~SINOPSIS EPISODE 22~THURSDAY FEB 8 2007~ ~Recap:~Menang pulak cepat-cepat balik rumah dan terus cari Luisa. Tekla kata Luisa sakit kepala dan mungkin dia sedang tidur. Menang tiba di bilik Luisa dan dapati Luisa tiada. Dia terus berandaian Luisa ni nak cari pasal dengan dia. Tiba-tiba Luisa muncul entah dari mana dan tanya Menang nak makan ke. Menang dengan garangnya tanya mana dia pergi dan Luisa kata dia di dapur dan tak dengar Menang balik. Menang .
~Menang macam terasa malu sebab bila kata dia ada di dapur dan tak dengar Menang balik. (Padan ngan muka.) ~Edad pula kata pada Tomas yang dia nak mula kerja semula di rumah Carmen. Then Edad ternampak Totoy sedang terhendap-hendap mengadap rumah Jojo. Rupanya dia sedang mengintai Jojo yang kononya sedang bermesra dengan Japoy. Rupanya si Japoy berlakon jadi boyfriend Jojo. (Lembut rupanya si Japoy ni). Jojo kata dia dah buat macam-macam untuk menarik perhatian Totoy tapi macam tak der response dari Totoy. Japoy kata lupakan sajalah kat Totoy sebab dia boleh kenalkan Jojo dengan lelaki lain yang lebih gwapo dari Totoy. Jojo kata maybe betul jugak kata Japoy. ~Carding pulak sedang bersuka ria dengan Mimi and the gang di kelab malam bila Luisa tapi tak dapat. ~Luisa sedih dan amnil angin kat luar rumah. Dia terserempak dengan Saling yang kebetulan memang menunggu peluang untuk bercakap dengan Luisa. Luisa dengan Saling sebab dia dah ingatkan saling supaya rahsiakan perkara dera-mendera di rumah Menang, tapi Saling cerita jugak pada Tomas. Saling kata mereka tak bercerita pada Tomas tapi dia terdengar masa dia dan Diego bersembang. Saling kata Diego ternampak Menang menarik rambut Luisa. Luisa kemudian melarang Saling datang lagi berjumpa dengan dia. Saling merayu tapi tak dipedulikan Luisa ~ Carding keluar dari kelab dan dia perasan ada call from sa bahay. Dia call semula dan Luisa pick up his call. Carding tipu Luisa katanya dia sedang belajar dengan Alex. Dia juga dengan Luisa sebab banyak sangat tanya. Luisa kata dia dah ok dengan Menang dan dah bercerita apa yang sebenarnya berlaku tapi Carding kata tak perlu. Luisa pula minta maaf dengan Carding dan janji tak akan menyusahkan Carding lagi. ~Saling cerita dengan Diego yang Luisa marah pada dia. Diego kata dia akan bercakap dengan Luisa. Geng-geng Mimi pulak puji plan Mimi berjaya sebab dapat pikat Carding. ~Pepnig pecah rahsia pada Edad katanya Luisalah orang yang menderma darah padanya masa dia sakit hari tu. Tomas pulakat dalam bilik sedang melihat-lihat cek P50 000 yang dia terima sebagai pampasan diberhentikan kerja. Edad datang dan dia marah pada Tomas sebab berbohong pada dia pasal siapa yang derma darah padanya tempoh hari. Edad kata pada Tomas supaya dia jangan berbohong lagi. ~Alex pulak tanya kenapa Carding tipu pada Luisa. Dia kata dia tak nak Luisa tahu dia keluar dengan Mimi. Alex kata Luisa mungkin tahu jugak nanti tapi Carding kata dia tak akan tahu sebab Luisa tak pernah sampai ke Manila. ~Menang dah bersiap nak keluar berkempen dan berpesan pada Luisa supaya jaga rumah. Masa Luisa nak masuk, Diego datang dan dia nak bercakap dengan Luisa pasal Saling. Diego beritahu hal sebenar pada Luisa. Luisa kata dia berbuat begitu sebab nak selamatkan keluarga dia dari terus dianiya Menang. Luisa beritahu Diego dia kena cari kerja dan Diego kata nanti dia akan tolong carikan Luisa kerja menjahit manik. Luisa setuju dan terus bagi no phone rumah Menang. Diego kata Luisa boleh harapkan dia sambil memegang tangan Luisa. ~Menang pulak tertinggal apa ntah kat rumah dan terpaksa berpatah balik. Dia yang dah hampir sampai ke rumah terkejut melihat Luisa dan Diego di luar rumah. Dia pun mula berniat jahat terus di captured gambar Luisa da Diego bersembang sambil tersenyum mengalahkan boss mafia. (Heran la pulak si Diego ni, tak kan la tak perasan van kawan tu dok berpusing-pusing kat situ). ~Tomas pulak sibuk cari kerja tapi masih tak dapat sebab mereka beralasan yang dia dah tua dan berpenyakit pulak. Tomas sebab tak ada majikan yag nak ambil dia berkeja. ~Luisa keluar rumah pergi jumpa Saling di kedai. Luisa minta maaf pasal salah faham yang berlaku dan mereka berpelukan. ~Menang pulak tunjukkan gambar yang dia captured antara Luisa dan Diego di luar rumahpada David. David kata Menang kena tunggu selepas election untuk kenakan Luisa sebab kalau hidup Luisa musnah, dia juga akan turut musnah. ~Menang jahat hantar juga gambar tu pada Carding. Carding terkejut nelihat gambar tu yang tertera tulisan 'lihat apa asawa mu buat masa kita tak nampak'. Si Mimi pulak sibuk bagi komen kenapa si mamat handsome dalam gambar tu dok pegang tangan Luisa. ~Carding segera call rumah dan Luisa lambat jawab. Dia kena marah dengan Carding dan Carding terus menuduh dia lambat jawab sebab keluar jumpa Diego. Luis kata ya dia jumpa Diego tapi Carding kata setakat itu saja Luisa perlu kawan dengan Diego dan walaupun mereka bersahabat, jika dia tahu Luisa jumpa dengan Diego lagi, dia sendiri akan bunuh Diego. (Aik, tetiba jadi macho). Luisa terkejut. ~Carding failed his exam sedangkan dia dan Mimi dah ulangkaji perkara tu. Mimi tanya kenapa dan Carding kata dia pun tak tau apa yang berlaku. Malam itu, si Luisa call Carding tapi dia sengaja tak nak jawab. Alex kata kenapa dan Carding kata dia tak nak mood dia rosak sebab dia nak keluar. Dia ajak Alex sekali tapi Alex kata dia dah ada janji lain. ~Menang kata kenapa Luisa termenung. Luisa bagi tau dia ada tak si Carding telefon Menang. Menang pulak kata dia bukan jenis yang suka mengongkong dan ambil tahu dalam hal peribadi Carding. (Ya la tu Menang). The telefon berbunyi sekali tanda Diego call. Luisa pandang saja dan dia terus tanya Menang tak nak tidur lagi ker. Menang kata dia nak siapkan kerja dia dulu. Luisa offer nak tolong tapi Menang perli katanya Luisa tahu ke buat kerja tu. Luisa cuba cari alasan supaya Menang cepat tidur tapi tak berjaya.
[ Last edited by HeavenLeigh at 9-2-2007 07:36 PM ] |