|
oraittt...have fun..syoknya gi japan pastu gi nz..fuhhh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Christchurch 2 hari 1 malam pun dah cukup ...tapi kalau suka bandar tu, stay lebih pun ok je..
Tapi Queenstown memang wajib stay at least 3 hari 2 malam...dulu saya stay 4 hari 3 malam kat Queenstown sahaja..tempat lain semua satu malam je..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh gitu. Klau sy stay Queenstown dan Christchurch dlm 2 ke 3 hari apa tempat menarik yg boleh sy pegi dari sana @ xtvt yg boleh buat yer? Kami tak tak berapa suka xtvt yg menglibatkan ketinggian. Tq :-) |
|
|
|
|
|
|
|
Klu ko ada masa, dr Christchurch blh buat day trip ke Akoroa. Cuma 75km dr Christchurch.
Pastu kat Queenstown, dr sana ko blh buat trip ke Wanaka, Cromwell dan Arrowtown. Wanaka dlm sejam dr Queenstown. Cromwell dan Arrowtown lbh dekat. Dlm 30 minit rasanya. Aku pun dah lupa. Tp mmg dekatlah tak jauh sgt.
Klu ada masa lg, blh buat day trip terus ke Milford Sound juga. Psl klu nak overnite di Te Anau mcm rugi pula, Te Anau pekan kecik je. Tp korang kena berangkat awal2 pagi dr Queenstown ke Milford Sound. Psl jauh gak perjalanan. Dlm 4 jam.
|
|
|
|
|
|
|
|
AirAsia buat sale sampai 24April, alhamdulillah, aku manage to grab tiket murah ke Melbourne. En route Christchurch with Jetstar.. Jetstar tgu dulu sbb belum keluar tic price lagi. Tahun depan hehehee |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan Peterpan tu bestt..
Frankly speaking, i kurang tau pasal Christchurch. Tapi mcm Peterpan ckp, gi Akaroa dlm 60-90mins perjalanan. Kiranya it's a half day trip. Kat sana orang panggil a little French settlement. Papehal pun kat Christchurch wajib gi Pak 'N' Save Hornby sebab boleh beli coklat Whittakers banyak2..hahaha..dan kat area Hornby tu pun ada DressSmart Outlet..lebih kurang mcm Factory outlet..wajib gi untuk family yg nak shopping..
Di Queenstown, kalau aktiviti2 yg tidak melibatkan ketinggian, boleh cuba jetboat. I recommend Jetboat Skippers Canyon. Untuk cruise di lake Wakatipu Queenstown, boleh cuba TSS Earnslaw Cruise atau Million Dollar Cruise. Bezanya TSS Earnslaw ni boat yg besar. Million dollar tu kecik je tapi number 1 cruise kat Queenstown. Then, take one day untuk gi Milford Sound via Te Anau. Kalau drive dari Queenstown dalam 288km (jalan kampung) atau 3 - 4 jam perjalanan sehala. Sampai di Milford Sound, wajib naik cruise Milford Sound. Harga berbeza ikut waktu. Pagi selalunya murah. Paling mahal waktu tengahari. Kalau u bertolak dari Queenstown seawal 6 atau 7 pagi, better amik cruise waktu tengahari dan view pun lagi cantik. Perjalanan pulang dari Milford Sound, sila singgah di Te Anau untuk tgk apa2 yg patut dan tempat berehat/makan sebelum balik Queenstown.
Untuk aktiviti lain, Skyline Gondola Queenstown pun wajib gi. Naik Gondola dan main Luge. Sila ambil pakej Luge ride yg banyak. Nanti dah kat atas menyesal sebab amik Luge ride sikit. Macam saya dulu..hahahaha.....dan kalau boleh gi The Remarkables ski area. Kalau masa u gi takde snow pun, just gi je sana tgk view Queenstown dari atas. Cantikk...
Macam Peterpan ckp juga...sila singgah Arrowtown dan Cromwell. Kemudian ke Wanaka. Semua tempat tu menarik untuk explore.
Di Queenstown, jangan lupa singgah DF Souvenir kat Queenstown Mall. Nama je mall tapi tempat tu mcm open shoplots. Makanan halal ada a few. Kebab halal di depan McD kat area foodcourt belakang Queenstown Mall. Untuk fish n chips, try Erik's Fish n Chips https://eriksfishandchips.mobi2go.com/ ...semua ni walking distance je.
