|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: YOU ARE MAGIC
[Copy link]
|
|
goodnight tashu
![](static/image/smiley/onion/2gd9.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah nak dilelong, Farid selesaikan tunggakan pagi ini - pengurus
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-01-10_at_00.45.41_1736441506.jpg)
Penyewa rumah gagal membuat bayaran kepada bank sejak pertengahan tahun lalu hingga rumah teres dua tingkat milik Farid hampir dilelong. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Pengurus Farid Kamil, Azahari Hamid mengesahkan rumah dua tingkat yang bakal dilelong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom adalah milik aktor itu. Azahari berkata, Farid sudah tidak tinggal di rumah berkembar dua tingkat berkenaan sejak 10 tahun lalu. Rumah berkenaan dibeli pada 2011 dengan harga RM300,000. "Rumah ini disewakan sejak 2019 dan penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah. "Sebelum ini, tidak timbul sebarang masalah, baru sekarang Farid dapat tahu rumah ini akan dilelong.
"Bagaimanapun, penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah hutang tertunggak secepat mungkin," katanya kepada BH Online. Difahamkan, penyewa gagal membuat bayaran kepada bank sejak pertengahan tahun lalu. Azahari berkata, pihaknya sudah menghubungi penyewa dan mengakui terpaksa menangguhkan bayaran. Katanya, pelakon Bisikan Dosa itu akan ke bank, pagi ini bagi menyelesaikan isu tunggakan. "Kami terima berita lelongan pada lewat petang semalam. Jadi, pagi ini barulah kami akan berjumpa pihak berkaitan," kata Azahari lagi. Petang semalam, kecoh mengenai rumah teres dua tingkat yang terletak di Bandar Saujana Putra, Jenjarom didakwa milik Farid bakal dilelong pada 22 Januari ini. Ia berdasarkan iklan lelongan harta di akhbar, nama Farid Kamil Zahari tertera pada ruangan pemegang hak dipercayai milik suami aktres Diana Danielle itu. Kediaman seluas 1,760 kaki persegi itu bakal dilelong pada harga permulaan RM522,000.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1347199/rumah-nak-dilelong-farid-selesaikan-tunggakan-pagi-ini-pengurus
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Vida lega tindakan sita ditunda
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-01-09_at_17.06.02_1736413754.jpg)
Vida lega apabila tindakan sita membabitkan barangan rumah dan kenderaan mewah miliknya ditunda atau digantung sementara.
KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida, 55, lega apabila tindakan sita membabitkan barangan rumah dan kenderaan mewah miliknya ditunda atau digantung sementara untuk proses itu dijalankan. Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman berkata, dia juga yakin berada di pihak yang benar, sekali gus berharap isu itu dapat berakhir dengan baik. "Perkembangannya, ditunda dan digantung sementara untuk sita. Insya-Allah, saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak akan berlaku perkara itu (proses sita), insya-Allah. "Sebenarnya, saya reda dan tiada sebab untuk tidak reda dengan apa yang berlaku kerana saya yakin kita menang. Cuma, ada ujian yang kita kena lalui sebab Tuhan nak bagi ganjaran selepas ini.
