CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 1-1-2011 10:54 PM | Show all posts
Reply 1520# qimi08
pandai qimi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2011 11:05 PM | Show all posts
Reply 1520# qimi08

haha... tu kena buat cerita baru
" BINI CIKGU ZUL" atau " CIKGU ZUL KAWIN LAGI"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 11:08 PM | Show all posts
Hailaa… kenapalah Babah tak jawab telefon? Sudah berkali kali dia cuba tapi tetap tak berjawab. Sampai nak berasap dah butang henfon. Takkanlah lama sangat pertandingan debat di Sekolah Sri Kota.

“ Kak Lia ni kenapa? Dari tadi Tikah tengok Kak Lia risau sangat. Apa yang tak kena?” Sejak balik dari kedai mamak seberang jalan Dahlia asyik mundar mandir. Kejap ke belakang, kejap ke kaki lima. Telefon tak renggang dari tangan.

“ Banyak benda yang tak kena. Kak Lia tengah pening.” Dia terpandang cincin tunang di jari manisnya lalu di cabut. Kalau ikutkan hati aku baling dalam longkang. Dengan orang yang memberinya sekali aku terajang masuk longkang.

Henfonnya tiba tiba berdering. Yess! Dahlia terus menjawab panggilan Hj Zul. Dalam sekelip mata wajahnya berubah. Lutut Dahlia menggeletar. Berita dari Cikgu Amir merentap jantungnya. Babah kemalangan! Tak banyak yang Cikgu Amir ceritakan , cuma Hj Zul mengalami kecederaan dan sedang di rawat. Belum sempat dia pulih daripada kejutan Nurul, lagi satu kecelakaan menimpa. Bila lah hidup aku nak tenang dan relaks? Kawan kawan aku tak pernah alami satu demi satu peristiwa yang membuat jiwa kacau.

Seperti orang mamai dia mengambil beg tangan dari laci meja.

“ Kenapa Kak Lia? Apa jadi?” tanya Atikah. Dahlia nampak stress.

“ Cikgu Zul masuk hospital. Atikah jaga kedai ya.” Dia bergegas keluar. Enjin kereta di hidupkan dengan tangan yang menggigil. Aku tak boleh memandu dalam keadaan begini. Dia menutup mata dan cuba meredakan gemuruh. Nafas di tarik dan di hembus perlahan. Ya Allah, selamatkanlah Babah. Aku tak nak jadi anak yatim piatu.

“ TOK! TOK!” Dahlia terloncat bila tingkapnya di ketuk. Darahnya berderau bila muka Cikgu Amir tersembul di depan mata. Nak bagi aku sakit jantung kah mamat ni?

“ Apahal?” rengus Dahlia. Cikgu Amir memaniskan muka. Sabar jerlah.  Allah dah buka jalan untuk aku.

“ Dahlia, jom naik kereta I. You tak boleh drive dalam keadaan macam ni.”

Dengan mata berkaca dan sebak di dada, Dahlia menurut. walaupun dalam keadaan paksa rela. Sepanjang perjalanan dia membisu menahan tangis tapi tak berjaya.

“ He will be okay insyaallah” Cikgu Amir bersuara. Sehelai tisu di hulurkan. Dahlia menekap bucu matanya.

“ Kalau apa apa jadi kat Babah, awak kena bertanggungjawab. Ini semua awak punya pasal. Awak yang suruh dia pergi ke Sekolah Sri Kota.” Amir cuma diam,  merelakan dirinya menjadi sasaran amarah Dahlia. Dahlia berlari keluar sebaik kereta Honda Civic itu sampai ke perkarangan hospital. Airmatanya berderai membasahi pipi. Bagaimana kalau aku tak sempat berjumpa Babah? Aku banyak berdosa pada Babah. Paling penting, Babah harus tahu pasal Farid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 11:09 PM | Show all posts
“ Hj Zulkifli di wad 4. Belok kanan di hujung koridor” Staf di bahagian pendaftaran memberitahunya.

“ Macam mana dengan bapa saya?” Tercungap cungap Dahlia bertanya jururawat di wad.

“ Bapa awak okay. Jangan risau. Doktor dah bagi painkiller. Dia tengah tidur”

Wajah Hj Zul tenang dalam tidur. Dahlia melepaskan nafas lega sambil membetulkan selimut. Apa sakit Babah sebenarnya? Tapi taklah nampak teruk. Tak ada mesin dan  tiub berbelit di tubuhnya. Dia menarik kerusi di sisi katil. Hj Zul terjaga lalu menguap.

