya. Biasanya guru silat waktu tu akan membela sesuatu yg akhirnya akn diwarisi turun temurun. Inilah agaknya yg dinamakan saka.

Sy teringat sewaktu bapak n arwah mak nk gi mengerjakan haji di Mekah, sedara sy tu ckp kena buang dulu benda tu klu tk buang nnti tk nampak Kaabah..Wallahu'alam. Mulanya mmg sy musykil sgt..apakebenda yg nk dibuang tu??? Klu benda fizikal mgkn snang kita nampak kann..so satu hari tu arwah mak sy citer, dia ikutlah bapak sy ke rumah sedara sy tu. Bermulalah upacara nk "membuang" benda tu. Arwah mak ckp, bapak sy menangis dgn begitu hiba sekali smpai dkt sejam(?) lbh krg. Mcm tak mau lepaskan aje benda tu al-maklumlah dh sebati sejak muda lg agaknya. Tak lama lepas tu, diorg pun gi haji. Alhamdulillah tak de apa2 benda pelik yg berlaku setkt yg sy taulah. Klu adapun mgkn jd rahsia mereka berdua...  

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 12:26 AM | Show all posts
Arwah mak sy meninggal 7 thn lepas. Pastu bapak sy kahwin lain. Tk lama lepastu diorg bina rmh baru di kg betul2 blkg rmh lama arwah tuk. Yg buat sy musykil sgt tu..rmh tu dh usang sgt tp bapak x mau robohkan n bina rmh baru di tapaknya. Mak tiri sy citer, mlm pertama dok rmh tu xde apa2 jd. Semuanya normal aje..tp msk mlm ke2..

Terdgr suara org menangis, mengilai, pintu diketuk berkali2 tp bila bukak xde sesapa pun. Bapak mcm biasa...cool aje. Mcm benda ni normal bg dia. Yg sy kesian tu mak tiri sylah. Takut+seram sbb dia x pernah alami benda2 mcm ni. Mak tiri sy ni cikgu sekolah di KL. So diorg akn balik rmh tu waktu cuti sekolah ajelah atau klu ada org kahwin/kematian di kg. Adalah psgn suami isteri sedara mak tiri sy yg jaga rmh tu (Abg N & Kak T) - maknanya diorg akn dtg ke rmh, bersihkn laman, sapu habuk n buat apa yg patutlah supaya rmh tu x nmpk mcm ditingglkn.

Br2 ni mak tiri sy call..diorg dh lama x balik rmh tu dlm 2 bln lbh krg. Dia ngadu kt sy, sedara dia yg jg rmh tu kena ganggu. Lps diorg balik dr rmh tu rupa2nya ada benda yg mengikut. Kejadian bermula bebrapa minit sblm msk subuh. Time tu Kak T dh jaga n ikut rutin harian dia ke tandas dsb. Diorg ada anak kecik yg msh bersekolah so lps dia ke tandas tu dia cdg nk kejutkn diorg nilah..

Bila dia kluar aje dr tandas tu terkejut sgt dia sbb nmpk bapak sy tercegat kt depan dia. Sblm sempat dia buat apa2, Kak T rasa diri dia mcm ditolak n dia jatuh x sedarkan diri dpn tandas. Smpai dkt hbs subuh br Kak T tersedar. Pg tu anak2 dia semua lambat gi sekolah, dgn baju x bersterika, x sempat sarapan dll.

Sblm ni pun Kak T ada ngadu pd Mak tiri sy yg diorg selalu je sakit2 bdn. Ada kesan lebam pd tgn & kaki yg susah nak dikenalpasti puncanya. Yg buat misterinya pnykt tu akn bertmbh kronik tiap kali diorg gi ke rmh tu utk buat apa yg patut mcm sy ktkn td..

Kali ni suami dia pulak yg terkena. 1 hari tu, Abg N terasa panas sgt kt bilik tido dia. So dia ambik keptsn nk tido kt bawah. Rmh diorg ni dua tgkt. n ada bilik tamu kt bwh. Masa dia gi bilik tu dia nmpk ada kelibat org kt bwh katil bilk tamu tu. Terkejut besar dia tatkala melihat kelibat tu rupanya sebijik mcm bapak sy!!! Cuma bezanya mata dia merah menyala n x lama lps tu makhluk tu hilang dpn mata dia..semalaman abg N x dpt tido mengenangkn apa yg berlaku. Nasib baik dia tk lemah semangat. Esoknya dia ngadu hal dgn mak tiri sylah..

Dia kata x mampu lg nk jaga rmh tu sbb makhluk tu dh mula menampakkan diri. Sblm tu rupa2 nya diorg pun kena kacau jgk tp setkt ringan2 je..bukak tutup tv/radio/suis lampu/pintu. Tp kali ni dh melampau. Skrg ni mak tiri sy risau sbb siapa lg yg nk jaga rmh tu? Wpun bapak sy dh lama pencen, dia x mau tggl kt kg n lbh suka dok KL. Kt dia klu dok kg dia mati...pening kepala mak tiri sy sbb dahlah kna servis loan buat rmh di kg, sewa rmh di KL tu kna byr jugak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 01:52 PM | Show all posts
Salam Semua,

Best gak dengar pengalaman korang semua pasal saka nie. Ni saya pun nak tumpang cerita sikit pasal saka yang terjadi pada diri sendiri...susah gak nak mulakannya..he he he...

