CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sinbad05

Bina badan dan Fitness -

 Close [Copy link]
Post time 25-5-2009 09:56 AM | Show all posts

Balas #1520 RedDevils\ catat

a'ah..
mayb pandangan mata kita sama...

yg ble nmpk dia mcm gorila...sbb dia botak...
hehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2009 11:47 AM | Show all posts

Balas #1520 RedDevils\ catat

doc workout kat umah ke? ke kat spital ade gym?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 04:49 PM | Show all posts

Balas #1522 peachlily^\ catat

tgh pikir ada ke hospital yang ada gym....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 06:15 PM | Show all posts
chaoyunjie chest ko baguslah leh dpt camtu kt rumah je....
kalo aku jgn harap
punyelah degil

Chow
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 07:48 PM | Show all posts
Originally posted by peachlily^ at 25-5-2009 11:47
doc workout kat umah ke? ke kat spital ade gym?


mostly w/o kat gym.
kat spital TIADA gym...

kat rumah boleh la main sikit2..sebab ada 2 set of dumbbell..itu aje..
Plus seketul elliptical trainer..
Plan nya bila ada rezeki, nak set up mini-gym kat rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 07:51 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 25-5-2009 16:49
tgh pikir ada ke hospital yang ada gym....


ada.
in fact most of the hospital (overseas) have their own gym.

When I was in Sydney, kat hospital yg aku kerja tu ada gym...a real gym.
Gym tu under Department of Sports Medicine and Rehabilitation punya..
But when I was there, jog kat beach/park itself pun dah best...so in the gym concentrate on weight training aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2009 06:28 AM | Show all posts
Bina badan semakin suram

Oleh SITI AIYSHAH BASLIE



PESERTA pertandingan Mr. Kuching memberikan pos istimewa
untuk dirakamkan selepas pertandingan itu diadakan di pusat
membeli-belah The Spring, Kuching, baru-baru ini.


KUCHING 25 Mei - Bina badan bukanlah sejenis sukan yang baru di negara kita.

Malaysia sendiri pernah melahirkan ramai jaguh bina badan yang cukup disegani.


Di Sarawak antara nama yang pernah merangkul kejuaraan sukan bina badan di peringkat kebangsaan mahupun dunia ialah Bujang Taha dan Suratman Tamin ataupun lebih dikenali sebagai Saloman Ismanto.

Bagaimanapun, era kegemilangan dua atlet ini hanya memuncak sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an.

Biarpun ada segelintir pelapis yang berjaya melakar nama sebagai Mr. Sarawak dan sebagainya, nama mereka seakan tidak segah seperti Salamon ataupun Bujang Taha.

Kini, ia seakan-akan senyap dan hilang entah ke mana.

Menyedari hakikat itu, pelbagai usaha ke arah memartabatkan semula sukan bina badan di Sarawak.

Banyak kejohanan dilaksanakan bagi mencari muka baru dalam sukan jenis ini.

Sungguhpun penganjuran demi penganjuran dijalankan, ia seolah-olah memberi muka yang sama menyertainya, ke mana perginya pelapis baru?

Baru-baru ini, Utusan Malaysia sempat menemu bual beberapa atlet bina bina badan yang menyertai kejohanan Mr. Kuching berhubung permasalahan ini.

Arini Marjuki, 35, memberitahu, antara faktor mengapa sukar mencari pelapis baru dalam sukan bina badan ialah hadiah yang ditawarkan pada setiap kejohanan di negeri ini terlalu sedikit dan tidak mencapai standard kejohanan peringkat profesional seperti di Semenanjung.

"Satu-satunya cara untuk kita mencari bakat baru adalah melalui kejohanan. Sekiranya hadiah ditawarkan sekadar hamper dan trofi yang bernilai RM50 contohnya, bagaimana hendak tarik orang sertai pertandingan tersebut?" katanya.

Kata Arini, setiap hadiah yang ditawarkan oleh penganjur sepatutnya lebih berpatutan dan berbaloi dengan usaha mereka membentuk otot sebelum pertandingan.

Maka, dengan cara itu, katanya, ia boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menyertai kejohanan.

"Kalau diikutkan di gimnasium, ramai yang mempunyai potensi untuk menjadi atlet bina badan, tetapi mereka tidak berminat menyertai kejohanan kerana faktor hadiah.