"Kita dah buat macam-macam usaha dan kita tawakal. Insya-Allah, kita yakin menang dan 'just go straight'," katanya ketika ditemui pada Malam Penghargaan Nona Superwoman Awards 2024, malam tadi. Mengulas mengenai urusan perbincangan dan apa sahaja antaranya dengan pihak terbabit, Vida berkata, dia menyerahkan semuanya kepada peguam yang dilantik mewakilinya. "Semua melalui peguam dan kita tidak berdiam, tidak menyerah begitu sahaja. Kita tetap akan terus berusaha, berikhtiar dan akhirnya, tawakal. "Bagaimanapun, saya bersyukur apabila memenangi trofi Nona Entrepreneur Award yang saya tidak jangka menerimanya kerana saya ingat sudah tak dapat anugerah sebab banyak kes sangat. "Tapi, Alhamdulillah mereka yang mengenali tahu saya ini orangnya macam mana. Kita nak berniaga tak boleh nak menipu orang. Nak berniaga, kena cari berkat. "Saya sendiri berniaga sudah berapa lama bertahan, insya-Allah. Malah, akan lagi meroket dan mendunia, 'straight to the point', berniaga yang benar. Orang nak kata kontroversi ke apa, biarlah saya yang hadap," katanya. Menurut Vida, apa sahaja ujian dan dugaan yang datang untuk dihadapinya, dia tetap sedar semua itu daripada Allah untuk memberikan ganjaran lebih baik asalkan tidak berbuat jahat kepada orang lain. Pada 26 November tahun lalu, media melaporkan Vida akan mencabar tuntutan perintah sita kediamannya bersama empat kenderaan mewah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguam dilantik mewakili Vida iaitu Datuk Adnan Seman berkata, pihaknya menerima arahan daripada usahawan popular berkenaan untuk mencabar tuntutan yang dibuat. Sehubungan itu, acara lelongan terhadap proses sita berkenaan sepatutnya berlangsung pada 9 Disember tahun lalu, namun ditunda dan empat kenderaan disita masih kekal di rumah Vida. Sebelum ini, media melaporkan kediaman Vida di Ipoh, Perak dan empat kenderaan mewah miliknya disita pada 25 November tahun lalu selepas gagal melunaskan hutang ubah suai bangunan kilang dengan syarikat kontraktor membabitkan kira-kira RM1 juta.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1347061/vida-lega-tindakan-sita-ditunda
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Neera enggan buka tudung, tolak tawaran 50 episod drama
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-01-09_at_15.29.21_1736408276.jpg)
Neera bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang mutawif pada Julai depan. - NSTP/Hazreen Mohamad
KUALA LUMPUR: Pelakon Neera Azizi mengaku berdepan pelbagai ujian untuk terus istiqamah sebaik mula berhijab selepas mengerjakan umrah tahun lalu. Neera atau nama sebenar, Nurazneera Azizi, 27, mendakwa pernah diminta untuk menanggalkan hijab oleh satu syarikat produksi bagi menjayakan drama bersiri 50 episod, baru-baru ini. Neera yang juga penyampai radio Rakita mendakwa, pihak produksi memintanya untuk berbuat demikian ketika sesi penggambaran berlangsung sahaja, namun, memilih menolaknya kerana enggan menipu penonton. "Boleh dikatakan dalam tempoh tiga bulan sejak mula berhijab memang banyak tawaran drama. Kalau perasan saya banyak bawa watak antagonis atau penyondol.
"Ada juga beberapa tawaran minta saya buka tudung. Itu adalah ujian untuk saya terus istiqamah dan saya tolak tawaran berkenaan. "Ada tawaran drama 50 episod dan watak ditawarkan untuk saya tidak bertudung. Mereka tak tahu saya sudah mula bertudung. "Saya kata tak boleh, tapi mereka minta saya buka bila sesi penggambaran sahaja dan selepas selesai boleh pakai balik. Saya fikir tak boleh begitu sebab macam menipu," katanya ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media filem terbaharu lakonannya, Hukum Kifarah di sebuah hotel di Seri Kembangan, kelmarin.
Berkongsi sebab utama mengenakan hijab, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu berkata, hatinya terbuka selepas bermimpi sebaik pulang mengerjakan umrah. "Selepas pulang mengerjakan umrah, tiga malam berturut-turut saya mimpi pakai tudung. Pada malam ketiga, saya fikir perlu pakai tudung, perasaan itu datang sendiri. "Kadang-kadang kalau ada rasa rimas sebab baru kali pertama, tapi tunang saya banyak beri sokongan," kata Neera yang bakal berkahwin pada Julai depan dengan seorang mutawif. Dalam perkembangan lain, Neera terbabit sebagai pelakon utama dalam filem Hukum Kifarah yang akan memulakan penggambaran bulan depan. Selain Neera, pelakon yang turut menjayakan filem berkenaan adalah Farid Kamil, Datuk Jalaluddin Hassan, Syaiful Zero, Imuda dan beberapa pempengaruh media sosial. Filem diarahkan Roy dengan skrip ditulis Epy Kodiang itu dijangka ditayangkan pada 2026.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1347001/neera-enggan-buka-tudung-tolak-tawaran-50-episod-drama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Kalau tahu Farid susah, saya sanggup beli rumah itu' - David
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-01-09_at_21.46.33_1736435216.jpg)
Rumah teres dua tingkat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom didakwa milik Farid bakal dilelong pada 22 Januari ini.
