|
[BREAKING] YBhg. Datuk Wira Dr Azizan Osman dijangki COVID-19, menTHOR business
[Copy link]
|
|
Mak aiii gambar kau tok... betul2 #nofilter !! |
|
|
|
|
|
|
|
inilastakucakap replied at 28-1-2021 10:58 PM
Wah baru tahu ni. Tapi murah betul rezeki EL. DFMK pulak dah tenggelam
Dfmk tu fadzilah kamsah? Hari2 ada slot heols dkt sinar. Ke hot fm. kalau fadzilah kamsah ni i rasa heols mcm xde pengganti. EL lain, dia lain. Tp dlu DMFK pernah kecoh isu ank free hair kan? Kalau silap org, ampun. Tp i mmg suka heols, bab ank tu , mgkin ujian utk dia. Tp suka sgt rasa tenang rileks je. Masa sekolah dlu mesti beli buku terbitan Telaga Biru esp buku2 dri DMFK |
|
|
|
|
|
|
|
unta2 replied at 28-1-2021 09:15 PM
ada bini lagi ke scammer ni.. igt haritu kata dah becerai.. mak metua sapa lak yang meninggal?
Dia bercerai bini lama. Katanya masa tu busy kejar duit. Now kejar duit n kejar tuhan. Tu pasal bahagia. Ko apa tau? |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 28-1-2021 07:52 PM
Wife dia kwn i... dia tak update pon psl mak dia meninggal kat mana2. Kitorg pon tau dari berita ni. ...
I pon nk tumpang mengecam sbb 31 ahli keluarga positip nampak nau buat gathering besar besaran lupa diri time kobid ni. Kalau family terdekat je kena , boleh husnuzon lg. Sbb tu kot wife dia xbrani update atau jijan ada propa di mana2 |
|
|
|
|
|
|
|
inilastakucakap replied at 28-1-2021 06:07 PM
NA tu mmg anak didik dia.
.
Member weols banyak geng lompat seminar. So far yg weols conclude da ...
Jijan ni ajar marketing jah. How to viral the product. Jenis yg nak kaya cpt & work hard seumur hidup ok la. Jenis yg kalau x ada marketing, xada ejen kambus stok belakang rumah, mmg mampos cpt bisnes tu. Ank didik dia yg berjaya, 95% bisnes ada agent. Pyramid scheme n marketing wajib yg mana kalau tiba2 xde marketing ko akan pelik dah bungkus ke bisnes tu. X mcm gardenia, iklan xde pon kita tau dia tetap ada. Nasgreatidea kalau xsilap i ank murid dia jgk |
|
|
|
|
|
|
|
tupaiterbang replied at 28-1-2021 10:12 AM
kuat betul drama dia
Business Air lio.... Jadi jutawan... Jadi datok wira. |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 29-1-2021 03:55 AM
Jijan ni ajar marketing jah. How to viral the product. Jenis yg nak kaya cpt & work hard seumur hi ...
mane2 yg kejap2 seminar tak hbes2 seminar tu anak didik dia laa
sebabnye dia pon kaye sbb duit org g seminar, bukannye sbb dia bisnes
bisnes dia buat seminar tu la |
|
|
|
|
|
|
|
Kena Covid-19 pun Real Business?
Nak mati xleh nafas ingat Allah. Apa ingat business pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 28-1-2021 10:43 AM
Datuk Wira dari Melaka...
mari mari.... I'm Covid fighter.... Covid survival...
Ooo datuk wira tu real?
Dr pula dari mana? |
|
|
|
|
|
|
|
riena3321 replied at 28-1-2021 11:05 PM
keluarga dia mmg ada kena Covid-19. tpi dgr cite dia tak pun. marketing jer
Semoga ya kena dan diam terus smpai AJM |
|
|
|
|
|
|
|
laa, igtkan dia nk insaf dan ajar org secara foc ja |
|
|
|
|
|
|
|
MenThor?? |
|
|
|
|
|
|
|
apa bila org lain riang gumbira ketawa bahagia bila seseorg tu ditimpa musibah, apakah maksudnya? |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 29-1-2021 03:55 AM
Jijan ni ajar marketing jah. How to viral the product. Jenis yg nak kaya cpt & work hard seumur hi ...
dalam grup wassap ni ada sorang dok up promo kek mamasab la, kambing mama sab la, sehari ada la dlm 3,4 kali pagi ptg mlm...
4,5 hari jgk dia bt cmtu, sekali 2 hr lps ada org sound, "tadik baru je post, xkn post lg"..
trus smpai hr ni x post dah..
kesian plak aku pk stock x hbs ke apa, tringat di dudaberhias dok crita psl kambus belakang rumah...tringin jgk nk beli tp dlm forum ramai kata x sedap n keras so x berani plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ek bila dah kena kat diri sendiri atau kat kaum keluarga baru nal ckp COVID IS REAL.
Selama ni tak percaya ke |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 28-1-2021 10:17 AM
Cepatlah mampus...dah kaya banyak dgn menipu kan...