Saka saya dari Keturunan Raja-raja...tapi saya bukan raja la..Nenek belah bapa jer memang pure darah Raja....kira-kira sepupu sepapat dengan Raja Bilah..So, saka dia memang dari belah-belah sana. Sementara saka dari arwah nenek belah mak lak asal Raja-raja dari geng-geng Beting Beras Basah....Kelas gitu....

Tapi setakat nie tak de lak susah nak jaga sebab saya hanya perlu jaga solat, puasa, dan lain-lain yang berkaitan jer...Marah pun tak boleh....banyak jer kene sabo..Lagi satu, memang saya ada maintain Kain Kunin, Hitam ngan Putih ...buat bendera...he he he he....

Orang kata kalau ada saka nie boleh ngubat orang tapi saya tak leh pun? Heran kan.....Pernah gak orang tanya saya nak berubat, saya suruh jer g hospital..he he he....

Bab makanan pun kene jaga gak...banyak pantang larang..tapi tak menyusahkan pon.....

kalau nak cerita bab-bab lain...malas nak tulis lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2010 01:03 AM | Show all posts
Reply 1496# Luckman


    lawa rumah besar Raja Bilah ..tguk kat fotopages
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 01:05 AM | Show all posts
Reply 1495# kazman


    ayah  tak komen apa2 ke ..bila sedara bagitau nmpk lembaga kelibat mcm ayah kazman
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 07:08 PM | Show all posts
ada member aku ni kata... maskawin untuk buang saka ialah RM313. Dia kata biasanya tak disebut berapa bayarannya cuma kalau kita kasi kurang, teruklah orang tu nak buat kerja. betul ke tidak...wallahualam...

lepas tu aku teringat pulak dengan baca bismillah 313kali...dengan tujuan mengeluarkan benda2 yang tidak baik dari badan. saling berkait ke?

lagi satu...aku nampak ada dua ketaksamaan kat sini, ada dua pendapat

1. saka dibunuh
2. saka dipujuk keluar dari badan

aku dah tanya pada 3 orang. 1 kata saka mesti dibunuh tapi lagi 2 orang kata (termasuk salah seorang anak murid harun din) saka tidak boleh dibunuh (Sebab dia pun nak hidup) jadinya ia akan dipujuk keluar dari badan manusia dan 'dipenjarakan' kemudian tubuh manusia itu tadi akan 'dipagar' supaya saka ini tidak dapat mendampinginya semula...

ada sesiapa sudi nak kupas benda ni tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 08:56 AM | Show all posts
Reply 1# eva


    sedara aku ada saka.....saka dari nenek dia .....dah cuba buang tapi xnak pegi....saka harimau putih.....

    yg sepupu aku sorg lagi tue xpenah tahu yg dia ada saka sebelum nie ...tapi yg pelik dia ada six sense...mula2 dia dapat merasa tentg kewujudan makhluk ghaib....pas lahir baby dia mula nmpak ....ari tu aku gi umah dia, masa tgh sembang-sembang kat luar umah... tetiba dia cakap depan umah tue ...ada pompuan bertelekung, berdiri jer kat depan umah tue ....(kami tgk xder pun.. pastu sume lari masuk umahlaaa). esok pginyer k dgr yg salah sorg ahli umah tue kena rasuk semalam ....
1 cerita lagi adik aku ni tinggal dgn family makcik aku ( mak sepupu aku yg ada six sense laaa ).. adik aku ni jahat skit...berkawan dgn org tua2 kampung yg menuntut.. pastu pakcik sorg tue bg minyak dagu ...dia xtau nk watper dia bawak jer minyak tue ke rumah makcik aku .......kebetulan sepupu aku nie ada umah...melangkah jer adik aku masuk dlm umah ..anak dia menangis....tetiba dia sound adik aku..apa yg ko bawak dlm beg ko...adik aku ckp baju laa ..dia cakap ada benda dlm beg adik aku sebab dia nmpak sorg budak tgh mengikut adik aku..(agaknyer minyak tue buat dari baby la kot )..pastu skrg nie adik aku ckp myk tue dah hilang tah kemana.....

berbalik kepada sepupu aku yg ada saka tue......ari tue dia sakit2.. pegi klinik dktor ckp OK..so try laa cara kmpung...pegi check then ustaz tue cakap dia ada pendamping (saka dari nenek dia) , saka diwarisi 1 jer..tapi yg menumpang dkt 12 ekor....
huh.. ustaz tue tnyer nk buang ker x .....dia ckp dia memg nk buang......ustaz tue buangla ...last skali bila nk buang saka yg diwarisi tue ..punyer susahnye...melawan x ingt ....saka tue memg xnk kuar... dia ckp kalo bunuh dia..mati laa sepupu aku....
ambik masa jugak nk buang.....ustaz tue ckp saka dia dari Pakistan (since keturunan kami Pakistan ), ustaz tu ckp saka dia nie berbungkus2.... mcm mumia cerita :The Mummy " tue ...sampaila ustaz tue wat perjanjian dgn dia ..baru dia nk keluar....
skrg ni kelebihan six sense dia dah xderla....sebab dia boleh nmpak alam ghaib tu dgn keizinan saka diaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.139931 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list