KUALA LUMPUR: Ketika ini kecoh mengenai rumah teres dua tingkat yang terletak di Bandar Saujana Putra (BSP), Jenjarom didakwa milik aktor terkenal, Farid Kamil bakal dilelong pada 22 Januari ini. Ia berdasarkan iklan lelongan harta di akhbar, nama Farid Kamil Zahari tertera pada ruangan pemegang hak dipercayai milik suami aktres Diana Danielle itu. Kediaman seluas 1,760 kaki persegi itu bakal dilelong pada harga permulaan RM522,000. BH Online cuba mendapatkan pelakon filem Bisikan Dosa itu, namun pelakon berusia 43 itu meminta menghubungi pengurusnya, Azahari Hamid.
"Untuk kenyataan media mengenai isu berbangkit sila hubungi pengurus saya," jawabnya ringkas. Sementara itu, Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo adalah individu bertanggungjawab menghadiahkan kediaman kepada Farid terkilan jika berita lelongan itu adalah benar.
David berkata, dia baru sahaja mengetahui mengenai berita lelongan itu selepas dihubungi media. "Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya. "Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu. "Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini. "Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong," katanya kepada BH Online. Menurut David, difahamkan Farid tidak menginap di rumah berkenaan, sebaliknya menyewakannya kepada bekas pekerja. Katanya, dia membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG pada ketika itu. "Kami memang tidak pernah bercerita soal peribadi. Sebab itulah saya tak tahu Farid ada masalah kewangan. "Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa. "Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya," kata David.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1347168/kalau-tahu-farid-susah-saya-sanggup-beli-rumah-itu-david
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aniq berani tayang tubuh demi watak
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-01-09_at_18.41.58_1736419666.jpg)
Aniq nafi sudah pandai bersikap ‘demand’ dan memilih watak selepas menang Pelakon Lelaki Harapan FFM 33. - NSTP/Saifullizan Tamadi
KUALA LUMPUR: Kemenangan trofi Pelakon Lelaki Harapan, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-33 bukan tiket untuk Aniq Durar bersikap lupa diri. Jejaka kelahiran Kuching, Sarawak itu menafikan sudah pandai bersikap 'demand' dan memilih watak. Ditemui pada majlis tayangan filem Papa, baru-baru ini, Aniq atau nama sebenarnya Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx, 31, menjelaskan masih lagi kekal dengan harga sama. Malah, Aniq juga tidak kisah dibayar rendah, asalkan dapat naskhah yang diidam-idamkan.
"Setakat ini, harga saya masih sama. Kalau nak naikkan sekalipun biarlah secara sihat dan mengikut perkembangan karier. "Saya tak kisah dibayar rendah asalkan skripnya menarik," katanya kepada BH Online.
Berkongsi mengenai filem Papa, Aniq mengaku tidak kisah mendedahkan tubuh demi memenuhi tuntutan watak. Bagaimanapun, katanya, bukannya secara keterlaluan tetapi masih menjaga batas. "Saya tidak berbaju kerana watak Dali seperti haiwan kerana akalnya tidak sempurna akibat perbuatan bapanya yang juga ketua ajaran ilmu hitam. "Saya ditawarkan membintangi filem Papa pada 2022. Saya tidak sabar mahu berlakon kerana sudah lama duduk di rumah kerana fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Saya juga sudah berusaha lakukan yang terbaik untuk menjiwai karakter Dali. "Saya tidak bimbang jika orang mempertikaikan kemenangan saya selepas menonton filem Papa kerana ini adalah filem pertama saya," katanya. Selain Aniq, filem Papa dibintangi Hasnul Rahmat, Puteri Balqis, Lia Natalia dan Shahronizam Md Noor.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1347114/aniq-berani-tayang-tubuh-demi-watak
|
|
|
|
|
|
|
|
Aniq berani tayang tubuh demi watak
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-01-09_at_18.41.58_1736419666.jpg)
Aniq nafi sudah pandai bersikap ‘demand’ dan memilih watak selepas menang Pelakon Lelaki Harapan FFM 33. - NSTP/Saifullizan Tamadi
KUALA LUMPUR: Kemenangan trofi Pelakon Lelaki Harapan, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-33 bukan tiket untuk Aniq Durar bersikap lupa diri. Jejaka kelahiran Kuching, Sarawak itu menafikan sudah pandai bersikap 'demand' dan memilih watak. Ditemui pada majlis tayangan filem Papa, baru-baru ini, Aniq atau nama sebenarnya Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx, 31, menjelaskan masih lagi kekal dengan harga sama. Malah, Aniq juga tidak kisah dibayar rendah, asalkan dapat naskhah yang diidam-idamkan.