Tue la.. Aku aminkan hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Azizan Osman Hampir Maut- 31 Ahli Keluarga Positif, Ibu Mentua Meninggal Akibat
"Saya dah give up (putus asa) dan hanya ingat mati saja. Waktu itu saya fikir kalaulah Allah beri saya hidup semula, mesti Allah hendak saya buat sesuatu dan kerja lebih keras untuk menyumbang kepada orang lain," kata penceramah motivasi Datuk Dr Azizan Osman.
Azizan memberi reaksi itu ketika berkongsi penderitaan dialami apabila diuji positif Covid-19 yang turut menjangkiti 31 ahli keluarganya, selain meragut nyawa ibu mentuanya.
Menceritakan ujian berganda dilaluinya itu, Azizan berkata, dia disahkan positif Covid-19 pada 7 Januari lalu selepas menjadi kontak rapat kepada seorang individu sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh 14 Januari lalu.
"Saya dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama seminggu di rumah dan jika sesak nafas perlu segera ke kecemasan.
Kredit foto: Azizan Osman
"Dalam tempoh itu, badan saya sangat lemah, malah pada Selasa (12 Januari) doktor saya memberitahu tahap oksigen saya sudah mula menurun dan atas nasihatnya saya ke hospital pada petang Khamis selepas oksigen saya menurun di bawah paras 90 peratus.
"Saya terus dimasukkan ke ICU selepas pemeriksaan mendapati paru-paru saya sudah diserang dan berair," katanya kepada Harian Metro.
Dr Azizan berkata, keadaannya ketika itu sangat kritikal apabila sukar bernafas dan doktor meramalkan peluangnya sangat tipis.
"Sebenarnya saya dah give up, semangat dah tak ada dan hanya ingat mati saja waktu itu, tapi saya fikir (mampu bertahan) kerana mak dan seorang rakan saya ini.
"Saya sempat hantar mesej kepada mak saya minta maaf dan beritahu tak pasti saya boleh 'lepas' ke tak ni?
"Namun, mak saya beri semangat supaya saya kena kuat dan lawan sebab saya diperlukan ramai orang," katanya.
Menurutnya, kata-kata perangsang ibunya itu membuatkan dirinya tekad dan bersemangat untuk melawan penyakit itu.
"Mungkin sudah rezeki saya, doktor memberi peluang terakhir kepada saya untuk menggunakan mesin pernafasan khas untuk pesakit benar-benar kritikal bagi menaikkan kadar oksigen saya.
Kredit foto: via Harian Metro
"Saya beritahu diri sendiri, saya mesti lawan penyakit ini dan pastikan tahap oksigen saya normal dengan cepat jika tidak saya perlu rawatan intubation dan peluang saya lagi rendah.
"Alhamdulillah, bermula Jumaat (15 Januari) tahap oksigen saya semakin menunjukkan perkembangan baik dan Isnin (18 Januari) saya tidak memerlukan mesin oksigen itu lagi," katanya yang dibenarkan pulang Sabtu lalu, 24 Januari.
Katanya, peluang kedua diberikan kepadanya tidak akan disia-siakan, malah dia mahu terus berbakti kepada yang memerlukan.
"Saya rasa ini macam peluang kedua yang Allah jentik beri kesedaran untuk saya memberikan hidup dan bekerja lebih keras lagi berbakti kepada lebih ramai orang.
"Insya-Allah sebagai permulaan, saya sedang uruskan untuk menyumbang 100 unit mesin bantuan pernafasan khas yang saya pakai itu kepada Hospital Sungai Buloh kerana saya sedar ia satu keperluan, namun bilangannya amat terhad.
"Jadi mudah-mudahan dengan sumbangan itu, kita dapat membantu lebih ramai pesakit Covid-19," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang ramai.
"Hati saya amat terkesan dan tabik hormat dengan frontliner (barisan hadapan) kita yang bekerja keras menyelamatkan nyawa orang tanpa mengira siapa kita.
"ada saya mereka sangat dahsyat dan luar biasa. Sepatutnya masyarakat juga perlu menyokong dan bersatu hati melawan Covid-19 ini kerana ia menyerang tidak mengira siapa jika teruk boleh meninggal dunia," katanya.
Dalam pada itu katanya, seluruh ahli keluarganya yang dijangkiti Covid-19 hanya mengalami gejala ringan dan kini sudah pulih.
"Hanya saya bersama abang dan ibu mentua dimasukkan ke ICU, manakala ibu saya ditempatkan di wad biasa.
"Keluarga lain ada yang mengalami gejala ringan ada yang tidak, kini mereka semua sudah pulih.
"Cuma saya agak terkilan ibu mentua tidak dapat diselamatkan kerana arwah juga menghidap buah pinggang namun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gila babi punya drama.
Acah dekat katil pakai ventilator (kalau tu lah nama natang tu). Konon dekat sakaratul maut pun still gagah selfie.
Memang bodoh siapa percaya. |
|
|
|
|
|
|
|
besar sungguh pengorbanan zizan ni nak make sure peniaga2 melayu berjaya
dah hampir mati pun masih terfikirkan nasib peniaga2 melayu
murid ku murid ku |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sakit macam tu, mak mertua meninggal sebab COVID pon ko nak tunggang nyah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|