“ Lia.. bila Lia sampai?”

“ Baru saja. Babah sakit apa? Lia risau sangat.”

“ Sakit? Bila pula Babah sakit? Tangan Babah terluka bila kena kaca tingkap pecah di rumah tadi. Bukan teruk mana pun. Cuma kena jahit sebab luka dia dalam. Yang Lia menangis sampai mata bengkak ni kenapa?” Hj Zul menunjuk tangan kanannya yang berbalut.

‘ Masa Cikgu Amir telefon tadi Lia ingat Babah sakit teruk. Cikgu Amir ni pun satu. Buat orang panic saja. Lain kali cakaplah betul betul” omel Dahlia. Hampehh la Cikgu Amir. Saja nak tengok aku berdrama swasta depan dia.

“ Saya tak sempat cakap, Dahlia dah hang up.” Terdengar suara Cikgu Amir mencelah. Dia senyum. Manisnya Dahlia walaupun muka cemberut.

“ Amir, terimakasih banyak sebab hantar saya ke sini. Nasib baik Amir ada tadi.” Hj Zul mengangkat badannya ke posisi duduk di bantu oleh Amir. Dahlia mencebik. Kenapalah semua lelaki yang aku kenal suka berlakun baik depan bapa aku. Tapi sejujurnya Amir tak lah seteruk Farid. Tak siapa boleh lawan kehebatan lakunan Farid. Memang tahap pemenang Oscar di Hollywood.

“ Berapa lama Babah kena tinggal sini?” Aku nak settle pasal Farid secepat mungkin. Lagi cepat pulangkan cincin lagi bagus. Tak ada kompromi dalam hal sebegini.

“ Ala.. kejap lagi boleh balik. Lia dengan Amir pergilah makan dulu. “ Amir mengorak senyuman . Sporting pula orang tua ni.

“ Tak apalah, Lia tak lapar. Lia tunggu Babah”

Aku dah agak dah. Cik Pai Ayam ni mesti tak sudi makan dengan aku. Tak apa… kena take it one step at a time. Tak lama lagi Farid akan menjadi sejarah silam dalam hidup Dahlia.

“ I boleh belikan you makanan kat cafeteria. Tak bagus biarkan perut kosong. Sekarang dah pukul 2 lebih.”

“ Tolong belikan I sandwich” Dahlia terpaksa mengalah. Perutnya sudah berkeroncong. Buat pertama kali dalam masa hampir sebulan dia senyum pada Cikgu Amir. Amir hampir melompat kegembiraan.

Sebaik saja Amir meninggalkan mereka, Dahlia membuka bicara. Babah bukannya sakit teruk. Berita ini tak mungkin memudaratkan kesihatannya.

“ Babah, Lia nak cakap benda mustahak. Babah jangan terkejut tau”

“ Apa hal pula ni?” Hj Zul mengerutkan dahi.

Dahlia terus menceritakan tentang pertemuannya dengan Nurul. Mulut Hj Zul terbuka dan terkatup macam ikan emas dalam akuarium.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 11:11 PM | Show all posts
Harap haji zul okeh
tapi klu tak okeh takut pulak .... haji zul srh percepatkan perkahwinan dahlia uwaaahh
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 11:11 PM | Show all posts
teruk ke  cikgu zul???
cian dahlia..masaalah menimpa2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2011 11:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 1-1-2011 23:13

“ Biar betul. Siapa perempuan tu? Boleh percayakah cakap dia? Mungkin dia saja nak dajalkan Farid” Hj Zul nanar. Tiba dia teringat kata Amir pagi tadi.

“ Terpulanglah Babah nak percaya atau tidak. Tapi Lia nak pulangkan cincin. Lia tak nak kawin dengan dia. Muktamad.”

“ Sabar dulu Lia. Kita kena selidik dulu. Kalau Farid tak bersalah, Babah dengan Lia yang malu. Mana nak letak muka kita di kampung ni?”

Dahlia mendengus geram. Susah betul lah cakap dengan orang tua ni. Minyak apa gamaknya Farid dah calit kat dia?

“ Babah sanggup tengok Lia kahwin dengan lelaki perangai  macam tu? Babah malu kalau Lia putus tunang dengan Farid tapi Babah tak malu dapat menantu yang ada anak luar nikah?”

Hj Zul berdehem kuat bila nampak Amir mendekati. “ Kita sambung cerita di rumah nanti” tuturnya perlahan. Dia perlu masa untuk mencerna semua ini. Mustahil Farid begitu buruk perangainya. Tapi mustahil juga anak aku reka cerita yang begitu bombastic.

