CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ila_yamashina

GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) - comment!

 Close [Copy link]
Post time 3-4-2009 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by Alg414 at 2-4-2009 10:58
Kena observe jap lagi.. tetiba rasa berdebar pulak.. adoi.. dah la kelas paling belakang.. harap2 budak2 ni x buat perangai hantu diorg dah laa.. kalau x, teruklaa kena nanti..


huhuhuh...gud luck dear...

ribbon pon dah penah kena observe dlm bln 2 hari tu. mcm nak tecabut jantung jgn citela. ngaja lak english, dah sah2 kena speaking. nasihat hambe, wat baik dgn guru yg akan observe awak tu nti. pastu pakat2la dgn budak biar senonoh sket perangai masa sekian2 hari nak kena observe tu. ms ribbon dulu alhamdulillah, ok aje. budak2 pon ok. yg xbest GSTT ribbon sorang yg kena. GSTT lain (sek kami ada 7 org) xkena. sbbnya xsempat, observer kena htr markah awal. tapi takpelah, benda ni semua pengalaman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 08:01 PM | Show all posts

Reply #1522 [Red^Ribbon]'s post

ribbon ngajar sek men ke sek ren?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 10:33 PM | Show all posts

Balas #1522 [Red^Ribbon]\ catat

Itulaa.. tadi dia dtg mintak tgk jadual.. nak masuk tgk hari selasa pulak, waktu pertama.. dia mmg nak tgk sangat gstt yg kena ngaja math samada speaking ke tak masa ngaja.. kalau kelas depan2, blh laa speaking.. kalau kelas hujung, nak speaking menda, ngaja kut bm pun blm tentu diorg fhm..

Tapi tadi nasib baik jugak dia bagi hints2 suruh buat itu ini masa kena observe sbb dia kata nak tolong kita.. cuma takut tu mmg ada laa.. awak buat a.b.m apa ya?? saya tgh fikir nak guna abm apa utk math ni.. dia mintak sangat suruh kreatif masa ngaja.. ada sesapa blh bagi idea??
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 12:05 AM | Show all posts

Balas #1524 Alg414\ catat

apa tajuknya... kot ye pon nak mintak org sumbang idea kena la ada tajuk cikgu oiii..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by Alg414 at 3-4-2009 22:33
Itulaa.. tadi dia dtg mintak tgk jadual.. nak masuk tgk hari selasa pulak, waktu pertama.. dia mmg nak tgk sangat gstt yg kena ngaja math samada speaking ke tak masa ngaja.. kalau kelas depan2, b ...


hurm...tu pon dah mcm xsedap tu bunyinya..

sepatutnya u dah tau nama u kena dgn cikgu sekian2 u kena cpt2 pegi jumpa dia. ingat! kena sentiasa selangkah ke hadapan. patutnya u awal2 dah pegi jumpa dia, wat2 tanya cikgu nak masuk observe sy bila..? bkn apa senang sy prepare awal2. wat2 la tanya apa yg dia nak, pemarkahan mcmana. huhuhuh pandai2 je tanya wat mcm kita xtau apa, biar nmpk mcm kita nak belajar. bkn tgu org tu mengadap kita, kita ni menunggu je org nak suapkan apa. contoh tu...jgn amik ati ye...

ribbon mengajar english. ms pg jumpa observer tu, pakat2la dgn dia nak masuk bila. match jadual dia dgn jadual kita. ms ribbon dulu siap dia tanya ribbon nak soh dia observe kelas mana. ribbon ckpla kalau bleh nak mintk tgk ribbon ngaja kelas pandai sket. ribbon pesan awal2 kat budak2, esok ada org nak masuk tgk awak mcmana. berdisiplin ke tak, rajin ke tak. wakakakaka jgn ckp cikgu tu nak observe kita. ckp je nak observe dia baru dia behave ok...wakakakaka

mengenai nak ckp omputih ke tak ms ngaja kelas kurang pandai, bg ribbon u kena ingat satu je, klu subjek tu dimestikan guna b.inggeris, sbg guru u kena cuba jgk guna. beri pendedahan pd murid. mcm ribbon, kelas yg ribbon diobserve hr tu kelas pertengahan, ribbon tetap speaking. tp lepas tu kena disertakan terus dgn alihbahasa biar murid paham apa yg kita nak cakap. wah haku ckp mcm haku pandai sgt, tp ribbon pon masih belajar. ribbon ckp tu pengalaman ribbon. kalau salah, kita sama2 betulkan..

