|
UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
vanilacup posted on 20-5-2014 04:13 PM
Ustaz biasanya dpt tahu ni kita kena call ke atau dia call kita? bila boleh start call ye ustaz ! ...
Biasanya TA inform kita. Tapi kadang-kadang oleh kerana jemaah terlalu ramai TA terlepas pandang. So kena call juga gamaknya. Beritahu TA yg kita perlukan confirmation sbb nak apply cuti dsb. Kena gesa juga mereka tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Syik_Gojet posted on 14-5-2014 11:42 AM
Wslm..
sy baru pulang dari Mekah minggu lepas
Terima kasih kerana bagi tips2 yang sgt berguna & begitu terperinci sekali. InshaAllah saya akan ingat tips2 tersebut. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
|
|
|
|
|
|
|
|
WinXP posted on 20-5-2014 03:45 PM
March lepas saya kesana dengan parent (7 org ahli keluarga)..
Ayah baru lepas tebuk perut (utk ma ...
Terima kasih atas tips2 yg diberikan. Wheel chair tu hilang kt mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Milo_Suam posted on 21-5-2014 09:06 AM
Terima kasih atas tips2 yg diberikan. Wheel chair tu hilang kt mana?
Sdr Milo_Suam. Wheel chair memang favorit item utk dicuri. Dlm masjid haram pun, kalau lepa boleh hilang.
Saya diberitahu oleh seorang jemaah bhw wheel chair kakaknya hilang dan jumpa balik beberapa hari kemudian. Wheel chair yg hilang itu sedang disorong oleh bebudak Arab/penduduk tempatan ambil upah tolak jemaah tawaf atau saie. Bila minta balik budak tu mengaku wheel chair tu dia punya. Terpaksa panggil polis - then budak tu cabut. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga wheel chair yg dicuri digunakan untuk mengangkut air zam-zam dari masjid ke tempat penginapan.
So berhati-hatilah. Jangan sangka kat Makkah atau dlm masjidil haram semua orang baik-baik belaka. Syaitan berada di mana-mana. |
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 21-5-2014 09:28 AM
Ada juga wheel chair yg dicuri digunakan untuk mengangkut air zam-zam dari masjid ke tempat penginap ...
yelaa .. sbb yang itu sikap manusia kan .. ada yang takde sivik amik org punya buat harta sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 20-5-2014 05:15 PM
Biasanya TA inform kita. Tapi kadang-kadang oleh kerana jemaah terlalu ramai TA terlepas pandang. ...
Ustaz pagi tadi sy call Andalusia mereka kata minggu depan boleh call utk dpt confirmation lulus tak Visa utk penerbangan 7hb tapi harinya x tahu hari apa utk tanya hu hu hu. DIa kata bila seorang lulus tu maknanya semua yg pergi tarikh tu lulus jugak.Ooh mcm tu ye Ustaz! Berdebar je rasa selagi tak dpt pengesahan!
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 21-5-2014 09:28 AM
Ada juga wheel chair yg dicuri digunakan untuk mengangkut air zam-zam dari masjid ke tempat penginap ...
Betul tu depan kaabah pun ada yg mencuri. Anak sedara hilang duit dan handphone semasa solat sunat tawaf di depan kaabah. Beg di gantung ditempat mengambil air zam zam. Jadi dimana-mana pun kena berhati-hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum, Sy call TA sy td ttg visa umrah. Bunyinya x positif, katanya visa utk bulan mei mmg x blh dpt dan mereka sedang cuba utk bulan Jun.
Tiket kami sudah beli utk 4hb Jun nnt, dan selepas umrah kami bercadang utk ke Istanbul.
Katakan xdapat visa, kami tetap naik flight ke Jeddah tp dari sana terus naik flight ker Istanbul. Adakah kami masih perlu visa untuk mendarat di Jeddah dan tukar penerbangan utk ker Istanbul?
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
athirahyusuh posted on 21-5-2014 05:18 PM
Assalamualaikum, Sy call TA sy td ttg visa umrah. Bunyinya x positif, katanya visa utk bulan mei mmg ...
Salam. Saya baru balik dari KLIA. Tadi tenguk ramai jemaah lelaki pakai ihram tengah check-in. Maknanya visa masih dikeluarkan untuk bulan Mei. |
|
|
|
|
|
|
|
forselab posted on 19-5-2014 02:11 PM
ooh...maksud buDak_gaTal tandas tu dlm masjid ke..?
di luar masjid...kalau keluar dari pintu no.1 pandang ke bahagian kanan, lepas kawasan minum dan ambil wuduk tu, kat belakang sikit nanti nampak kawasan locker. kalau tandas wanita kat sebelah locker tu ajer, tandas lelaki kat kanan tepi sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
WinXP posted on 21-5-2014 03:02 PM
Wheel chair hilang kat masjid letak dekat tempat org letak stroller ..
