CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 30-12-2010 11:36 PM | Show all posts
welkam back smiley...
mintak2 besok ade la N3 nye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2010 11:36 PM | Show all posts
Yes TT dah balik dari bercuti tentu idea romantik banyak dpt...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 11:56 PM | Show all posts
wahhh..smiley gi makan angin.. cuti-cuti indonesia gitu...
nanti adalah banyak n3 nanti ya..
ota dah freshlah katakan...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 06:17 AM | Show all posts
Reply 1478# sang_arjuna


    drma king sgt FB ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 08:35 AM | Show all posts
n3333333333333333333
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 08:52 AM | Show all posts
ye ye... smiley dah balik.... tak sabar nak tunggu entry...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2010 12:10 PM | Show all posts
jommmmmmmm arjunnnnnnn

N33333333333
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 01:34 PM | Show all posts
sambungla lg akak smiley....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2010 03:59 PM | Show all posts
nanti smbung ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 06:19 PM | Show all posts
“ Babah nak pergi mana? Bukan main smart lagi” Dahlia musykil melihat Hj Zul berkemeja dan bertali leher di pagi hari. Takkan Babah nak pergi interview kerja.

“ Babah nak ke Sekolah Sri Kota. Ada Kem Bahasa Inggeris  hari ini. Dia orang jemput Babah jadi judge untuk debate antara sekolah sekolah.” Hj Zul melihat cermin dan membetulkan ikatan tali leher. Rambutnya yang beruban tapi masih tebal di suak dengan jari agar lebih kemas.

“ Oh, Lia ingat nak pergi dating”

“ Hishhh… kamu ni. Tua tua macam ni dah tak ada hati nak dating lagi la”

“ Babah nak Lia hantar?” Dahlia mencapai kunci keretanya.

“ Tak payahlah. Nanti Cikgu Amir jemput Babah.”

Dahlia tersentap.Hidup lagi mamat tu? Kenapa dia nak jadi guru di sini? Menyemak saja. Pergilah kerja di syarikat keluarga nya. This town is too small for both of us.

“ Kenapa muka Dahlia tiba tiba masam bila Babah sebut nama Cikgu Amir? Apa cerita? Dia tak bayar lagi duit karipap kah?”

“Suka hati orang lah. Masam tak boleh, suka pun tak boleh. Ada ada saja lah Babah ni” gerutu Dahlia.

Hj Zul ketawa. “ Cikgu Amir tu okay. He is a nice person and a good teacher. Bila masa pula Babah tak suka dia? Babah tegur dulu sebab kamu dengan dia keluar berduaan. Tak manislah sebab masa tu kamu dah di pinang mak bapak Farid.”

“ Apa apa jelah Babah. Lia pergi dulu” Malas aku nak dengar puji pujian pasal Cikgu Amir. Dahlia cepat mencium tangan Hj Zul. Aku tak mahu terserempak dengan Cikgu Amir. Susah aku nak lupakan kata katanya walaupun aku dah cuba. Lagi susah nak buang imej Cikgu Amir bertuala. Rasa macam nak belah kepala dan buang semua sel memori hari bersejarah itu.

Sebaik dia menghidupkan enjin, kereta Honda Civic hitam masuk ke perkarangan rumahnya. Oh - ho, dah tukar kereta. Nak tayang kat orang yang dia tu orang kaya lah. Guru Besar pun tak pakai Honda Civic. Berlagak! Piraaahhhh!

Cikgu Amir mengangkat tangan padanya tapi tidak di endahkan. Dahlia terpaksa menunggu dalam kereta kerana kereta Cikgu Amir menghadang jalan keluar. Dia berpura menyibukkan diri mencari barang dalam beg tangan. Sebaik bapanya menaiki kereta Cikgu Amir, kereta itu meluncur keluar. Kali ini Cikgu Amir tidak memandang ke arahnya.