Oh ya..pasal makanan...jangan lupa singgah di Patagonia Chocolates Cafe. The best Dark Hot Chocolate in NZ. Dan try juga Churros with dark choc dip. Best lepak sini. Berdepan dengan Million Dollar Cruise je.
|
|
|
|
|
|
|
|
silverbullet replied at 22-4-2016 10:47 AM
Cadangan Peterpan tu bestt..
Frankly speaking, i kurang tau pasal Christchurch. Tapi mcm Peterp ...
Wallaaa mabeles lah tips ni. Tq.. Ada masa byk ni nak study. Tahun depan baru pegi. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bila travel date? Boleh share harga tak. Tq
|
|
|
|
|
|
|
|
Tqvm... nanti study. Info yg bagus. Klau tak faham sy tanya balik yer...
|
|
|
|
|
|
|
|
commot replied at 22-4-2016 12:23 PM
Bila travel date? Boleh share harga tak. Tq
Promo AA utk Travel date sehingga 22May2017. Sale abis 24April.
So we all amik 12-22May2017
Kul-Mel-Kul. Total KUL-Mel return RM2976. 2Adult + 2 Child |
|
|
|
|
|
|
|
Tqvm @peterpan @silverbullet utk semua info. Nanti sy susun balik itinerary. Cuma nak tanya macamana uols buat kiraan minyak kereta. Boleh share sikit. Tq
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bab minyak untuk kereta tu, depending kereta apa kita guna. Saya guna kereta sedan je. Toyota Corolla Altis di South Island dan Nissan Latio sedan di North Island.
Di South Island, saya travel sejauh 2600km.
Di North Island, sejauh 700km.
So, total in KM : 3300km
Total spent on petrol untuk 3300km : NZD$250 - $280
Padahal masa buat bajet saya letak dlm $500. So pandai2 la kira...hehehe
Sila rujuk di blog saya http://selekeh.com dan rujuk post mengenai NZ Preparation dan Sneak Preview for more info.
|
|
|
|
|
|
|
|
kelas nya sister... setahun nak pergi itinerary dah siap...
akak nak pergi 2 minggu lagi hanya book akomodasi dan flight tiket domestik jah
rasa macam malas pula nak plan beria2...sampai sana baharu nak plan gitu kekdahnya
worst case scenario akak chur jah sekitar2 hotel gitu jah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni ada orang bagi review pasal trip adik beradik punya NZ trip bulan nov 2015...tapi rasanya dia ni mungkin taktau atau tak ambil tau kot...takkan la bajet 2k dapat seluruh trip termasuk activities...hahaha
Review Trip Adik Beradik (TAB) - Christchurch, New Zealand. 4 perempuan. Nov 2015.
Mula2 ingat nak senyap je, sebab ingat kitorang je yg rasa kurang puas hati dengan TAB. Rupa2 nya ramai lalui apa yg kami lalui, jadi decide untuk buat review juga, so orang tahu perkara sebenar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Review Trip Adik Beradik (TAB) - Christchurch, New Zealand. 4 perempuan. Nov 2015.
Mula2 ingat nak senyap je, sebab ingat kitorang je yg rasa kurang puas hati dengan TAB. Rupa2 nya ramai lalui apa yg kami lalui, jadi decide untuk buat review juga, so orang tahu perkara sebenar.
1. Pengurusan trip agak kelaut. Bila kita email cakap dah buat full payment, takde reply apa. Nak kasi invoice apatah lagi. Bila whatsapp personal, owner TAB Shaiful, cakap "noted". Kita mintak invoice, still no reply. Sampai ke sudah kami tak dapat bukti pembayaran ke apa. Few weeks sebelum trip, dia whatsapp kat group "dah email semua orang detail pasal trip", tapi ramai cakap tak dapat, termasuk kami berempat. Sorang2 bagi email kat dia baru dia email. Takkan dia tak simpan list peserta and email kami? At least kasi wakil group pon ok. Ni ramai tertinggal. Kenapa tak pasti kan dah email ke semua orang?
2. Banyak maklumat tidak diberitahu secara terbuka kepada umum.
Pertama, hidden cost. Minyak caravan sepanjang trip bayar sendiri, sorang dalam RM200. Breakfast & dinner yang konon2 diorang masak, groceries, RM100. Visa RM60. Sampai CHC awal sehari and nak hotel? RM160 sorang semalam. Segala jenis tiket masuk or aktiviti nak buat kat sana kena tambah lagi. Bungee jumping NZD195. Zipride NZD50. Shotover Jet NZD135. Helicopter Ride ~NZD160. Milford Sound Cruise NZD70. Cadbury World Factory Tour NZD20. Itu antara yang kitorang kena bayar. Buat lagi banyak aktiviti lagi banyak kena bawak duit.
