Edited by mamapip at 23-9-2019 02:48 PM
Gaya penulisan cam ahli kapal yg biasa masuk sini je....baik ngaku siapa reporter ni????
Selain daripada Mira yang sudah semestinya mendapat spotlight dari semua media , Admin tertumpu pada pemenang yang satu ini. Anugerah Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular ABPBH32 telah dimenangi oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah untuk lagu keramat mereka yang juga telahpun menjuarai Anugerah Juara Lagu yang lalu iaitu Haram.
Dayang tidak dapat hadir bersama-sama atas tuntutan kerjanya untuk menjadi juri jemputan di rancangan realiti BigStage pada malam ini. Hael telah naik ke atas pentas sendirian menerima anugerah tersebut dari Fikry Ibrahim dan Mimi Lana yang ditugaskan untuk menyampaikan anugerah tersebut.
Apa yang menarik perhatian admin adalah ucapan daripada Hael pada malam tersebut. Berulang kali admin cuba dengar ucapan tersebut. Bukan admin seorang je yang dengar, malah peminat-peminat mereka pun dengar perkataan yang sama. Bagi mereka yang terlepas, boleh dengarkan semula ucapan dari Hael Husaini di YouTube TV9 Malaysia di bawah.
“Maaf, sayang tak dapat hadir.” – Hael Husaini Selalunya orang tersasul bila dah terbiasa panggil macam tu kan? Hael macam memang dah biasa panggil Dayang dengan panggilan tu je. Upppss!
Hael sendiri ada memuat naik video ucapan beliau tersebut tetapi dia telah menutup perkataan “sayang” yang dia terlepas sebut masa atas pentas tu. Tapi maaf Hael, kami semua dah dengar malah kami suka dengan hal itu Hal ini seakan memberi jawapan yang jelas terhadap g0ssip-g0sip yang mengatakan bahawa Hael dan dayang sedang bercinta. Jika hal ini benar, semoga dipermudahkan urusan mereka berdua. Peminta-peminat pun ramai yang mendoakan mereka berdua, siap ada fanclub nama HAEYANG.
Tahniah diucapkan kepada Hael dan Dayang atas kemenangan lagu Haram sekali lagi dianugerah berprestij dan juga untuk pemenang-pemenang yang lain. Untuk Hael dan Dayang, kami semua menunggu berita gembira dari kalian berdua, hashtag HAEYANG.
|