“ Assalamualaikum. Cikgu Zul sihat?” Cikgu Amir tersenyum sendiri. Aku dah pasang strategi baru. Kali ini kena pikat bapa dulu. Biar aku akan jadi calon “ simpanan”. Bila Farid di kantoikan tak lama lagi aku senang nak jadi galang ganti nya. Mula mula dia cuak juga kalau Dahlia ada bercerita tentang “pertempuran” mereka dan siapa dia sebenarnya. Tapi nampak gayanya rahsia dia masih tersimpan rapi. Cikgu Zul tidak tahu tentang apa yang berlaku di KL tempoh hari.

“ Sihat. Alhamdulillah” balas Hj Zul sambil memasang talipinggang keledar.

“ Cikgu nak renovate rumah kah?” Amir ternampak longgokan simen dan kayu di kawasan belakang rumah.

“ Saya nak tambah lagi satu bilik. Rumah saya tiga bilik saja. Dahlia nak kahwin tak lama lagi. Kalau semua anak saya balik, memang tak cukup bilik.”

Jantung Amir macam nak terlucut. Menyesal aku tanya, getus Amir dalam hati. Aku tak boleh bayangkan Dahlia dan Farid bersama dalam satu bilik. Mesti teruk Dahlia aku di kerjakan. Wah… Dahlia aku. Jangan setakat berangan, Mir. Strategi mesti di jalankan dengan lancar.

“Awak apa cerita Amir? Lama tak nampak?” Hj Zul memecah kelohongan

“ Saya balik tengok mak saya. Dia kena kanser.” Hj Zul menggeleng perlahan.

“ Oh… kesiannya. Patutlah dah lama awak tak ada di sini. Mak Amir kena kanser bahagian mana? Macam mana dia sekarang?”

“ Dia kena kanser usus besar. Mak saya kira nasib baik juga sebab doctor dapat kesan awal. Doctor dah bedah dan dapat buang semua sel kanser dalam usus dia. Sejak cuti sekolah saya jaga dia.  Alhamdulillah, sekarang dia dah bertambah sihat, dah balik rumah pun. Kalau tak susah juga sebab saya dah tak boleh cuti lagi”

“ Baguslah kamu ni. Anak yang soleh. Amir tak ada adik beradik lain kah?”

“ Saya ada seorang abang. Dia sibuk dengan business. Lagipun saya bujang. Tak ada siapa nak kompelin kalau saya lebihkan mak saya”

Cikgu Zul tersenyum mendengar jawapan Amir. “ Kalau saya ada anak perempuan lagi seorang, boleh saya rekomen kat awak”

Cikgu Amir ketawa. Yang dah ada tu pun cukup Cikgu Zul. Aku tak nak yang lain. Just Dahlia and only Dahlia.

“ Bila Cikgu Zul nak terima menantu .” Menantu macam hantu.

“ Insyaallah  bulan Ogos nanti Dahlia kahwin.”

“ Tak sampai tiga bulan lagi saja?! Cepatnya.! “ Amir tak dapat menyembunyikan rasa terkejut. Macam mana ni? Aku kena speed things up. Kalau tak melepaslah aku.  Ivan pergi bercuti di China selama 10 hari. Macam tak ada masa lain nak bercuti. Assignment baru untuk mendapatkan gambar Farid masih belum dapat di jalankan. Amir gelisah hingga lari fokus. Nyaris di langgar kambing yang sedang meragut rumput di tepi jalan.

“ Mula mula Dahlia nak tempoh 6 bulan. Tapi bakal besan saya dapat pergi haji jadi pihak lelaki nak cepatkan. Kami ikut saja. Kalau jodoh dah sampai buat apa nak tunggu lama. Benda yang baik tak elok di lambatkan. Betul tak?“ Amir terpaksa mengangguk dalam geram.

“Saya nak minta tolong  Amir datang merewang nanti, ya.”

Merewang? Jangan harap. Aku nak datang sebagai pengantin lelaki. Kepak.. kepak… kepung …kepung...

“ Tunang Dahlia kerja di mana? Siapa namanya?” Misi mencucuk jarum harus di mulakan segera.

“ Nama dia Farid , dia kerja di Maybank di Ipoh. Kenalkah? Dulu dia kerja di KK. Amir pernah jumpa?”

“ Er… kalau Farid dari Maybank saya tahu lah siapa orangnya. Tapi mungkin orang lain kot. Takkan dia tu tunang Dahlia” Amir menggeleng kepala. Puas hatinya bila ternampak muka Hj Zul berubah. Penuh tanda tanya.

