|
UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum wbt..
InshaAllah saya akan pergi menunaikan umrah pertama dalam hidup ini pada 6 jun. Dh tak sabar rasanya untuk berada di sana. Saya pergi bersama isteri & ayah mertua. Ayah mertua saya menggunakan wheel chair sepenuhnya. Untuk buat tawaf & sa'i kena buat di tingkat atas kan? Minta kepada forumer yg ada pengalaman bawa orang dgn wheel chair utk share pengalaman. Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
ungu_violet191 posted on 12-5-2014 08:01 PM
Nak tanya yg dh dapat kuota haji utk 2014 daftar tahun brp ya?sy mndaftar tahun 2008..ada hrpn x nk ...
panggilan haji utk tahun ni dah tau dah.....hujung dec haritu ada dh yg dpt surat....
kalau tak salah derang daftar tahun 2007.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syik_Gojet posted on 13-5-2014 04:59 PM
Salam nak tanya bukan saja pd tuan haji..
juga kepada semua2 forumer y dah pulang dari menjejak ...
ada org yg senang kawan pengaruh...
kalau senang, carilah/dekatlah dgn kawan2 yg bole bawa kebaikan...
pi usrah, try jemaah kat masjid, dengar kuliah...
iman kita mmg ada turun dan naik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Milo_Suam posted on 14-5-2014 09:25 AM
Assalamualaikum wbt..
InshaAllah saya akan pergi menunaikan umrah pertama dalam hidup ini pada 6 ju ...
Wslm..
sy baru pulang dari Mekah minggu lepas
ayah sy berkerusi roda...
Sy akan share sedikit tips2 utk golongan berkerusi roda
Madinah <-- org berkerusi roda sangat2 beruntung jika mahu masuk ke Raudah.. sy nasihatkan rajin2 la tolak ayah encik masuk Raudah..
selalunya org berkerusi roda, guard akan berlembut hati dan bagi port2 panas dalam Raudah..seperti ayah sy dpt solat dibawah mimbar nabi..
adik sy y menolak ayah sy turut sama dpt kelebihan tersebut..
Mekah <-- untuk tawaf, org y berkerusi roda kena naik tingkat 2 khas utk tawaf berkerusi roda.. ada beberapa cara nak ke sana..
cara 1) di bahagian kanan masjidil haram, boleh nampak ada jalan membukit. jika ikut jalan itu akan bawa kita direct ke laluan jalan berkerusi roda..
jika lalu jalan itu agak memenat kan sebab nak menolak kerusi roda ke atas memerlukan tenaga y lebih..
cara 2)di bahagian kanan masjidil haram, terdapat sebuah lift.. naik je lift tu akan bawak kita direct ke tingkat 2.. cara ni lebih mudah.. cumanya lift tu akan bawa kita masuk ke dalam masjid, utk pergi ke laluan tawaf berkerusi roda kita kena belok ke kanan dan keluar semula ke pintu besar..betul2 tepi pintu besar ada laluan jalan masuk utk tawaf berkerusi roda.. jika tak pasti tanya je guard di situ dorg akan tunjukkan..
untuk pengetahuan encik, selepas itu encik kena lalu jalan besi (ala2 macam jalan tak siap) utk sampai ke tawaf berkerusi roda.. agak tinggi jugak maka encik kena byk bersabar.. jikalau boleh jangan guna laluan tawaf berkerusi roda pada waktu lepas zohor kerana cuaca tersangat panas..
