|
Ameng Spring dibebaskan, #148 Dah mula kena tipu
[Copy link]
|
|
Haluan baharu Ameng
Sepanjang lima tahun menjalani kehidupan di sebalik tirai besi, telah memberi seribu satu pengajaran buat vokalis kumpulan Spring, Ameng, atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, tentang kekhilafan yang pernah dilakukan.
Menghabiskan setahun pertama dengan linangan air mata, Ramadan tahun ini menyaksikan tangisan gembira bercucuran membasahi pipinya apabila dibebaskan tiga tahun lebih awal daripada tempoh hukuman sebenar kerana berkelakuan baik dari Penjara Kluang, Johor pada 14 Jun lalu, bersamaan 8 Ramadan.
Secara fizikalnya, tiada banyak perubahan dapat dilihat pada pelantun lagu Butakah Cinta ini kecuali raut wajahnya jelas menyatakan kekesalan yang sarat untuk diluahkan.
“Orang kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna tetapi bagi saya, dahulu atau kemudian, apa yang penting penyesalan itu datang ikhlas daripada jiwa.
“Banyak yang saya belajar tentang kehidupan sewaktu berada dalam penjara terutama tentang pengabaian saya terhadap agama dan keluarga,” luahnya sedikit perlahan sewaktu ditemui pada sidang media Konsert 3 Suara di Dewan Cinta Indah, Shah Alam baru-baru ini.
Masa dan keluarga
Saat bercerita tentang masa yang terbuang di penjara, manakala keluarga terbiar di dunia luar, suara penyanyi kelahiran Terengganu ini jelas kedengaran terputus-putus dan kadang hilang dalam kesayuan.
Kata Ameng, perkara paling meruntun jiwanya ketika dijatuhkan hukuman penjara ialah kerana telah mengheret isterinya, Sabariah Zakaria, 46, dan anak mereka, Wan Ahmad Haizal, 9, ke lembah duka yang tidak sepatutnya dilalui mereka.
Akibat diri sendiri ternoda dan tersalah langkah, bayaran hukuman perlu dibahagikan sama rata antara mereka. Itu adalah perkara yang paling dikesali.
“Saya yang membuat onar berjinak dalam najis dadah tetapi isteri dan anak yang merasa balasannya.
Bakal menggegarkan pentas Istana Budaya pada 22 hingga 25 September depan, Ameng teruja untuk bertemu peminat selepas lama menyepi dari dunia persembahan.
“Sepanjang menjalani hukuman, saya mula menghargai betapa beruntungnya diri ini mempunyai sebuah sistem sokongan yang kuat dan tidak berbelah bahagi walaupun secara logiknya, tiada maaf buat perbuatan saya itu,” katanya sambil menyeka air mata jatuh di pipi.
Dalam pada itu, ketibaan Syawal yang tinggal dua minggu sahaja lagi sangat dinanti tiga beranak ini kerana sudah lama mereka tidak merasakan kemeriahannya seperti insan lain.
Kata Ameng, setiap kali menyambut hari raya, isterinya memberitahu bahawa dia dan anak hanya berkurung di dalam bilik dan tidak keluar beraya kerana enggan bergembira tanpa dirinya di sisi.
Hati lelakinya tersentuh setiap kali mendengar takbir raya mengenangkan Sabariah dan Haizal yang menyambut hari kemenangan selepas sebulan berpuasa tanpa kelengkapan atau persediaan seperti orang lain.
“Tahun ini, saya akan menebus semula masa-masa yang terlepas sepanjang saya dipenjarakan dan akan menyambut lebaran di kampung isteri di Melaka.
“Saya tidak sabar mahu membawa mereka menziarah rumah sanak-saudara kami, membeli baju raya, sekali gus memberikan kenangan raya paling bermakna dalam hidup anak isteri,” katanya teruja.
Imej Rock
Berbalik pada cerita tentang perancangan kerjaya seninya selepas dibebaskan, Ameng sebenarnya telah mengambil langkah kanan kerana terus diberikan tawaran kerja selepas beberapa hari bebas daripada penjara.
Ameng bersyukur kerana isterinya, Sabariah setia menantinya dan tidak putus berdoa agar dirinya dibebaskan sepanjang menjalani hukuman penjara.
Bulan September ini akan menyaksikan Ameng bergabung suara bersama dua lagi rakan seangkatannya iaitu Zamani (Slam) dan Datuk Jamal Abdillah di pentas berprestij Istana Budaya menerusi Konsert 3 Suara.
Pertama kali diundang membuat persembahan di situ, Ameng pada mulanya menganggap tawaran itu sebagai satu jenaka apabila Jamal mengusulkan idea tersebut ketika melawatnya di penjara beberapa bulan lalu.