mengenai a.b.m ribbon fotostat siap2 notes+latihan. mcm hr tu, ribbon dah set nak ngaja WH QUESTIONS. so ribbon f.stat siap2 latihan utk budak2. make sure ajar dulu biar budak faham penggunaannya tu. pastu bgla latihan. n masa budak wat exercise tu roundla tgk dlm kelas. jgn henyak punggung kat kusi observer perati sume tu. ms observe hr tu ribbon xduduk langsung, round aje kejenya.

ok...? good luck
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by mayraa at 3-4-2009 20:01
ribbon ngajar sek men ke sek ren?


sek men..

mayraa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2009 11:00 AM | Show all posts

Balas #1524 Alg414\ catat

Yea..sila berikan tajuk apa yang hendak diajar...kaalu ada tajuk mudah nak bagi idea, cadangan, bentuk pnp yang hendak dijalankan. dari set induksi hinggalah ke refleksi.

cadangan saya, apa kata hang pakat dengan rakan lain (kalau ada rakan la) nak observe cikgu tu pula...hehehe minta juga sama macam dia minta kepada anda. mesti menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 12:30 PM | Show all posts

Reply #1527 [Red^Ribbon]'s post

mayraa penah ganti jek ribbon tp ngajar english la kat sek men..mayraa pny prob ialah nak ngajar literature..mmg tak reti..yg short stories mayraa bole ajar lg tp bab poems tu la mayraa prob sket..mmg tak bole nak ajar lgsg..cemana ye ribbon? bole tak bg tips2 pd mayraa cemana nak ngajar literature?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2009 09:34 AM | Show all posts

Balas #1526 [Red^Ribbon]\ catat

Sbnrnya observer yg asal, GKMP, memang biasa apa2 bincang dgn dia, alih2 pentadbir tukar org.. bagi sorang cikgu sains utk observe semua gstt.. kalau ikut schedule asal, mmg masing2 punya GKMP yg akan masuk observe tapi bukan minggu depan.. jadi bila dia tukar org, last minute pula tu.. mmg semua terkejut jugak laa..tapi cikgu ni baik, dia bgtau apa yg patut ada dlm kelas nanti.. so mmg skrg ni tgh prepare laa sikit2..

Sbnrnya apa yg awak buat dlm kelas tu, mmg saya praktikkan dah sblm ni.. mcm bagi kuiz, latihan... saya pulak jenis x reti nak duduk2 w/pun ada kelas direct 4 masa.. dah terbiasa nak ronda kelas... walau apa2 pun thanks pd sema bagi advice, idea..at least saya tau apa yg saya buat sblm ni dah ok.. mungkin kali ni more formal.. lagipun kita semua sama2 belajar kan?

Hari tu dah mintak member masuk kelas, tolong tengok2, tegur apa yg patut.. hampeh betul dia x nak komen apa2, dia cuma kata ok... adoi.. dia kata kalau compare cara dia ngaja, lagi teruk dia kot.. hmm.. x pe lah.. minggu lepas dah mintak masuk kelas cikgu yg ngaja kelas belakang2, nak tgk cara dia handle budak2, cara ngaja yg mudah bagi diorg fhm.. alhamdulillah, w/pun dpt masuk skejap tapi ada banyak perkara yg blh dipelajari..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 09:37 AM | Show all posts

Balas #1528 CharlieDale\ catat

Dah buat dgn member.. dia x komen sangat, stakat ckp ok.. tapi kami mmg selalu masuk tgk membe2 gstt yg lain supaya dapat tolong & tegur antara satu sama lain kalau ada yg silap salah.. memang seronok bila dpt masuk tgk sbb blh tgk idea kreatif masing2 utk bagi kelas interesting..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 09:40 AM | Show all posts

Balas #1525 halimi78\ catat

Saya ngaja math form 1. Topik next week, fraction.. selain abm bagi soalan latihan, ada apa2 lagi yg blh dibuat? Tgh fikir nak lukis diagram kat manila kad/kertas mahjung ..   Is it too simple? Kelas ni kelas pertengahan..

[ Last edited by  Alg414 at 5-4-2009 09:42 ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 01:27 PM | Show all posts

Balas #1532 Alg414\ catat

walaupun saya tiada pengalaman ajar form 1, tapi mungkin boleh diaplikasikan.

utk gambarajah...lukis atas manila kad, kemudian guntingkan jadi bentuk pecahan. contoh bentuk bulatan, buat la dalam 2 gambarajah dengan pecahan ?/4  (sekadar contoh). kemudian, yang satu tu warnakan semua dan yang satu lagi biarkan kosong. gunting dan ceraikan. minta pelajar tampal ceraian tersebut mengikut pecahan yang kita sebutkan, contoh:
minta pelajar bentuk pecahan 2/4 jadi pelajar akan tampalkan di papan tulis 2 ceraian yang berwarna dan 2 lagi ceraian tidak berwarna lalu membentuk bulatan lengkap.