SAIE:
ada 2 pilihan samada nak saie sambil berkerusi roda atau naik scooter..
sesudah tawaf.. selepas lampu hijau ada jalan kuar, jalan tersebut betul2 mengadap multazam..boleh la solat di situ dan terdapat juga air zam zam..
ikut je laluan kuar tersebut.. nanti encik akan nampak ada simpang ke kiri or jalan terus.. jika encik ambik simpang kiri akan bawa ke laluan tawaf berkerusi roda.. manakala jika jalan terus akan membawa encik sampai ke kawasan masjid. terus encik toleh kiri encik akan nampak kon bersusun, dalam kawasan kon tu ada kaunter.. itu lah kaunter untuk sewa scooter.. 1 scooter harga dalam 50 riyal.. seat tempat duduk itu agak lebar.. encik boleh kongsi duduk bersama ayah encik.. jika kita sudah biasa bawa motor, tiada masalah nak bawa scooter itu.. bawa scooter itu semula ke kawasan saie berkerusi roda.. sekejab je dah habis saie jika naik scooter ini..
<<Jika encik berhajat utk cari org tolakkan ayah encik, boleh berhubung dgn ustaz dari agensi encik..selalunya dorg akan tolong carikan orang.. >>
|
|
|
|
|
|
|
|
Syik_Gojet posted on 13-5-2014 04:59 PM
Salam nak tanya bukan saja pd tuan haji..
juga kepada semua2 forumer y dah pulang dari menjejak ...
Salam
Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu.
Sudah tentu sebelum kita berangkat mengerjakan umrah hari tu kita dah cuba untuk membersihkan diri contoh - tak tinggal solat, tak bercakap bohong/sia2, tak marah2, buat banyak solat sunat, byk bersabar, istighfar etc. Semasa di mekah pulak kita pun tak buat semua benda2 yang boleh menambah dosa ya tak?
Jadi bila balik ke Malaysia ni, istiqamahlah apa yang dah kita buat tu.. mintak lah dengan Allah supaya kita diberi kemudahan dalam melakukan semua ibadat2 wajib dan sunat. Kalau yang wanita, sempurnakanlah cara berpakaian. Banyakkan berzikir,solat2 sunat, kalu dulu baca quran seminggu sekali tapi bila dah balik cuba baca setiap hari. Sehingga kita dapat rasa kemanisan beribadah itu bukan lagi sebab itu perkara wajib atau sunat dan dapat pahala semata2 tetapi - sbb ALLAH TAALA. Waahua'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
intansakura posted on 14-5-2014 12:27 PM
Salam
Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Mengerjakan umrah ke s ...
Saya setuju dengan @intan. Jika dari tanah air kita sudah melatih diri kita, di tanah haram nanti dan sekembalinya ke tanah air, tiada masaalah untuk kita terus mempraktikan yang apa kita sudah lakukan. Malah, yang tambahan pula menjadi ringan. InshaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni flyer terbaru dari THTS just sharing if anyone interested.
cuma nak highlight flight guna Flynas and hotel jauh.
Tu sebab pricing dia macam tu. Usually THTS mmg mahal.
|
|
|
|
|
|
|
|
ms sy survey br2 ni THTS pun antara yg termahal utk pakej haji..plg murah pakej rm30 ribu hotel 650m.. |
|
|
|
|
|
|
|
sleepyfish posted on 15-5-2014 10:34 AM
ni flyer terbaru dari THTS just sharing if anyone interested.
cuma nak highlight flight guna Flynas ...
Hotel Madinah tu memang dekat sgt dah dgn masjid nabawi
tp kt Mekah tu memang jauh.. masalah Masjidil haram nie susah nak cari toilet n tempat wuduk wanita
kalu nak buang hajat kena g tandas hotel berhampiran.. mungkin ada tandas kt tempat underground tp sy tak tau lak..so far tak penah jumpa
Pekej ni memang murah betul.. kalu org y jenis biasa jalan banyak ok gak ambik ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Syik_Gojet posted on 15-5-2014 10:13 PM
Hotel Madinah tu memang dekat sgt dah dgn masjid nabawi
tp kt Mekah tu memang jauh.. masalah Masj ...
yup, tapi ni first time THTS guna flynas. ni budget carrier. bukan commercial flight or SV charter. tu yg dapat offer murah. n hotel mecca jauh
|
|
|
|
|
|
|
|
ungu_violet191 posted on 15-5-2014 04:41 PM
ms sy survey br2 ni THTS pun antara yg termahal utk pakej haji..plg murah pakej rm30 ribu hotel 650m ...