"Setakat ini, harga saya masih sama. Kalau nak naikkan sekalipun biarlah secara sihat dan mengikut perkembangan karier. "Saya tak kisah dibayar rendah asalkan skripnya menarik," katanya kepada BH Online.
Berkongsi mengenai filem Papa, Aniq mengaku tidak kisah mendedahkan tubuh demi memenuhi tuntutan watak. Bagaimanapun, katanya, bukannya secara keterlaluan tetapi masih menjaga batas. "Saya tidak berbaju kerana watak Dali seperti haiwan kerana akalnya tidak sempurna akibat perbuatan bapanya yang juga ketua ajaran ilmu hitam. "Saya ditawarkan membintangi filem Papa pada 2022. Saya tidak sabar mahu berlakon kerana sudah lama duduk di rumah kerana fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Saya juga sudah berusaha lakukan yang terbaik untuk menjiwai karakter Dali. "Saya tidak bimbang jika orang mempertikaikan kemenangan saya selepas menonton filem Papa kerana ini adalah filem pertama saya," katanya. Selain Aniq, filem Papa dibintangi Hasnul Rahmat, Puteri Balqis, Lia Natalia dan Shahronizam Md Noor.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1347114/aniq-berani-tayang-tubuh-demi-watak
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaron-Wooi Yik sedih gagal berikan hadiah perpisahan bermakna
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/PETRONAS_TERBUKA_MALAYSIA_2025_1736433433.jpg)
Reaksi pemain beregu negara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik ketika tewas kepada lawan dari Taiwan, Lee Fang Chih dan Lee Fan Jen di Axiata Arena Bukit Jalil. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui kecewa tidak dapat memberikan hadiah perpisahan terakhir kepada ketua jurulatih, Tan Bin Shen susulan kekalahan mereka di pusingan kedua Terbuka Malaysia, hari ini. Permainan serba tidak menjadi pasangan nombor enam dunia itu menyaksikan mereka dikejutkan dengan kekalahan straight set di tangan gandingan Taiwan yang menghuni ranking ke-27 dunia, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 15-21, 18-21 dalam tempoh 47 minit di Axiata Arena Bukit Jalil. Ia bukan penamat hubungan yang diharapkan Aaron-Wooi Yik bersama Bin Shen yang akan melepaskan jawatannya berkuatkuasa Isnin ini selepas mendapat tawaran membimbing skuad Hong Kong. "Memang agak sedih (tidak dapat beri hadiah perpisahan kepada Bin Shen) tetapi sebelum ini kita sudah bagi pencapaian yang baik juga termasuk kejayaan kami di Olimpik Paris (pingat gangsa).