“Saya langsung tidak mengharap apa-apa ketika Jamal memberitahu saya tentang rancangannya kerana pada waktu itu, apa yang penting pada saya ialah dibebaskan dengan kesihatan baik.
“Namun dengan pengumuman yang dilakukan pada sidang media hari ini, saya cuma mampu mengucapkan syukur kerana Tuhan masih sayangkan saya untuk membuka pintu rezeki buat kami sekeluarga,” jelasnya lagi.
Berbicara lanjut tentang persediaan diri secara mental dan fizikal untuk konsert tersebut, Ameng berkata, dia cuma boleh berjanji melakukan yang terbaik dan berharap peminat menerimanya dengan hati terbuka.
Selain itu, bapa kepada tiga orang anak tersebut turut berkongsi hasrat mengubah sedikit haluan dalam bidang nyanyian dengan memfokuskan kepada lagu-lagu bersifat ketuhanan.
Walaupun sudah menetapkan keinginan begitu, Ameng akan mengekalkan imej rock seperti biasa kerana baginya, peminat sudah biasa dengan personaliti tersebut dan tiada kesalahan untuk kekal dengan identiti sendiri walaupun menyanyi lagu ketuhanan.
“Saya sudah berniat sebelum dibebaskan iaitu apa sahaja yang saya lakukan selepas ini, biarlah mendatangkan manfaat serta pahala kepada saya dan orang sekeliling.
“Namun, itu tidak bermakna saya akan berserban atau berjubah kerana apa yang penting bukan penampilan tetapi isi penyampaian persembahan dan lagu itu sendiri,” tuturnya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 20-6-2016 08:48 AM
Anak-Anak Tiada Dendam Terhadap Ameng
Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 5:21 AM
Lawa anak2 ameng, sedih pulak baca, mujur lah anak dtg jgk, mesti awkward sb lama tak jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa hukuman ameng ni mcm berat gila smpi 10 sebatan.. rasanya dia menagih sendri je kan.. kalau benjy tu lain la siap proses lagi. tp semedang terlepas.. tp kalau ni blh bt ameg insaf bagus la.. kesian bini dia.
aku trngt dlu wife ameng ni on9 gn nama ameng.. sekali srg bdk ni tnya lebih kurang "kat penjara apon ada wifi?" marah bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 20-6-2016 02:00 PM
Kerana dadah, Ameng dipenjara 8 tahun dan 10 kali sebatan
Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan dadah.
Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua.
Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamin seberat 0.22 gram.
Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas. – Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
so conclusionnya apa syd. dia telan sendiri je ke atau ada jual2?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurm. Kuat cabaran nak berenti mendadih. Moga dipermudahkan lah. |
|
|
|
|
|
|
|
tabah betul wife heols..setia menunggu.. wife saleem pun sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ameng terima cek tendang
Ramlah Zainal
[email protected]
Kuala Lumpur: Vokalis kumpulan Spring, Ameng menanggung kerugian RM15,000 apabila menerima cek tendang daripada penganjur persembahan majlis makan malam, baru baru ini.
Menurut Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, dia hanya menyedari dirinya ditipu ketika mahu menunaikan cek terbabit, baru-baru ini.
"Saya berusaha menghubungi pihak terbabit tetapi mereka beri pelbagai alasan.
"Saya juga belum bercadang membuat laporan polis kerana masih berharap pihak terbabit tampil dan melunaskan bayaran seperti dijanjikan," katanya.
Ameng berkata dia kesal dan kecewa kerana masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kesempitan hidupnya.
"Saya akui sejak keluar Penjara Kluang, undangan persembahan di serata tanah air tidak pernah putus.
"Mujur ada isteri, Sabariah Zakariah membantu mengatur jadual seni saya.
"Selain majlis makan malam dan korporat, saya juga banyak menerima undangan persembahan daripada pihak istana. Namun, keimanan saya tetap diuji apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan dan menipu pula," katanya ditemui di sesi mencuba baju sempena Konsert 3 Suara yang berlangsung di Ampang, hari ini.
Ditanya sama ada dia ingin berpindah ke Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan kerjaya seni, Ameng berkata dia terpaksa menangguhkan perkara itu buat sementara waktu.
"Tidak dinafikan memang penat berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur setiap kali ada persembahan.
“Namun, banyak faktor yang perlu diambil kira jika benar mahu berpindah ke Kuala Lumpur.
“Selain ibu mentua yang uzur, anak bongsu saya juga bersekolah di Melaka," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 8:13 PM |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya dia. orang tu baru nk mulakan hidup baru, dah masyarakat buat perangai keji menipu dia bagai. mana la tak down semangat dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|