"Sukan golf, ekuestrian menawarkan hadiah beribu-ribu ringgit untuk pemenangnya. Apa salah sukan bina badan mendapat pembelaan serupa?" keluhnya.

Bagaimanapun, bagi Arini sendiri, dia tidak kisah faktor tawaran hadiah kerana sebab utama dia menyertai kejohanan adalah untuk suka-suka dan minat yang mendalam terhadap sukan jenis itu.

Semenjak penglibatannya dalam sukan bina badan iaitu sekitar empat tahun lalu, Arini pernah memenangi beberapa kejohanan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Bagi George Awi, 36, alasan tidak menyertai kejohanan disebabkan faktor hadiah tidak boleh diterima.

"Sukan ini adalah untuk kita berkongsi pengetahuan dan membanggakan negeri dan negara. Jika isu hadiah timbul, itu akan memalukan diri seseorang atlet itu sendiri kerana mereka hanya melihat kebendaan," katanya.

Awi, pernah memegang gelaran Mr. Malaysia pada tahun 2004 dan sembilan kali Mr. Kuching sejak 'membina otot' sembilan tahun yang lalu.

Latihan intensif lima hari seminggu membuahkan hasil apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Mr. Kuching yang diadakan baru-baru ini.

Bekerja sebagai juruteknik di Jabatan Tanah dan Survei (JTS), sukan bina badan sememangnya menjadi sukan yang paling diminatinya sejak di bangku sekolah lagi.

Seorang peserta masih setahun jagung dalam sukan bina badan ini, Michael Jinep, 50, memberitahu, melibatkan diri dalam sukan jenis ini memerlukan pengorbanan dan galakan yang padu daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Menjangkau usia setengah abad tidak menghalangnya untuk menjadi atlet sukan bina badan.

Jinep, menceburi sukan bina badan atas minat sendiri dan baginya, ia adalah baik dan menjurus ke arah gaya hidup sihat dan kekal cergas.

"Saya boleh buat, apa orang muda boleh buat asalkan ia tidak menyalahi undang-undang," katanya.

Jinep sering kali ditemani isteri dan anak-anak apabila menyertai mana-mana kejohanan dan menganggap ia sebagai tanda sokongan dan galakan terhadap dirinya.

Bagaimanapun, Jinep berharap lebih ramai anak muda tempatan memberanikan diri menceburi sukan bina badan kerana menurutnya, jangan tunggu sudah tua, baru nak bina badan.

Bagi Malvern Abdullah, 34, sukan bina badan Sarawak bakal parah kerana kekurangan pelapis baru dalam sukan tersebut.

Ujarnya, selain faktor hadiah kejuaraan, perasaan malu dan segan juga merupakan batu penghalang pelapis baru menonjolkan diri di setiap kejohanan yang dianjurkan.

Malvern daripada Kampung Semeba Kuching pernah memenangi beberapa kejohanan peringkat kebangsaan memulakan sukan bina badan sebagai minat dan hobi semata-mata.

Setelah beberapa tahun menceburi sukan tersebut, timbul minat bertanding dan mewakili negeri sehingga berjaya menjulang gelaran juara.

"Diharap, lebih ramai pelapis baru tampil menonjolkan bakat masing-masing apabila ada kejohanan dianjurkan. Tangkislah perasaan malu kerana seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya perasaan malu itu menebal," jelasnya.

Sesungguhnya, daripada keluhan dan pendapat dikemukakan atlet-atlet sukan seni bina badan itu mendapat perhatian anak-anak muda yang baru berjinak-jinak.

Bersukanlah untuk kepuasan diri dan bukan kerana hadiah wang atau sebagainya.

Galakan padu daripada pihak kerajaan dan penganjur kejohanan boleh membawa sukan bina badan ini ke peringkat yang lebih berprestij serta mengumpul lebih ramai nama baru dalam sukan ini.