Kebetulan letak skali deng ...
tips saya supaya bekal stokin atau 'alas selipar hotel' yang bersih letak dalam beg sandang kecik, jadi sekiranya selipar hilang boleh alas kaki dengan stokin lepas tu sarung kaki dengan plastik bungkus pastu lari kat kawasan area kedai2 kat kawasan depan tu...harga SR3 aje selipar
kalau tengah hari selipar hilang kaki ayam balik memang pedih tapak kaki
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang selipar tu bukan hilang, tapi dilonggokkan di satu tempat sbb pekerja nak bersihkan kawasan tu. Jadi sebaiknya selipar dimasukksn dlm beg plastik dan bawa masuk dlm masjid. Letak dekat-dekat tempat kita solat.
|
|
|
|
|
|
|
|
doakan sy dan keluarga dpt menjejakkan kaki ke tanah haram.
visa belum lulus..
kalau ikut trip minggu dpn dah..
risau sgt. mohon doakan kami semua.
teringin sgt nk pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 21-5-2014 08:24 PM
Kadang-kadang selipar tu bukan hilang, tapi dilonggokkan di satu tempat sbb pekerja nak bersihkan ka ...
masa solat takde masalah haji, cuma kalau nak buat tawaf tak boleh bawak selipar takut mengandungi najis...jadi tinggalkan kat kawasan rak kasut di dalam atau luar masjid...adakala terus hilang jejak, kadang2 tinggal plastik ajer (walaupun guna plastik kaler lain untuk elak diambil orang)
|
|
|
|
|
|
|
|
nicrye posted on 21-5-2014 08:39 PM
doakan sy dan keluarga dpt menjejakkan kaki ke tanah haram.
visa belum lulus..
kalau ikut trip min ...
insya-Allah, semoga dimurahkan rezeki menjadi tetamu Allah di sana
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 21-5-2014 06:19 PM
Salam. Saya baru balik dari KLIA. Tadi tenguk ramai jemaah lelaki pakai ihram tengah check-in. Mak ...
Salam,
Tadi saya baca sekali lalu kat utusan Malaysia. Ada sorang tu Naib Pengerusi Mitra kalau tak silap - dia merayu agar PM masuk campur and tolong dapatkan visa sebab sehingga kini semua visa dr sykt-sykt dibawah Mitra masih tidak diluluskan lagi. Kalau tak diluluskan mereka akan kerugian (dlm juta).
Ini sedutan drp utusan on line:
15,100 permohonan visa umrah masih tidak diluluskan KUALA LUMPUR 20 Mei - Agensi dan syarikat pelancongan yang menguruskan perkhidmatan umrah dijangka mengalami kerugian sekitar RM100 juta jika sejumlah 15,100 permohonan untuk mendapatkan visa umrah tidak diluluskan.
Naib Pengerusi Bumiputera Travel and Tour Agents Association of Malaysia (Bumitra), Ayob Mat Aris berkata, isu tersebut harus ditangani segera dengan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita bimbang dengan nasib mereka yang bakal menunaikan ibadat umrah yang akan memulakan perjalanan seawal 23 Mei ini iaitu pada permulaan cuti persekolahan.
" Pihak kami berharap, isu ini mendapat perhatian Perdana Menteri bagi meminta kelonggaran dari pihak kerajaan Arab Saudi supaya meluluskan baki permohonan visa yang masih tertangguh sehingga kini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Last edited by uda on 21-5-2014 10:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
minahmanja posted on 20-5-2014 01:52 PM
in shaa allah akn berangkat pd 27/5 tp smpi skang visa belum dpt...
huhu..
minahmanja dah dapat visa kan?
saya gi 28/5..call TA, TA bg no mutawif.
Call mutawif smlm bru thu dh dpt visa smnggu dah.
Alhamdulillah..dpt jemputan mnjadi tetamu NYA.
'Labbaikallahummalabbaik..'
|
|
|
|
|
|
|
|
"Sesungguhnya rumah pertama yang dibuat untuk manusia adalah rumah yang ada di Bakkah (Makkah) yang penuh keberkatan dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam. Di dalamnya terdapat tanda-tanda yang jelas (di antaranya) maqam Ibrahim. Dan barangsiapa memasukinya (Baitullah) nescaya dia dalam keadaan aman.."
~Surah Ali-Imran : ayat 96-97
------
Patut la semua yg pernah pergi akan menceritakan ketenangannya..sudah di isytihar oleh Allah dlm Quran.Smg sy juga berpeluang merasainya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|