“ Kenapa Amir kata macam tu? Apa yang tak kena dengan Farid yang Amir pernah dengar?” soal Hj Zul. Setahu aku seorang saja nama Farid di Maybank.

“ Alaa… cerita lama lah Cikgu. Mungkin masa itu dia belum kenal Dahlia lagi. Tak payah lah nak buka aib orang.” He.. he.. pandai tak aku. Cukup setakat menabur benih syak wasangka. Tak payah cerita panjang macam Makcik Joyah. Slow and steady. Kebenaran akan terserlah juga nanti.

Hj Zul berdehem. Kerusi Honda Civic rasa panas. Apa kisah silam Farid yang aku tak tahu? Tapi tak mungkin anak Leman dengan Zurina berperangai buruk. Amir silap orang kot. Namun dia tak mampu menepis syak wasangka yang hadir dalam benak hati.

Kereta Amir memasuki kawasan Sekolah Sri Kota. Pelajar dan guru guru dari sekolah sekitar Kuala Kangsar sudah mula berkumpul. Amir memakir keretanya dan mengiring Hj Zul ke dewan.

“ Sila Cikgu Zul. Ini tempat duduk untuk tetamu khas. Debate di mulakan pukul 10.30 nanti. “ Dia tersenyum lebar melihat wajah Hj Zul yang kurang ceria. Mission accomplished.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 06:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 31-12-2010 18:25

Pagi itu Dahlia sampai lebih awal dari Atikah. Selesai  mengemas kedai dia menghidupkan komputer. Ada email dari adiknya beserta gambar dari kota Mekah dan Madinah. Tengok gambar saja pun dah rasa syahdu dan tenang. Bestnya kalau aku dapat pergi satu hari nanti. Ya Allah, permudahkanlah jalan bagi aku untuk menjadi tetamu Mu.

“ Assalamualaikum Kak Lia” Atikah menyapa sebelum ke bilik belakang untuk membuat kopi, seperti biasa. Satu mug di letak depan Dahlia.

“ Tikah, akak bawa nasi goreng. Makanlah” Dahlia tahu yang Atikah jarang bersarapan. Dia terpaksa beralah supaya adik adik yang bersekolah dapat mengisi perut.

“ Terimakasih Kak Lia. Tikah simpan untuk makan tengahari nanti.” Gadis itu menghirup kopi panas. Dahlia membelek majalah Jelita yang terbaru kalau ada design baju pengantin yang menarik. Setakat ini otaknya masih buntu. Tak ada idea langsung.

“ Kak Lia, kenapa sekarang Abang Farid dah tak hantar bunga? Dulu tiap tiap hari ada bunga.” Dahlia senyum sinis. Dia pun sedar yang Farid memanglah tipikal lelaki Melayu yang mencuba sedaya upaya selagi belum dapat. Bila dah jadi isteri dia nanti jangan haraplah nak dapat  sekelopak bunga tahi ayam masa hari jadi pun.

“ Biasalah orang lelaki. Selagi belum dapat macam macam dia buat supaya kita suka kat dia. Tapi tak kisahlah, akak bukan minah bunga pun. Biarlah dia simpan duit untuk kahwin nanti. Banyak kena guna duit.” Dahlia cuba kaverline. Semua perbelanjaan perkahwinan akan di biaya oleh Uncle Leman. Hatinya terusik. Bukan saja tak ada bunga, tapi panggilan telefon pun makin jarang. Dari tiga empat kali sehari jadi sekali sehari. Alasan Farid dia sedang berkursus di Kuala Lumpur, banyak assignment yang perlu di langsaikan. Whatever lah. Dia tak sedar yang aku ni belum lagi jadi bini dia. Masih ada masa untuk aku back off. Cuma aku kesiankan Babah, Uncle Leman dan Auntie Zu. Uncle Leman dan  Auntie Zu terlalu baik. Auntie Zu setiap hari akan menelefon aku dan mengajak aku  ke rumahnya. Macam macam nak di bincangkannya, dari warna tema majlis sampai ke makanan kegemaran Farid. Dia banyak persamaan dengan arwah Mak, dan itu membuat aku  mesra dengannya. Dia tak ada anak perempuan, aku tak ada emak. Kami saling melengkapi.