“ Babah , Lia nak balik. Terpulanglah Babah nak percaya Lia atau tidak.” Rajuk pada bapanya membukit. Dia melangkah pantas keluar ke koridor. Amir mengejar.

“ Lia, biar I hantar you.”  Mood Dahlia nampak kurang baik. Awan mendung sudah berarak kembali. Apa agaknya yang di bincangkan dengan Hj Zul tadi.

Dahlia yang sudah letih cuma menurut. Aku dah malas nak gaduh, malas nak fikir. Dia merebahkan badan di seat kereta. Cikgu Amir memandu ke arah bandar.

“ Lia, are you okay?”
Dahlia menggeleng. Suaranya tersekat di kerongkong.

“ Ada masaalah? Want to talk about it?”

Geleng lagi. Cuba taktik lain pula.

“ Dahlia, I’m sorry for all the things I said to you. I betul betul salah sangka. I can understand if you are mad at me. I memang bodoh. Kadang kadang I pun tak percaya macam mana I boleh jadi Cikgu. Otak I letak kat kepala lutut kot hari tu”

“Tahu pun” gumam Dahlia

“ I … I terkejut bila tengok you di kondo my brother. Abang I tu… well, you know. I just jumped to the wrong conclusion. My mistake.”

“ Forget it lah” Malas aku nak layan. Sungguh aku tak ada mood. Dahlia menebar pandang ke luar tingkap.

“ Okay, I tak kacau you dah. Lepas kontrak I habis bulan depan I nak pindah dari sini.”

“ Awak nak pergi mana?”

Eh,  nak tahu juga. Hati Amir mula berbunga kembali. “ Mak dengan abang I suruh I balik ke KL. Its time I helped out with the family business.”

“ Baguslah. Saya pun tak faham kenapa awak sesat di sini. Kenapa awak nak jadi cikgu bila awak boleh jadi boss di Perkasa Holdings? “

“ Panjang ceritanya. You nak dengar kah?”

Tiba tiba Dahlia mendapat idea. Kalau Babah tak nak aku putus tunang dengan Farid, apa kata aku buat sesuatu supaya Farid putuskan pertunangan. Aku kena guna taktik perang. Tak dapat serang dari depan, aku serang dari belakang.  Cikgu Amir  jadi scapegoat. He..he..

“ Okay, why not? I pun tak ada mood nak balik ke kedai. Jom kita pergi lepak kat tepi sungai” Wajahnya ceria. Biar ramai orang lalu lalang nampak aku dengan Cikgu Amir.

Betulkah apa yang aku dengar ni? Makcik ni terjangkit virus masa kat hospital tadi kah? Tapi tak kisah lah. Aku rasa macam esok Hari Raya campur Tahun Baru. Mercun berdentum dan bunga api memercik. Yahooo! Amir terus membelokkan kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 11:15 PM | Show all posts
wah kah kah kah lawak arr dahlia ni...
idea gila2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2011 11:17 PM | Show all posts
Reply 1525# qimi08

dia ok... sakit sakit manja jer
cikgu amir yg buat dahlia panik
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 11:33 PM | Show all posts
dahlia dah keluar aura gila2... agak2 berjaya tak??
susah betul nak pengaruhi cikgu zul....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 07:26 AM | Show all posts
cepatnya perbuatan FB terbongkar...
cepatlah cikgu amir dapatkan bukti...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 08:05 AM | Show all posts
hohohhoo...go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!go dahlia go!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 09:45 AM | Show all posts
harap lia putus tunang ngan farid 2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 10:37 AM | Show all posts
ikan sembilan dah masuk hj. zul
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 10:42 AM | Show all posts
amir dah berbolly sakan tuuu... berbunga...bunga

pe le tum,,, pe le tum.... tum..tum....tummmmmmmmm........
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 10:47 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2011 12:17 PM | Show all posts
perangai FB dah terbongkar, tapi tak semudah tu cikgu amir boleh menawan semula hati dahlia..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 01:25 PM | Show all posts
harap dahlia putus tunang dgn farid tu...
perangai buruk sungguh farid ni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 04:49 PM | Show all posts
degil gak cukgu zul ni...
mane la amir nak cari bukti dlm masa terdekat...
Ivan lak time ni la dia nak gi bercuti..aisehh.. camane ni???
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 07:36 PM | Show all posts
best r
bila nk  smbng lg?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061193 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list