"Jadi, itu juga pencapaian yang bermakna daripada kami untuk Bin Shen. Kekalahan ini sesuatu yang tidak dijangka," kata Wooi Yik selepas tamat perlawanan. Sementara itu, mengulas mengenai kekalahan di tangan pasangan kembar Taiwan itu, Aaron mengakui mereka gagal memberikan persembahan terbaik. "Sebenarnya hari ini (prestasi) masih kurang dan gagal untuk beri tekanan kepada mereka. Sebahagian besar set pertama itu kami memberikan mereka banyak mata mudah menerusi beberapa kesilapan," kata Aaron selepas tamat perlawanan. Wooi Yik menambah: "Kami tidak sabar untuk mematikan bulu tangkis dan itu membuatkan kami banyak melakukan kesilapan mudah yang membolehkan lawan mengutip mata. "Kami akan jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan kembali bangkit dalam kejohanan seterusnya," tambahnya. Aaron-Wooi Yik selepas ini dijadual menyertai Terbuka India yang akan bermula Selasa ini. Mereka akan membuka tirai kempen menentang gandingan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul di pusingan pertama.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/01/1347180/aaron-wooi-yik-sedih-gagal-berikan-hadiah-perpisahan-bermakna
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaron-Wooi Yik sedih gagal berikan hadiah perpisahan bermakna
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/PETRONAS_TERBUKA_MALAYSIA_2025_1736433433.jpg)
Reaksi pemain beregu negara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik ketika tewas kepada lawan dari Taiwan, Lee Fang Chih dan Lee Fan Jen di Axiata Arena Bukit Jalil. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui kecewa tidak dapat memberikan hadiah perpisahan terakhir kepada ketua jurulatih, Tan Bin Shen susulan kekalahan mereka di pusingan kedua Terbuka Malaysia, hari ini. Permainan serba tidak menjadi pasangan nombor enam dunia itu menyaksikan mereka dikejutkan dengan kekalahan straight set di tangan gandingan Taiwan yang menghuni ranking ke-27 dunia, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 15-21, 18-21 dalam tempoh 47 minit di Axiata Arena Bukit Jalil. Ia bukan penamat hubungan yang diharapkan Aaron-Wooi Yik bersama Bin Shen yang akan melepaskan jawatannya berkuatkuasa Isnin ini selepas mendapat tawaran membimbing skuad Hong Kong. "Memang agak sedih (tidak dapat beri hadiah perpisahan kepada Bin Shen) tetapi sebelum ini kita sudah bagi pencapaian yang baik juga termasuk kejayaan kami di Olimpik Paris (pingat gangsa).
"Jadi, itu juga pencapaian yang bermakna daripada kami untuk Bin Shen. Kekalahan ini sesuatu yang tidak dijangka," kata Wooi Yik selepas tamat perlawanan. Sementara itu, mengulas mengenai kekalahan di tangan pasangan kembar Taiwan itu, Aaron mengakui mereka gagal memberikan persembahan terbaik. "Sebenarnya hari ini (prestasi) masih kurang dan gagal untuk beri tekanan kepada mereka. Sebahagian besar set pertama itu kami memberikan mereka banyak mata mudah menerusi beberapa kesilapan," kata Aaron selepas tamat perlawanan. Wooi Yik menambah: "Kami tidak sabar untuk mematikan bulu tangkis dan itu membuatkan kami banyak melakukan kesilapan mudah yang membolehkan lawan mengutip mata. "Kami akan jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan kembali bangkit dalam kejohanan seterusnya," tambahnya. Aaron-Wooi Yik selepas ini dijadual menyertai Terbuka India yang akan bermula Selasa ini. Mereka akan membuka tirai kempen menentang gandingan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul di pusingan pertama.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/01/1347180/aaron-wooi-yik-sedih-gagal-berikan-hadiah-perpisahan-bermakna
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Vivian
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/VIVIAN_HOO-LIM_CHEW_SIEN_PMO_1736430186.jpg)
Beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien ketika menentang pemain Cina, Liu Sheng Shu-Tan Ning pada kejohanan Badminton Petronas terbuka di Axiata Arena. NSTP/ASWADI ALIAS
KUALA LUMPUR: Bukan pengakhiran karier yang diharapkan pemain beregu wanita profesional, Vivian Hoo selepas tewas di pusingan kedua Terbuka Malaysia, hari ini. Vivian bersama pasangannya Lim Chiew Sin terpaksa akur apabila tewas di tangan juara bertahan yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 6-21, 5-21 pada aksi di Axiata Arena. Terbuka Malaysia adalah kejohanan terakhir buat Vivian yang sebelum ini mengumumkan dia akan menggantung raket sebaik tugasannya selesai dalam kejohanan di laman sendiri itu. Meskipun tewas namun Vivian yang berusia 35 tahun mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir sebagai tanda penghargaan buat dirinya sepanjang lebih sedekad bergelar pemain badminton negara.