rasa boleh nampakkan..mungkin mudah sebab tu tahap 2 sekolah rendah tapi mungkin boleh diubahsuai utk diaplikasikan sebagai ABM dalam PnP tingakatan 1.

jika setakat lukis gambarajah pada kertas mahjung/kad manila ia sekadar utk memperkukuhkan penerangan, kalau dapat libatkan pelajar, adalah lebih baik seperti yang telah saya berikan contoh di atas. mungkin utk mudah, cari ABM yang sedia ada di bilik ABM (jika sekolah anda ada bilik ABM dan tanya cikgu senior) kadang benda tu dah ada dibeli tapi terperap je. at least dah jimat masa dan kerja anda kalau benda dah ada tak payah buat lagi. disamping itu, apa salahnya guna lcd. lebih mudah berbanding penggunaan kad manila namun itu bergantung kepada anda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 01:47 PM | Show all posts

Balas #1533 CharlieDale\ catat

cikgu charlie soh la dia beli kek.. potong2.. dah abis klas leh kn2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 02:50 PM | Show all posts

Balas #1534 halimi78\ catat

boleh guna cadangan tu, tapi sekali jer la...lepas tu habis...dah tak boleh nak tunjuk lagi...kalau camtu guna la plastersin atau adunan doh...yang tu tak boleh makan dan comfirm tak habis.

lagi satu cadangan:

yang ni tak payah guna ABM, just aktiviti mudah, buat kumpulan murid, macam buat kuiz. minta sorang wakil dari tiap kumpulan. kemudian bagi soalan pecahan contoh lukiskan 5/6? jadi murid lukis gambarajah yang wakili pecahan tersebut. tak kisahlah bentuk segi tiga ke, bulat ke, empat segi ke atau mungkin kita tetapkan, kumpulan ni buat bentuk bulat, kumpulan ni bentuk segiempat, yang ini segitiga then rotate la antara kumpulan tu. so dalam aktiviti ni kita bukan sahaj dapat tgk dan uji kefahaman murid tetapi juga meningkatkan keyakinan diri dan daya saing.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 04:47 PM | Show all posts

Balas #1533 CharlieDale\ catat

thanks a lot for your help!! banyaknya cadangan cikgu..

halimi78, kalau kek, bukan setakat budak2 je yg makan, dgn observer skali tumpang sekaki!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 04:57 PM | Show all posts

Balas #1536 Alg414\ catat

ok jer... sbg penghargaan for their participation... kata nak kaitkan dgn pengalaman seharian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2009 05:19 PM | Show all posts

Balas #1536 Alg414\ catat

heheh..kalau cadangan kek tu pun bagus juga...tapi cukup ke dengan bilangan pelajar.?..hoho..baru terfikir, boleh guna..macam ni kalau nak guna kek juga la....gunakan sebagai ganjaran...maksud di sini..pelajar yang dapat selesaikan atau dapat jawab soalan ke, dapat hadiah sepotong kek. sambil tu boleh ajar fraction. just untuk ceriakan suasana je.

apa pun tu sekadar cadangan. tetapi terpulang kepada anda utk ubahsuai dan laksanakan. lagipun kita di sini sekadar membantu. mana yang kurang kita tambah, mana yang tak tahu kita tolong. bukanlah bermakna kehadiran guru sama ada tetap, GSTT, KPLI/DPLI atau bakal guru sekalipun di sini adalah sia-sa, tak ada faedah, membuang masa seperti anggapan segelintir manusia di forum ini sedangkan itulah fungsi sebenar forum dan internet wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 05:29 PM | Show all posts

Balas #1536 Alg414\ catat

bg cupcakes la senang
kalo x nak kek,guna span yg org cucuk2 bunga tu..biasa wrna hijau..
senang nak potong tunjuk kat budak2
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 05:34 PM | Show all posts

Balas #1538 CharlieDale\ catat

huh.. byk duit nak pakai tu... tp jgn la tempah kat kedai kek, mmg la mahal.. mmg best.. sbb budak2 seronok dpt mkn..

lg pun kan ke soklan suka tanya pasal kek yg nak dibahagi2kan kepada beberapa org..

[ Last edited by  halimi78 at 5-4-2009 17:35 ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 05:37 PM | Show all posts

Balas #1539 kujakucha\ catat

cupcakes kecil..setakat pecahan 1/4 bolehlah tunjuk...hehehe.

haah..yang tu pun boleh guna..yang orang selalu buat hantaran kawin tu. memang ada bentuk bulat. boleh guna macam cadangan saya yang pertama. sebelah boleh cat/warnakan sebelah lagi biar kosong. so boleh tunjukkan pecahan dengan mudah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.066040 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list