yup mmg 30k tu paling murah n kekal harga. yg pakej lain naik mendadak for pakej haji. |
|
|
|
|
|
|
|
Syik_Gojet posted on 13-5-2014 04:59 PM
Salam nak tanya bukan saja pd tuan haji..
juga kepada semua2 forumer y dah pulang dari menjejak ...
wsalam...
kalau kat sana kan, belum masuk waktu pun kita dah berduyun2 ke masjid..
kat sini, saya seboleh2 nya akan buat mcm tu.. maksudnya, masuk je waktu saya akan solat terus, takde tangguh2 mcm dulu
saya set kat kepala bila takbir tu.. `Allah maha besar' so kena dulukan panggilan Allah.
kalau kemana2 pun saya cuba elak sampai tiba waktu solat sbb taknak tangguh solat
saya pun akan tegur kwn2 kalau depa tangguh solat
sebelum gi Mekah, rajin n senang je nak bangun malam (saya la), lepas balik mcm liat sikit,
so saya kerap ingatkan diri sendiri tentang peluang yg saya dapat, mungkin tak semua orang dapat..
hari2 set jam tu untuk bangun mlm, walau kadang bangun semata nak matikan alarm
then sampai la ni, saya amalkan solat taubat tak kira la rasa berdosa ke tak, sbb kdg2 x sedar buat dosa kan..
also solat syukur n tasbih. even, kecik je benda yg saya dapat, saya solat syukur. sbb fitrah kita kan suka mintak2 itu ini, tapi jarang nak syukur.
between maghrib - isyak kuatkan semangat bukak Quran, walau hanya 1page..
mmg letak Quran dpn mata, kdg2 mmg malas, mata lebih jeling h/p
slow-slow, sikit2... lama2 ok la... sebab bagi saya, sepanjang hari2 di tanah haram tu waktu terindah, paling menenangkan, so kalau saya nakkan yg indah dan tenang mcm tu, saya kena amalkan amalan mcm kat sana.
yg lain2 ada tips meh la share jugak ya
|
|
|
|
|
|
|
|
Syik_Gojet posted on 15-5-2014 10:13 PM
Hotel Madinah tu memang dekat sgt dah dgn masjid nabawi
tp kt Mekah tu memang jauh.. masalah Masj ...
tandas wanita ada...tp jauh di luar masjid...1 di dataran dpn Safwa Tower...1 lg di dataran Marwah...dua2 underground...mgkin ada lg tandas wanita lain cuma yg dua2 ni saya biasa masuk...
|
|
|
|
|
|
|
|
Syik_Gojet posted on 14-5-2014 09:04 AM
kena buat tawaf wada hari jumaat eh..
selalunya kalu hari jumaat agak kelam kabut sikit sebab k ...
betul, memang sangat mencabar solat jumaat pasal aras bawah & tingkat 2 dah tutup, kena pergi aras atas takde bumbung dengan cuaca yang panas terik
memang kuat betul ketahanan jemaah yang sentiasa tahan suhu tinggi kat sana
mula2 memang ingat nak buat beberapa pusingan dulu sebelum solat, tapi bila dah ditutup lepas solat terus buat
|
|
|
|
|
|
|
|
forselab posted on 16-5-2014 12:29 PM
tandas wanita ada...tp jauh di luar masjid...1 di dataran dpn Safwa Tower...1 lg di dataran Marwah ...
sebelah kiri pintu masjid no.1 berhampiran tempat sewa locker ada tandas lelaki & tandas wanita...belakang area tempat minum & tempat wuduk
|
|
|
|
|
|
|
|
sleepyfish posted on 15-5-2014 10:35 PM
yup mmg 30k tu paling murah n kekal harga. yg pakej lain naik mendadak for pakej haji.