Malah, dia turut dihadiahkan sejambak bunga daripada peminat tempatan. Menurut Vivian, dia selepas ini merancang untuk membuka akademi badminton di Balakong, Selangor bagi mencungkil bakat-bakat baharu. "Saya harap boleh lahirkan pemain yang baik terutama pemain wanita sebab dari dulu Malaysia kurang pemain wanita. Ini adalah hasrat saya selepas bersara ini," katanya. Ketika bersama skuad kebangsaan, Vivian meraih pelbagai kejayaan termasuk memenangi tiga pingat emas Sukan Komanwel. Pada edisi 2014 di Glasgow, dia meraih emas beregu wanita bersama Woon Khe Wei selain membantu Malaysia muncul juara berpasukan campuran manakala empat tahun kemudian di Gold Coast, dia memenangi emas beregu wanita bersama Chow Mei Kuan dan perak berpasukan campuran. Dia juga meraih gangsa di Sukan Asia 2014 di Incheon dan perak di Kejohanan Asia 2010 bersama Khe Wei. Vivian meninggalkan skuad kebangsaan pada 2020 bagi bergerak secara profesional.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/01/1347165/terima-kasih-vivian
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman bawa Soon Huat-Shevon ke suku akhir
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/6338843993835684510_1736429625.jpg)
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai ketika menentang pemain India, Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath di Axiata Arena. NSTP/ASWADI ALIAS
KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai membuktikan pengalaman mampu menjadi 'aset' berharga ketika mereka mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka Malaysia, hari ini. Turun di Axiata Arena dalam keadaan bukan 100 peratus susulan demam yang dihadapi Shevon, pasangan nombor enam dunia itu masih mampu meraih kemenangan menyakinkan ketika menyingkirkan beregu India, SK Karunamaran-V Aadya dengan keputusan straight set 21-10, 21-17. Begitupun, cabaran mereka bakal menjadi lebih sukar, esok apabila dijadual bertemu pasangan China, Cheng Xing-Zhang Chi bagi penentuan tempat ke separuh akhir. "Bertemu mereka (Cheng Xing-Zhang Chi), kami perlu siapkan diri dengan baik, dari sudut keadaan badan, permainan yang konsisten, kelajuan, kekuatan kerana mereka adalah beregu dari China," kata Soon Huat.
"Sekalipun mereka di ranking 11 dunia, mereka ketika ini sedang mengejar dengan pantas dua lagi beregu nombor satu dan dua China kerana mereka berlatih bersama. "Jadi untuk kami, apa yang diperlukan adalah persediaan yang sebaik mungkin dari sudut mental dan fizikal. "Kelebihan kami adalah pengalaman dan kami mahu menggunakannya seperti perlawanan hari ini." Mengulas perlawanan dengan Karunamaran-Aadya, Shevon mengakui kemenangan yang diraih adalah hasil kerja kuat Soon Huat 'menjaganya' di gelanggang. "Saya memang dalam keadaan tidak begitu sihat dan hari ini baru ok sedikit. Tetapi saya masih perlu cari rentak di dalam gelanggang," kata Shevon. "Sekalipun perlawanan set pertama nampak mudah, mereka bangkit pada set kedua apabila sudah mula membaca permainan kami malah kami pada satu ketika ketinggalan 5-9 tetapi pengalaman membantu kami."
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/01/1347161/pengalaman-bawa-soon-huat-shevon-ke-suku-akhir
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terbuka Malaysia hilang seri, ramai pemain ternama 'bungkus' awal
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/PETRONAS_TERBUKA_MALAYSIA_1736427607.jpg)
Pemain perseorangan Denmark, Viktor Axelsen tewas ketika menentang pemain perseorangan Hong Kong Lee Cheuk Yiu pada pusingan pertama kejohanan Terbuka Malaysia di Axiata Arena. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
KUALA LUMPUR: Saingan badminton Terbuka Malaysia yang bertaraf Super 1000 dan menjadi kejohanan pembuka tirai musim ini hilang seri selepas beberapa pemain utama dunia tumbang di pusingan awal. Antara yang menjadi tumpuan kekalahan juara Olimpik dua kali dari Denmark, Viktor Axelsen yang tersingkir seawal pusingan pertama dalam acara perseorangan lelaki. Dalam saingan beregu lelaki pula menyaksikan semua pasangan dalam kelompok empat teratas dunia turut ditunjukkan jalan keluar di pusingan awal. Ia bermula dengan kekalahan gandingan nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen diikuti wakil negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei (nombor tiga dunia) dan beregu Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto (nombor empat) yang tewas di pusingan pertama, semalam.