Kedua, diorang provide caravan SAHAJA. Driver takde. Kena bawak sendiri. Tak pandai bawak kereta gedabak? Pergi cari kawan yang pandai. Apa! Ni holiday, takkan kami kena drive jauh2 lama2 time holiday? Well nasib la
Ketiga, lelaki perempuan dicampur dalam satu caravan. Kitorang kena campur dengan dua lelaki sekawan ni. Yg ni memula kami bising. Nak tido, tukar baju semua dalam tu, habis tu cane? Alasan TAB, "kena campur laki, sebab nak dijadikan driver". Sebab kitorang empat2 tak berani bawak, terpaksa akur. Alhamdulillah, lelaki 2 orang ni baik. Memahami and let us decide kitorang tido mana, diorang tido mana. Bila kitorang tutup tirai antara driver seat dengan bahagian belakang, diorang tunggu kitorang dah siap semua baru diorang masuk. Tapi kalau dibuatnya dapat lelaki jenis pecah rumah ke apa, and something happen, siapa nak bertanggungjawab?
Keempat, bergerak sendiri2, bukan berkonvoi. Kalau sesat, accident, tayar pancit, pandai2 sendiri selesaikan. Sepatut nya Shaiful letak la satu crew depan sekali, satu crew belakang sekali. Untuk make sure tak de sesiapa tertinggal.
3. Shaiful cakap siapa yang sampai awal sehari and nak hotel, dia boleh tolong arrange kan. Esok pagi from hotel akan gerak sama2 ke depot caravan. Dia charge rm160 sorang. Kitorang sampai 12.30am, nak tido 6 jam je esok 9am dah kena gerak. Rasa macam rm160 tak berbaloi. Kitorang tanya hotel tu kat mana. Kitorang nak cari and book sendiri hotel berdekatan. Actually ramai yang tanya. Macam2 alasan di beri sebab dia tamau bagitau. Belum book la. Belum decide la. Sebab malas nak susah2, kitorang decide untuk bayar je rm160 tu. But later I found out from other trip he's been using the same hotel. I've checked, bilik tu normally around rm120 per person. So rm40 sorang tu upah book ke apa?
4. Tidak seperti yang dijanjikan.
"Tak perlu risau pasal kamera. Ada photographer". Jangankan photographer, kamera diorang sendiri pon takde.
"Breakfast and dinner kitorang masak. Korang cari lunch je. Or beli bahan mentah and masak". Ini paling kelakar. On most night, makanan habis before kitorang sempat ambik. Terpaksa masak maggi. Nasib baik bawak jugak. Takkan tak bajet betul2 masak banyak mana bagi cukup semua orang? Kata dah 5 tahun experience, patut dah pandai bajet portion makanan. Breakfast? Setiap caravan kena masak sendiri and buat ala2 pot luck. Satu hari tu dia kasi tepung kosong bodoh. Kena buat cucur. Ikut suka hati nak letak isi apa. Guna bahan sendiri yg kau beli. Kalau ikut perasaan rasa nak campur air je and humban semua sekali dalam minyak. Lantak la jadi apa. So apa maksud kau provide breakfast and dinner plus kena bayar untuk groceries lagi kalau almost all of the time kitorang yang masak sendiri guna barang kitorang sendiri.
"Dalam caravan ada heater". First day ambik caravan, Shaiful cakap "Heater dalam caravan dah habis. Tapi takpe, korang pergi beli heater portable, nanti claim kat saya" Urm hello, kami semua ni first time jejak kaki ke New Zealand. Tau la pulak mana gi cari. Kenapa tak suruh crew pergi cari and beli? First night dekat campsite, suhu turun bawah 0 degrees, sejuk ya rabbi. Baju dah berlapis2, stokin berlapis2, selimut dan duvet. Tapi sejuk sampai ke tulang. Mengigil2. Rasa macam boleh kena hypothermia. Second night masih takde heater, saya demam, tak boleh bernafas. Buat suasana panik kejap dalam caravan (Sorry girls!) Makan ubat selsema nak bagi tido. Third night baru dapat heater.
