abg sulung sy akan pergi umrah 30hb May ni..
abg cakap tak pasti dia dpt pergi atau tak..
katanya sejak kes Mers-Cov, Arab Saudi tutup permohonan umrah utk org dari Asia Tenggara..
Sekarang ni pihak agensi sedang bermesyuarat dgn pihak Arab Saudi minta kasi pelepasan bagi jemaah dorg..
Jika hati rasa kosong dsb, sebenarnya hati itu perlukan makanan / ubat. Di bawah ini adalah antara cara mengubat hati yang resah yang disarankan oleh ulama' dan didendangkan sebagai nasyid oleh kumpulan OPICK.
msaadhamid posted on 20-5-2014 11:29 AM
Naam ya laduxez
Muassasah pun pakej jugak Kan
Ustaz biasanya kalau 7hb Jun pergi berapa hb kita dpt tahu kita punya visa dah lulus ye? Sy belum buat persiapan fizikal yg mental insyallah sedang ke arah itu. Maklumlah dgn kekangan kuota pasal virus tu belum tentu semua dpt pergi kan ustaz. JAdi sy ingat bila dah confirm dpt pergi baru sy akan beli peralatan mcm sarung tangan etc...semua tu!
Post time 20-5-2014 02:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
vanilacup posted on 20-5-2014 01:33 PM
Nama yg glamor tulah ustaz Andalusia! Andalusia caw Shah Alam
Kalau macam itu dlm lingkungan 7 hari. Dah dapat itenary perjalanan? Biasanya Andalusia akan post 2 minggu sblm berangkat. Rajin-rajin tanya pejabat cawangan.
minahmanja posted on 20-5-2014 01:52 PM
in shaa allah akn berangkat pd 27/5 tp smpi skang visa belum dpt...
huhu..
Tel TA tanya.
Tapi ada satu TA tu esok nak pergi, hari ni pun tak tahu visa dapat ke idak. Then dapat sms kata tak dapat visa. Kadang-kadang jemaah dah dtg KLIA, tunggu-punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, then wakil TA tu datang dan beritahu, visa tak dapat dan tunggu ler sekian-sekian haribulan pulak - untuk sekian kalinya ditangguhkan. Pakej umrah ni murah sangat iaitu RM3700 sahaja. Ramai yang terkena.
msaadhamid posted on 20-5-2014 02:31 PM
Tel TA tanya.
Tapi ada satu TA tu esok nak pergi, hari ni pun tak tahu visa dapat ke idak. The ...
dh tnye smalam, dia ckp akn inform sya once dpt info dr kedutaan... seriau gak ni... libang libu hati...tk tau mcm mane nk ckp....
tido mlm dh termimpi2 kaabah...
Milo_Suam posted on 14-5-2014 09:25 AM
Assalamualaikum wbt..
InshaAllah saya akan pergi menunaikan umrah pertama dalam hidup ini pada 6 ju ...
March lepas saya kesana dengan parent (7 org ahli keluarga)..
Ayah baru lepas tebuk perut (utk masukkan tube kencing) two days before kami ke mekah .. dugaan kami ..
Masa tu mmg doktor tak nasihatkan bawa ayah .. tapi kami bawa juga tanpa surat dari doktor ..
Kebetulan dalam family kakak saya nurse dan dia ikut sekali jadi dia akan jaga dari segi cuci bekas operation etc..
Semasa tawaf dan saie , abang saya dan suami excort sekali gilir2 tolak (kami bawa wheelchair sendiri dari KL) ..
bermakna suami + abg saya selesaikan umrah mereka dulu tanpa ikut group ..
Alhamdulillah, few days sebelum balik wheelchair hilang tapi Allah berikan kekuatan untuk ayah saya berjalan setiap waktu ke masjid.
Jika tak bawa wheelchair sendiri , boleh beritahu pada mutawif untuk gunakan khidmat org sana tolak wheelchair semasa lakukan umrah.
Sentiasa bersangka baik insyaAllah Allah berikan jalan mudah ..
Last 2 weeks mak sedara (suaminya adik Mak dan sama2 akan ke Mekah 5 jun 2014) rebah semasa menebas rumput di halaman, terus stroke sebelah badan...
Last week mak saya plak demam panas dan tak selera makan..sehingga badannya makin susut..mak dah 72 tahun..skang dah beransur pulih..
then semlm dapat plak tahu adik mak yang bongsu dimasukkan ke wad (juga akan sama2 ke mekah 5 Jun), dah lebih 24 jam tak boleh buang air kecil, check doktor pakar, 80% kidney problem..
duit tiket semua dah bayar, visa pun dah mohon..
banyak betul dugaan..saya pohon Allah beri kekuatan kepada kami dalam menangani dugaan ini..
msaadhamid posted on 20-5-2014 02:21 PM
Kalau macam itu dlm lingkungan 7 hari. Dah dapat itenary perjalanan? Biasanya Andalusia akan post ...
Ustaz biasanya dpt tahu ni kita kena call ke atau dia call kita? bila boleh start call ye ustaz ! berdebar jugak ni dpt ke tak? Maklumlah pertama kali pergi ustaz. Tmpt yg agung di sisiNYA!
Mungkin ada yg akan pergi dlm masa terdekat ini yg dah lulus Visa boleh share saat diberitahu visa dah lulus dan akan pergi beberapa hari ni supaya kami yg lagi 2 -3 minggu nak pinjam semangat itu hu hu hu sbg motivasi utk diri sendiri