Tak lama kemudian pelanggan pertama pun masuk. Seorang wanita cantik memakai dress paras lutut dengan talipinggang lebar yang menjadi trend terkini. Mungkin dia ibu muda yang ingin mencari bahan bacaan untuk kanak kanak pra- sekolah, teka Dahlia sambil menutup majalah.

“ Boleh saya bantu? “ tanya Dahlia dengan senyuman.

“ Er.. um.. saya nak cari Cik Dahlia” Jawapan wanita itu membuat Dahlia rasa tak senang. Macam ada sesuatu yang tak kena. Siapa perempuan ini? Tak ada rupa macam pegawai dari bahagian perlesenan perniagaan. Nak kata wakil dari publisher pun tidak.

“ Saya Dahlia” Muka wanita itu berubah serta merta. Dahlia di pandang dari atas ke bawah dengan senyum sinis.

“ I want to talk to you in private” Permintaannya lebih berbunyi seperti arahan.

“ Why? I don’t even know you” balas Dahlia. Aku cukup tak suka orang perangai bossy. Masuk kedai aku, suka suki nak memerintah.

Wanita itu melembutkan nadanya” Sorry. Saya tengah stress. I’m Nurul. Saya kawan Farid”

Degupan nadi Dahlia makin cepat. Siren kereta polis, ambulan dan bomba berbunyi sekaligus dalam kepalanya. Nee..nooo…neee…noooo…neee…noooo. Ini adegan drama swasta paling stereotaip.

Takkan secepat ini pertunangan aku di landa badai. Dahlia memanggil Atikah. “ Akak nak keluar sekejap. Awak jaga kedai ya. Kalau apa apa , call akak”

………………………………………………………………………….

Sebaik sampai di restoran Hameediah, Nurul memilih tempat yang tersorok. Setelah memesan minuman,  dia terus berlari anak ke bilik air.  Tak lama kemudian Nurul kembali. Mukanya pucat sedikit.

“ Maaf. Saya kurang sihat”

“ So, kenapa awak nak jumpa saya? Awak girlfriend Farid? ” Dahlia bersuara dengan tenang. Straight to the point. Peliknya. Sedikit pun aku tak ada rasa marah atau sedih.

Nurul tersentak. Ini bukan calang calang perempuan yang boleh aku “psiko”kan. Selama ini dia sudah menggambarkan gadis pilihan orang tua Farid sebagai gadis kampung yang pemalu dan lemah lembut. Tak sangka pula Dahlia yang lincah dan bergaya ini sanggup menerima jodoh yang di pilih orang tua. She can do better than that  loser.

“ Dahlia.. saya bukan girlfriend Farid. Well, not really. Saya dah berkahwin.” Nurul menelan airliur. Matanya berkaca.

“ Habis tu? Kenapa nak jumpa saya?” Dahi Dahlia berkerut.

“ Tapi saya dengan Farid memang pernah ada hubungan intim walaupun kami tak bercinta. Dan sekarang saya… mengandung.”

WHAT THE @#$%?  Darah Dahlia menyirap. Jantan jenis apa Farid ? Inilah padahnya bila terburu buru membuat keputusan. Kalau Farid dengan Nurul bercinta, aku boleh lagi terima. Tapi apa punya jantan yang tidur dengan bini orang walaupun tak ada perasaan cinta. Mereka ini  spesis binatang kah? Dahlia menggeleng perlahan. Kalau lah semua ini benar, syukur kepada Allah kerana menunjukkan aku siapa Farid yang sebenar sebelum aku menikahinya.

“ Jadi awak mengandungkan anak Farid? Suami awak tak kisah kah awak tidur dengan lelaki lain? Farid tahu yang awak mengandung anak dia? Macam mana awak pasti itu anak dia?” Bertubi tubi soalan keluar dari mulut Dahlia. Perasaannya berkecamuk. Kalau Babah ada di sini, mesti dia dah kena heart attack.