Tabung Haji ada pakej murah, tak sampai RM10,000 ~ pakej muassasah. Ok jugak pakej tu. Last edited by msaadhamid on 18-5-2014 02:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 18-5-2014 02:10 PM
Tabung Haji ada pakej murah, tak sampai RM10,000 ~ pakej muassasah. Ok jugak pakej tu.
Yg ni pkej TH yg biasa Tu kan
Kena tggu giliran jugk kan |
|
|
|
|
|
|
|
buDak_gaTaL posted on 17-5-2014 09:57 PM
sebelah kiri pintu masjid no.1 berhampiran tempat sewa locker ada tandas lelaki & tandas wanit ...
ooh...maksud buDak_gaTal tandas tu dlm masjid ke..?
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah terbaca 1 rencana, setiap tahun beribu mengerjakan umrah & haji, tapi mengapa masjid2 & surau kita masih kosong
petikan dari satu rencana
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tetapi umat Islam mutakhir ini terutama dari golongan yang berpendapatan sederhana hingga golongan mewah, umrah sudah menjadi trend ibadah yang melampaui dari mengerja haji, menyonsang sunat kepada wajib. Golongan artis kerana rezeki ‘show’ yang bertalu-talu, sering berbelanja mengerjakan umrah, kemudian pulang dengan cerita-cerita yang karut marut, yang menggambarkan mereka adalah insan istimewa menjadi tetamu Kaabah. Golongan korporat, elit sering juga berumrah kerana di sanalah tempat mereka meminta. Orang-orang politik yang hampir muflis politiknya juga menjadikan umrah destinasi ‘bernazar’ dan pulang seolah-olah menjadi ‘insan kamil. Last edited by TUKANGKEBUN on 19-5-2014 02:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
lipsofanangel posted on 16-5-2014 12:21 PM
wsalam...
kalau kat sana kan, belum masuk waktu pun kita dah berduyun2 ke masjid..
Terima kasih kepada semua y bagi tips.. akan sy simpan semua tips2 anda..
memang betul la..sampai kt Malaysia baru dugaan y sebenar bermula..masa kt sana senang je nak buat ibadah..
Sy dulu tak biasa pakai stokin tangan dan kaki..
balik sini, ada masa pakai ada masa tak pakai.. (Moga Allah ampunkan sy)
Sy dah belajar utk labuhkan tudung.. terasa segan sgt nak pakai tudung singkat..perasaan itu dtg secara automatik..
Solat malam pun.. kekadang bangun..kekadang bangun utk tutup jam..kekadang elok ja bangun dah masuk subuh..
penah jugak sedar2 matahari dah meninggi..(Moga Allah ampunkan sy)
Sy cuma amalkan tips utk boleh bangun awal dari sorg ustaz iaitu bertasbih,bertasmid dan takbir 100X dan baca surah 3 qul sebelum tdo..
Lepas tu berdoa minta Allah kejutkan..sekurang-kurang jika tak dpt bangun tuk solat malam, dpt bangun utk solat subuh..
Alhamdulillah tips ni nampaknya berkesan
Sebenarnya sy rindu sgt nak solat jemaah.. pertama terikat dgn kerja..waktu solat dah ditentukan siap2 oleh supervisor..
kedua kerana sy wanita, mak tak bape galakkan kerana dikhuatiri timbuh fitnah kecuali bersama mahram..
Apa sy cuba usahakan ialah solat di awal waktu..tp ada masanya di penghujung waktu jugak.. (Moga Allah ampunkan sy)
Banyak lagi sifat2 y tak baik sy kena ubah..terlalu byk kelemahan diri ni.. memang agak sukar utk berubah kerana sudah jadi tabiat..
insyaallah sy akan ubah perlahan- lahan seperti hadis nabi:
Nabi s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Allah adalah berterusan walaupun sedikit”.
(Sahih. R. Bukhari & Muslim)
Lastly.. sy sentiasa teringat ayat prof Muhd. Kamil.. Jika balik dari Mekah, diri tetap tidak berubah sesungguhnya aku ni sejahat-jahat manusia..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|