*****************************************************************

mungkin suram in general.. tapi kat thread ni bina badan meriah -
gambar2 yang post pun.. whoaaa   lawa body masing2, eh -
bata, alpha, chao, reddevils, karam dan lain2 lagi tu -
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 08:16 AM | Show all posts

Balas #1527 dexa\ catat

karam badan xlawa ler.. eii... xmampu nk tengok badan sendiri skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2009 08:17 AM | Show all posts

Balas #1526 RedDevils\ catat

owh... ye ke... ooo....

tau satu hospital ni kat pj kot.. xingat hospital swasta mana.. diaorg xda gym tp diaorg ada STARBUCKS... nyum2.... ahakz
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 11:09 AM | Show all posts

Balas #1524 batabaka\ catat

bro bata...
actually thn lps aku mmg gi gym pn...selama setahun..tp sblm aktif gi gym..
mmg wo kat umah je...

then thn ni...aktif wo kat umah je la..
push up& sit up..tu mmg rutin harian la...cma aku buek banyk2 variasi..
not concentrate 1 kaedah je
chin up..bru tahun nie je...sbb bru beli chin up bar kat giant..heheheh
lain2 perkakasan...cma ada dumbell/ball...

weekend (sabtu&ahd)..aku gi jog...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 11:10 AM | Show all posts

Balas #1525 RedDevils\ catat

klu dah set up mini gym kat umah...
ble la join...hehehheh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 11:12 AM | Show all posts

Balas #1529 karambunai\ catat

x habis2 ko ngan starbuck...
umpama isi ngan kuku....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:01 PM | Show all posts

Balas #1532 chaoyunjie\ catat

OWH... mana ada... mggu ni baru 4 kali g....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:13 PM | Show all posts

Balas #1533 karambunai\ catat

mewahnya ko...

aku bancuh sndiri je...takpn gi warung
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 01:15 PM | Show all posts

Balas #1534 chaoyunjie\ catat

sebab xpandai nk bancuh ler ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 02:59 PM | Show all posts

Balas #1535 karambunai\ catat

jln penyelesaian...KAHWIN!!!!!
HEHEHEH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2009 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by chaoyunjie at 26-5-2009 11:10
klu dah set up mini gym kat umah...
ble la join...hehehheh


yuran bulanan hanya RM10 aje...
tak digalakkan membawa awek awek sexy...nanti gym aku kena tutup
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by chaoyunjie at 26-5-2009 12:13
mewahnya ko...

aku bancuh sndiri je...takpn gi warung


Tu tempat minum urang urang kaya...
Mcm aku ni minum mamak je mampu..
Setakat jeling aje la kat Starbuck tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 07:23 PM | Show all posts

Balas #1527 dexa\ catat

Dexa;

Sukan Golf, Ekuastrian tu semua disertai oleh urang urang kaya...
Jadinya, bila urang urang kaya yg main, hadiahnya pun mestilah besar besar..
Takkan nak bagi hamper dan trofi aje..mengamuk la diaorang..bayangkan politican dpt trofi dgn hamper Milo..

Sukan BB kat sini aku rasa wide variety, from urang2 biasa sampailah urang2 kaya...
Teringat masa aku kecik dulu, tgk arwah pakcik aku penuhkan simen dlm 2 tin Milo yg besar tu...attach dgn besi..self-made barbell...kreatif...dan sebab tak mampu nak beli yg proper punya..dan zaman tu kekurangan gym...

Aku rasa urang2 yg join BB kat sini majoriti nya adalah pure enthusiast...
Hadiah kemenangan tu just as a bonus..
But the satisfaction tgk body yg cantik, Priceless..

Tapi kalau body aku cantik pun, tak sanggup aku nak pakai underwear semata tayang body atas pentas...kot suruh pakai short tu OK lagi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 12:10 AM | Show all posts
mmg betullah artikel tu.......bayang la ko menang MR MALAYSIA mana dpt hadiah wang tunai???
hehhe....kata kerajaan belanjakan berjuta2 ntuk Sukan tp aku rasa masuk ke poket politician

sbb tu respek kpd bodybuilder yg masuk bertanding sbb diorg masuk bkn kerana duit tp CINTA kt sukan tu je....

ko bayang la aritu Mr Beach hadiah RM 150 je....nak beli protein pun tk lepas......
yg aku herannye Miss Beach (bertempat di tempat yg sama) lagi bnyk hadiah wang tunai...mungkin sbb ada sponsor datuk2 yg ingin nak kenal2 ngn contestant


Chow
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.099981 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list