Post time 6-12-2015 02:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by faiz-za at 6-12-2015 02:54 PM
Fazura masih pertahan diri, Vii Narza perlu minta maaf pada rakannya
KUALA LUMPUR, 6 Dis — Pelakon Nur Fazura Sharifuddin tetap mempertahankan tindakan menegur seorang peminatnya di Instagram kerana menggunakan perkataan “kimK”.
Fazura berkata tegurannya itu tidak keterlaluan kerana perkataan itu mengelirukan dan mempunyai makna berlapis seperti pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.
“Perkara yang hampir sama sebelum ini sudah banyak kali terjadi tetapi saya cuba untuk berfikiran positif.
“Kebetulan saya nampak perkara itu berulang kembali dan ia tidak harus dibiarkan. Jadi tidak keterlaluan kalau saya menegur perbuatannya itu,” katanya, seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
Sebaliknya, tambah pelakon itu, pengikutnya di media sosial Vii Narza perlu memohon maaf kepada rakannya jika benar beliau berniat untuk mempersenda.
“Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.
“Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar,” katanya.
Ditanya tentang laporan polis yang dibuat semasa malam kejadian, Rabu lalu, beliau enggan mengulas lanjut sama ada ia berkaitan dengan kes buli siber.
“Peguam sudah menasihatkan saya supaya tidak mengulas perkara itu. Terpulanglah pada mereka di luar sana untuk fikir untuk apa laporan polis itu dibuat,” katanya.
Wanita itu, yang hanya ingin memperkenalkan diri sebagai Vii Narza, mengulas gambar Fazura bersama rakannya di Instagram dengan ungkapan “Mcm kimK yg dpn tu” (macam kimK yang di depan itu).
Bagaimanapun, Fazura, 32, tersalah faham maksud “kimK” — yang disangkanya bermakna kesat — sehingga mempersoalkan penampilan bertudung eksekutif jualan korporat itu.
Pelakon filem “Gol dan Gincu” itu memadamkan coretan salah fahamnya di Instagram dan kemudian menasihatkan peminatnya lebih berhati-hati memberikan komen di media sosial.
Peminat Fazura dan pengikutnya di Internet mendesak selebriti itu memohon maaf kepadanya sehingga nama #Fazura dan #kimK menjadi topik terhangat di Twitter, Rabu lalu.
Vii Narza, 25, berkata beliau terkejut dengan tindakan Fazura yang tersalah anggap perkataan “kimK”, yang dimaksudkan selebriti terkenal Kim Kardashian.
“Dalam isu ‘kimK’, saya tidak bermaksud atau berniat melontar kata kesat. KimK = Kim Kardashian,” katanya kepada ProjekMMO.
Post time 6-12-2015 03:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Wei aku dpt rasakan ade org up balik benang purba n then delete komen! If xde yg delete komen xkan last post berzaman dulu. Ke camne. Ke bila view je post lama tu akan naik? Kena komen dl br naik kan??
Post time 6-12-2015 04:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
See fazura mmg xkan mengalah..die mmg nak menang... jatuh maruah die kalau mintak maaf.. xde sape ke yang nasihat kan die..? At least ultimate tu ade inisiatif mintak maaf sbb dah malukan org... fazura mmg xkan..keji betul... die mmg tahap sayangi dirimu langit ke 7