"Harga termasuk tour guide" What tour guide? There was no one guiding us the whole trip. Yg hanya diberi adalah koordinat campsite seterusnya. So pandai2 gerak sendiri. Sendiri decide nak pergi mana. Sendiri decide nak buat apa. Sendiri decide nak stop kat mana, nak singgah kat mana. Nak stop berapa lama. Langsung takde input from crew, tempat ni sejarah dia apa, apa2 fun fact certain2 tempat ke. Bila kita tanya "Tak singgah ke Tempat A ni?" sebab dalam website cakap kita singgah situ. Shaiful bagi kordinat tempat tu and cakap "Choose wisely. Tempat tu jauh. Kena be at campsite by 8" Mana pergi itinerary,kenapa dia tak decide nak pergi mana, peserta ikut je. Bukan ke itu maksud guided tour?
5. First day, breakfast is not provided. Also no one told us perjalan jauh dan akan sampai campsite malam. No RnR tepi jalan. No kedai2 makan. Sepatutnya dia inform, sebelum start journey pergi beli makanan dulu, at least roti or buah sebab malam baru ada makanan. Nope. Kami berlapar sepanjang perjalanan (dengan dinner the night before pon tak makan sebab dalam flight, sampai 12.30 pagi). Nasib baik masa beli groceries kitorang dah beli roti and cake, and buah2. So dapat la makan sikit2. Sampai campsite sejuk ya rabbi. Lapar gila. Pergi dining hall, diorang cakap kena bawak pinggan mangkuk cawan sudu garfu sendiri. Patah balik gi ambik. Masuk balik main hall tengok diorang duk serve nasi dengan kari ayam panas. Peh layan gila. Semangat ambik satu mangkuk ayam kari untuk kami berenam. Baru cucuk isi ayam, darah keluar. (Nasib baik cuaca sejuk, ayam pon takut nak lari keluar dari kari panas ). Mentah. Masing2 tengok each other. Semua angkat balik kari ayam, letak balik dalam kuali. Kena pergi masak sekali lagi. Shaiful? Dia berdiri situ cakap.."ni rezeki kita hari ni. Chef dah cuba yang terbaik" Sekali pon kami tak dengar perkataan maaf keluar dari mulut Shaiful. I don't know, maybe he did say it. But kitorang tak dengar. Huhu. Penat. Lapar. Sejuk. Sabar. Kami makan nasi dengan sup sayur sebab dah lapar gila babang. Setengah orang tunggu batch kedua kari ayam. Kami berempat balik ke caravan.
6. Keselamatan dan kesejahteraan peserta kurang diambil berat. Kalau sakit, pandai2 sendiri. Ada caravan yang tergesek kereta lain time parking. Bila bagitau dalam whatsapp, Shaiful reply "Kalau takde orang nampak, gerak je" . From Queenstown, kami the last one gerak. Tengah2 jalan, tayar pancit. Masa tu dah petang. Langit dah nak start gelap. Kiri kanan bukit bukau, kambing lembu. Depan belakang jalan straight. Langsung takde bangunan. Suhu mula turun. Heater masih belum ada. Whatsapp dalam group. Shaiful cakap "don't worry guys we won't leave you behind". Tapi memang dah kena tinggal pon. One of the crew pulak cakap "Nanti malam ni kitorang datang caravan kutip duit untuk naik cruise esok k". Sabar. Huhu. Kitorang call roadside assistant, tunggu orang tu datang, sambil dalam kesejukan. Then pakcik ni sampai, bawak keluar spare tayar, spare tayar pon pancit. Takde maintenance ke caravan ni? Pakcik tu bawak spare tayar pergi town untuk isikan angin. Datang balik and tukar. Dia cakap in next town kena tukar tayar original. Tayar spare tak reliable, takut tak |
|
|
|
|
|
|
|
Yg review tu bukan saya ye...copy paste dari fb |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya, klo korang masak kot hostel atau motorhome tu, korang samak dulu tak peralatan dia? |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke samak sis??
basuh jah macam biasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca kt group bbm..obviously selalunya mmg harga activities tk termasuk
sblum amik tour apa2 tanya betul2 apa yg included apa yang tak
|
|
|
|
|
|
|
|
hai!
ada sesiapa yang boleh kasik suggestion itinerary utk 7day 6nights untuk cover di North Island shj?
sbb baca2 kt google mcm2 tempat nak pegi. Yang wajib nak pegi Hobbiton tu.
hrp dpt bantu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|