Terbaharu, pasangan nombor dua dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang turut mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Malaysia selepas tersingkir di pusingan kedua hari ini. Kejutan turut berlaku dalam acara beregu campuran apabila pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin yang terkandas di pusingan kedua. Bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Rashid Sidek berpandangan, antara faktor yang mungkin menyumbang kepada kegagalan pemain utama dunia menyerlah kali ini disebabkan mereka masih 'belum panas'. Katanya, Terbuka Malaysia adalah kejohanan pertama musim ini dan pemain mungkin kesuntukan masa untuk buat persiapan selepas mengharungi jadual padat sepanjang tahun lalu yang turut menyaksikan berlangsungnya Sukan Olimpik Paris 2024 selain saingan Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China hanya berakhir tiga minggu lalu. "Pada hujung tahun kebiasaannya pemain akan bercuti dan itu mungkin menjejaskan persiapan mereka. "Seperti Axelsen, dia baru pulih daripada kecederaan (kaki kiri) dan pastinya memerlukan masa untuk kembali berada pada tahap terbaiknya," kata Rashid kepada BH Sukan. Menurut pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu, sebagai kejohanan permulaan musim, ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila pemain utama bergelut untuk menemui rentak permainan terbaik mereka. "Dalam graf pastinya akan ada turun naik. Terbuka Malaysia adalah kejohanan pertama dan pemain-pemain pastinya dalam proses mahu dapatkan rentak mereka semula. "Pemain utama pun manusia biasa juga, kalau memang mereka tidak berada pada tahap prestasi terbaik, buat macam mana pun tidak boleh juga. Mereka bukan sengaja mahu kalah.
"Kita tengok Axelsen, kalau dia tidak berada pada tahap terbaiknya, dia boleh kalah straight set dan nampak seperti dia memang buang 'game'. Namun, jika dia sudah capai kemuncak prestasi, memang susah mahu kalahkan dia," katanya. Tambah Rashid yang juga bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, beliau percaya masalah dialami pemain-pemain utama ini tidak akan akan berlarutan untuk tempoh lama dan mereka mampu kembali bangkit mencapai kemuncak prestasi mereka. "Dari segi teknik dan taktikal, saya tidak nampak ada masalah. Ia lebih kepada bagaimana mereka mahu kekal fokus dan mendapatkan 'feeling' beraksi dalam kejohanan itu," katanya. Pemain utama dunia akan kembali 'berkumpul' bagi menghadapi saingan Terbuka India yang akan bermula Selasa ini.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/01/1347155/terbuka-malaysia-hilang-seri-ramai-pemain-ternama-bungkus-awal
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PM Jepun mulakan lawatan rasmi 2 hari ke Malaysia
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/SHIGERU_ISHIBA_1736417840.jpg)
Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini bersempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari, yang juga lawatan sulung beliau ke negara ini sejak memegang jawatan pada Oktober lalu. Pesawat khas yang membawa Ishiba, isterinya Yoshiko Ishiba dan delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5 petang tadi. Ketibaan beliau disambut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Duta Jepun ke Malaysia Shikata Noriyuki. Sebaik tiba Ishiba melintasi barisan kawalan kehormatan oleh 28 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Upacara) yang diketuai Kapten Muhammad Iskandar Dzulkarnaen Doa @ Hasan.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Ishiba diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, diikuti dengan pertemuan delegasi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada esok. Anwar dan Ishiba dijangka meninjau kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Jepun, terutamanya dalam bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pembangunan sumber manusia, dan kerjasama tenaga. "Mereka juga dijangka bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, termasuk situasi di Timur Tengah," kata Wisma Putra. Selepas pertemuan, kedua-dua Perdana Menteri akan mengadakan sidang media bersama. "Anwar juga akan menganjurkan majlis makan tengah hari di Kompleks Seri Perdana bagi meraikan rakan sejawatannya dari Jepun," menurut kenyataan itu. Hubungan Malaysia dengan Jepun berkembang pesat dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023. Jepun adalah rakan ekonomi utama bagi Malaysia, dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan membabitkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024. Projek-projek ini mewakili pelaburan bernilai RM105.2 bilion (US$30.4 bilion) dan sudah mewujudkan 344,996 peluang pekerjaan. Jepun adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan dagang keempat terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM156.75 bilion (US$34.41 bilion) pada 2023.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1347099/pm-jepun-mulakan-lawatan-rasmi-2-hari-ke-malaysia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|