“ Susah budak baik macam awak nak faham. Its too complicated.  I was lonely. Saya isteri kedua dan suami saya banyak business overseas. Farid cuma menggunakan saya untuk puaskan nafsu. Tapi saya tak kisah pun. We both knew what we wanted.”

Birahnya perempuan ni. Sama naik dengan tunang aku. Belajar tinggi tinggi tapi iman tarak.  Dahlia mengurut dahinya. Kepalanya rasa nak meletup

“ Tapi I tak sangka yang I boleh mengandung. I makan pil perancang sebab suami I tak nak anak. I tahu ini bukan anak dari benih husband I sebab  dia dah tiga bulan tak ada di Malaysia. I tak tahu apa nak buat kalau suami I dapat tahu. I kena jumpa Farid. Please help me” rayu Nurul. Titisan airmata di kesat dari pipinya. Foundation yang tebal turut sememeh.

“ Macam mana I nak tolong? You nak I suruh Farid kahwin dengan you? Oops, tak boleh sebab you masih isteri orang.  Sorry to say this but you two are totally disgusting! ” Dahlia bangun tapi tangan nya di tarik oleh Nurul.

“ Dahlia, please… I have to do something. I nak abort tapi I takut. Apa pun Farid patut tahu, ini anak dia juga “ Wajah Nurul yang sayu menyentuh hati Dahlia. Aku tak pernah berada dalam situasi yang sama tapi kalau Allah nak menduga umatnya, bila bila masa saja dia boleh turunkan bala seperti ini pada aku. Siapalah aku untuk menghukum sesama manusia. Jauh di sudut hatinya dia tahu yang dia patut berterimakasih pada Nurul. Perempuan ini dah selamatkan aku. Kalau tak aku dah kahwin dengan lelaki second hand yang kemaruk seks. Eee…geli.

“Kenapa tak beterus terang dengan Farid? Don’t tell me you don’t have his number”

“ Kita dah berjanji selepas dia tunang dengan you, I tak akan contact dia. He doesn’t want to have anything to do with me anymore. Dia dah tukar handphone number. I pergi ke kondo dia tapi dia tak ada”

Farid kata handphone dia hilang sebab itu kena tukar nombor baru konon. Bulat bulat aku kena tipu. Entah  apa lagi dia tipu aku. Mak dan bapa dia pun tak tahu kah perangai sebenar Farid? Dahlia menarik nafas. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket.

“ Farid ada kursus di KL. Ini dia phone number Farid. Korang settle lah problem korang. I don’t want to have anything to do with both of you” Dahlia melangkah pergi. Peliknya setitik airmata pun tak tiris. Sekarang aku kena jumpa Babah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 06:42 PM | Show all posts
nak minta n3 lg blh ker....

x sbar nak tunggu FB kantoi.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 06:51 PM | Show all posts
Reply 1491# sang_arjuna


Timekasih... Juna...N3 baru

Bravooo.... Dahlia.... Smart girll... heh..heh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 06:54 PM | Show all posts
Welcome Cikgu Amir..... golden moments to be taken advantage of.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 07:07 PM | Show all posts
takut cikgu zul tak caya farid tu jahat
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 07:18 PM | Show all posts
Reply 1491# sang_arjuna


    syukur dahlia.... thank kak juna... selamat tahun baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2010 07:24 PM | Show all posts
Reply 1495# sang_arjuna


    smiley....tq for the n3...rindu bangat sih dengan
cikgu amir and dahlia....biarlah terbongkar kejahatan FB
yg sebenar dan cikgu zul tidak terpedaya dengan
lakun layar FB.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 09:58 PM | Show all posts
TQ kak smiley.. rasa mcm tak cukup la...
tak sabar nak tau bila FB kantoi ngan cikgu zul ni...
dahlia dah tau dah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 10:35 PM | Show all posts
kak smiley, tenkiu sbb update wahh satu tembelang farid sudah pecah, peluang cikgu amir semakin terang!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 11:06 PM | Show all posts
akhirnya, dahlia tahu yg FB tu teruk...
good job cekgu amir sbb dah mengwas-waskan hati cekgu zul...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.080218 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list