Sudah lama move on
03 Disember 2017 4:00 PM
Pancaindera Mingguan Malaysia
SI CANTIK Neelofa terus kekal jadi perhatian orang ramai ketika ini. Dan biasalah, kalau popular terlampau sangat, terlampaulah juga ada si pembenci yang akan buat macam-macam cara untuk menjatuhkan dia. Nasihat Mary, sabar sajalah Lofa, usah peduli mulut-mulut tak ada insurans itu, yang penting kami tahu macam mana hati Lofa.
Tak dinafikan, kalau baca satu persatu di laman sosial itu, memang boleh sakit jantung dibuatnya. Bahasa teruk, tuduhan yang entah apa-apa, semuanya ditulis mengikut perasaan dan penilaian akal pendek.
Dah macam kebudak-budakan apabila timbul isu ejek-mengejek macam ini. Walhal tak ada gunanya langsung sebab hakikatnya Neelofa sudah lama pandang ke depan, selepas tidak lagi dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki hampir setahun lalu. Itu juga bermaksud, dia sudah tidak ada apa-apa lagi dengan insan itu, cubalah faham. Jadi siapa kata Neelofa belum lagi move on? Bila dah tak ada apa-apa urusan, maknanya Neelofa bebas untuk berkawan dengan lelaki lain. Dan...Jeng, Jeng, Jeng. Khabar yang cukup selesa di pendengaran Mary Jane, difahamkan ada ‘seseorang’ dan pihak tertentu yang sedang cuba hendak mengintai hati Lofa sekarang ini. Katanya, sudah sampai ke tahap rindu-rinduan, sayang bersayang, tak bermesej asyik terbayang-bayang di pihak sebelah sana tu. Siapa itu? Kena tanya tuan badan. Lofa seperti biasa tak suka bercerita soal peribadi, tetapi kalau betul bermula episod cinta yang menarik, dia tak akan sembunyi. Sebab dalam hal bercinta dan putus cinta ini, memang sepatutnya pun Neelofa lebih bersikap rasional. Takkanlah selama-lamanya nak berdendam air mata mengenangkan cinta tidak kesampaian lepas putus dengan insan yang dia sayangi sebelum ini, macam Hans Isaac tu contohnya. Hello, kita bukan lagi bercinta zaman budak-budak yang jenis frust menonggeng. Tak mainlah cara macam itu tau. Lagipun sebagai wanita yang bijak dan mempunyai prospek masa depan yang cerah macam Neelofa, Mary Jane yakin dia juga punya pertimbangan tersendiri dalam urusan hati. Siapa saja pilihannya, kita sebagai orang luar tidak berhak mempertikaikan kerana dia sendiri yang bakal menempuh dugaan alam rumahtangganya sendiri. Kita doakan yang baik-baik saja ya!
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/sudah-lama-move-on-1.565474#ixzz50GsX4lGg
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/S : Tujuan paste artikel semalam ini sbb ia satu bentuk pembelaan yg terpuji dari wartawan utusan ni buat Lofa sejak beberapa ketika akhir2 ini; atas perbuatan beberapa pihak berhati kurang elok padanya which she clearly did not deserve it ever since
|